KUALA LUMPUR: Tinjauan terkini Ernest & Young’s di kalangan eksekutif perniagaan di
negara ini mendapati Malaysia dihinggapi wabak rasuah yang berleluasa dan semakin meningkat.
Malah tinjauan
firma
perunding antarabangsa ini disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012
yang mendedahkan amalan boros dan penyelewengan membabitkan kos
berbilion ringgit dalam agensi kerajaan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng.
Menurut Guan Eng, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming ketika
mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2012 menganggarkan RM 6.5 bilion
wang negara terbabit dalam 64 kes urusan meragukan.
“Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan masalah yang
berulang saban tahun berhubung perbelanjaan yang berlebihan, kurang
penggunaan,
sub-standard atau
pembayaran melebihi harga pasaran dalam perolehan tugas, barangan dan
perkhidmatan (agensi kerajaan),” ujar Guan Eng.
Antaranya pembelian 20 jam dinding oleh Jabatan Penerangan berharga
RM3,810 setiap satu berbanding RN100 seunit harga pasaran dan pembelian
tiga unit pengimbas bersaiz A4 dengan kos RM14,670 seunit berbanding
RM200 harga pasaran.
Menurut Guan Eng, firma Ernst & Young mendedahkan lebih seorang
daripada tiga eksekutif syarikat yang ditinjau pendapat mereka merasakan
bahawa rasuah bukan sahaja berleluasa malah meningkat di negara ini
sehingga Malaysia dianggap negara kedua paling rasuah selepas Indonesia
di rantau ini.
Tinjauan yang dilakukan syarikat perunding pengurusan global Ernst
& Young itu membabitkan tinjauan pendapat 681 eksekutif, pengurus
kanan dan pekerja syarikat dari Mac hingga Mei 2013 di Australia, China,
Indonesia, Malaysia, New
Zealand, Singapore, Korea Selatan dan Vietnam.
Sejumlah 39 peratus responden berpendapat sogokan dan amalan rasuah
berlaku secara berleluasa di Malaysia, dua kali ganda daripada kadar 21
peratus bagi wilayah
Asia-Pacific.
Bagaimanapun, kata Guan Eng Malaysia menjadi ‘juara dunia’ dalam
mencari jalan keluar mudah (rasuah) oleh syarikat swasta apabila
menghadapi zaman kesukaran ekonomi.
“Sejumlah 54 peratus responden (di Malaysia) mengakui mereka akan
mengambil ‘jalan keluar mudah’ (rasuah) berbanding 34 peratus di China
dan 29 peratus di Indonesia,” ujarnya memetik hasil tinjauan Ernst &
Young.
Sehubungan itu, Guan Eng menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berbohong apabila mendakwa hanya 5
peratus rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam rasuah.
“Selagi kerajaan persekutuan BN tidak mengambil tindakan serius
terhadap pesalah yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan
menerima fakta itu serta tidak dibuai sentimen, Malaysia akan terus
kehilangan berpuluh bilion ringgit setiap tahun ekoran pembaziran dan
penyelewengan kewangan,” tegasnya. (hRKH)
No comments:
Post a Comment