Friday, 6 September 2013

'Baik potong elaun saya sekarang...' - "idea bodoh"



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyokong cadangan agar elaun minyak bagi anggota Kabinet dan pegawai kerajaan dipotong ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan perdana menteri Isnin lalu.

Beliau juga sedia jika langkah tersebut mampu mengukuhkan keadaan ekonomi negara, kata Hishammuddin seperti dipetik dalam laporan akhbar hari ini.

NONE“Kalau kita mahu rakyat melihat situasi ini (pengurangan subsidi minyak) dengan berjimat, kita juga sebagai wakil rakyat harus sanggup lakukan perkara sama.

“Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Beliau mengulas saranan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memastikan menteri dan timbalan menteri membayar petrol mereka sendiri untuk memahami bebanan yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Sikapnya yang ditunjukkan Hishammuddin itu berbeza dengan kenyataan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan cadangan Rafizi sebagai "idea bodoh". (MK)

Tuesday, 3 September 2013

Diesel, RON95 naik 20 sen



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini. Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

fuel hike chart 020913Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga menteri kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

NONEBagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

Jimat RM1.1 bilion tahun ini
Perdana Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

"Bagi tahun sepenuhnya, kita menjangka kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion, kata beliau.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti.

NONE"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah akan diberi keutamaan dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.

"Manakala, pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," kata beliau.

Bagaimanapun, jelas Najib projek Mass Rapid Transit Jajaran 1, 2 dan 3 akan diteruskan seperti dirancang dan Projek Rel Kelajuan Tingi Koridor Selatan pula masih dalam proses rundingan.

"Kita akan meneliti mana satu projek yang akan dijadualkan semula dan mana projek yang akan diteruskan," tambahnya.

Menurut Perdana Menteri dalam jangka sederhana dan panjang, kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara.

"Pelancongan, sumber terimaan luar yang besar akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau.

Najib berkata Jawantankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah menekankan bahawa komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.

"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar," kata beliau dan menambah bahawa lebihan akaun semasa imbangan pembayaran yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.

Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur, kata Perdana Menteri.

"Pada masa ini, subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah dalam kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing.
"Oleh itu, kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," kata beliau.

'Inflasi masih rendah'
Menjawab mengenai kemungkinan kenaikan inflasi selepas kenaikan harga bahan api tersebut, Najib berkata inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat.

"Mungkin peningkatannya tidak begitu tinggi," kata beliau.

Semasa ditanya mengenai cukai barangan dan perkhidmatan, beliau berkata: "Apa sahaja berkaitan GST akan diumumkan dalam ucapan belanjawan."

Menyentuh mengenai ringgit, beliau berkata ringgit mendapat kesan ekonomi luar dan di luar kawalan negara.

"Bank Negara menyedari akan hal ini dan tidak memberi kita tekanan yang tidak wajar pada masa ini tetapi kita percaya apa yang penting ialah untuk mengukuhkan asas ekonomi," kata beliau. (MK)

Monday, 26 August 2013

Indeks komposit jatuh, jejas rakyat pendapatan rendah


KUALA LUMPUR: Indeks komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) yang mengalami kejatuhan 32.94 mata atau 1.85 peratus, baru-baru ini dijangka akan memberi kesan penurunan kepada nilai mata wang negara.

Biarpun, terdapat beberapa pihak yang beranggapan perkara itu turut dialami pasaran serantau lain, kekhuatiran mengenainya perlu dilihat kerana ia akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar), menegaskan golongan berpendapatan rendah ini akan menghadapi kesan langsung sekiranya nilai mata wang negara mengalami penurunan.

"Berlatarbelakangkan Malaysia yang terbeban dengan hutang yang tinggi, seperti hutang korporat, hutang KDNK dan juga hutang isi rumah, maka Malaysia terdedah dengan ciri-ciri yang membolehkan berlakunya penurunan nilai mata wang," kata beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Jelas beliau lagi, apabila negara berdepan dengan penurunan nilai mata wang, ia tidak mampu berdepan dengan keyakinan pelabur, dan tidak mampu meningkatkan kadar faedah.

"Sekiranya kerajaan ingin meningkatkan semula kadar faedah, orang yang berhutang tadi seperti hutang isi rumah akan menghadapi bebanan yang lebih tinggi kerana terpaksa membayar faedah yang lebih tinggi," jelas beliau.

Sehubungan itu, tegas Dzulkefly, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan melakukan tindakan segera bagi memperkukuhkan nilai mata wang dari terus menjunam.

Antara langkah segera yang boleh dilakukan, saran Dzulkefly, kerajaan boleh menjual semula mata wang asing agar dapat memberi dokongan kepada mata wang negara.

Kerajaan juga, tegas Dzulkefly, digesa segera mengadakan komunikasi dengan kelompok pelabur, agensi penarafan dan penganalisis ekonomi supaya mereka dapat memahami apa langkah kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terjamin.

Malaysia, tambah Dzulkefly mempunyai ciri-ciri negara yang mengalami nilai mata wang bermasalah apabila berhadapan dengan defisit fiskal yng dikatakan perbelanjaan melebihi pendapatan, mengalami pertumbuhan yng menguncup, selain mempunyai pegangan bon asing yang tinggi. (Hrkh)

Thursday, 22 August 2013

Sajadah Anti Sakit Lutut Telah Dicipta..

Solat pun boleh sembuh sakit  lutut..
      
JOM KREATIF

Adnan Pirisan, 50, lelaki asal Turki yang tinggal di Jerman menciptakan sajadah yang boleh menghilangkan sakit lutut. Dia berharap sajadah buatannya itu dapat terjual di berbagai negara.

Dari bentuk sajadah itu nampak tidak berbeda dari sajadah biasa, tapi alas salat itu didezain khusus untuk kenyamanan lutut, kaki, dan kening, seperti dilaporkan stasiyen tv Al Arabiya, Sabtu (3/8).

Pirisan sendiri membuat sajadah itu kerana dia sering mengalami sakit lutut ketika salat. Sajadah itu, kata dia, dibuat dari bahan berlapis khusus yang busa di dalamnya tidak akan rosak. Meski begitu dia merahasiakan komposisi bahan di dalam sajadah itu.

"Saya sudah mendaftarkan paten sajadah ini pada 2009 dan sejak itu kami sudah memproduksi sajadah ini di tiga kota di Turki. Kami menjual sekitar 3.000 sajadah tiap tahun," kata Pirisan yang tinggal di Jerman sejak usia sepuluh tahun.

Perusahaan Pirisan, Pirisec, kini sudah mempunyai gerai di Jerman Turki, Kuwait, dan Dubai. Namun sajadah seharga kira-kira RM180 juga, kata dia, dijual di Singapura dan Amerika Syarikat. Pirisan mengatakan sajadah buatannya tidak dimaksudkan khusus hanya dijual kepada umat Islam saja.

"Saya berharap sajadah ini boleh untuk salat dan berdoa bagi siapa saja, baik Muslim, Protestan atau Katolik," ujarnya.
[IH/fas]
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Friday, 2 August 2013

Hussain Ahmad Najadi: Perunding 2 Pihak Pada Hari Ditembak.


Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi Dirancang - Anak
1 Ogos 2013

KUALA LUMPUR: Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia,
The Sea and The Hills” bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.

Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanahsebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

By sharing his life, he hopes to create more understanding between Malaysia and the Arab world.

Tuesday May 7, 2013

It is the story of Hussain Najadi, a Bahrain-born commoner who founded the Arab Malaysian Development Bank. Hussain was born in 1938 in Bahrain’s capital, Manama.

After being caught leading several demonstrations, he was told to leave the country when he was 18 years old (in 1956), and he opted to go to Germany, where his training and career in business began.

He does not shy away from talking at length about the rise of citizen movements like the Arab Spring demanding more democratic space in the Middle East.


"The Sea and The Hills”  
 
Pengasas Arab Malaysian Bank yang dibunuh telah mengarang sebuah buku bertajuk “The Sea and The Hills” baru-baru ini. Buku ini telah habis dijual di pasaran. Buku ini menceritakan kisah hidup beliau, bagaimana beliau dipenjara kerana mempersoalkan hutang seorang menteri yang lama tertunggak, kebangkitan Arab Spring, sistem demokrasi, politik dan demonstrasi. Kenapa PDRM begitu cepat mengatakan motif pembunuhan belliau berkaitan urusan jual beli hartanah? 

Wednesday, 31 July 2013

$ Jatuh Teruk Dalam 15 tahun Berbanding Dolar S'pura ?

Oleh RANJIT SINGH

Aktiviti jualan berterusan menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd Halim
Aktiviti jualan berterusan menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd Halim 

RINGGIT Malaysia mengalami kejatuhan paling rendah dalam 15 tahun apabila nilainya susut RM2.586 berbanding dolar Singapura. Setiap tahun, ringgit jatuh sebanyak 5.5 peratus, sekaligus berita gembira buat rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu.

Aktiviti jualan berterusan yang dilakukan kerajaan Malaysia menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah," kata Pengarah Urusan, Aberdeen Asset Management’s Sdn Bhd, Gerald Ambrose kepada The Malaysian Insider.

Mengikut laporan agensi berita Bloomberg hari ini pula, sebanyak 33 peratus hutang Malaysia kepada pihak asing, dikatakan bernilai US$2.9 bilion mencapai tempoh matang esok hingga menjadi antara punca keadaan pasaran tidak menentu.

Apapun, rakyat Malaysia yang bekerja di seberang Tambah Johor sepatutnya gembira dengan perkembangan itu berikutan sebahagian pendapatan kembali kepada mereka. Bagaimanapun, kejatuhan ringgit itu yang menjadikan eksport Malaysia lebih murah, dijangka tidak memberi kesan besar berikutan permintaan sudah menurun pada separa awal tahun.

Pengukuhan dolar Singapura bakal menyaksikan lebih banyak pelaburan oleh rakyat republik itu dalam pasaran hartanah Malaysia yang sedia kala banyak didominasi mereka.

Rakyat Singapura antara warga asing yang aktif melibatkan diri dalam pasaran hartanah di Malaysia dan dipersalahkan kerana ia menyebabkan kenaikan mendadak harga hartanah di bandar utama di Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, warga asing hanya dibenar untuk membeli hartanah bernilai lebih RM500,000.

Ketua Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pula memberitahu The Malaysian Insider, usaha untuk mengkaji secara teliti punca kejatuhan ringgit dijangka memerlukan mengambil masa yang panjang. - 30 Julai, 2013.


The Malaysia Insider

Monday, 22 July 2013

Ella Cookies: Ella Jual Biskut Kesihatan

Ella menjual biskut kesihatan bersempena Ramadan dan Hari Raya.


HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Seperti mana kebanyakan artis-artis lain berniaga pada bulan Ramadan, penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin tidak mahu ketinggalan dan turut berjinak-jinak dalam perniagaan biskut kesihatan bersempena bulan Ramadan.

Ella, 47, berkata, dia memilih untuk menjual biskut kesihatan kerana ia jarang dilakukan oleh orang lain selain sikapnya yang memang sentiasa mementingkan pemakanan sihat.

"Sebelum berani menjual biskut berkenaan Ella cuba terlebih dahulu selain menkaji bahan-bahan digunakan sebelum mengambil keputusan untuk berniaga.
"Alhamdulillah suami pun turut menyokong malah dia juga turut menyukai biskut berkenaan," jelasnya kepada mStar Online.

Biskut yang diberi nama Ella Cookies itu tampil dengan empat perisa iaitu kismis, kelapa, kurma dan badam. Ia menggunakan oat sebagai bahan utama pembuatannya.

Dalam perkembangan sama, Ella berkata, dia juga berhasrat untuk meneruskan perniagaan Ella Cookies selepas musim perayaan dengan mempelbagaikan produk yang berasaskan oat.
Jelas Ella, dia mahu mengeluarkan snek berkhasiat dan pada masa sama mendidik masyarakat tentang pemakanan sihat.

"Ella sangat optimis dengan projek ini dan berharap ia akan menjadi kenyataan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ella berkata, dia kini sedang berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga dan suami dan akan kembali sibuk selepas Hari Raya kelak. Kata Ella, dia bakal muncul dengan beberapa siri konsert solo dan akustik, dan memberitahu tidak sabar untuk bertemu dan menghiburkan para peminatnya. Sementara itu, Ella berkata, Aidil Fitri tahun ini dia akan menyambutnya di kampung halaman suaminya di Muar, Johor.  (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Semoga berjaya dan berterusan hingga bukan hanya untuk hari raya sahaja. insya Allah!