Tuesday 24 December 2013

Forum Usahawan 1: Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

"AS-SALAMU'ALAIKUM!"  Seseorang menyalami saya, beberapa hari lepas. Setelah saya jawab,  dia berkata, "Ingat tak, tuan pernah berceramah perkenal sebuah koperasi Islam di tempat saya kerja.."

Saya termenung sekejap, mengingatkan.. "Ooo ingat, di Ibu pejabat Bank Negara Malaysia, KL". Ya, saya ingat, waktu itu Dr Rosli Yaakop pun ada., dia turut mendengar. Saya mula berkenalan dengan beliau, di bank tersebut. Masa itu dia masih belum jadi pimpinan PAS lagi, kira-kira puluhan tahun lalu. "Ya, ya!"

Dia tanya lagi, "Saya tahu, tuan pernah berceramah di Pusat Latihan Jabatan Koperasi PJ, juga di kampung-kampung seperti kampung Medan, pada masa itu.. Saya dengar, ceramah motivasi tuan begitu bertenaga. Saya tahu ramai anak didik tuan berjaya sebagai usahawan. Di KL, Pulau Pinang dan lain-lain.. saya tak payah sebut...

"Sekarang pula tuan banyak menulis, saya selalu ikuti perkembangan tuan. Mengapa tuan tidak berdakwah atau memotivasi di bidang ekonomi lagi? Bina para remaja ke arah menjadi usahawan Muslim seperti orang kaya di zaman Nabi dulu?" Dia bertanya.

Sebab itulah, kini saya nak mulakan sikit menulis tentang motivasi ekonomi.. Tumpuan saya mula-mula kepada anak-anak muda yang berminat untuk jadi usahawan atau suatu kerja sampinagn tambah pendapatan bagi pekerja-pekerja. Samada kolar putih atau kolar kelabu. Ya, mari kita praktikkan, untuk tambah pendapatan atau mula jadi usahawan...
Wahai kamu yang nak mula niaga!

Ya, Mula!

Satu: Lihat suasana keliling kamu. 

Apa yang boleh diniagakan dan boleh buat jadi duit sekadar kemampuan kamu. Apa yang kamu sedang buat sekarang?

Contoh, seseorang sedang memakan pisang, isi pisang habis, kuit tergantung di pegangan. Kotak fikirnya berlegar mencari ide, macam mana aku nak tukar kulit pisang ini jadi duit? Begitu cara berfikir. Fikir terus kepada yang lain-lain.. yang di depan kita.

Mari kita lihat, suasana keliling sekarang yang boleh buat duit. Sekarang kamu sedang lihat keliling kamu. Saya lihat keliling saya pula. Saya bagi contoh terdekat depan mata kita, di Blog ini (Ibnu Hasyim). Cuba lihat banyak iklan-iklan yang boleh kita manfaatkan.

Contohnya iklan ini...
IKLAN      
Peluang menambah pendapatan, atau memulakan perniagaaan. Bagaimana?    

Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat. Cari kawan-kawan  yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda! Klik gambar ini  (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)... 
 Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.   
Kandungan 100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet.    Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes Dll. 
)


Apa yang dikatakan iklan ini boleh dilaksanakan dan boleh terjadi. "Cari kawan-kawan  yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda!" Kalau kamu nak praktikkannya boleh. Mungkin tidak perlu modal besar atau tak perlu langsung modal wang.

Kerana dalam memulakan perniagaan seperti ini perlu kepada modal.. 
apa modal yang perlu pada anda?
  1. Keperibadian. Ertinya peribadi yang menarik. Tidak menipu atau kaki songlap. Janji ditepati. Hutang dilunasi. Bukan keluarga penjenayah atau dia sendiri punyai rekod buruk Mematuhi ajaran agama dan lain-lain. Jenamakan diri kita sebagai ahli niaga tersebut.
  2. Pandai bercakap. Bukan pandai temberang, tetapi menerangkan dengan bahasa mudah, jelas, tidak menjemukan. Tepat sasaran dan menarik.
  3. Peramah dan pandai menghormati orang.
  4. Ramai kawan
  5. Mempunyai pengalaman berkaitan.
  6. Kalau perlu, siapkan modal kewangan.
Dua: Okey, seterusnya klik gambar iklan tersebut. 

Lihat berapa modal wang dan berapa untung. Tercatat..


"Ini senarai harga..
  • 1 unit   -Harga RM39              
  • 10 hingga 49 unit   -Harga 1 RM28  (Kalau 10X28   = RM280)
  • 50 hingga 99 unit    -Harga 1 RM25 (Kalau 50X25      =RM1,250)
  • 100 unit ke atas -Harga  boleh runding"
Jika beli satu unit harganya RM39, jika 10 unit RM280. Untung 1 unit sebanyak RM11. Jika 10 unit RM110. Kalau 100 unit sebulan, kamu sudah bergaji RM1,100 sebulan. 

Tiga: Sasarkan sasaran dan terus terjun dalam dunia niaga. 

Sasarkan jualan 100 unit sebulan. Bagaimana modal wang?  Jika ada modal 1(Keperibadian), mungkin modal 6 (Kewangan) tidak perlu lagi. Mula-mula Cari balik kawan-kawan (modal 4), jenamakan diri kamu sebagai ahli niaga tersebut (modal 1). Kerana itu perlu pandai menerangkan (modal 2,3 dan 5). 

Lihat balik iklan, saya lihat wakilnya di seluruh negara masih belum menyeluruh. Boleh runding dengan syarikat tersebut untuk senaraikan nama dan telefon kamu, sebagai wakil syarikat di tempat kamu. Sila guna SMS, e-mail atau telefon.

Antara maklumat-maklumat tambahan sila lihat..
Ini, saya ambil satu contoh syarikat untuk kamu nak mulakan perniagaan. Kamu boleh pilih banyak lagi syarikat-syarikat lain yang sesuai dengan minat kamu. 

Ini baru muqaddimah kepada Forum Usahawan: Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Pandangan dan komen tuan-tuan penziarah budiman sangat saya alu-alukan untuk membuka minda dan bergerak memulakan usaha niaga.

Saya akan terus akan membincang bagi mula niaga dengan syarikat di atas sebagai contoh praktikal. Kalau berminat sila hubungi syarikat di atas untuk jadi wakilnya di tempat kamu. Lihat nama dan alamatnya di klik iklan... Cara gerak seterusnya akan jadi perbincangan.

Wassalam.


Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
22 Disember 2013
KL

1 comment: