Thursday, 3 November 2011

Kecelaruan pasaran hartanah di Vietnam


KETIADAAN pembeli menyebabkan harga apartmen-apartmen mewah di Ho Chi Minh City turun mendadak.

EMPAT tahun selepas ledakan nilai hartanah yang menyaksikan pelabur-pelabur terpaksa berkhemah di atas jalan raya menunggu untuk membayar pampasan terhadap apartmen-apartmen tidak siap, pasaran nilai hartanah yang sebelum ini hangat di Vietnam kini bertukar menjadi dingin.

Pakar-pakar berkata, kenaikan inflasi, kadar faedah dan tekanan kerajaan dalam mengawal kredit menyebabkan kejatuhan harga dan insentif lain untuk menarik pembeli rumah, manakala penyewa pejabat mendapat manfaat kelebihan ruang daripadanya.

"Pasaran hari ini sangat sukar dan mencabar," kata Brad Gee, pengarah pengurusan hartanah yang menghuni tingkat 68, Menara Kewangan Bitexco, Ho Chi Minh City itu.

Bangunan pencakar langit itu baru dibuka tahun lalu dan kini hanya mempunyai lebih 40 peratus ruang pejabat yang telah disewa.

"Jelas sekali, kami terpaksa melakukan proses perundingan yang sukar membabitkan soal sewaan, tetapi mereka yang terlibat di dalam pasaran ini juga sedang berhadapan situasi yang sama," kata Gee.

Bandar raya komersil

Seorang pengurus pajakan berkata, sewa bulanan bagi ruang ruang pejabat berkualiti tinggi di bandar raya itu menurun kepada kurang daripada separuh daripada AS$100 (RM306) bagi setiap meter persegi berbanding pada waktu puncak pasaran pada tahun 2007 hingga 2008.

Bitexco dan dua lagi menara baharu yang telah siap turut menawarkan ruang Gred A sebagai tambahan. Penganalis-penganalisis melihatnya sebagai terlebih penawaran di bandar raya komersial Vietnam itu yang kini dihuni lebih tujuh juta penduduk.

Sektor kediaman juga turut terjejas kerana berlakunya peningkatan faedah dalam usaha pihak berkuasa Vietnam untuk mengurangkan inflasi yang melambung tinggi.

"Pihak bank telah mengetatkan syarat pinjaman bagi firma-firma hartanah, termasuk industri bukan perkilangan dan, jika ia mampu untuk memberi pinjaman sekali pun kadar faedahnya menjadi di antara 20 dan 25 peratus," kata perunding harta DTZ, Craig Wallace.

"Tanpa pinjaman, kami tidak mampu melaksanakan projek, malah kami juga tidak boleh melabur dalam pembangunan hartanah," ujar pengerusi Ho Chi Minh City Real Estate Association, Le Hoang Chau.

Menurut pertubuhan itu, pada masa yang sama, keadaan itu diburukkan dengan penurunan harga apartmen-apartmen mewah di bandar raya itu sebanyak 17 peratus sejak penghujung 2010 dan pertengahan tahun ini iaitu kepada AS$1,500 (RM4,600) bagi setiap meter persegi.

Ketika ada antara hartanah itu menjadi lebih murah, ramai dalam kalangan bakal pembeli rumah tersepit dengan tekanan kredit, tidak mampu untuk mendapatkan cagaran pada kadar yang terlalu tinggi.

Thai Quang Trung, pengurus pengurus penyelidikan di firma perkhidmatan hartanah Jones Lang LaSalle mendapati dirinya kini terperangkap dalam masalah yang dikajinya sebelum ini.

Melalui kadar sewa apartmen yang tinggi, dia menyangka berpeluang membeli kediamannya sendiri namun, terhalang disebabkan masalah pembiayaan.

Lelaki itu mendapati, ramai golongan muda di bandar raya itu turut berdepan dengan situasi yang sama sekiranya mereka bergantung kepada pendapatan sendiri untuk membuat pinjaman pembelian rumah.

"Saya akan terus menyewa sampai bila-bila,"katanya.

Memberi tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi jangka panjang, pada Februari lalu negara itu beralih kepada penstabilan ekonomi yang dilanda oleh peningkatan harga pengguna sebanyak dua kali ganda, kekurangan rizab asing dan mata wang yang lemah.

Langkah-langkah yang dilakukan kerajaan sebelum ini termasuk menaikkan kadar faedah lebih tinggi, mengurangkan perbelanjaan negeri dan arahan pertumbuhan kredit atau pinjaman diletakkan di bawah 20 peratus.

Inflasi

Ahli-ahli ekonomi menegaskan kerajaan perlu berpegang kepada pakej penstabilan yang dirangka bertujuan mengawal ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku di negara itu termasuk kadar inflasi yang melebih 20 peratus, antara yang tertinggi di Asia.

"Langkah yang dilakukan kerajaan sebelum ini telah melukakan industri hartanah di samping meningkatkan kadar inflasi," jelas Wallace.

Penganalisis berkata, tidak banyak projek-projek baharu yang dilaksanakan kini.

"Terdapat banyak projek baharu yang terpaksa ditangguhkan. Mereka cuba menghalangnya daripada memasuki pasaran pada hari ini," kata Trung.

Penganalisis turut menambah, bagi bangunan yang telah dimasukkan ke dalam pasaran semasa kemelesetan dahulu, pemaju-pemaju terpaksa menawarkan harga yang jauh lebih rendah, insentif pembiayaan dan juga cabutan bertuah dan perabot.

"Saya rasa situasi pasaran hartanah akan berterusan dan memberikan masalah besar kepada pelabur-pelabur," kata Hoang Chau.

Beliau turut meminta kerajaan mengurangkan peningkatan kadar faedah secara perlahan-lahan.

Industri sedang melihat industri itu akan kembali pulih pada tahun hadapan.

Wallace melahirkan harapan agar wujud kelonggaran beberapa dasar kerajaan yang mungkin dilaksanakan pada awal tahun 2012 contohnya penurunan kadar faedah.

Sementara itu, Ketua Pelaburan dan Perniagaan Jones Lang LaSalle, Huynh Buu Tran memberitahu, potensi pasaran menggambarkan kestabilan kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam di mana lebih 60 peratus daripada penduduknya bekerja.

"Sebahagian besarnya merupakan pasangan muda. Mereka semua mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri," katanya.

"Secara dasarnya, ia melibatkan jangka masa panjang dan saya rasa masih ada harapan pemulihan tahun depan," kata Buu Tran. - AFP

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Monday, 31 October 2011

Laporan Audit: Kesmpulan Dari PAS -Tuan Ibrahim

Oleh Tuan Ibrahim
KL 30 Okt 11: Inilah kesimpulan dari Laporan Audit 2010 yang sekali lagi menegur kelemahan ketara dalam pengurusan kewangan negara terutamanya dalam pengurusan projek dan membeli perkakas. Walaupun Ketua Audit Negara (KAN) telah membuat pelbagai teguran setiap tahun, namun perkara yang sama terus dilakukan, yakni budaya ketirisan, keborosan dan pembaziran yang disemai BN terus subur tanpa sebarang kekesalan.

Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang. Sebagai contoh, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).

Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya. Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding.

Selain itu, juga dilaporkan kesanggupan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Antara yang paling menjengkelkan ialah pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.
MARA (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA.

Selain itu, syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

Pada skop yang lebih besar, hutang negara meningkat 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion di 2009, dan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%.

Semua di atas menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN, jesteru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini.

Kekecewaan ini akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Saturday, 29 October 2011

KWSP lulus pinjaman RM55b tanpa jaminan k'jaan

KL 29 Okt 11: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.

Daripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).

Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.

azlanDaripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut laporan itu - dua diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network [AGN] dan Valuecap Sdn Bhd.)

KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.

Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memerang peratus kepentingan yang sama.

Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.

Seluar Dalam Ajaib

Wednesday, 26 October 2011

Kajian ringkas Laporan Audit 2010


Hasan Husaini| http://www.hasanhusaini.com


ULASAN:
Badan menjadi gagah tiba-tiba setelah mendapat sepucuk SMS dari seorang teman di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara dah keluar. Itu isi mesejnya.

Saya bangkit dari pembaringan, menekan suis laptop dan melayari internet. Web Jabatan Audit diakses dan terus memuat turun fail. Berbekalkan segelas susu dan beberapa keping biskut Ulker, saya meneliti audit tersebut. Beberapa bahagian penting dicetak keluar untuk simpanan anak cucu.

Ringkasan audit 2010:

KEMENTERIAN PELAJARAN

RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.
KEMENTERIAN PERTAHANAN

1. Rak akhbar dan majalah : RM 1445
2. Ubahsuai katil : RM 950
3. Katil Bujang : RM 700
4. Kerusi Plastik : RM 761
5. Meja Kayu kecil : RM 950


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

1. 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
2. Makanan tamat tempoh.
3. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

1. Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
3. Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
5. Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
6. Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal

JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :

1. Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
2. Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
3. Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
4. LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
5. GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
6. CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
7. Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808

MAJLIS SUKAN NEGARA

MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.
KEMENTERIAN KESIHATAN

Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif.


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peraltan tersebut.
SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.


5. Penurunan Untung Sebelum Cukai
Secara ringkasnya, 40.4% sayrikat GLC mengalami penurunan untung sebelum cukai. Berakhir 2009, RM 3.83 billion kerugian akibat penurunan untung sebelum cukai kepada RM 92.35 billion pada tahun 2009 berbanding RM 96.16 billion pada tahun 2008.

6. Pinjaman Belum Selesai

Terdapat 17 syarikat GLC yang menanggung hutang sehingga 2009 yang berjumlah lebih RM 12 Billion. Menduduki senarai tertinggi ialah, Perwaja Terengganu, Indah Water, Malaysia Debit Ventures dan Bank Pembangunan Malaysi Berhad.
Laporan Audit bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Setakat pengetahuan saya dalam hal ini, ia hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Kebarangkalian untuk lebih teruk atau lebih baik masih sangat besar.

Kajian ini pula adalah kajian ringkas yang tidak merangkumi perincian lain yang bakal mendedahkan lebih banyak kecacatan, pengkhianatan dan tidak amanah terhadap pengurusan kewangan.
HASANHUSAINI
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib

Seluar Dalam Ajaib
America Vakoou -Untuk Lelaki

Kembara Angkasawan Negara ke China


KL, 25 Okt: Program Kembara Angkasawan Negara direka untuk masyarakat Malaysia khasnya yang inginkan melancong sambil menimba pengalaman menarik yang dimiliki Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Premier Aims Sdn. Bhd. bersempena Program Kembara Angkasawan Negara dengan Majlis Belia Malaysia (MBM), Usahanita Johor, Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Malaysia Franchise Association (MFA) sebagai rakan niaga yang akan memberikan sokongan padu terhadap program itu serta memeterai perjanjian bersama keseluruhan dengan nilai RM43.78 juta diadakan di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Dengan adanya persefahaman itu akan memberikan manfaat kepada setiap agensi atau persatuan yang terlibat.

Program itu juga amatlah sesuai untuk semua golongan masyarakat seperti kaum wanita, usahawan, pelajar dan belia.

Sebagai permulaan, program kembara akan menjelajah benua Negara China pada November ini dan destinasi pertama ialah Shanghai dan Hangzhou.

Destinasi pertama ini memang menarik kerana ianya merupakan destinasi pelancongan yang indah, pusat membeli belah yang murah, budaya masyarakat yang peramah, makanan yang halal, perusahaan dan perindustrian serta mengenali warga Islam tempatan antara yang teramai di dunia iaitu sekitar 40 juta orang dan amat sesuai untuk perkongsian dengan penduduk Islam di negara ini.

Hanya RM199 seorang yang merangkumi pakej 5 hari 4 malam termasuk penginapan di hotel bertaraf 4 bintang, makanan halal, pengangkutan serta akan diketuai oleh pemandu pelancong yang mahir di Shanghai dan Hangzhou yang diuruskan oleh Cuti Bagus Holiday Sdn. Bhd. (Harakah)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib

Seluar Dalam Ajaib
America Vakoou -Untuk Lelaki

Sunday, 23 October 2011

SELUAR DALAM AJAIB

SALAM SEMUA UNTUK WARGA MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA DAN BRUNEI...
Align Center








MENGAPA VAKOOU AMERIKA BEGITU HEBAT ??

Vakoou Amerika - Perisai Perlindungan Segitiga Emas Lelaki !!
Kawasan “Segitiga Keemasan” lelaki ialah bahagian pinggang badan lelaki sehingga bahagian kemaluan.
Ini merangkumi buah ginjal, testis, bahagian luar dan dalam alat kelamin, perineum dan dubur.
Vakoou, hasil ciptaan melalui kajian dan teknologi khusus untuk para tentera US yang kerap terdedah kepada kelembapan tinggi,
cuaca panas, suhu keliling yang tidak menentu yang menjalani latihan militari sehingga berbulan lama dalam keadaan darurat,
sememangnya tidak berkesempatan untuk menjaga kesihatan apatah lagi kebersihan kawasan “Segi Tiga”.
Maka, 31 orang Saintis terkemuka telah melahirkan ilham untuk mencipta Vakoou yang dijahit dan difabrik menggunakan
gabungan 67 jenis teknik-teknik unik, berteknologi tinggi luar biasa dengan menggunakan teknologi pertahanan Amerika yang canggih
serta telah dipatenkan di bawah perlindungan hak cipta Amerika Syarikat.
Nombor pendaftaran hak cipta ialah 2004100202349


HOT !! PALING GEMPAR.........
VAKOOU BOLEH BESAR DAN PANJANGKAN SAIZ ZAKAR !!!
WOW !!!... MARI SAKSIKAN VIDEO INI
VIDEO VAKOOU BOLEH BESAR DAN PANJANGKAN SAIZ ZAKAR



http://www.youtube.com/watch?v=RzPfunclF8I



Vakoou Amerika -Produk Pertama Seumpamanya Di Dunia.
Dilengkapi Dengan:

1) MAGNET REKAAN KHAS

Memulih dan mengembalikan kemagnetan dalam tubuh,
anti-penuaan serta mengurangkan kolesterol dalam darah.

2) INFRA MERAH JAUH (FAR INFRA RED - F.I.R)
Bertindak sebagai agen anti-septik (Pensterilan), menyahtoksin darah,
mencairkan LDL (kolesterol tidak larut), melegakan otot-otot dan sendi-sendi.

3) ION NEGATIF
Menyahtoksin dan menulenkan darah serta mengimbangkan semula keasidan dan kemasinan (pH) darah dalam badan
dan juga untuk menguatkan imunisasi badan.

4) ION SILVER & ION ARGENTUM
Bertindak sebagai agen pensterilan dan pembasmian kuman (penyahbakteria).
Ketinggian kadar pembasmian kuman sehingga 99.99%.

5) BINTIK TOURMALIN
Juga dipanggil 'Batu lombong Sembuh' ini boleh memancarkan sejenis cahaya yang dikenali sebagai
“Cahaya Kehidupan” yang terdiri daripada inframerah yang mempunyai gelombang sekitar 4-14 mikro panjang dan
mampu mengeluarkan “ Udara Bervitamin” yang terdiri daripada ion-ion negatif.

UJIAN KEHEBATAN MAGNET ANGKASA DALAM VAKOOU !!

http://www.youtube.com/watch?v=leT9B6X9_jg

30 HARI MENJADI LELAKI SIHAT, LELAKI SEJATI !!

KESAN HEBAT PENGGUNAAN VAKOOU

Selepas 1 Minggu
Kekerapan membuang air kecil berkurangan, jarang bangun malam, tanda-tanda sakit belakang kian berkurangan,
peredaran darah dalam badan bertambah lancar, zakar bertambah aktif dan mudah terangsang terhadap pasangan,
sungguh bertenaga dan tidak mudah letih.

Selepas 15 Hari
Simptom-simptom seperti kerap buang air kecil, sengal-sengal di bahagian pinggang, mengantuk, kerap bermimpi,
mudah letih, lesu akan hilang terus; saiz zakar membesar dengan cepat, kehidupan keranjang bertambah baik,
bertenaga dan stamina seluruh tubuh badan!

Selepas 1 Bulan
Tidak akan ada lagi gejala kegagalan ereksi & pancutan awal. Jauh lebih bertenaga dan tahan lama,
memiliki stamina tubuh yang luar biasa!


HOT !! TESTIMONI PENGGUNA VAKOOU !!

http://www.youtube.com/watch?v=smlIjDR7jIU


EMPAT PERINGKAT KEHEBATAN DAN KEAJAIBAN VAKOOU

Peringkat Pertama: Menggalakkan Sistem Peredaran Darah
Vakoou Amerika terdiri daripada 16 ruang kutub magnet yang berbilang dengan bersertakan medan magnet angkasa lepas yang berlapisan synergism (kesan ubat) yang dapat menggesa dan meningkatkan sistem peredaran darah dalaman zakar, merangsang perembesan hormon maskulin (kelelakian) dan testosterone, serta meningkatkan kekuatan sel-sel pembiakan lelaki. Vakoou Amerika mempunyai fungsi pensterilan yang kukuh dan mampu untuk melenyapkan bahagian pembiakan yang bersepara toksik, melindungi saluran-saluran darah, memecutkan pergerakan sel-sel, menyebabkan pengembangan pusat kelenjar zakar dan penjanaan semula sel di samping mewujudkan ruang alam sekitar.

Peringkat Kedua: Pergembangan zakar secara pantas
Vakoou Amerika menggesa sistem peredaran darah dalaman zakar dan peningkatan sistem badan secara keseluruhan. Ini adalah disebabkan peredaran darah yang lancar dapat membekalkan nutrisi yang mencukupi dan komprehensif kepada sel-sel, menggalakkan pertumbuhan pembiakan sel, melindungi sel-sel secara rapi dan pada masa yang sama mendorong perembesan testosterone serta membaiki tisu-tisu menua dan cedera. Kesemuaan ini akan menyebabkan zakar cepat berkembang dengan jangkaan dua kali ganda lebih panjang dan lebih tebal daripada sebelum ini, seterusnya menambahkan rembesan hormon, mengembangkan tisu-tisu lembut zakar dan akhirnya kesan pertumbuhan zakar yang ketara akan didapati apabila menjalankan hubungan seks, badan juga semakin penuh semangat. Masa penyelenggaraan akan lebih panjang, cepat dan lebih bertenaga.


Peringkat Ketiga: Memperkuat Kuasa Maskulin
Vakoou Amerika berkesan untuk menghapuskan bahan-bahan bertoksik daripada proses metabolisma badan manusia di samping menguatkan kecerdasan testis, Vakoou Amerika mempunyai reka bentuk struktur ruang yang unik terutamanya untuk pemulihan rembesan hormon, mengukuhkan kesan pengembangan badan zakar dengan mewujudkan sokongan untuk pertumbuhan masa depan dan berkesan dalam pencegahan ejakulasi pramatang, mengukuhkan kekuatan fizikal maskulin, pusuan dinamik dalam kuasa renal. Vas deferens tidak tersekat, menambah kemandirian dan kekuata sperma, membiarkan lelaki mempunyai lebih banyak keyakinan diri, keupayaan seks semakin meningkat. Oleh itu, zakar akan menegak secara semula jadi pada waktu pagi dan bermulanya pengalaman yang anda tidak pernah alami dalam kehidupan seks anda.

Peringkat Keempat: Mengembalikan Keupayaan Seks Secara Menyeluruh
Keseluruhan prinsip reka bentuk struktur Vakoou Amerika adalah berdasarkan lapisan kemagnetan angkasa lepas dan ruang kemagnetan luaran. Ini membenarkan badan rongga span zakar mengembang secara sepatutnya serta membolehkan darah mengalir lebih lancar di dalam zakar. Oleh itu, saiz zakar akan meningkat secara ketara. Pertumbuhan panjang zakar dijangka akan mencapai sehingga 15-35% dan masa pengembangan dan penyelengaraan akan dipanjangkan. Selain itu, keupayaan buah pinggang akan meningkat secara ketara di samping peningkatan keberkesanan dari segi kekuatan fizikal badan. Ia juga mendorong zakar mengembang secara tiada tandingan dan sekali gus mengatasi masalah ejakulasi pramatang atau mandul serta meningkat keupayaan seks secara menyeluruh, kebahagiaan hidup telah dibentangkan di depan anda kini.

FUNGSI HEBAT VAKOOU !!

Seluar dalam ini adalah berdasarkan model rawatan jarum tradisional cina iaitu GU JING PEI YUAN dan direka bentuk khas untuk golongan yang menghadapi masalah kemandulan, ejakulasi pramatang, prostatitis, pertumbuhan kelenjar prostat yang tidak terkawal serta penyakit-penyakit kelenjar prostat yang disebabkan oleh kelemahan pinggang, lutut terincut-incut, berpeluhan malam, kelesuan asthenia, insomnia, kerap pengencingan, desakan pengencingan, sakit pengencingan, gejala-gejala kemandulan dan sebagainya.

Produk ini berkecekapan tinggi dalam pembasmian dan menghindarkan diri daripada antibakteria, meningkatkan peredaran mikro badan, melindungi testis, menghapuskan bau-bau busuk, amat sesuai untuk penjagaan kesihatan fisiologikal lelaki di samping bertujuan untuk memulihkan skrotum ekzema, uretritis, prostatitis, pertumbuhan kelenjar-kelenjar prostat yang tidak terkawal menyebabkan kerap berlakunya desakan pengencingan, sukar mengencing, mengencing secara tidak terkawal, hematuria dan gejala-gejala penting lain dengan berkesan. Pembebasan tenaga magnet selama 24 jam sehari mendorong pertumbuhan sel-sel badan, meningkatkan kuasa renal, meningkatkan daya giat sperma, pencegahan dan rawatan kamandulan, ejakulasi pramatang, kecutan penis, menggalakkan pertumbuhan ciri-ciri sekunder zakar, meningkatkan fungsi seksual, memperbaiki kualiti hidup dan meningkatkan keimunan badan.

Menyahbakteria
Berfungsi sebagai agen anti-bakteria dan membunuh bakteria, mencegah jangkitan bakteria penyakit kelamin SERTA menjaga dan memelihara kesihatan buah zakar, menyah bakteria dan bau busuk di kawasan peranakan lelaki,

Kekuatan Seksual
meningkatkan peredaran darah, mencegah kegagalan ereksi dan pancutan awal, meningkatkan stamina dan ketahanan seks serta meningkatkan kualiti di ranjang,

Suhu Buah Zakar
Fabrik berion negatif berfungsi untuk meyeimbangkan suhu dan kelembapan kawasan sekitar buah zakar.

Kualiti Air Mani
24 jam mengeluarkan kuasa magnetik di lingkungan kawasan zakar untuk mengaktifkan sel-sel, menguatkan fungsi buah pinggang, menyuburkan sperma, Meningkatkan aktiviti prostat dan keaktifan sperma, mengatasi masalah di mana air mani langsung tidak mengandungi sperma (Azoospermia),

Mencegah Penyakit
Infra Merah Jauh dan Bintik Tourmalin berkesan untuk mencegah jangkitan penyakit reproduktif.

Gangguan Elektrostatik
Fabrik Ion Negatif amat berkesan untuk menyahtoksin serta mencegah radiasi.

Rekabentuk Seluar
Rekabentuk 3D berinovasi, batang zakar diasing dari buar zakar untuk tujuan terapi.

Tumbesaran
Merangsang rembesan hormon lelaki, menggalakkan pembesaran batang zakar terutama proses akil baligh.

Penggunaan Jangkamasa Panjang
Mencegah jangkitan penyakit, menyihatkan tubuh dan imunisasi badan, meningkatkan stamina seksual dan memperbaiki tumbesaran sistem reproduktif.


Amat Disyorkan Kepada :
Mereka yang menghidapi penyakit kelamin yang disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti kencing tidak lawas, sakit, bengkak, keluar lendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batang zakar), gatal (Pubic Lice) di bahagian kulit kemaluan, kudis buta (Sacabies) boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan. Gejala-gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam, chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea.





VAKOOU AMERIKA dilengkapi dengan 16 magnet khas kesihatan multi-polar, dan tiada daya tarikan kepada barangan besi atau mengganggu fungsi peralatan elektrik, kad kredit, kad bank, kad pengenalan atau aksesori tubuh seperti jam dan lain lain.

Kelebihan Vakoou:

· Merawat masalah kerap buang air kecil dan kencing tidak lawas.
. Langkah awal mencegah Kanser Prostat
· Memulihkan tenaga dan kesihatan lelaki.
· Menghidupkan senjata lelaki dan memulihkan prostat.
· Tahan lebih lama, keras, dan panjang.
· Bertindak sebagai antiseptik dan antibakteria.
· Menghilangkan kelembapan, kegatalan, dan penghilang bau.
· Melindungi sistem pembiakan lelaki.
· Menguatkan ginjal dan meningkatkan aktiviti sperma.
· Merawat mati pucuk, ejakulasi pra-matang, dan penyusutan zakar.
· Menggalakkan pertumbuhan sekunder daripada zakar.
· Meningkatkan fungsi serta kualiti kehidupan seksual.
· Kesan amat jelas selamat dan tiada kesan sampingan.

Dijamin Original! Buatan USA

Vakoou

adalah seluar dalam khas untuk lelaki yang dicipta dengan menggunakan bahan gentian magnet berkuasa tinggi (astronomic magnetic fiber material), dibalut menggunakan gentian buluh Nano berteknologi magnetik. Gentian terpiuh menjalinkan antara dengan anion fiber dan infrared. Daya magnet ajaibnya akan meresapi ke kelenjar dan seterusnya menghapuskan bakteria dan anti-radang, menghapuskan juga penyakit prostat dan penyakit kerap buang air kecil, sakit belakang, gejala-gejala kelesuan dan keletihan.

Dewasa kini, lelaki memang ghairah dengan penggunaan gajet berteknologi tinggi seperti telefon bimbit. Kita sedia maklum mengenai kesan radiasi yang dijana dari penggunaan telefon bimbit apatah lagi para lelaki amat gemar menyimpankannya di poket seluar tanpa menyedari ianya berdekatan dengan zakar. Dalam situasi ini, Vakoou bertindak sebagai penjaga zakar lelaki.

Khasiat Vakoou

  • berfungsi sebagai agen anti-bakteria.
  • meningkatkan peredaran darah dikawasan zakar.
  • menjaga dan memelihara kesihatan buah zakar.
  • menyahbakteria dan bau busuk di kawasan peranakan lelaki.
  • mengeluarkan kuasa magnetik dilingkungan kawasan zakar untuk mengaktifkan sel-sel.
  • menguatkan fungsi buah pinggang.
  • menyuburkan sperma.
  • mencegah kegagalan ereksi dan pancutan awal.
  • mengatasi air mani di mana langsung tidak mengandungi sperma (Azoospermia).
  • meningkatkan stamina seks dan kualiti di ranjang.
  • menyihatkan tubuh dan imunisasi badan.
  • merawat kencing tak lawas.
  • merawat gatal-gatal pada kawasan zakar dan peha.

Cara Memakai Vakoou

Pakai seperti seluar dalam biasa cuma pastikan zakar dihalakan keatas dan asingkan zakar dan buah zakar untuk kesan yang maksimum.

Cara Membasuh Vakoou

  1. Gunakan air suhu bilik (bawah 30ºc) untuk membasuh VAKOOU, jangan menggunakan air panas.
  2. Sedikit pelembut (Softlan) dicairkan dalam air untuk membasuh VAKOOU, jangan sama sekali sapukan sebarang jenis bahan pencuci ke atas VAKOOU.
  3. Jangan merendam VAKOOU dalam bahan pencuci.
  4. JANGAN basuh dengan mesin membasuh.
  5. JANGAN menggunakan bahan peluntur semasa membasuhnya.
  6. JANGAN mengeringkannya dengan alat pengering.
  7. JANGAN sterika.
  8. JANGAN jemur di bawah matahari.

Saiz

Saiz Ukuran Pinggang(Inci)
M 25 – 30
L 31 – 35
XL 36 – 40
XXL 41 – 45

Beli dengan yakin produk original Vakoou


Vakoou Video 1/4

Vakoou Video 1/4

by mfuzi 1 year ago 6,684 views

Vakoou Video 2/4

Vakoou Video 2/4. Dalam Bahasa melayu.

HARGA

1 unit RM 170
2 unit RM 300 (2x170=340.Diskaun RM40)

CARA BELI


buat pembayaran ke akaun :

MAYBANK 1621 8838 0979
Atas Nama ABU SYAIFAN MOHD


Untuk seberang pertanyaan sila call atau SMS ke:

Tel: 017 3100 615 & 014 2225865


JOM... JANGAN TUNGGU LAGI...

Saturday, 22 October 2011

ASN, ASB Haram? Hapuskan Riba -Dr Siti Mariah

KL 21 Okt 11: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai perbezaan fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri berhubung pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa Pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana ia masih belum menepati hukum syarak.

Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008 memutuskan ianya adalah harus.

"Sebahagian besar daripada pelaburan ASN dan ASB adalah di dalam faktor kewangan konvensional yang membabitkan keuntungan berasaskan riba dan pasaran wang. Apakah fatwa di peringkat Persekutuan berlainan daripada fatwa negeri Selangor? Hadis Rasulullah SAW bermaksud, “Tidak bercampur antara halal dan haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal.," katanya ketika membahaskan belanjawan 2012 di dewan Rakyat kelmarin.

Siti Mariah yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menggesa kerajaan menghapuskan sistem riba dengan tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang dibuat namun cukup sekadar mengenakan yuran kepada rakyat.

"Sudah sampai masanya kerajaan tidak lagi terlibat dengan unsur riba. Semua pinjaman kerajaan perlulah diberi secara tanpa faedah. Kerajaan tidak boleh mengambil keuntungan daripada rakyatnya sendiri.Walau bagaimanapun yuran pengurusan yang berpatutan adalah wajar," katanya.

Katanya, bagi merealisasikan negara tanpa riba, kerajaan harus membuat perancangan berperingkat untuk tidak lagi terlibat dengan riba seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat katanya pernah meminta Menteri Kewangan mengasingkan pendapatan haram dan halal.

"Ahli Parlimen di sebelah sini termasuk daripada DAP sendiri sudah beberapa kali meminta Menteri Kewangan untuk mengasingkan pendapatan dari sumber
haram daripada yang halal. Cukai arak, cukai judi, cukai perniagaan khinzir dan lain-lain yang sewaktu dengannya yang faedah diperolehi daripada pinjaman daripada kakitangan kerajaan perlu diasingkan dan digunakan untuk perkara-perkara yang dibolehkan oleh syarak," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga harus memastikan syaraikat berkaitan kerajaan (GLC) mengamalkan pematuhan syariah dalam semua perkhidmatan dan perniagaan.