By mAYANGmAYA
(Sambungan
Bongkar Penipuan Dalam Internet (7)
KETUJUH: PENDAPATAN DARI MELAYARI INTERNET (Paid To Surf)
Pelayar
internet mendaftar keahlian menjadi ahli program Paid to Surf tertentu
yang mereka pilih. Untuk mendapat pendapatan yang memuaskan, peserta
perlu melakukan “pelaburan”. Lebih banyak yang “dilaburkan”, lebih
banyak pendapatan yang bakal diperolehi. Pulangan pendapatan berlainan
mengikut
program.
Biasanya peserta dikehendaki
melihat laman web peserta atau pengiklan lain mengikut jumlah tertentu
yang telah ditetapkan setiap hari untuk mendapatkan “credit” harian yang
akan dikumpulkan sehingga sebulan. Di akhir bulan atau mengikut masa
tertentu, “credit” tersebut akan dipindahkadi dalam bentuk :
- Duit
- Traffik ke laman web peserta (peluang laman web kamu akan ditunjukkan kepada peserta lain).
- Kedua-duanya sekali.
Sebenarnya Paid to Surf Program Provider akan melabur
“pelaburan” asal peserta di dalam Program Pelaburan Pulangan Tinggi
Internet (HYIP) berdasarkan perjanjian tertentu kedua-dua belah pihak.
Pulangan
dari pelaburan inilah sebenarnya yang akan digunakan oleh Program
Provider untuk membayar peserta. Di samping itu, sebahagian dari yuran
pendaftaran atau “pelaburan” peserta-peserta baru juga digunakan sebagai
modal pusingan untuk membayar peserta lama yang telah sampai waktu
pembayaran mereka. “Program Provider” juga ada mendapat keuntungan
(jumlah yang kecil) daripada iklan syarikat-syarikat luar yang mengiklan
di dalam program ini.
Senario Sebenar Atau Realiti.
Di
peringkat permulaan program, syarikat akan membayar ahli dengan cekap
dan effisyen. Tetapi setelah beberapa tempoh, pembayaran akan menjadi
perlahan, terutama kepada ahli yang mempunyai jumlah "credit" yang
banyak di dalam akaun dan mereka akan menggunakan alasan program
mengalami
masalah teknikal dan sebagainya. Di peringkat 12 hingga
24 bulan berikutnya selepas mereka mula-mula beroperasi, kebanyakkan
program Provider ini akan menghilangkan diri.
Walaubagaimanapun
tidak semua program sebegini "hilang" terus. Ada yang terus menjalankan
aktiviti walaupun pembayaran peserta menjadi semakin lembab. Tetapi
majoritinya menghilangkan diri.
*Attachment – sila baca cerita
12 Daily Pro, di bawah ini sebagai
iktibar.
Laman Web Auto Surf Menjana Kerisauan Penipuan.
BERITA PEMBEKUAN AKAUN 12DAILYPRO DAN STORMPAY
Musim
Bunga tahun lepas sebuah laman web; 12 Daily Pro mula menawarkan
Pelayar Internet Skim yang menakjubkan, Pelaburan dengan pulangan 12%
sehari melalui system Keahlian. Apa yang pelayar perlu lakukan hanyalah
melayari beberapa laman Web sehari. Pelayar Internet akan dibayar
mengikut pelaburan yang mereka laburkan berdasarkan tangga
keahlian.Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri Amerika Syarikat
kini sedang menyiasat syarikat yang berpengkalan di Charlotte
sekiranya ianya hanyalah salah satu daripada variasi Ponzi Scheme.
Ponzi
scheme adalah skim yang diasaskan oleh Charles Ponzi immigrant
daripada Itali pada awal kurun ke 20. Ponzi skim adalah skim penipuan
yang menjanjikan pulangan pelaburan yang di ambil daripada pelaburan
pelanggan kemudian. 12Daily Pro adalah di antara skim yang terbesar di
dunia internet, hampir semua HYIP telah berlkembang dan menpunyai Jutaan
ahli, skim ini dikenali sebagai Auto Surf dan juga HYIP business.
Skim
ini sebenarnya mengambil kesempatan daripada pertambahan perbelanjaan
pengiklanan di dunia Internet., Contohnya SurfCityAutoSurf.com,
menjanjikan pulangan pelaburan antara USD100.00 ke USD3,200.00 Sebulan
hanya dengan melayari laman web.
Di 12dailyPro,
pelawat dibenarkan untuk menjadi ahli secara percuma juga, tetapi untuk
mereka mendapat pulangan tunai, ahli perlulah melabur USD$ 6.00 atau
maksimun USD $ 6,000.00. Laman ini telah mendapat perhation Biro
Penyiasatan Amerika Syarilat (FBI). Buat ketika ini FBI menjadikan
penyiasatan penipuan Internet sebagai salah satu daripada bidang yang
mereka focuskan, tangga ketiga yang utama (Third Level Priority).
Pada
tahun 2004 badan ini menerima 207,000 aduan penipuan siber. Ini adalah
kenaikan 66% daripada tahun 2003. Laman 12dailyPro kini adalah di
bawah penyiasatan FBI, Suruhanjaya Securiti Amerika dan juga dua negeri
di Amerika. Pembayar utama 12Daily Pro iaitu Storm Pay juga telah
dibekukan operasi kerana terlibat sebagai peranti pembayar.
Laporan
terkini jumlah ahli yang terlibat adalah di antara 300,000 orang
dianggarkan sebahagian besar melabur USD$6,000.00. 9 hb February 12
Daily Pro masih beroperasi walaupun semua asset dan milik mereka telah
dibekukan. 12dailyPro di jalankan oleh Charis Johnson, seorang wanita
melalui sebuah syarikat berdaftar di North Carolina Amerika Syarikat.
Beliau juga menjalankan kegiatan melaui sebuah syarikat Enterprise
LifeClicks LLC melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam beliau.
Peguam
beliau menyalahkan StormPay diatas isu perselisihan perjanjian
menyebabkan ahli 12Daily Pro tidak menerima pembayaran. Peguam Charis,
Johnson menyatakan StormPay mendesak hanya merekalah peranti pembayar
untuk sebarang imbuhan kewangan 12Daily Pro. Sejurus selepas itu
StormPay membekukan kewangan dan pembayaran 12DailyPro, selepas
mendakwa 12DailyPro telah menyalahgunakan model perniagaan mereka.
Charis
menyatakan bahawa beliau tidak pernah tidak membayar imbuhan kepada
ahli 12DailyPro sehinggalah berlakunya perbalahan dengan StormPay.
Peguam LifeClick's sedang mengkaji peruntukan perundangan yang sedia
ada dan akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa untuk
menyelesaikan isu ini. Didalam wawancara yang terbaru Pengarah
Eksekutif, StormPay Steve Girsky menyatakan “beliau tidak melakukan
sebarang kesalahan”,
Ditanya sama beliau percaya
12dailyPro beoperasi secara sah? Beliau menyatakan pada peringkat
awalnya StormPay beroperasi secara sah, tetapi setelah pihak StormPay
mengkaji perjalanan syarikat tersebut, mereka mengalami kesusahan untuk
membayar kepada ahli 12Daily Pro.
Dilaman web,
12dailyPro, menyatakan pendapatan ahli adalah di biayai oleh pembayaran
ahli baru dan juga pendapatan pengiklanan beserta dengan beberapa
pelaburan luar yang tidak dinyatakan. (mirip kenyataan PONZI scheme)
Ketika lawatan terbaru, pengiklan didapati daripada kumpulan syarikat
yang kecil dan juga beberapa syarikat “AutoSurf” yang beroperasi hampir
sma dengan 12DailyPro.
Sebahagian daripada ahli
12Daily Pro menyatakan bahawa pulangan pelaburan adalah kurang daripada
yang dijanjikan kerana pembayaran balik termasuk yuran asal keahlian.
Seorang
ahli yang melabur USD$600.00 sebagai contoh akan akan di kredit 12 hari
kemudian dengan nilai USD$864.00. Pulangan sebenar hanyalah USD264.00
iaitu 44% untuk 12 hari tersebut. Interest sebenar adalah 3.67% sehari,
masih lebih besar daripada interest yang mana-mana bank akan berikan.
Salah seorang ahlinya adalah Mike Wing yang mengetahui 12DailyPro
daripada rakan niaga beliau, beliau mengharapkan pulangan USD$700-
USD$1,000.00 seminggu.
Bilau mengeluarkan Simpanan
Pencen beliau dan melabur USD$1,000.00 minggu kedua beliau menambahkan
pelaburan usd$1,000.00 lagi. Selepas beliau mendapat semula pelaburan
pokok beliau berjaya memperkenalkan kepada sepuluh lagi rakan beliau
untuk menyertai program ini.
12DailyPro menjanjikan
ahli yang berjaya menjemput atau merekrut ahli baru akan dapat
berkongsi sebahagian daripada jumlah pelaburan baru. Wing berkata ,
pada mulanya beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan
12DailyPro, tetapi disebabkan oleh janji pulangan yang tinggi, beliau
tertarik untuk mengambil risiko tersebut. Minggu lepas pulangan
USD$1,700.00 yang beliau tunggu tidak sampai, beberapa hari kemudian
12DailyPro menyatakan bahawa akaun mereka telah dibekukan.
“ Saya rasa seperti orang bodoh, saya tidak lagi akan melabur di dalam skim.”
Lihat juga berita ini..
Anggota Sendikit Macau Scam
ANGGOTA sindiket Macau Scam yang diberkas dalam serbuan polis di Bukit Jalil semalam.
KUALA
LUMPUR (Kosmo) - Jenayah Macau Scam yang sebelum ini didalangi warga China dan
Taiwan dilihat berubah arah apabila rakyat tempatan mula dikesan
mendalangi sindiket itu sehingga berjaya menipu seorang peguam bergelar
Datuk.
Peguam yang bergelar Datuk dari Tawau, Sabah itu kerugian
RM3.2 juta pada Februari lalu selepas terpedaya dengan panggilan
anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman.
Datuk berusia 50-an itu memindahkan wang
miliknya ke dalam akaun sindiket itu selepas pegawai polis palsu yang
menghubungi mangsa mendakwa akaun miliknya digodam oleh penjenayah di
Hong Kong.
Jenayah penipuan Internet yang pertama kali melibatkan
rakyat tempatan itu terbongkar ekoran tertangkapnya lima ahli sindiket
tersebut dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari di sebuah kondominium
di Bukit Jalil di sini semalam.
Salah seorang daripada suspek
lelaki itu didapati pernah ditahan selama 11 bulan di China atas
kesalahan menjalankan penipuan Internet.
Lihat juga berita ini..
Jenayah Siber Dilapor Meningkat 100 Peratus
VUI KEONG (kiri) beramah mesra dengan sebahagian peserta forum mengenai jenayah komputer di Putrajaya.
PUTRAJAYA
– Kes berkaitan jenayah siber yang dilaporkan kepada pusat bantuan
Cybersecurity meningkat lebih 100 peratus pada tahun lepas iaitu
sebanyak 13,173 berbanding 6,204 pada 2010.
Menurut Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, peningkatan
sebanyak 112.3 peratus itu membuktikan bahawa jenayah dan ancaman siber
semakin membimbangkan dan perlu dibendung.
“Kajian oleh
Cybersecurity juga menunjukkan dari tahun 2005 hingga 2010, kerugian
akibat jenayah siber telah mencecah RM2.75 bilion, ia satu angka yang
besar dan merugikan,” jelasnya ketika berucap merasmikan Forum
Undang-Undang: Kajian Semula Akta Jenayah Komputer 1997 di Bahagian Hal
Ehwal Undang-Undang di sini semalam.
SEKIAN