Kuala Berang: Bermula hanya dengan suka-suka memelihara 10 itik tiga tahun lalu, seorang wanita kini mampu meraih pendapatan sehingga RM3,000 sebulan hasil jualan telur ternakannya.
Zaitun Hasan, 37, dari Kampung Tengkawang di sini, berkata, dia kini mebela 100 itik maskobi atau lebih dikenali sebagai itik nila atau serati selain itik kampung yang mampu bertelur hingga 70 biji sehari bergantung kepada makanan diberikan.
Menurutnya, dia memanfaatkan kawasan belakang rumah untuk menternak itik selain mendapat bantuan Jabatan Veterinar Daerah yang datang ke reban bagi menyembur ubat menghilangkan bau selain kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
“Menternak itik tidak terlalu cerewet dan hasilnya menguntungkan kerana ia bertelur dua kali sehari jika diberi makanan secukupnya.
“Untuk menjamin pengeluaran telur berkualiti saya tidak memberi sisa makanan dari rumah sebaliknya mendapat bekalan dari kantin dengan nasi dan palet atau makanan khas yang dibeli di pasaran,” kata ibu empat anak berusia empat hingga 19 tahun itu.
Menurutnya, telur itik diproses sebagai telur masin dan dijual pada harga antara 80 sen hingga RM1 sebiji selain dijual mentah.
Katanya, permintaan terhadap telur masin amat tinggi dan perancangan tahun depan dia ingin menambah 100 hingga 200 itik bagi meningkatkan pengeluaran sekali gus memenuhi permintaan.
“Telur masin dipasarkan di sekitar daerah ini tetapi ia belum mencukupi berikutan permintaan tinggi terutama ketika Ramadan.
Bagaimanapun, itik kurang bertelur pada musim tengkujuh, malah permintaannya juga rendah. Sebaliknya, apabila tiba musim panas, itik lebih aktif bertelur.
“Pendapatan saya tidak menentu tetapi ia tidak mengecewakan kerana paling sedikit saya mampu dapat RM1,500 dan paling tinggi mencecah RM3,000 sebulan dengan hanya menternak itik,” katanya. (HM)
KUALA LUMPUR – Bagi Mohd Ashraf Shuib, 36, bidang pertanian sudah sebati dalam diriya kerana sejak kecil lagi membanting tulang membantu keluarga mengusahakan sawah dan ladang getah.
Bahkan selepas tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia pada 2005, beliau kembali ke kampungnya di Abi Kampung Tengah, Kangar, Perlis untuk mengusahakan pertanian ‘rock melon’ dan timun menggunakan teknik fertigasi.
Bermula 2015 beliau mengusahakan tanaman pisang dengan menyewa tanah seluas kira-kira sehektar di Padang Lati, Perlis di samping menanam jambu batu secara kecil-kecilan untuk menambah mata pencarian.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Manusia) ini juga mengusahakan kedai menjual peralatan perkebunan yang diberi nama Abi Agro. Kedai ini turut menjual secara maya dalam laman sesawang www.abiagro.com.my.
Untuk berkongsi ilmu serta pengalamannya dalam bidang pertanian, Ashraf bersama sahabatnya yang juga penggiat perkebunan, Izham Alias menghasilkan buku bertajuk “Jimat Dari Dapur” pada 2015 dan ia masih dipasarkan.
GALAKKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Bukan setakat itu sahaja yang diusahakan oleh usahawan tani ini. Beliau juga begitu gigih mahu menggalakkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian dalam kalangan petani tempatan.
Satu perkara yang menjadi perhatian berat Ashraf ialah penggunaan racun perosak yang umum mengetahui pendedahan terlalu kerap kepada bahan kimia ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia.
“Sebagai petani saya memahami keperluan penggunaan racun serangga selain penjagaan air dan baja. Semburan racun organik atau kimia sekurang-kurangnya sekali seminggu boleh mengurangkan risiko serangan serangga.
“Bagaimanapun, kekurangan tenaga kerja boleh mengakibatkan aktiviti meracun tidak dapat dijalankan dengan sempurna atau mengikut jadual tertentu. Di sinilah pentingnya penggunaan robot untuk membantu aktiviti pengurusan kebun,” kata Ashraf dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini.
Beliau dengan bantuan dua rakan, Ahmad Aizhad Abd Razak, 29, dan Mohd Firdaus Ibrahim, 27, kemudiannya berjaya membangunkan robot yang diberi nama ‘Farm Assist Robot For Multi Operation’ (FARMO) yang boleh membantu melaksanakan pelbagai kerja di kebun dan ladang termasuk aktiviti meracun.
Mereka juga bertuah kerana mendapat sokongan kewangan serta kepakaran reka bentuk daripada usahawan tempatan, Jefri Efendi Mohd Salih yang sudah lama berharap petani konvensional tempatan akan berani mencuba teknologi robotik dalam bidang pertanian.
Robot Farmo versi pertama (Farmo v1) dilancarkan pada Oktober 2010 diikuti versi kedua (Farmo v2) tujuh tahun selepas itu pada Ogos 2017 dan terkini, robot versi ketiga (Farmo v3) baru sahaja dilancarkan pada 5 Dis lepas.
Secara keseluruhan, Jefri melabur lebih RM50,000 untuk kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi ketiga-tiga model Farmo itu.
FUNGSI AUTOMATIK
Fungsi utama Farmo adalah untuk menjalankan kerja-kerja penyemburan racun. Dengan cara ini petani tidak akan terdedah kepada bahan berbahaya ketika melakukan aktiviti berkenaan.
Bagaimanapun, fungsi robot ini juga boleh dinaik taraf dengan pemasangan aksesori tambahan yang membolehkan ia menjalankan kerja memotong rumput, mengangkut hasil kebun dan memantau keadaan kebun menggunakan siaran video.
Farmo bergerak menggunakan sistem kawalan jauh yang membolehkan ia dikawal dalam jarak sejauh 100 meter. Ia juga boleh berputar 360 darjah untuk memberi kemampuan bergerak secara optimum di lapangan.
Penggunaan tayar getah pada Farmo v2 digantikan dengan penggunaan jejak roda bagi Farmo v3 yang membolehkan ia bergerak di atas permukaan konvensional seperti kebun sayur, getah dan kelapa sawit.
Menggunakan teknologi bateri cas semula sebagai sumber kuasa, Farmo boleh digunakan selama dua jam dengan sekali pengecasan.
Dengan kapasiti tangki racun 30 liter, semburan racun boleh dibuat kepada dua barisan tanaman secara serentak. Ini menjimatkan 50 peratus waktu semburan sambil menjimatkan 30 peratus penggunaan bahan semburan kerana proses penyemburan dapat dilakukan dengan lebih sempurna.
FAKTOR KOS PETANI
“Cabaran terbesar saya membangunkan Farmo adalah untuk mendapatkan reka bentuk dan penggunaan teknologi yang murah untuk membolehkan petani mampu memiliki robot ini. Penggunaan teknologi yang murah adalah elemen penting dalam Farmo,” kata Ashraf.
Tambah beliau, Farmo direka menggunakan komponen yang biasa didapati di pasaran supaya pembeli boleh mendapatkan alat ganti dengan mudah bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan.
Anggota pasukan Farmo, Mohd Firdaus berkata beliau teruja membangunkan teknologi Farmo bersama Ashraf dan seorang lagi ahli pasukan, Ahmad Aizhad kerana mahu membantu memperkasa sektor pertanian dengan penggunaan teknologi baru.
Beliau, yang berasal dari Johor, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekatronik di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) juga berharap penggunaan Farmo dapat diperluaskan di seluruh negara dan seterusnya di peringkat Asia Tenggara.
Ahmad Aizhad, graduan Ijazah Sarjana Muda UNIMAP pula berkata pengalaman membangunkan Farmo benar-benar menguji kemampuan beliau untuk membina robot yang menggunakan 90 peratus komponen buatan dalam negara.
Untuk rekod, Robot Farmo v1 sudah tidak lagi dijual dan yang ada, Farmo v2 dijual dengan harga RM3,999 manakala Farmo v3 boleh didapati dengan harga RM6,999.
Maklumat lanjut mengenai Farmo boleh dilayari melalui laman sesawang www.farmo-robot.com. Mereka yang berminat untuk membeli robot ini boleh juga membuat pesanan dalam laman sesawang berkenaan.
CUBA NASIB
“Melalui tinjauan yang kami lakukan di beberapa komuniti pertanian dalam laman sosial Facebook, konsep Farmo mendapat respon baik para pemilik kebun. Malah ada yang berminat menggunakan Farmo di kebun mereka.
“Kami turut mendapatkan nasihat badan-badan kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC),” jelas Ashraf.
Untuk mendapatkan geran bagi mengembangkan lagi pembangunan Farmo, Ashraf dan pasukannya membawa robot berkenaan menyertai beberapa pertandingan dan pameran teknologi.
Ogos lepas mereka layak ke peringkat akhir Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) Siri Kedua tahun 2017. Walaupun tewas, Ashraf tidak berputus asa dan menyertai siri ketiga skim itu yang berlangsung pada 13–18 Nov lepas dan cuma layak ke peringkat separuh akhir.
Farmo juga menyertai beberapa pameran teknologi di ibu negara. Pada 16 Sept lepas ia dipamerkan pada program Jom Launch 5.0 yang berlangsung di TM Convention Centre, Kuala Lumpur.
Robot ini turut mengambil bahagian sebagai bahan pameran di ‘National Innovation and Creative Economy Expo’ (NICE) 2017 yang berlangsung Oktober lepas di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selain itu, ia menarik minat beberapa portal tempatan berasaskan sains dan teknologi seperti Amanz.my dan Otakit.my untuk membuat liputan mengenainya.
“Bagi kami, bantuan geran amat perlu untuk kami mencipta robot pertanian yang lebih baik. Semoga dengan adanya bantuan teknologi seperti Farmo dapat menarik lebih ramai golongan belia untuk menceburi bidang pertanian dan menjadikan ia satu profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat,” ulas Ashraf pada akhir temubual dalam talian bersama Bernama. – BERNAMA
Bismillahhh... Assalammualaikum semua... Lamanya saya tak menulis, akhir² ni sejak cuti sekolah masa lebih terluang dengan anak²...Ammar kebelakangan ni semakin menjadi² tantrumnya... Baru² ni balik kampung rasa macam pergi ke medan perang pun ada,tak dapat nak duduk satu tempat berborak... asyik mengejar Ammar je huhuhu... Inilah indahnya ada anak istimewa... So harini saya nak tulis sikit je cerita pasal SABUN BERAS KUNYIT HOMEMADE yang saya buat untuk customer baru²ni... Sebenarnya entri ni saya taip guna handphone, terasa kekoknya lahai sebab firstime nak mencuba... Masih tak berapa nak faham lagi macamana nak attach picture dan nak adjust font bagai... Tapi atleast kita cuba kan... Daripada tak cuba, langsung tak tahu feeling orang tulis blog guna handphone kan huhuhu....
Alhamdulilah masa lepas balik dari kampung haritu ramai yang menanti stok produk homemade. Tapi yang harini saya nak story pasal sabun beras kunyit tu je... Sebab nak cerita ringkas² je kan... Sabun beras kunyit ni kalau korang nak tahu adalah sabun yang paling baru saya keluarkan... Sabun ni sama je dengan sabun organik homemade yang lain cuma bahan yang ada dalam sabun ni lebih best... Macam biasa saya hanya akan guna bahan asli... Saya tak guna sebarang estrak @ pewangi Apa yang terdapat dalam sabun beras kunyit saya ini adalah beras yang dah dijadikan tepung,kunyit india(khas untuk muka),madu, dan minyak zaitun. Kunyit india ni bukan macam kunyit goreng ikan ye korang... Kunyit india ni semua orang pun dah tau memang power sangat untuk kecantikan kulit. Yang paling win kalau bab nak kecutkan jerawat & pudarkan parut jerawat memang superb awesome dengan kunyit india ni...kalau korang tak percaya boleh try...
Kombinasi beras, kunyit india, madu dan minyak zaitun memang sangat² memberi kesan yang best sangat. Semua yang dah try sabun ni semua cakap best. Dan yang bestnya, sabun ni boleh buat masker taw... Tak ramai yang tahu sebab tiada pendedahan yang cukup mengenai cara guna sebagai masker tapi kat sini saya ceritalah sikit bagaimana sabun ni boleh bertukar jadi masker... Jeng³.... Cara tukar SABUN BERAS KUNYIT HOMEMADE jadi masker...zam zam alakazammmm..... Hehehe 1) basahkan muka 2) pegang sabun 3) tonyoh pada muka 4) tonyoh sampai keluar buih putih halus² yang pekat 5) biarkan buih tu mengering 6) dah puashati boleh bilas... Kalau taknak tunggu keringpun takpe...
Apa yang korang akan dapat daripada penggunaan SABUN BERAS KUNYIT HOMEMADE ni adalah, kulit korang terasa tegang tapi lembab... Jangan risau, korang tidak akan rasa pedih @ kulit terik walaupin korang guna sabun ni kerap... Then kalau yang ada jerawat tu cepat kecut jerawatnya... Kalau yang ada jerawat pasir pula akan cepat recover....
Selain tu sabun ni akan bantu mencerahkan kulit wajah yang kusam dan pudarkan bekas²jerawat korang. Apa yang penting sabun ni 100% organik... Korang boleh guna dengan senang & tenang gitewww...lagi satu, sabun ni mengandungi minyak zaitun & madu tau... Kalau korang dapat nanti dia macam basah² tu korang jangan kaget sangat pulak... Kang ada pula yang claim dapat sabun basi pula... Naya saya nak menjawab kok kena viral nanti kihkihkih.... So far, sabun saya belum ada yang basi lagi... Sebabnya belum ada lagi dalam kamus bidang kecantikan istilah sabun basi kihkihkih....
Saat yang paling menggerunkan saya setiap kali pos barang kepada customer...sedih ooo...kadang² customer dapat barang "terrosak" dek posmen...tapi takpe...saya dah settle dengan customer...hope lepas ni abam2 posmen tolong sopan santun sikit hantar barang saya hokeyyy..
Faham tak penjelasan saya? Kalau tak faham tapi berminat nak fahamkan korang roger² saya ek.. Rasanya cukup sampai disini cerita SABUN BERAS KUNYIT HOMEMADE saya... Ammar dah mula berebut handphone dah dengan saya nih huhuhuhu...Kita jumpa lagi next entri...
Tanaman ubi keledek ungu mula diusahakan dalam skala besar pada tahun lalu
Ubi keledek ungu agak sukar dijumpai di pasaran kerana varieti sangat terhad walaupun mempunyai permintaan tinggi.
Kerajaan memberi mandat kepada Mardi menjalankan penyelidikan dan pembangunan tanaman ubi keledek bagi meningkatkan hasil tanaman, seterusnya menyumbang peningkatan pendapatan petani dan negara.
Rancangan itu membuahkan hasil apabila Mardi memperkenalkan varieti ubi keledek ungu baharu yang dikenali sebagai ubi keledek ungu Anggun terdiri daripada Anggun 1, 2 dan 3, September lalu.
Varieti keledek ungu Anggun 1, 2 dan 3 hasil penyelidikan Mardi
Anggun merupakan singkatan bagi antosianin (An), ungu (ggu) dan nutrisi (n).
Saintis Mardi, Nurul Afza Karim berkata, projek pembangunan varieti ubi keledek bermula seawal 2008 dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang tertumpu kepada penghasilan ubi keledek bernutrisi tinggi dan selamat dimakan.
"Penyelidikan ubi keledek ungu Anggun pula bermula pada RMK10 iaitu 2011 hingga 2015. Bermula dengan pemilihan beberapa koleksi sumber bahan genetik ubi keledek ungu di seluruh Malaysia, ia kemudian dibiakkan, disaring dan melalui beberapa peringkat penilaian.
"Tiga klon ubi keledek ungu dipilih berdasarkan potensi hasil dan kandungan antioksida antosianin yang tinggi. Semua klon itu diuji dengan ditanam di lokasi berbeza dan dilihat dari segi kestabilan varieti di bawah pengaruh persekitaran. Akhirnya terhasil varieti ubi keledek ungu Anggun 1, 2 dan 3 yang dibezakan bentuk ubi dan daunnya," katanya.
Menurutnya, keledek ungu Anggun ditanam dalam skala besar pada tahun lalu di beberapa kawasan antaranya Kelantan, Perak, Selangor, Pahang, Johor dan Terengganu.
Berbeza dengan ubi keledek ungu lain, varieti ubi keledek ungu Anggun hasil penyelidikan Mardi itu mempunyai bahan antioksida antosianin yang tinggi.
Antosianin merupakan pigmen ungu pada kulit, isi dan keseluruhan ubi, yang memberi kesan positif pada kesihatan dan kurangkan risiko penyakit berbahaya. Tanaman mudah dijaga. Keledek ungu Anggun juga mudah hidup walaupun dalam keadaan tanah yang rendah kesuburannya dan tidak mudah diserang penyakit perosak jika tanaman diselenggarakan dengan baik dan menggunakan teknik penanaman yang betul.
Saintis Mardi, Rosnani Abd Ghani berkata, tempoh penanaman dalam masa singkat iaitu boleh dituai antara tiga bulan setengah hingga empat bulan dan mendatangkan hasil tinggi antara 20 hingga 30 tan sehektar pada satu musim.
Dari kiri, Dr Faridah, Nurul Afza dan Rosnani bersama hasil penyelidikan serta pembangunan produk ubi keledek ungu Anggun.
"Penjagaannya mudah dan hanya perlu penjagaan rapi pada tempoh sebulan pertama dari segi kuantiti air diperlukan. Selepas sebulan, tanaman tidak perlu disiram setiap hari, memadai siraman setiap tiga atau empat hari sekali sahaja.
"Ubi ditanam guna keratan diambil daripada benih berusia dua hingga tiga bulan untuk pertumbuhan cepat. Pemilihan benih sihat penting untuk elak penyakit perosak. Jika lambat dituai, ia mudah terkena serangan," katanya.
Bagi merancakkan produktiviti, Rosnani berkata, Mardi keluarkan buku manual pengeluaran ubi keledek ungu Anggun yang boleh dijadikan panduan untuk pengusaha. Potensi komersial
Sementara itu, saintis Mardi, Dr Faridah Hussin berkata, kebanyakan hasil ubi keledek ungu dijual untuk pasaran segar yang terdapat di pasar mahupun pasar raya besar.
Dr Faridah berkata, industri makanan berasaskan ubi keledek terlalu kecil kerana banyak diguna dalam pembuatan makanan tradisional seperti kuih-muih dan kerepek.
Namun, katanya, potensi komersial ubi keledek ungu tinggi jika dipelbagaikan dari segi prospek penggunaannya kerana ia kaya dengan kandungan karbohidrat, setanding dengan gandum dan ubi kentang, selain mempunyai permintaan tinggi di pasaran.
"Sejak RMK10, Mardi bangun produk minuman kaya antosianin, sapuan keledek ungu dan minuman pra campuran kaya antosianin.
Antara produk dihasilkan daripada ubi keledek ungu Anggun.
"Selain itu, pada RMK11, kami pelbagaikan pembangunan produk menggunakan keledek ungu Anggun seperti aiskrim, bar, cakar ayam, gula-gula, sos, donut, french fries dan banyak lagi," katanya.
Sehingga kini, katanya, belum ada lagi produk tersebut dikomersialkan dan Mardi sedia bantu mana-mana usahawan berminat. (SH)
JIKA di Malaysia, nasi lemak antara menu wajib bagi rakyatnya untuk bersarapan sebelum memulakan hari mereka pada pagi hari.
Namun, kini, menu makanan popular tempatan tersebut sudah menjadi sebutan ramai pihak di Seoul, Korea Selatan.
Ia mendapat tempat di hati penduduk di sana apabila Duzy Noramzamnas Abdul Aziz, seorang rakyat Malaysia telah menjual makanan tersebut.
Duzy mengambil keputusan untuk jual nasi lemak kerana kesukaran mendapatkan makanan halal di sana. Mulanya, Duzy hanya buat penghantaran kepada rakyat Malaysia yang menetap di sana sejak September lalu.
“Di Korea tidak banyak makanan tepi jalan yang halal. Saya terinspirasi dengan kebiasaan rakyat Malaysia yang makan nasi lemak untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam dan juga lewat malam.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk membuat servis penghantaran. Saya akan mengambil pesanan melalui aplikasi WhatsApp dan KakaoTalk sehari sebelum penghantaran,” katanya dipetik NST Online.
Namun, makanan tersebut berjaya mendapat sambutan bukan sahaja daripada orang Korea, malah turut mendapat tempat di hati para pelancong asing.
Selepas dua bulan berkecimpung dengan bisnes tersebut, Duzy berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah kedai yang bernama Nasi Lemak Berlauk Panas.
Kedai tersebut telah dibuka di bumbung sebuah rumah tamu yang dimiliki oleh rakan kongsinya, Han Ji-Sung iaitu di Pop @ Itaewon Guesthouse yang terletak di Itaewon.
Menurut pemuda itu, dia menjual menu tersebut dengan harga bermula daripada 5,000 won (RM19).
Kini, kedainya semakin dikenali dan dikunjungi oleh pelancong dari Belanda, Jepun, Indonesia, China dan Perancis.
Tambahnya, rakyat di sana menyamakan nasi lemak dengan bibimbap (nasi yang dihidangkan bersama pes cili dan sayur). Jadi, mereka boleh menerima nasi lemak sebagai makanan harian di sana.
Anak kelahiran Penampang, Sabah ini turut menyatakan dia mendapat bekalan barangan untuk masakan nasi lemak itu di Pasar Noryangjin.
“Bahan-bahan ramuan seperti ikan bilis, cili kering dan makanan laut boleh didapati di Pasar Noryangjin.
“Bahan penting untuk membuat nasi lemak seperti belacan, asam jawa, santan dan daun pandan boleh dibeli di foreigners’ street, Itaewon,” tambahnya.
Dalam pada itu, Duzy mengakui dia harus berusaha agar mampu bergerak seiring dengan orang Korea dan Jepun di sana.
“Menetap dan menjalankan perniagaan di negara luar sangat mencabar. Orang Korea Selatan dan Jepun adalah orang yang paling kuat bekerja di dunia.
“Saya perlu bekerja keras untuk bersaing dengan mereka. Memang kadang-kadang agak tertekan, tapi ianya berbaloi,” katanya.
Selamat maju jaya kepada Duzy dalam mengembangkan perniagaannya. Semoga mampu memperkenalkan lagi jenama Malaysia di persada antarabangsa. –MYNEWSHUB.CC/SA Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-115: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.
Tergerak hati nak share benda ni, mugkin ada yg xsuka sbb dia suka minum tp bila wife sya sendiri hampir botak sbb ketagih benda ni, sya share jugalah. Benda ni jadi zaman wife study (bujang), hari2 minum sbb mudah dan tahan mengantuk utk belajar, sampailah rambut dia gugur dan botak, skrg bila jadi kt korg lain pula, sya rasa kena share!
Peringatan sahaja.. kebenarannya terpulang kepada anda sendiri menilainya. Saya minum juga nescafe, tapi bukan 3 in 1 dan jarang2 sekali.
Kawan2 yang suka minum Nescafe..nah ini dia Keburukan Nescafe 3 in 1. Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang. Kawan saya (dah arwah)… dari usia muda… pagi nescafe…2 X.. petang nescafe…2X… malam nescafe…2X… depan mata saya… bengun dari kerusi … kaki dia terus patah…tulang dia reput…
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan. Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan ‘Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah.
Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)’ Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
Elakkan mandi selepas makan
Amalkan :Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
So, hope for best for those who still love Nescafe.
Dah lama dah tinggalkan Nescafe, lagipun Nestle tu kan syarikat Yahudi, Yahudi Zionis dah lama rancang untuk memusnahkan umat Islam. Tepuk dada, tanya perut. Masih ada yg meragui. Blh google byk artikal pasal kenapa produk 3in1 bahaya: Bahaya Minuman 3-in-1 Yang Kita Wajib Tahu. Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:
Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.
Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.
Atau blh shj baca tulisan Dr Zubaidi Hj Ahmad ini Di fikiran pengguna, produk 3-in-1 ini adalah memudahkan. Lebih-lebih lagi ia dijadikan sebagai benda yang wajib ada di setiap pejabat. Dengan lambakan pelbagai jenis 3-in-1 membuatkan pengguna rambang mata nak memilih yang mana satu menepati citarasa. Namun, apakah benar informasi yang ternyata di bungkusan produk 3-in-1 ini benar-benar mengikut sukatan yang betul atau berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa? Baca perkongsian dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, yang membongkar sedikit informasi mengenai produk 3-in-1 yang kita sebagai pengguna tidak ketahui selama ini. Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit. “Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh. “Namun, ramai yang tidak menyedarinya kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.
Menurut Prof Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius. – Dr Zubaidi Hj Ahmad
SAYA bertanyakan Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif, NC UniSZA mengenai sebaran media sosial yang memetik bahawa ikan singgang UBAT kanser. Kenyataan itu dibuat dalam satu mesyuarat jabatan.
Saya kira, penulis asal facebook salah faham ucapan yang dibuat oleh Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi. Ikan singgang adalah diet SESUAI untuk pesakit kanser dan survivor, bukannya UBAT KANSER. Kefahaman ini perlu diperbetulkan agar masyarakat tidak salah anggap bahawa ikan singgang atau makanan cita rasa tempatan itu sebagai "ubat" gantian dengan ubat kanser seperti kimoterapi, radioterapi dan sebagainya.
Menurut Prof Ahmad Zubaidi, satu kajian telah dijalankan oleh pensyarah UniSZA mengenai diet yang sesuai bagi pesakit kanser dan survivor. Prof Lua Pei Lin telah membuat kajian bahawa ikan singgang dan makanan tradisi lain boleh meningkatkan selera makan dan menaikkan zat pemakanan sesuai kepada pesakit kanser.
Satu applikasi telefon pintar bernama CanDi telah dibentuk bagi membantu para pesakit kanser yang selamat menjalani rawatan memilih pemakanan yang sesuai. Aplikasi telefon pintar CanDi ini memberikan tatacara pemilihan makanan yang sesuai, nasihat-nasihat pemakanan secara interaktif. Ia bersesuaian dengan cita rasa lidah bangsa Malaysia. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Play Store atau Apple Store.
Peluang Kerja dan Jadi Usahawan Gunting Rambut. Tel Terus.. ABBU 011 33111321 (KL) E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB) Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
RM200-RM300 Sehari. Peluang Kerja Korea Selatan. Hanya RMXXXX Tiket & Khidmat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...