Friday, 6 January 2017

Pembinaan bandar baharu jana pertumbuhan eknomi


PASIR MAS: Pembinaan Bandar Baru Tasek Raja yang terletak di Jalan Pasir Mas Rantau Panjang mampu menjana ekonomi penduduk sekitar.

Hal itu terbukti apabila ia dijadikan pusat bagi penduduk sekitar mendapatkan keperluan dan peniaga melakukan aktiviti harian mereka.

Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan berkata beberapa langkah perlu dilakukan bagi merancakkan lagi pembangunannya.

Antaranya menurut Ustaz Abdul Rahman Yunus ialah mewujudkan sebuah pasar raya setanding dengan premis yang sama di Kota Bharu.

"Empat jajahan yang terletak di seberang Sungai Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah tidak ada lagi sebuah pasar raya besar.

"Kalau berjaya membina pasar raya di sini, penduduk di semua jajahan ini boleh jadi akan datang ke sini," katanya ketika merasmikan projek berkenaan di sini.

Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), Mohamed Nor Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif Eastland Equity Berhad, Dato' Tan Kok Hooi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Tumboh itu berkata, pembangunan sesebuah bandar baru memberi kesan ekonomi rakyat dan negeri.

Beliau memberi contoh Bandar Satelit Pasir Tumboh kini giat membangun sehingga manfaat serta kesejahteraan dapat dinikmati penduduk.

"Bandar baru satelit Pasir Tumboh, peluang ekonomi besar dan masyarakat mendapat peluang pekerjaan serta kehidupan lebih sejahtera.

"Kita (kerajaan negeri) amat mengalu-alukan syarikat masuk ke negeri ini melabur bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat," katanya.

Dalam pada itu Pengarah Bukan Eksekutif Eastland Equity Berhad berkata, pihaknya sedang mengadakan rundingan bersama beberapa pengusaha pasar raya.

Menurut Mohamed Akwal Sultan Mohamad, langkah tersebut merupakan sebahagian perancangan dalam fasa kedua yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Ia mengandungi sebanyak 154 unit bangunan tiga tingkat kedai dan pejabat dengan satu ruangan bawah tanah 'basement'.

"Kerja-kerja fisikal akan bermula selepas musim tengkujuh dan blok pertama dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Selepas fasa dua, kami merancangkan untuk membangunkan fasa tiga yang terdiri daripada unit kediaman," katanya.

Fasa pertama yang mengandungi terminal teksi dan bas serta sebuah masjid telah diserahkan kepada MDPM pada Mei dan memulakan operasinya secara rasmi pada Ogos tahun lepas. – HARAKAHDAILY 6/1/2017


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Eksperimen Di Finland, Penganggor Dibayar Gaji,

Hasil carian imej untuk gaji

Finland menjadi negara pertama di Eropah membayar rakyatnya yang tidak bekerja dalam satu eksperimen yang akan disaksikan satu dunia, dikala idea pendapatan asas universal menjadi semakin popular.

Dibawah skim percubaan selama dua tahun yang bermula pada 1 Januari itu, 2,000 penganggur berusia dari 25 ke 58 tahun dipilih secara rawak untuk menerima pendapatan sebanyak €560 (RM 2,600).

Lebih menarik, pendapatan itu akan tetap diberi walaupun penganggur berkenaan mendapat kerja dalam tempoh tersebut.


Menurut badan keselamatan sosial Finland, Kela, percubaan itu bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan juga pengangguran - yang mana meliputi 8.1% rakyat negara tersebut. Sistem sedia ada tidak menggalakkan penganggur dari bekerja memandangkan (pekerja yang menerima) pendapatan rendah sekalipun akan dikenakan potongan besar dari faedah kebajikan (sedia ada).

"Bagi seseorang yang menerima pendapatan asas, tiada kesan jika mereka bekerja beberapa hari atau beberapa minggu," kata Marjukka Turunen, dari unit hal ehwal undang-undang Kela.

Kebanyakan rakyat di negara terbabit enggan bekerja selama bertahun-tahun kerana mereka tidak mahu kehilangan faedah kebajikan yang disalurkan kepada penganggur.

Menurut Professor Olli Kangas dari Kela, pihaknya akan memantau percubaan ini sama ada penganggur akan menggunakan duit itu untuk mula bekerja atau kekal tidak bekerja.

Berdasarkan perancangan, wang gaji berkenaan merupakan sebahagian faedah pengangguran yang akan diterima peserta jika menganggur dan pembayaran akan tetap diberikan walaupun mereka sudah mula bekerja. (SK)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Thursday, 5 January 2017

Jakim Puji McDonald's


Hasil carian imej untuk mc Donald

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memuji langkah McDonald's Malaysia melarang kek tanpa sijil halal memasuki premisnya.



Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, usaha McDonald's itu mencerminkan komitmennya dalam memastikan status halal terpelihara.
Beliau menjelaskan bahawa pengeluaran sijil halal oleh jabatan berkenaan adalah selaras Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (semakan ketiga) 2014.
"Manual ini mempunyai 13 garis panduan berhubung pemberian sijil halal kepada pengusaha makanan, dan Jakim menyifatkan polisi yang dilakukan McDonald's merupakan inisiatif yang baik, yang mengikut Sistem Pengurusan Jaminan Halal," katanya.
Othman menambah, polisi itu bukan sesuatu yang baharu kerana banyak pengusaha makanan telah mengamalkan "polisi makanan luar tidak dibenarkan" yang menjadi kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, mereka yang tidak pasti mengenai isu berkaitan dengan status halal di restoran dinasihatkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa.
Minggu lalu, McDonald's mengesahkan ia melaksanakan satu polisi yang melarang pelanggannya daripada membawa kek tanpa pensijilan halal ke premisnya, dan menjelaskan bahawa ia bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan Jakim. (mStar)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Wednesday, 4 January 2017

Prestasi RM Sebentar Tadi, Turun Lagi..


Imej yang berkaitan

KUALA LUMPUR 4 JAN: Ringgit meneruskan penurunannya ke paras terendah baharu berbanding semalam pagi ini ditekan pengukuhan Dolar AS.
Pada jam 9 pagi sebentar tadi ringgit didagangkan pada 4.4930/4980 berbanding 4.4900/4950 pada Selasa, lapor BERNAMA. Peniaga berkata, Dolar AS rali ke paras tertingginya sejak 2002 selepas data pertumbuhan kukuh sektor pengilangan negara itu diumumkan.
Katanya, harga minyak yang turut terhenti pendakiannya ke paras tertinggi 18-bulan semakin lemah dengan kekurangan dua peratus hanya dalam tempoh semalaman memburukkan lagi selera pelabur mengambil risiko bagi ringgit dalam dagangan awal.
Mata wang utama lain turut menyaksikan prestasi bercampur-campur ringgit. Ia jatuh berbanding Dolar Singapura kepada 3.0969/1023 daripada 3.0951/0991 pada Selasa dan menurun berbanding yen kepada 3.8063/8122 daripada 3.7990/7058 sebelumnya.
Bagaimanapun ia naik berbanding British pound kepada 5.4918/5006 daripada prestasinya semalam pada 5.5169/5248 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6678/6748 daripada 4.6700/6761 semalam.   (IH)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Sunday, 1 January 2017

Restoran Pelayan Robot Pertama Di M'sia Kini Dibuka.





2016 berlalu dan 2017 menjemput. Walaupun sehingga hari ini masih belum ada flying car seperti apa kita harapkan selepas menonton ‘Back to the Future’, kehadiran pelayan restoran daripada robot ini seolah satu langkah kedepan di dalam dunia teknologi dan robotik.
Selalu yang dapat kita lihat restoran yang mempunyai features futuristik seperti ini cuma tersedia di negara luar, kini pengunjung boleh merasai suasana yang sama di CH Premier Restaurant yang terletak di Kuching.
Sebanyak 4 robot yang ‘bekerja’ di restoran ini untuk menyajikan makanan kepada anda. Goddess 1′,Goddess 2, Goddess 3 antara nama robot bekerja dan katanya robot paling comel di restoran ini namanya Lolita. Robot-robot ini telah diimport khas daripada China dan berkebolehan untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin. Cool!

Untuk pengetahuan anda, restoran ini menyajikan makanan berkonsepkan masakan steamboat namun lebih advanced dan maju berbanding-berbanding kedai yang pernah anda lawati sebelum ini. Selain itu, restoran ini turut dibantu oleh 20 orang pekerja. Ya, mereka masih perlukan tenaga kerja manusia untuk memasak makanan yang dipesan pelanggan.
Buat anda yang berminat untuk mengetahui bagaimana layanan di comel Lolita ini, anda boleh lawati ke CH Premier Restaurant yang terletak di No 103. Ground Floor, Premier 101 Commercial Centre Tun Jugah, Kuching, Sarawak. (IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Harga Minyak RON95, RON97, Diesel Naik.. BN, Barang Naik?


Hasil carian imej untuk Harga Minyak RON95, RON97, Diesel Naik Terus!
KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan diesel untuk bulan Januari masing-masing naik kepada 20 sen manakala RON97 naik 15 sen bermula tengah malam tadi.
Menurut sumber industri, harga baharu bagi RON95 ialah RM2.10 seliter manakala RON97 ialah RM2.40 seliter dan diesel pula RM2.05 seliter.
“Harga jualan runcit bagi bahan bakar tersebut akan berkuat kuasa bermula 12.01 pagi, 1 Januari ini,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Sumber itu berkata, pengusaha stesen minyak dan orang ramai dinasihati untuk menggunakan harga terkini yang telah ditetapkan.
Kenaikan harga minyak tersebut berikutan sistem apungan terurus yang dilaksanakan kerajaan mengikut harga minyak semasa dunia. (IH)