Thursday, 18 May 2017

Gelagat Tunku Azizah Beli Durian Di P.Pinang.



CEMAS ada… takut pun ada… Itulah rekasi yang dapat dilihat pada wajah penjual durian selepas menerima kunjungan kali kedua Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah di gerainya. 
Dalam rakaman video yang menjadi tular sebelum ini, pemuda itu yang dikenali sebagai Rafi tidak mengetahui pelanggannya ialah seorang kerabat dari Istana Pahang.  (mStar)

Bertelingkah Pemandu GrabCar RM4 Punya Hal..

/

PETALING JAYA: Satu pertelingkahan berlaku antara penumpang dan pemandu GrabCar gara-gara tambang RM4.
Dalam satu posting yang tular di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang pemandu aplikasi e-hailing itu yang didakwa melepaskan kemarahannya kepada penumpang disebabkan tambang RM4 yang ditetapkan syarikat.
Selain menceritakan tentang apa yang berlaku, wanita berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar dan sebuah video yang menunjukkan pemandu berkenaan cuba menendang dirinya.
Difahamkan, kejadian berlaku pada Selasa, di Dato' Keramat, Pulau Pinang.
Dalam posting yang dimuat naik, dia menceritakan bagaimana pemandu berkenaan mula 'mengamuk' kerana salah faham tentang lokasi menunggu.
"Pertama sekali, order GrabCar, tunggu lebih kurang empat minit . Masuk masuk ja dalam kereta, pemandu dah mengamuk tanya kenapa aku tak tunggu dekat 'traffic light'.
"Aku cakap, semua penduduk flat ni bila naik GrabCar akan tunggu depan pagar, bukan dekat luar lampu isyarat," tulisnya.
Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan kemudian mendakwa pemandu tersebut memandu dengan cara berbahaya.
"Tengah memandu pun dia boleh hon kereta tu kereta ni. Bawa memang macam orang dah tak betul," tulisnya lagi.
Kemuncak pertelingkahan berlaku apabila pemandu berkenaan tidak menghantar penumpangnya di lokasi yang ditetapkan.
"Dekat nak sampai, pelik kenapa dia turunkan aku dekat tepi. Aku tanya, saya bagi 'location' tu, you kena ikut 'location' tu. Dia boleh jawab 'bayar fare RM4 lagi mau hantar sampai sana'.
"Eh RM4 pun duit tau. I bayar bukan tak bayar. Lagipun memang sebelum booking harga aplikasi dah keluar memang RM4. So apa masalahnya," tulisnya.
Menurut wanita berkenaan, pemandu tersebut marah apabila dia mengugut untuk membuat laporan dan tidak membenarkan dia keluar dari kenderaan.
Bagaimapun, dia 'dilepaskan' setelah cuba merakamkan insiden yang sedang berlaku.
"Sampai la aku dah rakam baru dia buka dan keluar turun dari kereta terus tendang kena paha sebab dia geram aku rakam video. Tepi jalan dia boleh buat macam tu," katanya.
Selain gambar pemandu dan keretanya, dia turut memuat naik gambar laporan polis dan paparan skrin aduan kepada perkhidmatan pelanggan GrabCar.
Difahamkan, pihak GrabCar telah melihat video kejadian serta meminta maaf atas insiden itu dan akan memastikan pemandu berkenaan menerima hukuman. 
Lapor mStar.

Pasar Karat Jadi Pasar Antik Di K.Lumpur



DALAM usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengubah wajah pasar karat di Lorong Petaling dan menamakannya sebagai Pasar Antik.
Pengarah Eksekutif DBKL Datuk Ibrahim Yusoff berkata, sebuah persatuan yang diiktiraf oleh DBKL telah dilantik untuk memastikan para peniaga menjual barangan antik tulen dan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan.
"Selama ini nama pasar karat itu sendiri telah menggambarkan maksud negatif.
"Jadi kami menukar namanya kepada Pasar Antik dan telah mengeluarkan 80 lesen perniagaan sementara kepada peniaga-peniaga di sana tahun lepas," katanya.
-foto THE STAR
Beliau menambah, peniaga-peniaga ini memenuhi 261 tapak dan lesen mereka sah untuk tempoh setengah tahun.
Ibrahim berkata DBKL masih dalam proses menyusun semula dan memperkemaskan semula saiz tapak.
"Lesen sementara akan dikaji semula setiap enam bulan dan kami akan bertemu mereka menjelang tamat tempoh untuk meneliti rekod mereka dalam mematuhi peraturan," jelas beliau.
Beliau berkata DBKL telah memberikan satu garis panduan kepada peniaga.
"Peniaga tidak dibenarkan mengambil pekerja asing atau menjual barang yang dicuri.
"Mereka perlu menjaga kebersihan tapak dan memastikan mereka tidak menghalang pintu belakang kedai-kedai di lorong tersebut," kata Ibrahim.
Ditanya sama ada jumlah peniaga yang diberikan lesen sementara akan ditingkatkan, beliau berkata jumlah itu akan dikekalkan.
"Kami mahu persatuan itu bertanggungjawab dan jika mereka dapat menguruskan peniaga dengan baik, kita boleh pertimbangkan untuk tambah bilangan lesen," katanya.
Ibrahim berkata DBKL akan memantau sambutan orang ramai terhadap pasar tersebut sebelum memikirkan sebarang langkah untuk melanjutkan tempoh lesen selama setahun.
Mengenai isu barang curi, beliau berkata DBKL sedar mengenainya dan berharap ia dapat diatasi apabila persatuan yang menguruskan para peniaga dilantik.
"Kami telah menerima aduan mengenai barang-barang yang dicuri, seperti kasut, yang dijual di pasar ini," katanya, sambil menambah DBKL akan bekerjasama dengan polis dan persatuan itu untuk memastikan tiada barang curi dijual di situ.
"Jika kita mendapat aduan daripada orang ramai atau laporan barang curi, tindakan akan diambil," beliau memberi jaminan.
Ibrahim berkata mengikut perancangan, pasar itu akan digabungkan ke jalan utama Petaling Street sebagai tarikan pelancong yang lebih besar.
"Kami akan berusaha menukar imej pasar karat kepada pasar lebih positif," katanya.

Selain itu perubahan fizikal di kawasan ini juga akan dilakukan.
"Kami akan menaik taraf infrastruktur seperti lampu, manakala mural telah dicat untuk mencantikkan lokasi.
"Kami mungkin akan minta peniaga menggunakan meja untuk mempamerkan barangan mereka, bukan hanya meletakannya di atas di atas tanah," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pasar Antik Lumpur Lorong Petaling Kuala Lumpur (KLLPPAA) Azahalim Suradi berkata persatuan itu telah bekerjasama dengan DBKL dan polis untuk memantau pasar berkenaan.
"Apabila memproses permohonan lesen, kami akan menyemak apa yang mereka jual dan jika kita mendapati ada barang yang mencurigakan, kita tidak akan mengemukakan permohonan kepada DBKL," katanya.
Beliau juga berkata persatuan itu telah menyelia pasar tersebut sejak menerima surat tawaran dari DBKL, September tahun lepas.

Apabila ditanya mengenai telefon bimbit terpakai yang dijual, Azahalim berkata KLLPPAA akan meminta resit daripada peniaga kerana kebanyakan mereka mendapatkannya dari Plaza Low Yat.
Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyiasat sebarang aduan jualan barang curi.  (mStar)

Campur ekstasi dalam serbuk minuman.

 Megat MOHAMAD AMINUDDIN (dua dari kanan) menunjukkan peket minuman berperisa buah-buahan yang mengandungi serbuk ekstasi pada sidang akhbar di IPD Serdang semalam.


SERDANG – Taktik satu sindiket mencampurkan serbuk ekstasi dengan serbuk berperisa buah-buahan dalam peket minuman bagi mengaburi mata pihak polis berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya lima suspek di Puchong di sini pada Isnin lalu.
Kesemua lima suspek termasuk seorang wanita berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan di beberapa lokasi sekitar Puchong.
Difahamkan, dadah yang siap dicampur dalam serbuk minuman berperisa itu diperoleh daripada satu sindiket di Pudu, Kuala Lumpur dan penjualan dadah itu disasarkan kepada golongan belia di sekitar daerah Serdang.
Serbuan bermula pukul 11 malam hingga 3 pagi itu dilakukan hasil risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang selepas tertangkapnya se­orang suspek yang juga pelanggan kepada sindiket berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, sindiket itu menggunakan peket label minuman berperisa buah-buahan yang sebenarnya mengandungi dadah jenis ekstasi.
Katanya, serbuk mengandungi dadah itu dijual dengan harga RM350 hingga RM400 satu peket dan suspek dikatakan mendapat untung sebanyak RM50 dengan setiap penjualan.
Difahamkan, setiap satu peket itu mengandungi 10 gram serbuk ekstasi.
Jelas beliau, sindiket itu didapati aktif sejak dua bulan lalu dan mereka meniru bungkusan minuman berperisa buah-buahan itu bagi mengaburi mata pihak polis. (IH)

Herba Sungai Sebulung Bermanfaat Untuk Penduduk &Pelancong.



SIAPA sangka Sungai Sebulung di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor yang diperindahkan kini dikenali sebagai Persisiran Herba Sungai Sebulung semakin menjadi tumpuan ramai.
Lebih 100 pokok daripada 30 jenis herba ditanam di sepanjang 800 meter sungai itu yang memberi manfaat bukan saja kepada penduduk setempat tapi juga pengunjung.
Bukan itu saja, teknik penggunaan baja organik pada setiap pokok herba yang ditanam sejak 2005 itu juga berjaya mengubah mentaliti penduduk setempat dalam memulihara dan memelihara alam sekitar.
Pengerusi Taman Herba Sungai Sebulung Mohd Isa Ahmad berkata, pengunjung pasti tidak menyangka ia boleh wujud di tengah-tengah kawasan perumahan yang tidak terancang di bandar raya ini.
Katanya, bukan mudah mengubah pemikiran penduduk yang sudah bertahun-tahun menjadikan sungai tempat pembuangan sampah.
“Kami mengambil masa setahun ‘memujuk,’ memberikan maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar sebelum penduduk mula menerima proses membaik pulih sungai ini menjadi Persisiran Herba Sungai Sebulung.
“Dulu rumah penduduk ini dibina terlalu rapat dengan tebing sungai dan kami meminta jasa baik mereka untuk merobohkan sebahagiannya untuk memberi laluan kepada projek ini yang memerlukan jarak tiga meter bagi penanaman pokok herba.
“Persisiran herba ini melalui tiga fasa perubahan secara berperingkat, fasa pertama membabitkan 500 meter (m) dari Jalan Satu ke Jalan Berkat/Muafakat. Fasa kedua membabitkan 300m dari Jalan Satu ke Jalan Suka/Setia. Sementara fasa ketiga sepanjang 170m ke Jalan Rahmat/Berkat.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, malah kami juga mendapat kerjasama penduduk setempat dalam pembuatan baja organik daripada sisa makanan menerusi penggunaan kaedah bioteknologi organisma mikro bermanfaat (EM),” katanya.
Menurut Mohd Isa, terdapat lebih 30 pokok herba ditanam antaranya pokok mahkota dewa, pecah kaca, mas cotek, tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, senduduk, garuda dan rama-rama.
Katanya, penanaman herba ini diilhamkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kerana yakin manfaatnya dapat dikongsi ramai sama ada penduduk mahupun pengunjung.
“Pokok herba ini banyak khasiatnya, ia nya juga menjadi amalan nenek moyang kita dulu yang lebih banyak menggunakan bahan alam semula jadi.
“Pengunjung perlu tahu khasiat setiap herba dan cara penggunaannya bagi mengelak kesan sampingan lain,” katanya.
Menyentuh penggunaan baja bioteknologi EM, Mohd Isa berkata, pihaknya menggunakan sepenuhnya khidmat penduduk kampung dalam pembuatan baja daripada sisa bahan makanan terbuang harian mereka.
Katanya, setiap rumah yang berpotensi dibekalkan tong khas dan EM bagi memproses serta membekalkan baja organik itu kepada setiap pokok herba yang ditanam.
Sementara itu, Ahli Majlis MBJB Zon Kampung Melayu Majidee Saadiah Hussin berkata, langkah melabel nama dan khasiat setiap pokok herba perlu dilakukan bagi membolehkan pengunjung tahu setiap jenis pokok herba yang ditanam sepanjang 800m di Sungai Sebulung itu.
Katanya, sebelum ini mereka pernah membuat label nama setiap pokok herba menggunakan kertas tebal, tetapi ia hanya tahan tidak sampai sebulan kerana terdedah cahaya matahari dan hujan.
“Kami juga pernah mengikat label nama herba pada setiap pokok tetapi tidak bertahan lama kerana pokok cepat membesar dan ada budak-budak nakal mencabutnya.
“Jadi kami berhasrat melabelkannya dengan label yang lebih kukuh dan tahan lama seperti zink atau besi,” katanya. (HM)

Tuesday, 16 May 2017

China jadi pengimport produk minyak sawit terbesar FGV


KUALA LUMPUR, 18 Syaaban 1438H, Isnin – China dijangka mengatasi Pakistan untuk menjadi pengimport produk minyak sawit terbesar Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang, susulan perjanjian yang dimeterai antara syarikat dan Sinograin Oils Corporation dari China pada Ahad.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, pada masa ini, China merupakan pasaran ketiga terbesar FGV bagi produk minyak sawit selepas India.
Tahun lepas, FGV mengeksport 308,040 tan produk minyak sawit ke China manakala India adalah destinasi kedua syarikat bagi produk minyak sawit.
“Kami menjangka jumlah akan meningkat sehingga kepada 600,000 tan setahun susulan pemeteraian perjanjian itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan anak syarikat 51 peratus milik FGV, MSM Malaysia Holdings Bhd.
FGV menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sinograin pada 14 Mei, 2017 untuk meneroka peluang membekal dan mengedarkan produk minyak sawit untuk menembusi pasaran pertengahan dan hiliran di China.
Zakaria berkata perjanjian dengan Sinograin dijangka mula menyumbang kepada perolehan syarikat dalam masa beberapa bulan akan datang.
Beliau berkata pada masa ini, FGV mengeluarkan 2.1 juta tan olein setahun dan 3.2 juta tan minyak sawit mentah, setahun.
Sinograin adalah anak syarikat China Grain Reserves Corporation, organisasi milik kerajaan khusus dalam operasi dan pengurusan rizab minyak dan bijirin negara China, dengan fungsi bersepadu untuk membeli, menyimpan, mengangkut, memproses dan mendagangkan.
Ia mengeluarkan minyak makan daripada kacang soya, minyak sawit dan lain-lain, selain mengedar dan menjual minyak makan jenama sendiri terus kepada pasaran domestik.
Ia turut mengimport 700,000 tan produk minyak sawit, setahun.
— BERNAMA

Pengeluar Tuntut Harga Gula Naik 40 Sen

Hasil carian imej untuk MSM Malaysia Holdings

BAGI mengaut keuntungan berlipat ganda, pengeluar gula MSM Malaysia Holdings bercadang untuk menaikkan harga gula sebanyak 40 sen sekilogram.

Lapor Projek MMO, permintaan untuk menaikkan harga barang kawalan itu adalah bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini, namun ia masih belum mendapat kata putus daripada kerajaan.
Presiden kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) dan ketua pegawai eksekutif Datuk Zakaria Arsha berkata, harga gula mentah yang tidak stabil dan ditambah dengan kejatuhan ringgit menyebabkan syarikat berdepan cabaran.
“Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen per kilogram,” katanya.
1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis dinaikkan 11 sen sekilogram, daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.
Kali terakhir harga gula diselaras adalah pada Oktober 2013. 
Lapor MYNEWSHUB.CC