| |
| KOTA BHARU, 29 Sept: Masterskill Education Group Berhad telah meluluskan peruntukan pelaburan sebanyak RM31 juta bagi membina kampus baru di negeri ini. Pelaburan itu bertujuan untuk menjayakan hasrat menjadikan kampus Kolej Masterskill di Kota Bharu sebagai kampus utama kawasan Pantai Timur. Pengurus Masterskill Kota Bharu, Mohd Nazir Abdullah, berkata dianggarkan 6,000 orang pelajar dapat ditempatkan di kolej terbabit apabila ianya beroperasi sepenuhnya menjelang 2011. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian komputer riba kepada 400 orang pelajar Kolej Masterskill Kampus Kota Bharu, pagi tadi. Menurutnya lagi, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan berkenaan yang terletak berhampiran Tesco kini sedang giat dijalankan. “Jumlah pelaburan yang begitu besar membuktikan komitmen Masterskill sendiri untuk menjadikan Kelantan sebagai salah satu pusat perkembangan pendidikan tinggi di Semenanjung Malaysia selepas cawangan di Kota Kinabalu bagi kawasan Malaysia Timur,” ujarnya lagi. Sementara itu, sebanyak RM10 juta dibelanjakan untuk pembiayaan pembelian komputer riba kepada para pelajar yang telah bermula sejak awal lagi. “Objektif utama sumbangan ini untuk mereka bagi mendorong minat pelajar dalam meningkatkan mutu pembelajaran,” ujarnya. Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa bangga di atas tindakan yang diambil pihak Masterskill kepada pelajarnya. Katanya, ia adalah sebahagian tanggungjawab sosial Masterskill untuk para pelajarnya. (Harakahdaily) |
Wednesday, 29 September 2010
Masterskill bina kampus RM31 juta di Kelantan
Tuesday, 28 September 2010
Habib buka hotel yakin ekonomi Kelantan
|
Pengurus Besar Habib Jewels Holding, Abdul Razak Abdul Kader, berkata setelah setahun pihaknya membuat kajian berhubung perkara itu, akhirnya bulan Ogos lalu, hotel yang bercirikan ‘butik’ itu beroperasi di Kelantan. Bagaimanapun, menurutnya, ianya akan dibuka secara rasmi pada 14 Oktober ini di mana satu majlis perasmian akan diadakan. Menurutnya lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi peluang ekonomi di Kelantan akan bertambah maju pada masa akan datang. “Kerana itu kami sebagai orang bisnes sanggup melabur di negeri ini dalam eset yang lain pula,” ujarnya. Tambahnya, pada masa yang sama ianya juga bakal memberi peluang pekerjaan pada masyarakat Kelantan apabila sebahagian besar pekerja di hotel tersebut termasuk ‘show room’ Habib Jewels dan kilang terdiri dari masyarakat Kelantan. Sambung Razak lagi, sambutan orang ramai terhadap hotelnya hampir memenuhi sasaran sebagaimana yang dijangkakan walaupun baru sebulan dibuka. Ini kerana, katanya lebih 50 peratus pengunjung telah mendiami hotel tersebut yang terdiri dari ahli perniagaan, kakitangan kerajaan Persekutuan dan pelancong tempatan. Hotel Habib menawarkan dua pilihan kepada pelanggannya iaitu superior dengan harga RM130 dan deluxe RM150 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 32 bilik. Kedudukannya yang begitu strategik di tengah bandar Kota Bharu dijangka akan mendapat sambutan yang lebih hebat pada masa akan datang. |
Saturday, 25 September 2010
Negeri Pakatan sertai sidang Malaysia-Thailand
| |
| HATYAI, THAILAND, 25 Sept: Penyertaan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang dalam hubungan dua negara Malaysia dan Thailand, semalam jelas membuktikan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) diiktiraf oleh negara luar.
Kelantan diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Dr Nik Mazian Nik Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Ir Mustafa Salleh, Kedah diwakili oleh Exco negeri, Abd Ghani Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, Exco Perlis, Ahmad Bakri Datuk Ali dan Pegawai Khas Exco Perak, Noormah Ismail. Perasmian persidangan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Trirong Suwankiri. Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Penglibatan dalam Lima Dasar yang melibatkan lima sektor utama iaitu industri halal, pelancongan, perdagangan, logistik dan pelaburan antara negeri yang berjiran dengan Selatan Thailand boleh meningkatkan hubungan dua hala terutamanya dalam meningkatkan ekonomi. Menurut Ir Mustaffa Salleh, persidangan itu amat berguna kepada kerajaan negeri dalam menarik pelabur di pelbagai bidang yang disenaraikan tersebut. “Keadaan Kelantan yang begitu strategik dengan Selatan Thai akan memudahkan hubungan dua hala dalam menjayakan program ini dan secara kebetulannya adat budaya antara Kelantan dan Selatan Thai banyak persamaannya,” kata beliau. Beliau juga berharap disebabkan ia melibatkan kedua-dua negara, kerajaan Pusat seharusnya mengambil beberapa langkah dalam menjayakan rumusan hasil daripada persidangan kali pertama ini. “Insya Allah, saya berpendapat Kelantan akan bersedia melibatkan diri dalam pelbagai sektor yang dijadikan agenda penting persidangan ini kerana ia begitu baik demi peningkatan pembangunan ekonomi negeri,” ujarnya lagi. Abdul Ghani Ahmad pula berpendapat persidangan dan ekspo yang diadakan buat pertama kali itu akan membuka peluang kepada kerajaan Kedah dan agensi swasta untuk memulakan perbincangan dua hala dalam bidang yang ditetapkan itu. “Kedah akan bersedia untuk melibatkan diri demi pembangunan Kedah dan Selatan Thailand boleh menjadi rakan dalam memajukan antara kedua-dua pihak,” katanya. Abd Ghani juga berharap walaupun penglibatan tiga negeri dalam Pakatan Rakyat dalam persidangan itu, ia tidak boleh dijadikan alasan oleh pusat untuk mengabaikan demi menjaga hubungan dua hala Malaysia-Thailand. “Kita tengok dalam banyak bidang yang kerajaan pusat harus memberi tumpuan seperti penarikan pelabur dari Thailand, pelancongan dan juga logistik, ia amat diperlukan dalam meningkatkan pembangunan di kawasan utara negara kita,” kata beliau lagi. Bagi Abdul Malik Kassim, penyertaan dalam persidangan dan pameran itu tidak akan mencapai hala tuju sekiranya hubungan kerajaan Malaysia dan Thailand tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang sudah berlarutan seperti pengenaan duti ke atas penggunaan pelabuhan yang menjadi persinggahan kepada kepada kapal antarabangsa. “Walaupun masih banyak yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak, Pulau Pinang akan tetap memberi kerjasama dalam menjayakan program ini dan kita akan menekankan dalam sektor industri halal dan pelancongan kerana di Pulau Pinang juga menjadi tumpuan utama pelanconga n dari Thailand,” kata beliau. |
Friday, 24 September 2010
Gates paling kaya di AS
| |
| |
NEW YORK - Pengasas firma Microsoft, Bill Gates (gambar) kekal menjadi individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ke-17 berturut-turut dengan anggaran kekayaan AS$54 bilion (RM167 bilion).
Senarai terbaru 400 individu terkaya di AS yang diterbitkan majalah Forbes kelmarin menunjukkan anggaran kekayaan Gates, 54, meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) daripada tahun lalu.
Paras minimum kekayaan untuk seseorang individu menyertai senarai 400 orang kaya itu pada tahun ini kembali kepada syarat AS$1 bilion (RM3.1 bilion) berbanding hanya AS$950 juta (RM2.9 bilion) yang ditetapkan untuk tahun lalu.
Berada di tempat kedua ialah pelabur Warren Buffett yang mempunyai anggaran kekayaan berjumlah AS$45 bilion (RM139.29 bilion) meningkat sebanyak AS$5 bilion (RM15.47 bilion).
Pengasas Oracle yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Larry Ellison berada di tangga ketiga dengan anggaran kekayaan AS$27 bilion (RM83.57 bilion).
Pewaris rangkaian pasar raya Walmart, Christy Walton menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaan AS$24 bilion (RM74.29 bilion). - Reuters
Saturday, 18 September 2010
Negara Pilihan Pelabur, M'sia Corot, Indo Melonjak
DAMANSARA 18 SEPT: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, Malaysia akan terus kehilangan pelabur selagi amalan rasuah, sistem keadilan yang bersih dan kepimpinan yang culas.Katanya, semua pihak harus berasa bimbang dengan Laporan Bank of America Merill Lynch yang menempatkan Malaysia sebagai antara negara di Asia Pasifiz yang tidak digemari pelabur berdasarkan tinjauan di kalangan pandangan pengurus dana.
Beliau kesal kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak cuba memberi gambaran serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan di tangga ke 10 dan kini di kedudukan tercorot.
“Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur,” katanya.
Ketua Pembangkang itu berkata beberapa perkara mustahak wajar diberi perhatian terutama pandangan pelabur yang melihat Malaysia sebagai tidak lagi mampu bersaing dengan negara jiran seperti Indonesia.
Berbeza dengan Malaysia, Indonesia melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 mengikut tinjauan Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum).
Anwar turut sangsi dengan perincian Model Ekonomi Baru (MEB) yang bakal diumumkan Najib sebagai usaha memulihkan ekonomi negara yang lembap.
Katanya, hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam masa 10 tahun dengan 92 peratus datangnya dari pelaburan swasta, pasti menimbulkan kemusykilan lantaran pelabur menjauhi Malaysia.
“Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi.
“Secara tuntas saya tegaskan, pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan.
"Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin,” katanya.
Malangnya, Anwar berkata hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walaupun rakyat terpaksa menderita menahan beban.
Melayu Terkaya Di Malaysia

Friday, 17 September 2010
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.


UNTUK memudahkan pelayar weblog ini mengenai matawang syariah, maka pihak kami terus mengumpulkan maklumat mengenainya. Sila klik tujuk-tajuk di bawah ini.
E-Buku IH-2:
Matawang Syariah, Tugas Kita belum Selesai..
Bab I
- 'Dinar Emas' Pertemu Antara 2 Pimpinan Serambi Mekah
- Perkenal Dinar K'tan Kpd Gabenor Negeri Xinjiang
- Tok Guru Lancar Dinar & Dirham K'tan, RM100,000 Di...
- Tok Guru, Husam, Dinar, M'sia, S'pura, Australia &...
- Dinar K'tan: Indo, Portugis, Sepanyol, Belanda, Tu...
- Husam Nafi Dinar Jadi Mata Wang Kedua
- Dinar K'tan: Najib Tolak Kepada BNM
- Dinar: Ibnu Hasyim Sokong Kenyataan Pemuda K'tan.
- Sokong Atau Tidak Dinar Kelantan? Klik Di sini..
- Matawang Syariah, UMNO Terus Bangkang -Nik Aziz
Bersambung dari semasa ke semasa... Kerana tugas kita kepada agama kita dan masyarakat dunia sejahtera dalam hal ini, masih belum selesai..
