Wednesday 26 October 2011

Kembara Angkasawan Negara ke China


KL, 25 Okt: Program Kembara Angkasawan Negara direka untuk masyarakat Malaysia khasnya yang inginkan melancong sambil menimba pengalaman menarik yang dimiliki Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Premier Aims Sdn. Bhd. bersempena Program Kembara Angkasawan Negara dengan Majlis Belia Malaysia (MBM), Usahanita Johor, Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Malaysia Franchise Association (MFA) sebagai rakan niaga yang akan memberikan sokongan padu terhadap program itu serta memeterai perjanjian bersama keseluruhan dengan nilai RM43.78 juta diadakan di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Dengan adanya persefahaman itu akan memberikan manfaat kepada setiap agensi atau persatuan yang terlibat.

Program itu juga amatlah sesuai untuk semua golongan masyarakat seperti kaum wanita, usahawan, pelajar dan belia.

Sebagai permulaan, program kembara akan menjelajah benua Negara China pada November ini dan destinasi pertama ialah Shanghai dan Hangzhou.

Destinasi pertama ini memang menarik kerana ianya merupakan destinasi pelancongan yang indah, pusat membeli belah yang murah, budaya masyarakat yang peramah, makanan yang halal, perusahaan dan perindustrian serta mengenali warga Islam tempatan antara yang teramai di dunia iaitu sekitar 40 juta orang dan amat sesuai untuk perkongsian dengan penduduk Islam di negara ini.

Hanya RM199 seorang yang merangkumi pakej 5 hari 4 malam termasuk penginapan di hotel bertaraf 4 bintang, makanan halal, pengangkutan serta akan diketuai oleh pemandu pelancong yang mahir di Shanghai dan Hangzhou yang diuruskan oleh Cuti Bagus Holiday Sdn. Bhd. (Harakah)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib

Seluar Dalam Ajaib
America Vakoou -Untuk Lelaki

No comments:

Post a Comment