Tuesday, 29 March 2011
Gambar Ini, Mereka Berbogel Selamba Di Khalayak Ramai
London 29 Mac 11: Dua wanita dan dua lelaki baru-baru ini, keluar melenggang selamba dengan berbogel pada pagi hari di hadapan khalayak ramai mengejutkan pengguna-pengguna keretapi bawah tanah di London. Mereka pergi kerja tanpa pakaian, hanya pakai kasut dan tutup bahagian sensitif mereka hanya dengan beg tangan sahaja.
Bagi mereka tiada apa-apa, walaupun bagi pelihat-pelihat mereka berserabut dengan perasaan tanda tanya. Rupanya mereka sedang mempromosi siri tv, Virgin TV yang menampilkan pekerjanya sedang berhempas pulas menarik pelanggan. Acara enam siri ini menyelidiki menegenai bekerja tanpa pakaian dapat meningkatkan produktiviti dan menyebarkan nilai-nilai positif dalam pekerjaan.
Pakar di bidang di bidang perubahan perilaku, Steven Suphi, mengatakan ada keuntungan dari idea tersebut. “Bagi kebanyakan orang di England , pergi bekerja tanpa busana adalah sesuatu yang sangat menakutkan,” ujar Suphi.
“Saya yakin proses ekstrem ini akan membantu mereka menembus hambatan-hambatan yang mereka miliki dan membangun team yang solid , mempercayai rakan kerja lain sehingga dapat ikut bekerja tanpa pakaian.” lanjut Suphi. (IH)
Lagi maklumat kisah-kisah bogel..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
Saturday, 26 March 2011
Cerdiknya Orang Asia Di New York
SEORANG warga Indonesia berjalan memasuki sebuah bank di New York untuk mengajukan pinjaman. Dia menghampiri petugas bahagian pinjaman, mengatakan dia perlu pergi ke Jakarta untuk urusan bisnis selama dua minggu dan memerlukan pinjaman dana US$5,000.
Pihak bank perlukan jaminan untuk pinjaman tersebut. Lelaki itu sanggup. Diberinya kunci dan dokumen sebuah kereta Ferrari berharga $250,000 sebagai jaminan. Kereta itu berada di depan bank. Pinjamannya pun di persetujui.
Setelah dua minggu kemudian, lelaki itu kembali dari Jakarta dan datang ke bank, untuk mengembalikan pinjaman dana US$5,000 beserta bunga US$15.41.
Pegawai bank itu bertanya, “Mister Sastro, kami sangat gembira melayani dan berbisnis dengan tuan. Tetapi ada sesuatu yang amat membuat kami bertanya-tanya. Waktu tuan pergi ke Jakarta, kami lihat balik rekening tuan di bank kami, rupanya tuan memiliki dana jutaan dollar. Kenapa tuan masih perlu pinjaman hanya dengan US$5,000?
Sastro menjawab, "Dimana lagi di kota New York ini, saya boleh parkiing kereta selama dua minggu dengan hanya membayar US$15.41 dan kereta saya tidak dicuri sampai saya kembali?” (IH)
Wednesday, 23 March 2011
Jutawan Amerika Melonjak karena Saham
Populasi jutawan di Amerika Serikat naik 8 persen selama 2010. Kenaikan itu didorong oleh pemulihan pasar saham, termasuk industri.
Menurut laporan Spectrem Group, jumlah rumah tangga dengan kekayaan US$1 miliar meningkat menjadi 8,4 juta orang pada 2010, jika dibandingkan 7,8 juta orang pada tahun sebelumnya.
"Orang kaya tumbuh pada 2010 terutama disebabkan kenaikan pasar saham, meski hal itu karena portofolio yang tumbuh," tulis laporan itu seperti dikutip VIVAnews.com dari CNN.
Jumlah jutawan rumah tangga atau "super kaya" dengan kekayaan bersih minimal US$5 juta atau lebih, naik 8 persen pada 2010 menjadi 1,06 juta orang, dibandingkan pada tahun sebelumnya sebanyak 980 ribu orang.
Untuk penduduk kaya, atau rumah tangga dengan kekayaan US$500 ribu atau lebih, juga tumbuh pada 2010. Populasi itu meningkat 6 persen menjadi 13,5 juta jiwa pada 2010, dibanding tahun sebelumnya sebanyak 12,7 juta jiwa.
Ukuran orang kaya meningkat pada 2010, namun tidak mencapai angka tertinggi pada 2007. Pada 2008, populasi jutawan jatuh 27 persen. Pada 2010 menandai tahun kedua terjadinya peningkatan, menyusul kenaikan populasi pada 2009.
"Kembalinya jutawan berlanjut," kata Presiden Spectrem Group, George H Walper.
Meski investor merasa optimistis tentang portofolio mereka sendiri, namun tidak yakin perekonomian telah pulih. "Dalam riset poling mengindikasikan investor tetap tidak yakin bahwa perekonomian akan kembali dengan kokoh," ujarnya.
Sedangkan rumah tangga dengan kekayaan US$100 ribu juga tumbuh tahun lalu, dari 34,6 juta orang menjadi 36,2 juta orang. Namun, laporan tersebut menunjukkan bahwa mereka lebih berhati-hati menggunakan uang dibanding periode sebelumnya.
"Secara keseluruhan tidak sama pada 2007, banyak yang tidak percaya bahwa rumah mereka adalah aset yang stabil," ujarnya.
Laporan itu juga menunjukkan bahwa 55 persen rumah tangga dengan kekayaan kurang US$1 juta masih merasa lebih penting untuk melindungi harta pokoknya dibanding mengembangkan asetnya. (IH/art)
Saturday, 19 March 2011
Rahsia pati minyak wangi
PATI ekstrak pertama minyak wangi sebenarnya berbau busuk. Mungkin ada yang tidak percaya dengan pernyataan itu. Namun, hakikatnya bau pati tersebut memang kurang enak hinggakan ia boleh menyebabkan sesiapapun pening atau muntah jika menghidunya.
Industri penghasilan minyak wangi sehingga kini masih dikuasai negara-negara pengeluar dan pengasas awal bauan pesona dunia. Sejak ratusan tahun lalu, Perancis, Itali, Mesir dan India antara negara yang terkenal dengan minyak wangi.
Dengan perkembangan teknologi, minyak wangi turut mengalami evolusi dan penguasaan penghasilan wangian jenama terkenal dunia kini telah dikuasai seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Jepun dan banyak negara lain di serata Eropah serta Asia.
Namun, ramuan haruman yang menjadi kesukaan dunia itu masih rahsia.
Selepas menjalani beberapa kali saringan dan proses campuran yang tepat, pati ekstrak yang kurang enak baunya itu menjadi lebih wangi dan sedap dihidup. Bahkan, ia mampu membuatkan si pemakai berasa lebih yakin diri dan mampu menjadi terapi kesihatan yang baik.
Pengarah Projek Couple Perfume Enterprise, Fawzee Yahya, 34, menjelaskan, minyak wangi sebenarnya berasal dari Mesir dan bukan dari negara Perancis.
“Di Mesir pada masa itu, minyak wangi digunakan untuk pelbagai keperluan ritual seperti kelahiran anak sehingga kepada majlis kematian.
“Bahan yang digunakan ialah dupa (kemenyan) dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Proses pembuatan minyak wangi kemudiannya berkembang maju melalui proses secara teknologi terkini iaitu wap air yang melalui proses penyulingan.
Hasil penyulingan itu kemudian diolah menjadi pelbagai jenis campuran pati minyak wangi. Ia kemudiannya dicampurkan dengan alkohol pada jumlah yang sesuai.
Pengasas minyak wangi Inspire Parfum, Zuliano Umberto Ligartti menjelaskan, minyak wangi terbahagi kepada dua iaitu minyak wangi daripada bahan semula jadi dan sintetik.
Ketika ditemui di kios perniagaan beliau di pasar raya Alamanda, Putrajaya, beliau mendedahkan, minyak wangi semula jadi kebiasaan diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga, herba atau buah-buahan dan haiwan manakala minyak wangi sintetik pula dibuat daripada bahan-bahan kimia.
Penyediaan minyak wangi pada asasnya melalui tiga cara iaitu penyulingan, diekstrak dan rendaman di dalam air.
Setiap minyak yang dihasilkan mengandungi bahan ramuannya tersendiri dan seterusnya akan diproses melalui penyulingan, penghasilan ekstrak dan rendaman.
Ketajaman bau
Selepas proses asas itu dilakukan, pati awal minyak wangi perlu menjalani beberapa lagi rutin adunan kimia bagi menimbulkan lagi ketajaman baunya sebelum dipasarkan kepada pengguna.
Zuliano atau lebih dikenali dengan nama Zulkifli Tajuddin, 52, memberitahu, sekitar 1,126 jenis minyak wangi yang dikenali di dunia sebenarnya mempunyai tiga piramid atau tahap adunan bau (notes) yang tersendiri sejurus ia disembur.
“Ia disebut bauan pertama atau asas, bauan kedua atau tengah dan bauan ketiga atau terakhir yang merupakan bau sebenar sesuatu minyak wangi. Perkara ini jarang diketahui oleh mereka yang menggemari minyak wangi.
“Kalau kita mahu memilih minyak wangi yang sesuai saya cadangkan anda bersabar dan mengambil masa untuk memilih sesuatu jenis minyak wangi yang ditinjau.
“Jangan percaya pada bau pertama ketika disembur ke tangan. Tunggu sehingga kira-kira setengah jam untuk mendapatkan bau notes ketiga terhasil. Selepas itu baru anda membuat keputusan,” katanya sambil mendemonstrasikan minyak wangi keluaran syarikatnya berjenama Inspire Parfum.
Ukuran gred
Penggunaan alkohol atau nama saintifiknya dikenali sebagai metanol yang digunakan dalam minyak wangi diharuskan oleh agama Islam. Malah perkara ini telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengurus syarikat Al-Habib (M) Sdn. Bhd. yang menjalankan bisnes mengeksport, mengimport, memborong dan meruncit minyak wangi sejak lapan tahun lalu, Shahzad Abdullah, 42, berkata, pati minyak wangi terdapat dalam beberapa gred yang diukur melalui ketahanannya dan bukan melalui haruman.
Pati minyak wangi gred A, B, C, dan D mempunyai haruman yang sama.
“Pati minyak wangi gred A boleh bertahan lebih daripada 12 jam jika terkena pada kulit. Jika digunakan pada pakaian ia mampu bertahan selama dua atau tiga hari.
|
|
“Bagi minyak wangi gred B pula baunya boleh bertahan selama lapan jam jika disapu pada kulit dan pakaian ia mampu bertahan selama dua hari,” katanya yang mengusahakan penjualan minyak wangi tanpa alkohol sebaliknya dicampur dengan minyak putih.
Selain itu katanya, minyak wangi gred C boleh bertahan selama dua jam jika dipakai pada kulit dan empat jam pada pakaian.
Minyak wangi gred D pula hanya mampu bertahan selama setengah jam jika disapu pada kulit dan satu jam jika disembur pada pakaian.
Sementara itu, Fawzee yang mengusahakan perniagaan minyak wangi yang diinspirasikan daripada jenama terkenal antarabangsa sejak empat bulan lalu menjelaskan, minyak wangi secara umumnya dikelaskan kepada Eau de Cologne (EdC), Eau de Toilette (EdT), Eau de Parfum (EdP) atau Parfum de Toilette (PdT), Esprit de Parfum (EsdP) dan de Parfum.
“Secara umumnya, EdC mengandungi lapan peratus pati minyak wangi dan selebihnya adalah alkohol. EdT mengandungi 15 peratus pati minyak wangi diikuti dengan EdP atau PdT yang mengandungi 20 peratus pati.
“Untuk ESdP ia mengandungi 30 peratus pati minyak wangi dengan 70 peratus bahan lainnya adalah alkohol manakala bagi de Parfum ia mengandungi 40 peratus pati minyak wangi sahaja dan 60 peratus alkohol,” katanya.
Merubah persepsi
Seorang pelakon dan pelawak popular, Ebby Yus, 42, berkata, minyak wangi telah menjadi kegemarannya sejak di bangku sekolah. Sehingga kini, minyak wangi bagi Ebby Yus menjadi sesuatu yang wajib dipakai pada diri setiap masa.
“Dengan memakai minyak wangi saya percaya ia mampu memperbaiki persepsi negatif terhadap kita. Dalam erti kata lain, walaupun wajah kita kurang cantik atau tidak kacak tetapi apabila memakai minyak wangi yang sesuai ia mampu membuatkan orang yang berada berhampiran kita tertarik.
“Misalnya seseorang lelaki yang tidak kacak dan tiada teman wanita dan memakai minyak wangi kemungkinan boleh menarik wanita mendampinginya,” kata Ebby Yus tersenyum mencerita pengalaman dirinya.
Sementara itu, pakar perunding psikologi dan psikiatri, Unit Perubatan Tingkah laku-Saraf Kedah Medical Centre, di Alor Star, Kedah Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berkata, wangi-wangian mampu meredakan tekanan.
“Wangi-wangian yang dihasilkan daripada minyak wangi dan bahan beraroma mampu membuatkan seseorang terkesan dari segi psikologi dalam erti kata melegakan tekanan atau stres ringan.
“Namun, jika seseorang itu mengalami tekanan sehingga menyebabkan kemurungan ia tidak akan berkesan lagi dan perlukan rawatan perubatan segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Jelasnya, bau aroma minyak wangi tidak mampu menyembuhkan penyakit secara terus tapi ia membantu seseorang individu dan mereka di sekelilingnya berasa senang dan tenang seperti kita melihat lautan biru yang luas terbentang. (Kosmo Online)
Tuesday, 15 March 2011
10 Koki Terkaya di Dunia
Sudah tidak asing lagi bahwa profesi koki atau chef saat ini begitu menjanjikan. Banyak para koki yang menjadi selebrity karena tayangan televisi mereka menjadi hit, namun tidak jarang yang sukses karena resep dan masakannya yang sangat memanjakan lidah.
Majalah Forbes telah mendaftar 10 koki paling kaya di dunia, di urutan pertama muncul nama Rachel Ray. Wanita yang memiliki 4 program masak-memasak di beberapa televisi ini memiliki penghasilan 18 juta dolar.
Di belakang nama Rachel Ray, ada seorang koki pria bernama Wolfgang Puck dengan penghasilan 16 juta dolar pertahun. Koki kelahiran Austria ini memasuki dunia koki selebrity dari the ritzy Los Angeles Restourant di tahun 1982.
Urutan selengkapnya dari para koki miliarder tersebut adalah berikut:
3. Gordon Ramsay
4. Nobuyuki Matsuhisa
5. Alain Ducasse
6. Paula Deen
7. Mario Batali
8. Tom Colicchio
9. Bobby Flay
10. Anthony Boudain
Dari kisah-kisah para koki yang sukses di atas, kita bisa belajar bahwa kesuksesan dapat dicapai dengan kecintaan atas apa yang dilakukannya. Selain itu, jangan cepat menyerah ketika menghadapi tantangan, buktinya mereka ada yang drop out dari sekolah kuliner atau meniti karir secara otodidak. Jika mereka bisa berhasil, Anda pun juga. (Vivanews)