BANGKOK - Tiga rakyat Malaysia yang pertama kali berkunjung ke
Thailand ditahan semalam kerana didakwa menggunakan kad kredit palsu
untuk membeli barangan berjenama bernilai 844,700 baht (RM85,962).
Komander Polis Perlancongan, Maj Jen Polis, Roy Inkapairoj
memberitahu pemberita mereka dikenali sebagai Yap Wei Lun, 28, Liew
Choon Chick, 23, dan Bong Joo Soon, 30.
Mereka ditahan di sebuah kedai di Bangkok tengah ketika cuba membayar barangan yang mereka beli.
Turut ditemui pada mereka ialah sebanyak 14 keping kad kredit palsu dan empat resit kad kredit.
Inkapairoj berkata, ketiga-tiga mereka mengaku mereka mengimbas
maklumat kad kredit dari Amerika Syarikat untuk membeli jam tangan, tali
pinggang dan beg yang mereka serahkan kepada seorang lagi rakyat
Malaysia yang sedang bersembunyi sekarang.
Mereka didakwa memasuki Thailand secara haram melalui Sadoa, bahagian
selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. - Bernama
Apa jadi, Serangan balai polis Johor, S'pura, ini? & komen PAS
-
*Singapura telah meningkatkan langkah keselamatan, termasuk di pusat
pemeriksaan negara itu, susulan serangan di balai polis Ulu Tiram di Johor.
- Foto...
10 hours ago
No comments:
Post a Comment