Wednesday, 10 October 2012

Jualan kereta Jepun merudum di China

GAMBAR fail menunjukkan beberapa penduduk menterbalikkan sebuah kereta buatan Jepun di Suzhou, China pada 15 September lalu. - Agensi

TOKYO - Jualan kenderaan Toyota dan Honda merudum di China pada bulan lalu selepas sentimen anti-Jepun berlaku ekoran pertikaian wilayah yang mengancam hubungan kedua-dua buah negara. China merupakan pasaran kenderaan terbesar Jepun.

Syarikat Toyota Motor Corporation menyatakan semalam bahawa jualan kenderaan baharu di China jatuh 48.9 peratus pada September lalu berbanding setahun lalu kepada hanya 44,100 buah kenderaan. Firma Honda Motor pula memberitahu bahawa jualan kenderaannya untuk September merosot 40.5 peratus kepada 33,931 buah kenderaan.

Jualan kenderaan buatan Nissan Motor di China pula merudum 35.3 peratus pada bulan lalu kepada 76,100 buah kenderaan. Perkembangan tersebut berlaku selepas Jepun pada bulan lalu mewartakan beberapa pulau kecil di Laut China Timur sebagai sebahagian wilayahnya.

Gugusan pulau itu yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China telah dikuasai Tokyo tetapi turut dituntut oleh Beijing. Langkah tersebut mencetuskan bantahan ganas di China dengan rakyat negara itu digesa memboikot barangan buatan Jepun. Beberapa kedai pengedar kereta Toyota dan Honda dibakar di sebuah bandar di China manakala orang ramai yang melaungkan slogan anti-Jepun berhimpun dan memecahkan beberapa buah kereta Jepun.

Walaupun protes tersebut semakin reda sejak beberapa minggu lalu, hanya pemandu yang berani sahaja sanggup memandu kereta buatan Jepun di beberapa buah bandar di China. - Agensi

Friday, 5 October 2012

Thu jadi jutawan eksport rambut manusia..

DUA wanita bekerja di sebuah bengkel yang mengumpulkan rambut manusia di Kampung Binh An pada 15 Jun lalu. - AFP

BINH AN, Vietnam - Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia. Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.

"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.
"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.

Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda. Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.

"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya.

Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.
Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram.

Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut. - AFP

Friday, 21 September 2012

Srtategi Niaga, Guna 'Batgirl' Jual Pizza.


HARI ini, satu lagi marketing stunt yang dilakukan di Shanghai China.  Untuk mempromosikan sebuah restoran pizza, seorang amoi berpakaian seperti Batgirl digaji bagi memnghantar pizza ke seluruh Shanghai. Batgirl ini juga diberikan sebuah BMW beawarna hitam untuk dipandu ketika penghantaran dilakukan. Kombinasi awek hot dan kereta mahal ini berjaya menarik minat orang ramai untuk memesan makanan dari restoran ini. 
Bolehkah di lakukan perkara yang sama di Malaysia? Awek bercosplay sebagai Cicakgirl atau awek bercosplay sebagai Kluanggirl jual nasi lemak sambal belacan atau lain-lain?
Yang penting moral dan akhlak perlu dijaga..



Image has been scaled down 7% (550x1225). Click this bar to view original image (590x1314). Click image to open in new window.



Image has been scaled down 7% (550x1091). Click this bar to view original image (590x1170). Click image to open in new window.

Image has been scaled down 7% (550x2145). Click this bar to view original image (590x2301). Click image to open in new window.



Image has been scaled down 7% (550x1624). Click this bar to view original image (590x1742). Click image to open in new window.
Laporan asal MICGadgets

Thursday, 13 September 2012

Habibie Award: Inovator Ekstrak Bahan Pangan


ilustrasi bahan makananilustrasi bahan makanan (Corbis)

JAKARTA:  Untuk kelima kalinya digelar 2008 lalu, Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) memberikan penghargaan Bacharuddin Jusuf Habibie Award (BJHTA) kepada pelaku teknologi dalam dan luar negeri yang berjasa, berprestasi, dan berdedikasi kepada bangsa dan negara Indonesia.

Penghargaan BJHTA 2012 kali ini diberikan kepada Alisjahbana Haliman atau yang biasa dikenal Ali Haliman. Dia pendiri PT. Haldin Pacific Semesta. Kepala BPPT, Mahzan A. Iskandar, menjelaskan penghargaan BJHTA ini merupakan salah satu usaha BPPT untuk memberikan dorongan timbulnya hasrat inovasi dan penciptaan teknologi kepada para pelaku teknologi berprestasi.

Ia menambahkan, penghargaan BJHTA ini diberikan kepada Ali Haliman karena ia menciptakan teknologi proses produksi pangan yang mengacu pada azas inovasi, yaitu penemuan, kreatif, efisien, nilai tambah dan manfaat.
"Ia seorang teknokrat yang memberikan kemampuannya untuk kemajuan teknologi Indonesia, semoga perekayasaan teknologinya bisa bertumbuh pesat," ungkap Marzan A. Iskandar.

Ali Haliman bangga dengan penghargaan yang diraihnya. "Awalnya, teknologi yang saya ciptakan hanya untuk mencari nafkah, namun ketika saya melihat bahan baku di Indonesia sangat banyak, maka saya menciptakan teknologi yang tepat untuk memanfaatkan bahan baku secara tepat," kata dia.

Bahan Alami
Ali Haliman meraih BJHTA di bidang teknologi pangan, yaitu teknologi yang mengubah bahan-bahan alam menjadi produk yang mempunyai nilai tambah. Ia mengkreasikan teknologi dari bahan baku mentah kemudian mengolahnya menjadi produk ekstrak.

Di bawah bendera PT Haldin Pacific Semesta, produk ekstrak yang dihasilkan berupa bahan alami (natural ingredients), seperti ekstrak teh, kopi, pemanis alami, tepung telur, speciality and functional ingredients, minyak esens, floral water, vanilla dan ekstrak kakao.

"Ini suatu penghargaan yang sangat membanggakan. Saya sangat berterima kasih kepada BPPT yang telah memberikan penghargaan BJHTA 2012. Ini merupakan cambuk bagi saya untuk menciptakan teknologi yang lebih baik lagi," tutup Ali Haliman. (IH)

Saturday, 25 August 2012

Restoran di London perkenal menu makanan zombie

 MAKANAN ZOMBIE: Burger Otak
LONDON- Otak yang menjadi makanan zombie dan biasanya hanya dilihat dalam filem kini akan disajikan di London. Sebuah kedai makanan membuat menu istimewa bertemakan otak untuk mempromosikan drama bersiri televisyen Walking Dead.

“Saya tidak sabar untuk memperkenalkan menu ini kepada masyarakat. Ini adalah kesempatan yang baik untuk memperkenalkan makanan Barat yang luar biasa,” kata Mark Jankel, tukang masak yang menyajikan makanan zombie itu, sebagaimana dipetik daripada akhbar, The Sun.
  MAKANAN ZOMBIE: Burger Otak Dihidangkan Di Kedai London ...

 KUEH OTAK di Zombie Restoren
Beberapa menu yang akan disajikan ialah Otak Goreng Rangup, Burger Otak, Otak Dibungkus Salad dan Nuget Kaki dan Tiroid. Makanan yang bentuknya mirip otak manusia itu dijual di Camden Lock Market mulai hari ini dan Lower Marsh Market, Waterloo esok. - Agensi

Tuesday, 21 August 2012

Intip Kehidupan Kaum Penternak Rusa..

Salah satu anak Suku Nenets di Rusia,(21/02/2012).Foto:REUTERS/Anton Golubev

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG
Seekor rusia hasil buruan para Suku Nenets di Rusia,(21/02/2012).Foto:REUTERS/Anton Golubev
Para Suku Nenets sedang membagi hasil buruan mereka di Rusia,(21/02/2012).Foto:REUTERS/Anton Golubev
Seorang suku Nenets melemparkan jaring untuk menangkap rusa di Rusia,(21/02/2012).Foto:REUTERS/Anton Golubev

Kawanan rusa milik suku Nenets berjalan keluar kandang pada pagi hari untuk mencari makanan,(21/02/2012).Foto:REUTERS/Anton Golubev

Salah seorang Suku Nenets melempar jala untuk menangkap kawanan rusa di Rusia,(21/02/2012).Foto:REUTERS/Anton Golubev

Anggota Sukukaum Nenets sedang mengurus penternakan rusa mereka di Rusia, Selasa (21/02/2012). Suku Nenets adalah orang-orang suku asli Rusia Utara yang mempunyai spesialis sebagai peternak rusa dan tinggal jauh dari peradaban moden di dekat Pantai Samudra Arktik. (Foto: REUTERS/ Anton Golubev)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Thursday, 16 August 2012

Bank Standard didenda RM1.08 bilion



IBU pejabat bank Standard Chartered di London, Britain kelmarin.- Agensi

NEW YORK – Standard Chartered didenda AS$340 juta (RM1.08 bilion) kerana berurus niaga dengan beberapa pelanggannya dari Iran.
Denda itu dikenakan oleh pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan New York selepas bank berkenaan dituduh menyembunyikan 60,000 transaksi berjumlah AS$250 bilion (RM796.62 bilion) dengan beberapa klien Iran selama lebih 10 tahun.
Standard Chartered beribu pejabat di London.
Penyelesaian tersebut jauh lebih ringan berbanding hukuman berat yang menjadi kebimbangan para pelabur sebelum ini.
Mereka khuatir pihak berkuasa perbankan Amerika Syarikat (AS) iaitu Jabatan Perkhidmatan Kewangan akan membatalkan lesen Standard Chartered di New York.
Antara klien Iran yang didakwa terlibat dalam skandal itu termasuk Bank Pusat Iran dan Bank Nasional Iran.
Kedua-duanya dituduh Washington sebagai membantu Iran membina senjata nuklear dan membiayai keganasan.
Berdasarkan terma penyelesaian dengan pihak berkuasa berkenaan, Standard Chartered bersetuju menempatkan seorang pegawai antipenggubahan wang haram selama dua tahun di cawangan bank berkenaan di sini.
Standard Chartered juga akan melantik beberapa juruaudit dalaman bagi memeriksa sama ada bank berkenaan mematuhi sekatan-sekatan AS berhubung operasinya dengan Iran.
“Standard Chartered sebelum ini menawarkan AS$5 juta (RM15.63 juta) untuk menyelesaikan isu tersebut, jelas sekali, penyelesaian ini jauh lebih tinggi,” kata penganalisis firma Morningstar, Erin Davis.
Menurutnya, denda AS$340 juta itu tidak akan mendatangkan impak yang besar ke atas kedudukan kewangan bank berkenaan.
Pada separuh pertama tahun ini, Standard Chartered melaporkan keuntungan berjumlah AS$3.95 bilion (RM12.58 bilion).
Sementara itu, sebuah kumpulan pelobi AS menyatakan hukuman yang dikenakan ke atas bank berkenaan terlalu ringan.
“Mana-mana institusi kewangan yang didapati melanggar sekatan Iran sepatutnya dibatalkan lesennya di AS,” kata kumpulan itu dikenali sebagai Barisan Penentang Nuklear.
Sejak sedekad lalu, AS dan sekutu-sekutunya telah melaksanakan sekatan ke atas beberapa bank Iran, institusi dan individu dalam usaha menghentikan program senjata Iran.
Persoalan tentang senjata nuklear Iran menjadi isu panas menjelang pilihan raya Presiden AS pada November depan dengan beberapa kumpulan berpengaruh memberikan tekanan kepada Presiden Barack Obama supaya bertindak lebih tegas terhadap Iran. - AFP