Monday, 21 October 2013

Harga Minyak Naik Lagi 20 sen, Kenaikan Minyak Masak, Gula, Tepung, Gas Memasak Dan…. Respon Anda?


Kenaikan Harga Minyak
Agak senada dengan kenyataan Presiden Persatuan pengedar petroleum (KLIK SINI). Menjelang Pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini. Sekejap rasanya masa berlaku, terbaru Penyelidik Alliance Research, Manokaran Mottain tampil mendedahkan hasil kajian menyeluruhnya bersama pasukannya mengenai halatuju dasar kerajaan Malaysia selepas ini.
Berdasarkan kajian, kerajaan akan mengumumkan lebih banyak mengumumkan pengurangan subsidi @ kenaikan harga tidak lama sahaja lagi. Antaranya…..
Dalam bahasa media arus perdana, istilah kenaikan digantikan kepada rasionalisasi. Sebenarnya sama sahaja mekanismenya. Cuma bunyinya agak “indah”.

Senarai Pengumuman Kenaikan Harga @ Pengurangan Subsidi @ Rasionalisasi Subsidi Untuk Rakyat Malaysia

  1. Kerajaan dijangka akan mengurangkan subsidi minyak sekaligus menyebajbkan kenaikan harga minyak naik sekali lagi sebanyak 20 sen bagi RON95 & 10 sen bagi diesel dalam tempoh 6 bulan daripada sekarang. Hampir pasti berlaku. Ini antara penyelesaian yang cuba diambil pihak kerajaan dek kerana hutang kerajaan Malaysia yang terus melambung tinggi (SEPERTI DI SINI) dan bagi memastikan sumber kewangan negara sentiasa mampan
  2. Barangan lain juga seperti minyak masak, gula, tepung, gas memasak akan naik tidak lama lagi dan terlepas daripada terkena tempias bahang pengurangan subsidi oleh kerajaan Malaysia selama ini
  3. Seterusnya, kerajaan akan mengumumkan tempoh masa yang lebih jelas pelaksanaan mekanisme Fuel Cost Pas Through (FCPT) bagi mekanisme ketetapan kenaikan tarif elektrik kepada anda semua di sini. Nantikan…

Sejarah Pembahagian Subsidi di Malaysia : Tahun 1990 VS 2013

  • Dahulu subsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1990 : RM494 juta @ 1.7% hasil kerajaan Malaysia
  • Sekarang subsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia @ golongan kapitalis Malaysia (CONTOHNYA DI SINI) pada tahun 2013 : RM37.6 bilion @ 18.6% daripada hasil negara (RM24.8 bilion atau 11.9 peratus adalah subsidi minyak & gas)
Semuanya dilakukan supaya lebih ramai rakyat miskin di Malaysia mendapat manfaatnya. Itu kata di pihak kerajaan. Apa respon balas anda pula menjelang bahang gelombang kenaikan segala barangan di Malaysia selepas ini?  (beritaterkini.my)

Friday, 18 October 2013

RM1.08 bilion lagi duit Petronas lebur selamatkan syarikat swasta


zairil petronas
zairil (1) 
KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER: Sebanyak RM1.08 bilion wang syarikat milik negara Petronas digunakan untuk menampung kerugian sebuah hospital mewah swasta, Prince Court Medical Centre (PCMC) sejak penubuhannya pada tahun 2008.

Lebih mendukacitakan, pembinaan hospital bernilai RM544 juta yang juga turut ditanggung Petronas tidak pernah mengalami keuntungan dan yang menyukarkan keadaan, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen boleh mendapat akses kepada status kewangan menyeluruh Petronas melainkan Perdana Menteri kerana tertakluk pada Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum.

Menurut Ahli Parlimen DAP Bukit Benhdera Zairil Khir Johari, pada tahun 2008 PCMC mengalami kerugian RM111 juta, RM192 juta kerugian pada tahun 2009 dan RM450 juta kerugian pula pada tahun 2010.
“Hingga tahun berakhir 31 Disember 2011, jumlah kerugian yang dicatatkan hospital mewah swasta yang ditanggung Petronas itu ialah RM1.08 bilion.

“Adakah wajar wang negara, wang rakyat digunakan untuk menampung kerugian syarikat swasta?” soalnya.
Menimbulkan persoalan, Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan prestasi yang ditunjukkan PCMC jauh berbeza dengan hospital-hospital swasta yang lain.
“Mengikut Laporan Kewangan IHH Healthcare 2012, Parkway Pantai yang mempunyai rangkaian hospital swasta di malaysia dan Singapura mencatat perolehan RM4.75 bilion dalam tahun 2012 manakala RM818 juta keuntungan,” dedah Zairil.

Dalam hal ini tegasnya, Petronas tidak sepatutnya terlibat dalam aktiviti perniagaan di luar bidang seperti hartanah dan kesihatan dan sepatutnya memberi tumpuan kepada industri petroleum dan gas sepertimana yang dipraktikkan oleh syarikat-syarikat petroleum yang lain.

“Apa yang berlaku ini mewujudkan satu keperluan mendesak agar hal ehwal kewangan Petronas diawasi memandangkan ia merupakan syarikat pengeluar minyak negara,” jelas Zairil. – Roketkini.com

Wednesday, 16 October 2013

Wabak Rasuah M'sia Makin Memburuk -Ernest & Young’s




KUALA LUMPUR: Tinjauan terkini Ernest & Young’s di kalangan eksekutif perniagaan di negara ini mendapati Malaysia dihinggapi wabak rasuah yang berleluasa dan semakin meningkat.

Malah tinjauan firma perunding antarabangsa ini disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendedahkan amalan boros dan penyelewengan membabitkan kos berbilion ringgit dalam agensi kerajaan, kata Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng.

Menurut Guan Eng, Ahli Parlimen Serdang,  Ong Kian Ming ketika mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2012 menganggarkan RM 6.5 bilion wang negara terbabit dalam 64 kes urusan meragukan.

“Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan masalah yang berulang saban tahun berhubung perbelanjaan yang berlebihan, kurang penggunaan, sub-standard atau pembayaran melebihi harga pasaran dalam perolehan tugas, barangan dan perkhidmatan (agensi kerajaan),” ujar Guan Eng.

Antaranya pembelian 20 jam dinding oleh Jabatan Penerangan berharga  RM3,810 setiap satu berbanding RN100 seunit harga pasaran dan pembelian tiga unit pengimbas bersaiz A4 dengan kos RM14,670 seunit berbanding RM200 harga pasaran.

Menurut Guan Eng, firma Ernst & Young mendedahkan lebih seorang daripada tiga eksekutif syarikat yang ditinjau pendapat mereka merasakan bahawa rasuah bukan sahaja berleluasa malah meningkat di negara ini sehingga Malaysia dianggap negara kedua paling rasuah selepas Indonesia di rantau ini.

Tinjauan yang dilakukan syarikat perunding pengurusan global Ernst & Young itu membabitkan tinjauan pendapat 681 eksekutif, pengurus kanan dan pekerja syarikat dari Mac hingga Mei 2013 di Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, Korea Selatan dan Vietnam.

Sejumlah 39 peratus responden berpendapat sogokan dan amalan rasuah berlaku secara berleluasa di Malaysia, dua kali ganda daripada kadar 21 peratus bagi wilayah Asia-Pacific.

Bagaimanapun, kata Guan Eng Malaysia menjadi ‘juara dunia’ dalam mencari jalan keluar mudah (rasuah)  oleh syarikat swasta apabila menghadapi zaman kesukaran ekonomi.

“Sejumlah 54 peratus responden (di Malaysia) mengakui mereka akan mengambil ‘jalan keluar mudah’ (rasuah) berbanding 34 peratus di China dan 29 peratus di Indonesia,” ujarnya memetik hasil tinjauan Ernst & Young.

Sehubungan itu, Guan Eng menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berbohong apabila mendakwa hanya 5 peratus rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam rasuah.

“Selagi kerajaan persekutuan BN tidak mengambil tindakan serius terhadap pesalah yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan menerima fakta itu serta tidak dibuai sentimen, Malaysia akan terus kehilangan berpuluh bilion ringgit setiap tahun ekoran pembaziran dan penyelewengan kewangan,” tegasnya. (hRKH)

Wednesday, 9 October 2013

Harga Rumah 2013 Naik Melonjak VS Harga Rumah Turun 20% 2015. Berita Baik?

Harga Rumah Lembah Klang
Sebelum anda meneliti laporan Berita Semasa kali, kami ingin mengajak anda melihat kajian perbandingan harga rumah di Malaysia VS trend pendapatan rakyat Malaysia selama ini (KLIK SINI). Sudah? Ok. Berita Semasa baru sahaja meneliti laporan kajian daripada kalangan penganalisis termasuklah daripada CIMB yang mula meramalkan harga rumah turun sekitar 20% pada tahun 2015. Harga rumah turun?
Realiti hari kalangan pemodal dan pemaju hartanah di Malaysia tidak lagi berminat mendapatkan keuntungan sekitar 60-80% semata. Malah lebih daripada itu. Kebiasannya antara margin keuntungan yang diharapkan kalangan pemain dan pemaju hartanah di Malaysia adalah sekitar 100% sehingga 150% (SEPERTI YANG MEREKA BUAT DI SINI)
  • Memang untunglah pemaju.
  • Yang terkena & mangsa permainan mereka adalah rakyat Malaysia adalah anda, anda dan kita semua rakyat Malaysia
Persoalannya pernahkah selama ini harga rumah turun mendadak sehingga 20%-30% di Malaysia melibatkan kawasan tumpuan?

Harga Rumah Turun 20% 2015 : Kajian Penganalisis CIMB VS Kapitalis REDHA?

Harga Rumah Turun
Adakah jangkaan harga rumah turun seperti perniagaan minyak petrol di Malaysia? Awal pagi menafikan kemungkinan harga minyak petrol naik, pada lewat petangnya sudah terbitnya pengumuman harga minyak naik. Semudah itu?
Tetapi harga rumah di Malaysia cukup unik. Selagi REDHA berkuasa di Malaysia tidak akan sama sekali, mereka akan membiarkan perkara seumpama begini terjadi. Lihat apa yang kapitalis REDHA bercakap mengenai trend harga rumah di Malaysia
Harga Rumah Rurun REDHA
Nampak? Berdasarkan antara alasan & kenyataan REDHA mengenai kenaiakn harga rumah :
Disebabkan anda, anda memilih kawasan hartanah komuniti berpagar menyebabkan harga rumah naik lebih tinggi sehingga 30% – 50%

Harga Rumah Turun : Harga Rumah Rakyat Malaysia VS Harga Rumah Warga Asing?

Apa yang boleh Berita Semasa katakan di sini, jangkaan kenaikan harga rumah sedikiti perlahan tetap ada tetapi banyak yang melibatkan harag rumah RM500,000 ke atas yang mana harga rumah di bawah RM500,000 ke bawah masih tetap mempunyai perminataan yang tinggi.
“Kos tanah naik, kos barang-barang binaan naik. Mana mungkin REDHA boleh membiarkan harga rumah turun boleh terjadi?”
Yang untung tetap kalangan expat dan orang asing, berjaya membolot seberapa banyak hartanah bernilai Rm500,000 ke atas tanpa was-was. Sepertimana yang berlaku di Iskandar Malaysia Johor sekarang ini. Kalangan rakyat Singapore telah mula berkampung dan membanjiri negeri Johor
Kita boleh lihat sendiri, tidak kira apa sahaja kawasan apa akan ada permintaan dan kenaikan harga. Contohnya, Rawang yang dahulu bukan main banyak iklan rumah lelong pun sekarang ini sudah menampakkan pasaran harga rumah di sana telah mula naik sejak ada Jusco Anggun. 
Jadi, Berita Semasa hanya akan percaya harga rumah bakal turun apabila taikun hartanah daripada REDHA buat kenyataan rasmi berbunyi begini :
“Hanya tempat-tempat terpilih bakal menjunam”
Maka itu, barulah Berita Semasa boleh percaya. Ini kerana, selama ini merekalah mengawal pasaran hartanah di Malaysia. Kenyataan daripada CIMB belum “cukup kuat” untuk memberikan jaminan harga rumah turun pada masa akan datang. Apa kata anda?

Friday, 4 October 2013

Pelarasan Gaji Kakitangan Awam Naik 2013/2014 + Elaun Penjawat Awam (JPA + KSN)?

gaji kakitangan awam

Pelarasan Gaji Kakitangan Awam: Berdasarkan laporan Berita Semasa pada 23 September 2013 (DI SINI), masih ingat lagi? Mengenai pelarasan gaji kakitangan awam yang bakal digunakan pada masa akan datang. Nah terbaru, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah tampil memberikan kenyataan melibatkan maklumat awal mengenai kajian pelarasan gaji kakitangan awam naik untuk kali ini….

Sampai bila gaji kakitangan awam tiada tangga gaji? Sekarang ini, kalangan yang kakitangan kerajaan gunakan adalah gaji minimum dan gaji maksimum (KLIK SINI SUMBERNYA) disebabkan masih tiada lagi skim gaji baru selepas pembatalan SBPA yang cukup KONTROVERSI (SEPERTI DI SINI).

Wednesday, 2 October 2013

Audit: Bayar K-Pop RM1.6 juta tidak berhemat




KUALA LUMPUR: Bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya tidak berhemat.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Ia dimuatkan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 Yang Tidak Dibuat Secara Berhemat.

Pada bahagian catatan mengenai perbelajaan itu dinyatakan ‘perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat’. (Hrkh Daily)

Monday, 30 September 2013

RON 95 Naik Lagi? K'jaan Dapat RM13B Julai. RM14 B Sept). Rakyat?

Bajet Tambahan 2013
Adakah anda merasakan kerajaan Malaysia sekarang ini sedang berada dalam landasan yang betul bagi mengurangkan kadar perbelanjaan & hutang negara yang bernilai (KLIK SINI) selama ini? Benarkah?
Realitinya bulan ini, kerajaan sekali lagi tampil di parlimen dengan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan buat kali kedua tempoh 2 bulan untuk tujuan mendapatkan dana tambahan sebanyak RM14 bilion. RM14 bilion?