Wednesday, 28 December 2016

Sikap pencarum KWSP habiskan simpanan dalam tempoh singkat membimbangkan




Sikap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menghabiskan wang simpanan dalam tempoh singkat semakin membimbangkan, kata Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP cawangan Kuala Lumpur, Nornisah Mohd Yusof.
 
Beliau berkata rata-rata ahli KWSP yang telah mencapai usia persaraan menghabiskan wang simpanan mereka dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun sedangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat iaitu 75 tahun.
 
"Lebih membimbangkan apabila terdapat kes yang mana pesara mengeluarkan 70 peratus wang simpanan mereka dan tidak sampai 30 hari telah menghabiskan wang tersebut, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada Bernama.
 
Justeru, Nornisah menasihati orang ramai khususnya bakal pesara supaya bijak dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan dengan sebaiknya bagi meneruskan keberlangsungan hidup di hari tua.
 
"Bagi ahli yang memerlukan penjelasan atau bantuan khidmat nasihat boleh merujuk kepada pegawai RAS yang bertauliah di cawangan KWSP berhampiran.
 
"Di sini kami akan memberikan nasihat dan pandangan dalam membantu ahli membuat keputusan terbaik sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP," katanya.
 
Katanya, RAS juga dapat memberi bimbingan pengurusan simpanan persaraan supaya ahli dapat menjana pendapatan bulanan, bertahan lama, dan berupaya membiayai sara hidup semasa persaraan.
 
Nornisah menjelaskan pencarum KWSP perlu mempunyai Simpanan Asas iaitu satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli mempunyai sekurang-kurangnya RM228,000 ketika berumur 55 tahun bagi membiayai keperluan asas persaraan.
 
Jumlah ini diambil selaras dengan pencen minimum untuk sektor awam iaitu RM950 sebulan untuk jangka masa 20 tahun iaitu dari umur 55 tahun kepada 75 tahun bersamaan dengan purata jangka hayat rakyat Malaysia iaitu 75 tahun.
 
Beliau berkata setakat tahun lalu, sebanyak 65 peratus daripada ahli KWSP yang berumur 54 tahun ke bawah mempunyai simpanan RM50,000 ke bawah.
 
Tambah beliau, terdapat empat fasa usia yang sesuai untuk membuat perancangan kewangan bagi memastikan persaraan yang selesa atau mencukupi.
 
"Fasa pertama di usia 20-an, amat digalakkan membuat simpanan wang pada usia ini dan perlu mempunyai amalan menyimpan yang mana ahli boleh membuat pembahagian wang simpanan kepada beberapa bahagian penting seperti aset, pendidikan anak, dan juga persaraan.
 
"Peringkat usia 30-an merupakan masa yang sesuai untuk menilai kembali kerja yang dilakukan sama ada setimpal atau tidak, golongan dalam umur ini seharusnya sudah mampu untuk membuat pembayaran pendahuluan bagi pembelian rumah. Waktu ini adalah yang terbaik untuk merancang persaraan sekiranya tidak melakukannya pada umur 20-an," katanya.
 
Nornisah berkata pada fasa 40-an, ahli yang sudah berkeluarga seharusnya lebih fokus membuat simpanan pendidikan anak-anak dan lebih serius dalam simpanan persaraan dan perlu menilai semua pengurusan kredit supaya tidak terbeban dengan hutang.
 
Katanya pada fasa terakhir iaitu di usia 50-an, ahli digalakkan meneruskan simpanan dan tidak boleh mengambil risiko yang terlalu tinggi untuk mengembangkan kekayaan.- 28/12/2016 - Oleh Suhaila Said,Bernama.

Sunday, 25 December 2016

Terowong Bawah Laut Hubungkan Eropah/Asia, Erdogan Rasmikan.


 Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan merasmikan terowong bawah laut bernama Eurasia di bandar Istanbul, Selasa lalu.

Terowong ini yang akan menghubungkan benua Eropah dan Asia.

Dilapor Trtworld.com, terowong yang dianggarkan setiap harinya akan dilalui 100,000 kenderaan ini berada di bawah laut selat Bosphorus. Terowong bawah laut ini juga dikatakan dapat memendekkan perjalanan dari 100 minit menjadi 15 minit dari daerah Kazlicesme ke daerah Goztepe.

Ia mengambil masa kira-kira 5 tahun untuk membina terowong bawah laut ini. Jarak terowong ini adalah 14.6 km. Jarak 5.4 km berada di bawah dasar laut selat Bosphorus.

Sebahagian wilayah Eropah bermula dari bandar Istanbul membentang dari daerah Kazlicesme menuju daerah Goztepe yang berada di benua Asia. Bahagian terowong yang memasuki kawasan dasar laut dibuat dalam dua peringkat.

Kelajuan maksimum yang ditetapkan bagi kenderaan yang melintas di terowong ini adalah 77 km/jam. Menurut Enigeering News Record Amerika, terowong bawah laut ini adalah terowong laut terbaik di dunia pada tahun 2016 ini. [Islampos]

Saturday, 24 December 2016

Ini Bukan Ayam Panggang, Tapi 'Pau' Ayam Panggang. Kreatif Tarik Pelanggan!


Pau Ayam Panggang Comel Sangat Bikin Ramai Geram!

JOM KREATIF

LA.. hai..Ini bukan ayam panggang, tapi hanya kueh 'pau' semata-mata. Pau Ayam Panggang. Begitu kreatif pembuatnya.

Pau Ayam Panggang Comel Sangat Bikin Ramai Geram!

Pau Ayam Panggang Comel Sangat Bikin Ramai Geram!

Memang kreatif sungguh, hinggakan pau ini langsung tidak ubah seperti ayam panggang bersaiz comel.
Dek kerana itu, pau ayam panggang ini mencuri tumpuan netizen hinggakan menjadi viral di media sosial.
Pendek kata, yang pelik-pelik dan unik-unik memang cepat mendapat perhatian.
Difahamkan, pau ini adalah ciptaan baharu tahun 2017 daripada pengusaha yang sama dengan pau cendawan viral iaitu Pau Hassan.
Pau Ayam Panggang Comel Sangat Bikin Ramai Geram!
Jika pau cendawan viral diperbuat daripada carbonara dan ayam, pau ayam panggang pula menggunakan ramuan lada hitam, ayam dan bawang.
Bagi yang ingin mencuba makanan viral ini, boleh dapatkan dari Pau Hassan di Putrajaya seperti yang diviralkan.  Harganya pula RM10 bagi tiga biji pau.

Lihat..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

KWSP keluar daripada FGV, petanda buruk buat peneroka.




PERKEMBANGAN terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melupuskan semua pegangan saham FGV menambahkan lagi keluh resah rakyat Malaysia terhadap kedudukan saham FGV yang mula diniagakan sejak 2012 .

Merujuk kepada laporan beberapa portal berita web, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  menegaskan bahawa pihaknya tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Menurut kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, dana persaraan itu memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya.

Pihak KWSP terpaksa melupuskan pemilikan saham ini berdasarkan prinsip mereka mengamalkan tahap piawaian tadbir urus korporat yang tinggi menerusi dasar yang teguh pada kawalan risiko dan Peruntukan Aset Strategik.

KWSP terpaksa menjual semua ekuiti FGV yang mereka miliki secara beransur-ansur sehingga tidak memilikinya lagi sehingga hari ini.

Jika KWSP sudah hilang kepercayaan kepada FGV, bagaimana pula nasib peneroka Felda? Walaupun peneroka Felda memiliki hanya sekitar 2.5 peratus kedudukan dalam keseluruhan saham FGV ia sudah pasti akan memberi kerugian dan kebimbangan masa depan saham mereka.

Peneroka Felda hanya ditawarkan 800 unit saham dengan terpaksa membuat pinjaman daripada intitusi kewangan. Sehingga sekarang sudah empat tahun mereka masih membayar pinjaman ini setiap bulan secara potongan daripada hasil pendapatan jualan buah sawit atau getah mereka.

Mana janji Perdana Menteri untuk menjadikan peneroka Felda menjadi sebahagian golongan yang berpendapatan tinggi setanding dengan negara maju setelah penyenaraian FGV? Apakah sogotan durian runtuh RM15,000 setiap peneroka Felda sebelum penyenaraian FGV dulu satu helah mengunci peneroka Felda untuk membiarkan Felda dibuat sesuka hati oleh pemimpin negara?

Mereka juga bimbang mengenai kedudukan keseluruhan FGV, tanah seluas 360,000 hektar milik Felda sebelum ini juga telah diserahkan kepada FGV, peneroka Felda sebelum ini banyak mendapat faedah dari hasil tanah ini, antaranya peruntukan pembangunan sosial berjumlah RM60juta setahun.

Tanah ini juga mendatangkan hasil kepada kumpulan dari RM1.2 hingga RM1.8 bilion setiap tahun. Bila diserahkan kepada FGV, Felda dan peneroka sudah hilang suatu aset yang bernilai buat mereka.

Kesanya kepada kumpulan sangat ketara, juga kepada peneroka, sudah ada kumpulan mereka  terpaksa berdemo di hadapan pejabat pengurusan kerana menuntut bayaran hasil jualan sawit mereka. Sebelum ini mereka sudah lama dibayar secara tunai dan tidak tertangguh, kini pihak pengurusan terpaksa meminta penangguhan 2 minggu sehingga sebulan untuk melunaskan bayaran.

Urus tadbir pengurusan tanam semula banyak menghadapi masalah. Felda juga sebelum ini mengaku 60 peratus pokok sawit mereka sudah tua dan perlu urusan penanaman semula segera bagi mengekalkan pengeluaran hasil sawit dan getah.

Apakah jaminan kerajaan untuk menyelesaikan masalah Felda, FGV dan peneroka? Apakah dengan terus mengekalkan Tan Sri Isa Samad selama beberapa tahun lagi menerajui Felda, kerajaan yakin Isa Samad boleh menyelesaikan semua masalah yang sedang melanda?

Peneroka Felda yang kebanyakkanya sudah berumur hanya mampu melihat kerangkusan pemimpin mereka yang selama ini diberi kepercayaan menguruskan Felda agar beramanah dan mampu mengekalkan kecemerlangan Felda kini sudah  terhakis.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
23 Disember 2016 / 23 Rabiulawal 1438 – HARAKAHDAILY 23/12/2016

|

Thursday, 22 December 2016

Bank Pusat Indonesia Cadang Singkir 3 Sifar Dalam Rupiah

Bank Pusat Indonesia Cadang Singkir 3 Sifar Dalam Rupiah


JAKARTA: Bank pusat Indonesia sedang menghidupkan semula rancangan untuk pensederhanaan mata wang ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu walaupun di ambang ancaman kegawatan pasaran apabila Amerika Syarikat (AS) mempercepatkan proses kenaikan kadar faedah.
“Denominasi-semula mesti dilakukan sementara ekonomi masih stabil,” kata Timbalan Gabenor Senior Bank Indonesia Mirza Adityaswara kepada wartawan di Jakarta, Isnin lalu.
“Sekarang, pada masa ini, ia boleh dilakukan. Kadar pertukaran telah mengalami pergolakan tetapi ia tidak akan memberi terlalu banyak kesan. Pokoknya, ekonomi haruslah stabil.”
Rupiah merupakan salah satu mata wang yang mengalami denominasi tertinggi di Asia dan Bank Indonesia telah mencadangkan untuk menyingkirkan tiga sifar daripada mata wang tersebut bagi memudahkan pembayaran, lapor Bloomberg.
Pelan sama yang dicadangkan empat tahun lalu diabaikan semasa taper tantrumberlaku, apabila Rizab Persekutuan mengumumkan bahawa ia telah menarik balik rangsangan, mencetuskan pengunduran dalam aset pasaran baru, termasuk penjualan rupiah.
Pasaran kewangan telah didetarkan lagi sejurus selepas kemenangan mengejut Donald Trump bulan lalu dalam pilihan raya presiden AS, dengan rupiah merupakan salah satu mata wang yang terjejas paling teruk, jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua bulan pada 9 Nov. sejurus selepas kemenangan Trump diisytiharkan.
Mata wang kembali pulih sebanyak 1.3 peratus berbanding dolar bulan ini dan mencapai 13.383 pada 14:30 pada hari Isnin.
“Ekonomi dan rupiah telah bertahan dengan baik sebenarnya di bawah tantrum Trump,” kata Tim Condon, Ketua Penyelidikan Asia di ING Groep NV di Singapura. Dengan kerajaan telah menghapuskan subsidi bahan api, “sebenarnya tidak ada alasan untuk melihat kenaikan dalam inflasi dan mata wang seperti yang kita lihat pada masa lalu.”
Inflasi Stabil
Bank pusat itu berkata pengenalan unit baru mata wang tidak akan mengurangkan kuasa beli mahupun mempercepatkan ketidak tetapan mata wang dan ia seharusnya mendatangkan kesan minimum terhadap harga. Bank tersebut telah memastikan inflasi di bawah 5 peratus selama lebih setahun.
“Denominasi-semula adalah sesuatu yang memudahkan,” kata Adityaswara.
Pada majlis yang sama, Presiden Indonesia Joko Widodo berkata bahawa beliau mahu Parlimen untuk mempertimbangkan rancangan untuk menamai semula mata wang tahun depan.
Indonesia memohon tempoh peralihan yang panjang untuk menerima pakai apa-apa perubahan, dengan Widodo mencadangkan tujuh tahun bagi mencapai denominasi semula.
Langkah itu dilihat boleh membantu untuk mengelakkan gangguan kepada pengguna akibat pelarasan mata wang, seperti yang berlaku baru-baru ini di India dan Venezuela.
“Ini ternyata bakal membabitkan kos yang tinggi jika dijalankan tanpa prosedur yang rapi, jadi kita perlu satu tempoh peralihan bagi sektor perbankan dan sistem kewangan,” kata David Sumual, Ketua Ekonomi di PT Bank Central Asia di Jakarta.
“Pra-syarat untuk jenis polisi ini dalah keadaan ekonomi harus stabil, yang bermaksud kadar inflasi harus stabil dan mata wang juga dalam keadaan yang stabil.”


Islamic Framework for Annual Budget



Imej yang berkaitan


Dr Mohd Zuhdi Marzuki,

 

Director of PAS Research Centre | .


While most of Malaysians’ eyes are recently focusing on the 2017 Budget tabled by Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak on October 21, 2016, it is the right time to attract their attention to consider an alternative to the conventional fiscal policy. The alternative fiscal policy in this sense is surely formulated from Islamic perspective. Actually, the practice of Islamic Fiscal Policy began as early as the Prophet (pbuh) period by the implementation of Zakat System. According to the Muslim historians, the implementation of Zakat System has commenced two years after the migration of the Prophet to Madinah. In the other words, revisiting Zakat System is an important step to explore further the Islamic framework of fiscal policy.

Indeed, Zakat System is not only one of the five pillars in Islamic teachings, but also it is the main framework for every Islamic economic policy and activity. Accordingly, one of the main objectives of Islamic Economics is to maintain a just pattern of income and wealth distribution in society, hence it surely needs a reliable instrument. Allah the Almighty said in surah al-Harsh, verse 7:

What Allah gave as booty (Fai') to His Messenger (Muhammad SAW) from the people of the townships, it is for Allah, His Messenger (Muhammad SAW), the kindred (of Messenger Muhammad SAW), the orphans, the poor, and the wayfarer, in order that it may not become a fortune used by the rich among you. And whatsoever the Messenger (Muhammad SAW) gives you, take it, and whatsoever he forbids you, abstain (from it), and fear Allah. Verily, Allah is Severe in punishment.

This verse clearly indicates the above objective, that is, to ensure the wealth may not circulate only between the rich among us. In order to achieve this objective, Allah the Almighty obligates Zakat to those people whose properties exceed certain threshold (nisab), and the properties will be distributed fairly to needy groups.

Basically, in the conventional fiscal policy, it works through the government budget and usually through expenditures, taxes and subsidies at the national or federal level. Sometimes public debt is also taken into consideration. Whereas, in Islamic Fiscal Policy, Zakat System is highlighted to be the main framework for public revenues and public expenditures. According to Zakat System, the public revenues are collected from the groups that are instructed by the Quran and the Prophet Tradition (Hadith), so as the public expenditures are distributed to the groups that are specified by the two main sources. Therefore, Zakat collection and Zakat distribution become the main pillar of Islamic Fiscal Policy, and the other types of revenues and expenditures are inspired by this system. 

Besides Zakat System, the government can generate revenues from other sources including taxes, voluntary donations and so on, which should be complied with Shari`ah. Regarding the distribution of the non-Zakat revenues, the government have to distribute them in accordance with Shari’ah, especially when the revenues and the distribution will inevitably involve the right of non-Muslim citizens. Prior to the collection of Zakat and non-Zakat revenues, the Government in the first place needs to manage the income from public properties as well as natural resources, to be allocated in the budget for the purpose of benefitting people. The management of public properties and natural resources should always comply with the right of people especially the needy groups to be benefited by the nation wealth.  

In Islamic Economics, the main role of a government is to take care of their people, not to run businesses that will cause unfair competition with business players. Consequently, the general objective of Islamic Fiscal Policy is to achieve public interest and social justice. In more detail, the objective of Islamic Fiscal Policy suggested by Fazlur Rahman Faridi, is to achieve:

•Justice and equity
•Provision of socioeconomic needs of the community or socioeconomic welfare
•Enhancement of the community’s economic resources or economic growth
•Improvement in the cultural milieu of the society

By looking at the Islamic perspective of fiscal pillars and also its objectives, it is now easily to understand the Islamic framework for annual budget. Indeed, the actual role of government in this sense, is to manage the public properties and funds wisely, not to compete with the people in business and trading.

Wednesday, 21 December 2016

Cendol 'Abang Kacak' Jadi Tumpuan Di Ipoh



Peniaga cendol kacak M.Kelvinraj, 18, menyiapkan cendol untuk dihidangkan kepada pelanggan di gerainya yang terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh. - BERNAMA
IPOH: Dia baru beberapa jam saja memulakan operasi perniagaan, namun 'Cendol Abang Kacak' yang viral di laman sosial sejak Ahad lalu telah terjual lebih 100 mangkuk.
Menggunakan motosikal roda tiga, M. Kelvinraj memilih Jalan Yang Kalsom sebagai lokasi utama menjalankan perniagaan Wawasan Cendol milik keluarganya sejak setahun lalu.
"Pada hujung minggu sahaja saya akan berniaga di Jalan Bandar Timah di sini berhampiran Plan B Ipoh, pada hari bekerja saya akan berniaga di Jalan Yang Kalsom kerana lebih ramai pelanggan.
"Saya sudah membantu keluarga menjual cendol ini sejak dua bulan lalu dan tidak menyangka akan menjadi viral dan terkenal seperti baru-baru ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.
Jejaka tampan berusia 18 tahun itu berkata pada hari biasa, dia mampu menjual kira-kira 150 mangkuk dan bungkus cendol manakala pada hujung minggu pula angka itu bertambah kepada 300.
Jelas Kelvinraj, dia diberitahu oleh seorang sahabat bahawa perniagaannya menjadi perhatian ramai di laman sosial dan berharap melalui peluang ini, perniagaan cendolnya akan bertambah maju.
Menyimpan cita-cita untuk membantu bapanya membuka kedai menjual condol suatu hari nanti, anak kedua daripada empat beradik itu berharap bukan hanya wajahnya menjadi bualan ramai, malah keenakan cendol hasil air tangan ibunya itu turut meniti dari bibir ke bibir.
"Saya rasa sedikit seronok apabila orang memuji kesungguhan saya bekerja dan dalam masa yang sama saya harapkan keenakan cendol ini akan turut terkenal kerana ia lebih bermakna bagi saya," katanya.
Kelvinraj berkata kebanyakan pelanggan setianya memberitahu keistimewaan cendolnya itu terletak pada rasa gula melaka serta santan asli.
"Mungkin ramai penjual cendol lain mencampurkan gula melaka dengan gula pasir selain mencampurkan santan dengan air kerana mahu jimat, namun resepi yang digunakan emak saya ini menggunakan seratus peratus gula melaka dan santan asli," katanya.
Perniagaan Wawasan Cendol yang dimulakan sejak setahun lalu menawarkan pelbagai pilihan cendol seperti cendol jagung, kacang dan pulut dengan harga lingkungan RM3 hingga RM4.50.
"Selalunya saya akan berniaga sekitar tiga hingga empat jam sehari iaitu dari 12 tengah hari hingga 4.30 petang bergantung kepada bilangan pelanggan yang datang," katanya.
Sementara itu, Afiq Naimuallah, 18, pelajar sebuah kolej yang menetap di Pengkalan Pegoh, berkata ini kali pertama dia mencuba cendol Kelvinraj.
"Saya jarang makan cendol, selalunya saya akan makan ais kacang, tetapi apabila mencuba cendol ini saya memang rasa sangat sedap. Manis gula melaka dia bukan seperti manis yang boleh bagi sakit tekak, orang kata 'ngam ngam' je," katanya.
Bagi pekerja swasta, Nursyasya Ahmad Zaidi, 19, dia kali pertama mencuba sejak 'Cendol Abang Kacak' mula viral di laman sosial.
"Saya boleh minum dua mangkuk dan bagi saya memang enak dan tak sama seperti di tempat lain. Setiap kedai cendol ada keistimewaan masing-masing tapi bagi saya cendol ni enak sebab santan dia tak cair," katanya. - BERNAMA

Tawaran baru kerja di Korea Selatan..