Tuesday, 14 March 2017

April 24 kafe bawah tanah












 
IDZANY menunjukkan menu signatur yang terdapat di kafe April 24, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

MALAYSIA merupakan sebuah negara unik kerana dikurniakan kepelbagaian budaya, etnik dan agama. Selain itu, negara yang cukup bertuah ini, kaya dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan Barat.
Justeru, tidak hairanlah jika pelancong menyifatkan Malaysia sebagai syurga makanan.
Kepada mereka yang gemar makan dan tidak tahu di mana lokasi menarik untuk mengisi perut boleh mengunjungi kafe April 24.
Terletak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor, kafe itu menampilkan hidangan berkonsepkan gabungan makanan (fusion) Asia dan Barat. Ia bagi memberi lebih banyak pilihan dan memenuhi cita rasa masyarakat tempatan.
Pemiliknya, Idzany Nasser, 31, atau lebih mesra disapa Nini berkata, April 24 mula beroperasi sejak Oktober 2015. Uniknya kafe itu beroperasi di ruangan bawah tanah, tidak sama seperti premis perniagaan yang beroperasi berdekatan dengannya.
“Kafe ini agak berbeza kerana lokasinya di ruangan bawah tanah. Selepas diubah suai menjadi sebuah kafe, ruangan makanan, penyediaan minuman, dapur, kaunter pembayaran dan tandas telah ditempatkan di dalam kafe ini,” kongsinya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tambahnya, para pelanggan boleh membuat pesanan menu ala carte di kafe itu kerana terdapat hampir 90 jenis hidangan makanan dan 53 pilihan minuman disediakan.
“Antara menu makanan yang menjadi pilihan di sini ialah nasi putih ayam masak mentega bersama susu, nasi goreng ketam kulit lembut, mi raja ayam pandan dan gegelang bawang goreng (onion ring).

GEGELANG bawang goreng atau onion ring ini antara juadah pembuka selera di kafe April 24.

Tempahan awal
“Bagi mereka yang gemarkan pasta, antara menu yang harus dicuba ialah pasta ala marinara dengan ayam, spageti bolognese dan pasta olive garlic seafood,” ujarnya.
Jelas anak jati Kuala Lumpur itu, kafe itu boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa dan menyediakan tempat yang selesa untuk pelanggan menikmati juadah serta bersantai bersama rakan mahupun keluarga tercinta.
“Begitupun, saya menyarankan kepada pelanggan untuk membuat tempahan meja awal terutamanya pada hujung minggu bagi kemudahan kedua-dua belah pihak,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai harga makanan, Idzany memberitahu, harga hidangan makanan yang ditawarkan adalah serendah RM8. Manakala, menu makanan paling mahal iaitu supreme grill (ayam panggang bersama kentang putar, ayam Turki, kambing panggang, kepak ayam dan sosej berbeku) pula berharga RM70.
Di samping itu, kafe April 24 turut menghidangkan minuman yang mampu menghilangkan dahaga seperti mango lassi, chocolate milkshake dan honey melon.
Tidak ketinggalan makanan pembuka selera iaitu sup cendawan dan kentang goreng keju.
Sebagai pelengkap hidangan, turut disediakan aneka pilihan menu pencuci mulut seperti kek keju Nutella, kek red velvet dan pavlova.
“Biarpun agak jauh dari ibu kota, saya optimis, apa yang ditawarkan di sini dapat menarik hati pelanggan untuk bertamu di kafe kami,” tuturnya. (Kosmo!)

Monday, 13 March 2017

Penyangak 'Rampas' Tanah Di Johor Dikesan


JOHOR BAHRU: Satu sindiket yang mempunyai hubungan kukuh dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dan 'orang dalam' telah mengenal pasti plot tanah terbiar milik warga asing di bandar ini sebelum 'menukar' status pemilikan dan menjualnya bagi mendapatkan untung besar.

Sindiket itu, yang telah beroperasi dalam tempoh tertentu, setakat ini telah menjual beberapa plot tanah milik rakyat Singapura dan Indonesia dengan nilai lebih dari RM15 juta.

Bagaimanapun, polis Johor dapat mengesan aktiviti mereka dan setakat ini telah menahan tiga suspek berusia 30-an dan 50-an, termasuk seorang bekas pembantu pentadbiran PTG di Nusajaya, dalam satu siri serbuan beberapa hari lepas.

Sumber berkata, bekas pegawai itu, yang telah berkhidmat dengan PTG lebih dari 10 tahun, baru-baru ini telah dipindahkan ke agensi kerajaan lain.
Dua lagi suspek, yang didakwa sebagai broker tanah, adalah ahli kumpulan jenayah terkenal dan mempunyai rekod, termasuk dalam kes pembunuhan.

Kesemua suspek kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenai siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi talian hotline polis di 07-221 2999.

Difahamkan, polis telah merampas berpuluh-puluh dokumen, dipercayai telah dicuri, dari bilik kebal di pejabat PTG Nusajaya.

Sumber berkata, sindiket itu menggunakan kakitangan pejabat tanah untuk mengenal pasti plot tanah di sekitar bandar yang dimiliki orang asing dan telah ditinggalkan untuk beberapa ketika.

"Suspek kemudian menggunakan dokumen keselamatan untuk mencetak nama pemilik baharu bagi penukaran status hak milik sebelum memfailkan dokumen-dokumen di PTG.

"Dengan status pemilikan baharu, mereka akan cuba untuk menjualnya kepada pemilik yang berpotensi," kata sumber.

Sindiket itu, menurut sumber, telah mengambil masa yang panjang untuk menjalankan kegiatan haram mereka, termasuk menunggu sehingga beberapa tahun bagi menukar beberapa butiran tanah.

Ia juga mengeluarkan nombor pasport palsu pemilik tanah, cop pesuruhjaya sumpah dan dokumen undang-undang untuk meyakinkan PTG dan bakal pembeli mereka, tambah sumber itu.

Penipuan mereka dikesan apabila seorang peguam yang bertindak bagi pihak anak guamnya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam penjualan sebidang tanah bernilai jutaan ringgit di Gelang Patah.

Peguam itu kemudian menghubungi pemiliknya, seorang warga Singapura, yang tidak tahu tentang penjualan itu atau mempunyai niat untuk menjual tanah berkenaan.

Pemilik telah membuat laporan polis baru-baru ini.

Difahamkan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri telah membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini dan mengesan beberapa kes melibatkan sindiket terbabit.

Pasukan itu juga sedang membuat pemeriksaan untuk memastikan sama ada sindiket itu terlibat dalam kes lain di seluruh negara. (mStar)

Kerana Miskin, Lelaki Ini Sanggup Rogol Ayam Pulak..


kevin
HANYA kerana takut untuk memikat perempuan disebabkan miskin, seorang remaja, Kevin Simiyi sanggup `memperkosa’ seekor ayam hinggakan binatang tersebut mati.
Kevin, 18, ditangkap ketika melakukan perbuatan terkutuk itu dan telah dihadapkan ke mahkamah.
Dia yang mengaku salah, telah dihukum penjara 15 bulan oleh majistret di sebuah mahkamah di Kenya. Kevin bagaimanapun meminta hukuman dikurangkan dengan alasan dia malu untuk memikat apatah lagi berbual dengan perempuan disebabkan kemiskinannya.
“Saya ditangkap oleh tuan punya ayam itu. Saya takut untuk mendekati perempuan disebabkan saya miskin,” katanya.
Dalam pada itu, tuan punya ayam, Judith Nasimiyu ketika perbicaraan memberitahu ayamnya mati akibat kepenatan ketika veterinar mengumpul bukti.
Bagaimanapun rayuan Kevin itu tidak dipedulikan dan dia akan dihantar ke penjara Bungoma untuk menjalani hukuman selama 15 bulan. MYNEWSHUB.CC

Lihat juga..
Video Yang Ini lain..

Merogol ayam - YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=jnL70o6Jwws
28 Okt 2014 - Dimuat naik oleh Bravo Bravo
Putri Airiena 11,371 views · 4:40 · Niat nak merogol Last sekali padan Muka ! Memang patut hehehe ...

Sunday, 12 March 2017

Takaful Kifaalah boleh disedekah masjid.


PENCARUM Skim Takaful Kifaalah Warga Emas yang tidak berhasrat mewasikan nama keluarga boleh menamakan masjid atau surau sebagai penerima pampasan.
Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata, ada sebilangan kecil penduduk tidak mahu mendaftar nama keluarga sendiri sebagai wasi skim berkenaan.
“Mungkin kerana tidak mahu membebankan kerajaan negeri atau mereka berkemampuan dalam aspek kewangan.
“Oleh itu mereka boleh menamakan masjid, surau, anak-anak yatim atau penduduk miskin sebagai wasi bagi menerima pampasan skim berkenaan,” katanya pada penyampaian pampasan skim berkenaan di Pejabat Dun Pengkalan Pasir semalam.
Seramai 60 keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima pampasan terbabit.
Skim Takaful Kifaalah diperkenalkan kerajaan negeri pada Februari 2007. Warga emas yang berusia 60 tahun dan lebih layak menyertai skim berkenaan.
Setiap wasi menerima RM1,000 pada majlis itu. Manakala RM500 lagi disumbang pada hari kematian pencarum. – HARAKAHDAILY 9/3/2017

Thursday, 9 March 2017

Hasil Terengganu dijangka RM1b setahun di bawah PAS


PAS Terengganu akan berusaha meningkatkan pendapatan negeri itu sebanyak RM1 bilion setahun jika diberi mandat memerintah negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Hasil itu dijangka diperolehi dengan cara mengeksploitasi tujuh sektor industri yang tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Alias Razak berkata, ini termasuk sektor sumber asli, pertanian, perikanan, pelancongan dan lain-lain.
Katanya, hasil itu tidak termasuk dana khas dari hasil petroleum sebanyak RM430 juta setahun dan semua hasil itu akan dibelanjakan untuk rakyat negeri itu secara efisien dan berhemah.
Jika dikira dengan hasil dana khas itu, kerajaan negeri Terengganu akan memperolehi pendapatan lebih dari RM1 bilion setahun dan cara perbelanjaan berhemah kerajaan PAS negeri itu akan lebih baik dilaksanakan berbanding perbelanjaan hasil RM2 bilion di bawah kerajaan BN.
Ini kerana katanya, Kerajaan BN memang popular dengan amalan rasuah dan ketirisan serta urustadbir tidak cekap dalam pentadbiran kerajaan itu sejak dahulu sehingga sekarang.
Beliau berkata demikian dalam satu siri wawancara bersama Harap TV di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri di Kuala Terengganu, kelmarin.
Dr Alias mengupas mengenai lima tawaran awal manifesto parti itu, jika diberi mandat memerintah Terengganu selepas PRU14, dalam wawancara tersebut.
Katanya, PAS melihat negeri Terengganu kaya dengan sumber asli yang belum dieksploitasikan lagi oleh kerajaan BN sehingga kini.
Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, banyak sektor tidak dimanfaat kerajaan sekarang termasuk air mentah Tasik Kenyir, bijih besi, emas, bauksit, silika dan lain-lain.
“Banyak sektor kerajaan Terengganu hari ini tidak dimanfaatkan antaranya ialah air mentah di Tasek Kenyir, kita boleh berniaga dengan negeri berhampiran.
“Banyak lagi sektor lain tidak diberi tumpuan sepenuhnya termasuk sektor pelancongan, perikanan, pertanian, sumber asli seperti bijih besi, emas, bauksit, silika yang bermutu tinggi, tidak dieksploit sebaiknya sebelum ini,” katanya dipetik Buletin Online.
Beliau menjelaskan bahawa PAS akan menjadikan sektor-sektor berkenaan sebagai peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dengan melaksanakan projek memproses sumber asli dalam bentuk semi proses dan produk yang diproses sepenuhnya.
Ini, tambahnya termasuk pemberian satu lot tanah bergeran kekal untuk tapak rumah kepada rakyat negeri itu, mengurniakan rumah mampu milik kepada rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, khususnya kepada mereka yang sudah berkahwin, bayaran wad percuma untuk kelas ketiga di hospital kerajaan dan karnival perkahwinan kali pertama percuma kepada pengantin baru.  (Harakah)

Kembung RM22 Sekilo, Peniaga Laksa Akan Tutup Gerai..


Laksa

ALOR SETAR – Harga ikan kembung yang kekal RM22 sekilo sejak sebulan lalu membuatkan peniaga laksa dan laksam di sini mengeluh dan termenung.

Rata-rata peniaga berkata jika keadaan itu berlarutan, kemungkinan mereka akan tutup gerai kerana tidak sanggup menanggung kos tinggi membeli ikan untuk membuat kuah laksa.
Pemilik gerai Laksa Telok Kechai, Zailuddin Zakaria berkata peningkatan harga ikan itu adalah tertinggi sejak perniagaannya beroperasi lebih 50 tahun lalu.
“Saya memerlukan sekurang-kurangnya 120 kilogram ikan setiap hari untuk dijadikan kuah laksa dan jumlah itu bertambah kepada 180 kilogram terutama pada waktu cuti sekolah dan cuti perayaan.
“Jika dulu saya beli ikan kembung pada harga hanya antara RM3 hingga RM4 sekilo, tetapi pada masa ini kini saya terpaksa membeli dengan harga yang tinggi dan ini sangat membebankan saya,” katanya.
Zailuddin berkata perniagaannya buat masa ini masih dapat bertahan walaupun keuntungan yang diperolehi semakin sedikit.
“Kami masih boleh beroperasi kerana kami mungkin sudah dikenali dan ada pelanggan tetap yang sedia menempah laksa kami untuk dijual di pasar malam dan kenduri kahwin serta majlis jamuan oleh jabatan kerajaan dan swasta.
“Saya boleh katakan, peniaga laksa semakin menghadapi dilema. Kalau hendak dinaikkan harga, nanti pelanggan tidak datang, tetapi sebaliknya peniaga pula akan terasa beban bagi menampung kos yang meningkat,” katanya.
Peniaga laksam di Jalan Datuk Kumbar, Fadzil Harun berkata kenaikan harga ikan turut menjejaskan perniagaan beliau.
“Perniagaan laksam memerlukan jumlah ikan yang banyak untuk dijadikan kuah yang pekat. Kalau harga semakin meningkat, ia sangat membebankan kami terutama peniaga kecil,” katanya.
Harga kembung di Kedah meningkat mendadak daripada RM12 hingga RM22 sekilogram sejak hampir sebulan lalu berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Kekurangan bekalan kembung menyebabkan harganya naik mendadak hingga membebankan orang ramai.
Namun Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata kenaikan harga ikan dijangka hanya buat sementara waktu dan dijangka pulih dalam tempoh beberapa minggu lagi.
“Sebelum ini laut bergelora dan keadaan itu akan pulih sehingga tamatnya musim tengkujuh ini,” katanya. – BERNAMA

Wednesday, 8 March 2017

Orang Kampung Jadi Jutawan Jual Benang Online


JOM KREATIF

BIJAK mengambil peluang dengan penggunaan teknologi terkini nyata memberi peluang kepada segelintir masyarakat desa untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Di perkampungan Donggaizhuang, wilayah Xingtai, China, penduduk tempatan memutuskan untuk menjual benang dalam talian selepas meninggalkan pekerjaan tradisi sebagai petani.
Lebih mengejutkan, mereka berjaya meraih keuntungan besar sehingga menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan dalam talian menerusi penjualan benang.
Memetik Beijing Youth Daily, puluhan daripada 2,000 penduduk kampung itu menjadi jutawan dan memiliki 400 kedai dalam talian yang menjalankan perniagaan benang menggunakan platform Taobai, iaitu anak syarikat Alibaba.
Difahamkan, ketua kampung mereka berkata trend perniagaan berkenaan bermula apabila serang generasi muda memulakan perniagaan benang dalam talian dan mendapat hasil 20,000 yuan (RM12,893) hanya dalam masa tiga bulan.
Ketua kampung berkenaan meminta lelaki terbabit mengajar penduduk lain memulakan perniagaan mereka sendiri.
Sejak itu, semakin ramai penduduk kampung mengikut jejak langkah anak muda itu yang menjual atau mencagarkan tanah bagi mendapatkan modal memulakan perniagaan untuk menjual pelbagai variasi benang dalam talin.
Bagaimanapun, hasil perniagaan memberangsangkan itu menyebabkan anak-anak mereka tidak lagi bersekolah bagi membantu perniagaan keluarga. (IH)


Lihat..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.