Thursday 20 December 2012

Skim pelaburan beras haram

KUCHING - Syarikat yang menganjurkan skim pelaburan beras melibatkan penduduk Kampung Menjau, Batu 21 di sini yang kerugian RM2 juta sejak Mei lalu dipercayai menjalankan operasi berkenaan secara haram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun syarikat tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), skim yang ditawarkan tidak pernah diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya, mana-mana syarikat yang menganjurkan skim pelaburan melibatkan deposit perbankan perlu mendapat kelulusan BNM manakala skim berkepentingan melibatkan barangan seperti ikan keli atau jual beli beras perlu mendapat kelulusan SSM.

"Setiap hasil pelaburan tersebut kemudiannya hendaklah dimasukkan ke tabung amanah yang juga perlu mendapat kelulusan SSM.

"Oleh sebab itu, kita mengesyaki syarikat terbabit menjalankan operasi secara haram kerana siasatan awal mendapati kegiatannya selama ini tidak melalui kesemua proses tersebut," katanya ketika dihubungi semalam. (Kosmo)

No comments:

Post a Comment