Wednesday, 14 June 2017

Ini Sebab Harumanis Jadi Busuk Di Pokok &Terpaksa Dibakar..










Petani harumanis mendakwa berlaku lambakan buah tersebut sehingga rosak di atas pokok dan terpaksa dibakar bagi mengelak serangan penyakit.
KUALA LUMPUR – Perbuatan sesetengah pihak di Perlis yang cuba mengawal bisnes buah harumanis dengan menetapkan harga terlalu mahal menjadi punca utama buah tersebut gagal dipasarkan secara meluas di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain di negara ini.
Lebih memburukkan, tindakan pihak-pihak tersebut telah menyebabkan berlakunya lambakan harumanis di Perlis sehingga ada buah yang menjadi busuk di pokok dan terpaksa dibakar.
Hasil carian imej untuk lambakan harumanis
Difahamkan, harga semasa yang ditetapkan pengusaha harumanis sekitar RM15 hingga RM30 sekilogram dan jika buah itu dibawa dan dijual di ibu kota sudah tentu ia terpaksa dijual lebih mahal sekali ganda.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, dengan harga yang mahal diperoleh daripada pengusaha harumanis di Perlis, adalah sukar untuk buah tersebut dijual secara meluas di Kuala Lumpur.
Hasil carian imej untuk lambakan harumanis
Katanya, jika dijual di pasaran Kuala Lumpur, buah harumanis perlu bersaing dengan buah mangga import lain yang jauh lebih murah berbanding buah ikon negeri utara itu. (IH)

Tuesday, 13 June 2017

Karipap Inti ‘Sebji’ Bawang, Kreatif Atau Ambil Kesempatan Ramadan?


KUALA LUMPUR – Sungguh tidak patut apabila ada peniaga yang didakwa sengaja mengambil kesempatan sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Kisah berkenaan sering kali berlaku menyebabkan pelanggan semakin muak dengan sikap peniaga yang tidak jujur dan terbaharu, inti karipap berisi sebiji bawang pula heboh diperkatakan di media sosial.
Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter @hrsrf, karipap berkenaan dipercayai dibeli daripada peniaga di sebuah bazar ramadan di sini.
“Nak tahu tak apa lagi teruk daripada karipap inti angin/oksigen?? KARIPAP INTI SEBIJI BAWANG!” tulisnya pada Isnin.
JKNT Terima 4 Aduan Makanan Kitar Semula, Basi
Gambar karipap ‘unik’ itu sehingga kini menerima lebih daripada 8,200 perkongsian dan 2,200 tanda ‘like’ sejak dimuat naik semalam.
Ia lantas menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya beranggapan terlalu lucu untuk dijamah dan tidak kurang juga mengatakan peniaga terbabit mungkin tersilap ketika meletakkan inti.
JKNT Terima 4 Aduan Makanan Kitar Semula, Basi
JKNT Terima 4 Aduan Makanan Kitar Semula, Basi
“Tak rugi ke makcik tu dah la bawang tu mahal,” kata @piocookies.
Manakala @afif_ylce berkata: “Ini lah karipap yang paling kejam pernah aku tengok.”
“Wehh! Lagi teruk, hahaha. Nasib karipap ai tak macam tu. Full tank without any space of o2 lagi tu. Hahaha,” kata @ziraayang.
Apa-apa pun kepada peniaga bazar ramadan di luar sana, sebelum marah pada rungutan orang ramai cubalah letakkan diri anda dalam kasut pengguna.
Bagaimana kalau yang terkena adalah anda sendiri, mesti hati pun panas kan? 
Lapor MYNEWSHUB.CC.
Mungkin juga pembuatnya seorang yang kreatif dalam membuat kueh..
*Video di bawah sekadar hiasan…

Ini Lemang Daun Periuk Kera, Samakah Rasa Dengan Lemang Buluh?


Penjual lemang, Ahmad Kamal Awang, dan isteri, Nor Zehan Mohd Zaidin, 37, menyusun "lemang periuk kera" di gerai mereka di Bazar Ramadhan, berdekatan Stadium Darul Makmur, Kuantan.
KUANTAN: Kepayahan mencari buluh untuk membuat lemang telah memberi idea kepada Ahmad Kamal Awang untuk menggunakan periuk kera sebagai pengganti.

Sepanjang Ramadan, permintaan lemang sangat tinggi, menyebabkan buluh semakin berkurangan dan disebabkan itu juga Ahmad Kamal, 45 mencari alternatif.
“Oleh itu, saya mula menyediakan lemang dengan daun periuk kera yang banyak tumbuh di Muadzam Shah, Pahang.
“Ia lebih senang dan murah berbanding buluh,” katanya yang menjual lemang periuk kera sejak dua tahun lalu.
Berharga RM1 setiap satu, makanan itu berjaya dijual sehingga lebih dari 800 setiap hari.
“Penyediaan lemang periuk kera sama sahaja dengan lemang tradisional. Kita cuma memerlukan nasi dan santan,” kata Ahmad Kamal.
Namun, lemang periuk kera ini direbus di dalam air dan bukan dipanggang di atas api.
“Ia sedap dimakan dengan ayam atau rendang daging, dan kos kombonya berharga RM4 untuk satu paket.
“Sesetengah pelanggan suka makan lemang dengan serunding dan saya jual dengan harga RM10 untuk satu paket,” katanya lagi.
Ahmad Kamal juga menjual lemang di pasar-pasar malam dan pasar tani.
Selain lemang, onde-onde, gula Melaka dan ketupat pulut juga dijual olehnya. (mStar)

Jutaan RM Rugi, Harumanis Tiada Di KL, Pihak Berwajib Tangani Segera, Siapa Sabotaj?

Hasil carian imej untuk Harumanis Tiada Di KL, mengapa
Ini harumanis, tapi bukan di KL, mengapa?













Pelbagai buah mangga dijual di pasar Chow Kit, Kuala Lumpur namun tiada buah mempelam harumanis ditemui.
KUALA LUMPUR – Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pemasaran dan rangkaian pengedaran mempelam harumanis Perlis apabila buah yang menjadi ke­gilaan ramai itu tidak ditemui di ibu negara.
Lebih menghairankan apabila 1,500 petani di negeri itu mendakwa mereka mengalami kerugian jutaan ringgit ekoran buah itu tidak laku sehingga dijual serendah RM10 sekilogram berbanding RM50 sekilogram pada tahun-tahun sebelum itu.
Jika buah tersebut tidak terjual di Perlis kenapa ia tidak dibawa dan dipasarkan di Kuala Lumpur?
Malah, ada peniaga buah di Kuala Lumpur mendakwa kononnya harumanis yang turut dieksport ke Jepun dan dijual sehingga RM200 sekilogram.
Tinjauan mendapati kebanyakan peniaga hanya menjual buah mangga tempatan lain atau mangga yang diimport dari Thailand, India atau Australia dengan alasan harumanis yang menjadi ikon Perlis tidak ada pembekal di ibu negara.
Antara mangga yang banyak dijual di pasar Chow Kit ialah buah mangga Thailand seperti mangga epal dijual pada harga RM12 sekilogram, siku raja (RM12), mangga pisang (RM10) manakala buah mangga tempatan seperti kuini dijual pada harga RM8.
Seorang kakitangan swasta, Haidir Mokhtar, 24, berkata, dia berhajat membeli harumanis untuk juadah berbuka puasa namun tidak dapat mencari buah tersebut di sini.
“Keunikan mangga harumanis memang tidak dapat disangkal, namun kesukaran untuk mendapatkan buah tersebut menyebabkan saya terpaksa membeli mangga lain,” katanya ketika ditemui di pasar Chow Kit di sini semalam. (Kosmo!)
Hasil carian imej untuk Harumanis Tiada Di KL, mengapa
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak bertanggungjawab sila siasat dan tangani segera, jangan sampai lepas Hari Raya baru melambak.. Kita tidak tuduh siapa-siapa sabotaj..

Harumanis, Tak Seharum Dulu, Petani Rugi Terpaksa Bakar Ladang..












Musa (dua dari kanan) dan isterinya, Zainab Hasim (kanan) melayan pelanggan yang datang ke ladang mereka untuk membeli harumanis di Santan, Padang Besar kelmarin.
PADANG BESAR – Para petani harumanis di Perlis mengalami kerugian besar berjuta-juta ringgit pada tahun ini kerana berlaku lambakan buah dan penurunan mendadak harga harumanis yang memaksa sesetengah mereka membakar hasil ladang masing-masing untuk mengelakkan ancaman penyakit.
Malah lebih buruk, buah harumanis yang dipetik terpaksa dijual pada harga serendah RM10 sekilogram kepada peraih dan RM15 kepada pembeli akibat lambakan di pasaran pada bulan puasa selain faktor kelemahan pemasaran.
Fenomena itu cukup mengejutkan kepada pengusaha ladang harumanis berbanding zaman kemuncak pada tahun 2015 apabila seorang petani mampu mengaut untung dengan menjual harumanis pada harga RM50 sekilogram.
Menurut seorang pekebun, Musa Darus, 75, dia tidak menyangka tahun ini merupakan ujian terbesar bagi dirinya dan pengusaha lain kerana permintaan merosot teruk lebih 70 peratus sehingga menyebabkan banyak buah terbiar busuk di pokok.
Musa berkata, 133 pokok mempelam harumanisnya mengeluarkan hasil kira-kira lima tan (5,000 kilogram) tahun ini, namun malangnya 2.5 tan terpaksa dibiarkan busuk di pokok dan terpaksa dibakar bagi mengelakkan penyakit yang mengancam pokok lain. (Kosmo!)

Sunday, 11 June 2017

SIA Rugi S$138 Juta Jan-Mac Lalu. 25,000 Pekerja Dibuang.


SIA Bakal Buang Ramai Staf Sebab Rugi Besar

SINGAPURA – Ketika pembangkang negara jirannya buat tohmahan jahat konon Malaysia bakal muflis dan sering buat perbandingan dengan Singapura, lain pula hal berlaku di republik tersebut.

Ekonomi Singapura kebelakangan ini bukan sahaja bergerak lesu, malahan banyak firma besar termasuk syarikat berkaitan milik pemerintah yang terpaksa membuang ribuan pekerja demi mengurangkan bebanan kos operasi.
Antaranya ialah syarikat penerbangan kebangsaan Singapore Airlines (SIA) yang dilaporkan media tempatan turut kemungkinan tinggi akan memberhentikan sebahagian besar daripada hampir 25,000 kakitangannya sendiri.
Ini sebagai sebahagian daripada semakan rancangan perniagaan SIA ekoran kerugian dicatatkan mencecah S$138 juta antara Januari hingga Mac lalu dan ia merupakan rekod kemerosotan untuk suku keempat berturut-turut.
Kos bahan bakar pesawat sebelum perlindungan nilai naik S$331 juta bagi suku itu, ekoran peningkatan 50.7 peratus bagi harga minyak secara purata dan dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh berbanding dolar Singapura.
SIA turut mendedahkan bahawa pendapatannya jatuh S$17 juta meskipun terdapat pertumbuhan trafik 5.5 peratus. Bagi tahun kewangan lalu, keuntungan operasi jatuh 20 peratus kepada S$386 juta berbanding sebelumnya.
Situasi itu jauh berbeza dengan jirannya, Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang bakal mengambil ribuan pekerja baharu malah melancarkan anak syarikat penerbangan khas untuk operasi ibadah umrah dan haji tahun depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong, kakitangannya sedar pemberhentian kerja adalah satu kemungkinan di bawah proses semakan itu sejak operator udara tersebut mula diwujudkan pada 1972 lalu.
Ada bidang pekerjaan tambah beliau, yang tidak lagi relevan manakala ada kakitangan yang perlu kemahiran baharu untuk tugasan lain. Namun begitu, beliau menambah masih agak terlalu awal bagi memberikan butiran lengkap.
Proses semakan bermula lebih enam bulan lalu dan SIA juga mendapatkan nasihat pakar dari luar negara. SIA melaporkan kerugian dalam tempoh lima tahun dan di bawah tekanan untuk mengurangkan bajet operasinya.
Lebih malang, SIA juga sedang menghadapi peningkatan persaingan sengit dari pelbagai syarikat penerbangan tambang murah serantau dan pesaing gergasi dari wilayah Timur Tengah. – Agensi

20 Masalah Biasa Komputer dan Penyelesaiannya.



Oleh Syafiq Bakri

Kadang kala peranti komputer desktop/laptop/notebook sering kali mengalami masalah-masalah kecil

yang sebenarnya boleh diatasi sendiri. Usah bazir wang untuk terus menghantarnya ke kedai, tetapi lakukan pemeriksaan awal dahulu sedaya mungkin kerana anda pasti menepuk dahi berikutan penyelesaiannya lebih mudah daripada jangkaan.


Nota : Sesetengah penyelesaian (langkah demi langkah) dikhususkan untuk pengguna komputer dengan sistem operasi (OS) Windows 7 sahaja.

Perkakasan (Hardware)

1. Gangguan bekalan kuasa

Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

Penyelesaian
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup PC terlebih dahulu jika perlu.

2. Kepanasan

Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.

Penyelesaian
Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.

3. Bunyi asing dan getaran

Masalah ini hampir-hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer anda. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan oleh perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, anda boleh cuba untuk melakukan pemeriksaan awal.

Penyelesaian
Buka sarung kepada CPU anda berhati-hati untuk mengetahui penyebab masalah tersebut. Periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar/skru yang longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah tersebut, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan yang lebih pakar.

4. Selalu reboot sendiri

Masalah yang biasa dialami oleh komputer ialah kadang kala akan berulang kali reboot sendiri tanpa permintaan. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.

Penyelesaian
Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk anda telah kotor yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer anda akan mati secara automatik.

5. Sambungan USB tidak berfungsi

Kadang kala apabila anda cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer/laptop/notebook/dll, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hab USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti tersebut. Ia memerlukan hab yang memiliki kod kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.

Penyelesaian
Cuba untuk terus menyambung USB tersebut secara langsung ke salah satu port USB komputer anda tanpa sebarang perantara. Alatan kecil seperti pemacu USB, mouse dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi elakkan menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.   
6. Masalah pencetak (printer)
Pertama sekali perkara yang perlu dilakukan adalah sambungkan secara tepat pencetak ke komputer anda mengikut arahan pengilang pencetak anda. Kemudian cuba untuktroubleshooter pencetak tersebut yang mana ia akan mendiagnosis secara automatik dan menyelesaikan masalah anda.

Penyelesaian
Windows 7 - Buka troubleshooter pencetak dengan klik pada Start  ̶> Control Panel  ̶> taip troubleshooter pada kotak carian  ̶> Troubleshooting  ̶> Di bawah Hardware and Sound, klik pada Use a printer  ̶> Next.
Tindak Balas
7. Prestasi komputer semakin perlahan

Apabila menyedari komputer anda mulai perlahan dengan ketara tidak sepadan dengan usianya, masalah yang mungkin dialami antaranya adalah telah dimuatkan dengan fail-fail yang tidak perlu, pecahan data, registry korup, gangguan program spyware, perkhidmatan atau perisian.

Penyelesaian
Uruskan program dan padam data dan perisian yang tidak perlu, bersihkan registry dengan lebih kerap bagi membantu meningkatkan sekurang-kurangnya 30% daripada kelajuan prestasinya.
Cara membuang perisian yang tidak perlu atau tidak digunakan :
Windows 7 – Butang Start  ̶> Control Panel  ̶> Lihat pada Programs  ̶> Uninstall a program  ̶> Pilih program/perisian dan klik Uninstall/Change/Repair. 
#Anda perlu berhati-hati supaya tidak terbuang program/perisian yang penting.

8. Ralat mesej ketika start-up

Pernah mengalami situasi ketika menghidupkan komputer, anda dapat melihat mesej-mesej ralat pada skrin seperti ‘mpclink.xyz’ hilang atau rosak dengan diminta klik pada sebarang kekunci untuk meneruskannya. Jika melihat mesej ini, anda perlu menekan kekunci kira-kira 8 hingga 10 kali sebelum penyambungan Windows semula.

Penyelesaian
Ini berlaku kerana anda telah hanya memadam sesuatu program tetapi tidak menyahaktifkan pemasangannya. Jika anda benar-benar ingin membuang sesuatu aplikasi atau program, ikuti seperti langkah nombor 7.
9. Skrin membeku (Frozen)

Apabila skrin anda tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain membeku, anda mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan spyware.

Penyelesaian
Apabila ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain terpaksa reboot komputer anda. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja-kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang.

10. Serangan virus dan spyware

Ia ialah sesuatu perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer anda. Tetapi, bagaimanakah jika serangan tersebut begitu menjadi-jadi tatkala perisian sekuriti anda masih belum dikemas kini?

Penyelesaian
Windows Defender ialah perisian antispyware yang disertakan dengan Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi anda juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan spyware terbaru. Cara aktifkan dengan
Windows 7 – Start  ̶> taip Defender dalam kotak carian  ̶> Windows Defender.

11. Tidak dapat jalankan Windows

Jika anda masih dapat boot dalam Safe Mode (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan.

Penyelesaian
Cuba menggunakan system restore jika anda berada dalam Safe Mode atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya. Jika anda tidak dapat boot ke Safe Mode, cuba boot ke dalam komputer dalam mod Repair my computer untuk memperbaiki masalah isu start-up tersebut.

Teknikal
12. Kehilangan fail Dynamic-Link Library (DLL)

DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi anda tentang bagaimana untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu. Kadang kala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila tidak boleh membaca fail DLL tertentu, komputer anda tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam sesetengah keadaan berkaitan. Mesej ralat pemberitahuan akan dihantar ketika anda cuba melakukan fungsi yang terlibat seperti penyimpanan.

Penyelesaian
Jika masalah tersebut dikenal pasti akibat kehilangan atau kerosakan fail DLL, anda perlu mengenal pasti fail DLL tersebut melalui beberapa kaedah seperti di www.processlibrary.com dengan mendapatkan nama proses (dari Task Manager Windows) atau nama fail DLL dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai fail atau pun carian di enjin carian.

13. Blue Screen of Death (BSoD)

Sudah tentu semua pengguna komputer pernah mengalami masalah ini yang mana skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih. Sebenarnya ia ialah salah satu petanda bahawa telah berlaku masalah yang agak kronik.

Penyelesaian
Untuk risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan anda untuk reboot semula. Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya. Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca masalah tetapi Skrin menyediakan anda dengan kod yang boleh membantu rujukan anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut.

14. Ruang Disk penuh

Ia berlaku kerana anda membiarkan bagi jangka masa yang lama disk komputer dipenuhi benda tidak berguna seperti fail internet sementara, fail program yang dimuat turun, komponen pilihan Windows yang tidak digunakan, program yang dipasang tetapi tidak digunakan serta titik pemulihan yang tidak digunakan dan salinan daripada System Restore. Sudah pasti ia memberi kesan kepada prestasi komputer.

Penyelesaian
Alatan Disk Cleanup membantu membebaskan ruang pada hard disk dengan mengenal pasti fail yang selamat dipadam dan memberikan anda pilihan untuk memadam beberapa atau semua fail yang telah dikenal pasti.
Windows 7 – Start  ̶> All Programs  ̶> Accessories  ̶> System Tools  ̶> Disk Cleanup. Jika anda memiliki beberapa bahagian pemacu, anda boleh spesifik yang mana hendak dibersihkan  ̶> OK. Pilih apa yang ingin anda bersihkan.     

15. Hard drive gagal berfungsi

Ini merupakan senario kes terburuk yang mana kegagalan sistem mungkin disebabkan hard drive rosak atau korup. Anda dapat mengesannya jika sistem anda tidak dapat boot, tiada sistem operasi dikesan, komputer hang pada permulaan serta PC anda mengeluarkan bunyi aneh.

Penyelesaian
Jika anda bimbang berkenaan keselamatan fail anda, cuba langkah-langkah berikut sebelum menghantar ke kedai. Anda boleh cuba untuk mengambil fail menggunakan CD boot dan cuba untuk menggunakan alatan pemulihan sistem percuma seperti SuperDuper, The Ultimate Boot CD dan sebagainya. 

16. Windows out-of-date

Sesetengah pengguna berpendapat tidak perlu melakukan kemas kini pada Windows mereka walau pun mereka sebenarnya sedar ia perlu untuk menerima tetapan baru yang bertujuan untuk peningkatan prestasi. Ia kerana mereka berpendapat ia akan dilakukan secara automatik. Tetapi, untuk keselamatan anda juga boleh lakukannya sendiri jika Windows telahout-of-date.

Penyelesaian
Windows 7 - Start  ̶> All Programs  ̶> Windows Update  ̶> Check for updates. Selepas itu, pergi kepada panel kiri, pilih Change Settings  ̶> Pastikan Install Updates Automatically (Recommended) dan Every Day dipilih.

17. Penggunaan memori berlebihan

Jika anda mulai merasakan penggunaan memori yang berlebihan sehingga tindakan komputer mulai perlahan apabila anda sedang menjalankan program tertentu, ia mungkin disebabkan oleh satu atau lebih program mungkin mempunyai kebocoran memori. Untuk menghentikan kebocoran tersebut, anda perlu menghentikannya dengan menutup program tersebut.

Penyelesaian
Untuk memperbaiki kebocoran memori tersebut, anda perlu memeriksa kemas kini perisian program tersebut atau hubungi empunya perisian. Tetapi, bagaimanakah untuk mengesan perisian manakah yang mengalami kebocoran ketika anda sedang bekerja?
Windows 7 – Buka Task Manager (Ctrl + Alt + Del)  ̶> Start Task Manager  ̶> Klik pada tab Processes  ̶> Untuk menyusun program mengikut penggunaan memori, klik pada Memory (Private Working Set)

Internet
18. Carian rangkaian wayerles

Jika dengan laptop, anda sering kali bermasalah menyambung senarai rangkaian wayerles ketika anda memerlukan sambungan internet jika peranti anda tidak menyambungnya secara automatik. Rangkaian wayerles hanya akan muncul jika peranti anda memiliki penyesuai rangkaian wayerles, driver dipasang dan penyesuai diaktifkan.

Penyelesaian
Tetapan secara manual untuk Windows 7 – Buka Connect to a Network dengan klik pada ikon rangkaian di kawasan notifikasi  ̶> lihat senarai  wayerles  ̶> klik rangkaian pilihan  ̶> Connect
#Sesetengah rangkaian memerlukan kata laluan sekuriti atau passphrase. Ia boleh didapatkan melalui admin rangkaian atau Internet service provider (ISP) untuk kata laluan/passphrase tersebut. 

19. Sambungan internet perlahan

Tidak kira seberapa pantas pun sambungan internet yang anda miliki, kadang kala anda dapat rasakan sambungannya sedikit perlahan daripada biasa. Windows menyediakan aplikasi troubleshooter yang akan secara automatik mencari dan menyelesaikan masalah sambungan biasa.

Penyelesaian
Windows 7 - Buka Internet Connections troubleshooter : Start  ̶> Control Panel  ̶> Taip troubleshooter  dalam kotak carian  ̶> klik Troubleshooting  ̶> di bawah Network and Internet klik Connect to the Internet.

20. Masalah sambungan internet

Masalah kehilangan sambungan internet secara tiba-tiba ini ialah sesuatu konflik yang agak rumit kerana ia terjadi kerana banyak sebab. Perkara pertama yang boleh anda lakukan cuba jalankan troubleshooter Network (seperti di atas) untuk membantu diagnosis. Jika ia masih tidak berjaya, cuba cari puncanya dengan mengingati perkara yang dilakukan sebelum masalah tersebut.

Penyelesaian
Jika masalah ini berlaku selepas anda memasang perisian baru, semak tetapan sambungan jika ia telah berubah. Klik kekunci Start  ̶> Control Panel  ̶> Taip perkataan Adapter di kotak carian dan bawah Network and Sharing Center klik View network connections. Klik kanan pada sambungan  ̶> Properties. Jika memerlukan kata laluan untuk pengesahan, berikan dan ikut langkah-langkah tersebut.-Majalah P

Petikan :http://mawicom.blogspot.my/