SAYA merujuk kepada keputusan kewangan Khazanah Nasional Berhad yang mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.27 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM2.89 bilion pada tahun sebelumnya.
Malah pada tahun-tahun sebelum dari itu hampir tidak pernah kedengaran Khazanah Nasional Berhad mencatat kerugian sementelah lagi rugi sehingga lebih RM6 bilion.
Khazanah jelas sekali dalam proses peralihan. Termasuklah penentuan mandat baru untuknya. Keuntungan Khazanah merudum disebabkan oleh:
(i) Kecairan pelaburan yang tidak kompetetif
(ii) Pulangan dividen yang menurun dari pelaburan-pelaburannya.
(iii) Peruntukan rosotnilai yang ketara yang terpaksa dibuatnya.
Ini pada dasarnya jelas berkait rapat dengan keadaan pasaran semasa yang agak murung dan prestasi kewangan banyak syarikat di Malaysia dan antarabangsa yang agak lembap.
Mandat baru itu memerlukan penstrukturan semula dana Khazanah kepada 2 iaitu dana komersial dan strategik.
Saya fikir prestasi Khazanah ini adalah memberi gambaran besar tentang bagaimana ekonomi diuruskan oleh kerajaan hari ini.
Sama ada pasaran mempunyai keyakinan terhadap prestasi pengurusan fiskal kerajaan atau sebaliknya.
Polisi-polisi yang ‘flip-flop’ (tidak tetap), pembatalan dan mewujudkan kembali projek projek mega tertentu tanpa dilihat melalui proses penilaian dan pembuatan keputusan yang wajar dan telus ditambah lagi prestasi buruk oleh beberapa orang menteri yang Perdana Menteri sendiri tidak menyembunyikan kekecewaannya.
Ini semua adalah isu-isu yang menyelubungi persekitaran ekonomi negara yang memberi pengaruh meluas kepada keyakinan dan sentimen pasaran yang Khazanah, sepertinya juga Tabung Haji menerima tempias daripadanya hingga melibatkan impairments yang luar biasa angkanya terpaksa dibuat terhadap akaunnya.
YB. AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
29 Jamadil Akhir 1440 | 6 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 6/3/2019
MUKADIMAHKeputusan kerajaan menyemak semula beberapa projek mega terutama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sehingga kini masih belum ada kata putus, pembatalan MRT3 dan semakan kontrak LRT3 serba sedikit menambah keperitan kepada syarikat kontraktor tempatan yang telah tersepit dengan pelbagai isu sejak akhir-akhir ini.
Antaranya kos pengambilan pekerja asing dan persaingan dengan firma luar negara dalam projek pembinaan di negara ini hingga menyebabkan syarikat-syarikat tempatan kekurangan kontrak kerja. Wartawan Utusan Malaysia, ZUNAIDAH ZAINON menemubual Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), FOO CHEK LEE untuk mendapat gambaran sebenar mengenai senario sektor pembinaan tahun ini.
FOO CHEK LEE
Sejauh mana prospek sektor pembinaan tahun ini disebabkan beberapa keputusan kerajaan untuk menangguhkan dan membatalkan projek-projek mega?
Sememangnya, proses penangguhan, pembatalan dan semakan semula projek pembinaan infrastruktur turut menjejaskan pertumbuhan industri pembinaan Malaysia.
Tidak dinafikan dengan tindakan ini kerajaan dapat mengurangkan kos pembinaan infrastruktur tetapi kami berharap projek-projek yang telah ditangguh itu dapat diteruskan selepas kajian dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Ini penting bagi memastikan kapasiti industri pembinaan tempatan dapat bergiat sepenuhnya di samping bertindak sebagai pemangkin pergerakan kepada 140 industri sampingan demi memajukan aktiviti ekonomi negara.
Mungkinkah pekerja dibuang sebab syarikat tiada projek?
Pada masa ini, bilangan projek yang ditawarkan adalah kecil dan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bilangan pemborong yang ada. Disebabkan kekurangan projek, kontraktor kelas besar kini bersaing dengan kontraktor kecil untuk mendapat projek. Selain itu, kontraktor asing yang besar juga bersaing dengan kontraktor kecil tempatan untuk mendapat kerja kontrak dan subkontrak.
Kesan ini akan menjadi lebih ketara dan dapat dirasai sepenuhnya jika tidak ada perubahan ke atas bilangan projek-projek pembinaan yang ditawarkan oleh pihak swasta dan kerajaan. Apatah lagi, kos perniagaan juga semakin naik. Untuk terus hidup, syarikat-syarikat ini terpaksa mengambil langkah berjimat dan mengurangkan kos. Jadi, satu daripada caranya ialah mengurangkan kos overhead. Mahu atau tidak ,ia terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja yang kurang sesuai dan berlebihan.
Selain itu, apakah faktor-faktor yang boleh menjejaskan pertumbuhan sektor pembinaan tahun ini?
Terdapat banyak faktor yang boleh menjejaskan pertumbuhan sektor ini, antaranya kenaikan kos perniagaan. Ia disumbangkan sebahagian besar daripada kos pengambilan pekerja asing yang dinaikkan dan ada di antara kos ini dahulunya ditanggung oleh pekerja asing kini di bawah tanggungan pihak majikan, contohnya kos levi, insurans dan pemeriksaan kesihatan pekerja asing.
Dasar kerajaaan terhadap pengambilan pekerja asing juga sentiasa berubah-ubah menyebabkan kekeliruan dalam industri. Kesukaran mendapat pekerja asing dari negara sumber seperti Indonesia, Vietnam dan Myanmar juga disebabkan negara-negara ini sedang membangun pesat dan mereka tidak lagi berminat datang ke sini.
Pekerja dari Bangladesh juga tidak dapat masuk kerana sistem komputer kemasukan pekerja asing ke negara ini ditangguhkan kerajaaan sejak Ogos lalu. Oleh itu, terdapat kekosongan bilangan pekerja yang terpaksa balik ke negara masing-masing kerana permitnya habis tempoh.
Kekosongan ini juga tidak dapat diisi sepenuhnya. Faktor-faktor ini secara tidak langsung menyebabkan kekurangan pekerja dan dengan sendirinya meningkatkan upah atau gaji pekerja asing dan juga kenaikan kos pembinaan.
Walau bagaimanapun, pihak MBAM bersyukur kerana kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa bebas untuk mengkaji isu-isu berkaitan pekerja asing dan cadangan mengatasinya.
Kejatuhan nilai mata wang ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) juga dalam masa sama menyebabkan kos bahan binaan dan jentera yang perlu diimport meningkat.
Kekurangan projek dan persaingan dengan kontraktor asing yang kebanyakannya disokong kerajaan di negara terlibat juga antara faktor yang boleh menjejaskan pertumbuhan sektor pembinaan tempatan.
Jadi, untuk tahun ini apakah projek-projek yang boleh direbut syarikat tempatan?
Antara projek yang boleh merangsang pertumbuhan sektor ini termasuk potensi pelaksanaan semula Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru, projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, Pan Borneo Highway dan Sarawak Coastal Road.
Selain itu, projek-projek kecil yang diluluskan dalam Belanwajan 2019 juga dapat memacu pertumbuhan industri pembinaan tempatan.
MBAM berharap kerajaan akan segera mengeluarkan tender untuk projek-projek yang dirancangkan dalam Belanjawan 2019 untuk membantu ribuan kontraktor tempatan yang kini menghadapi kekurangan projek.
Syarikat tempatan sememangnya berpeluang merebut projek pada masa sekarang. Contohnya projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru yang menggunakan subkontraktor tempatan.
Apakah cadangan MBAM bagi meningkatkan daya saing sektor ini?
Adalah lebih wajar sekiranya pihak kerajaan dapat mengadakan satu dasar agar semua projek yang dibiayai di bawah peruntukan tempatan dilaksanakan oleh pemborong tempatan.
Sekiranya kepakaran tertentu diperlukan dan tidak diperoleh di negara ini, maka kontraktor tempatan boleh mengupah pakar-pakar tersebut atau menjalin usaha sama dengan syarikat pakar bagi bahagian berkenaan sahaja. Bagi projek yang dibiayai oleh pinjaman asing, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kerja pembinaan dilaksanakan oleh pemborong tempatan. (Utusan)
KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Terengganu memperuntukkan RM600,000 dalam bentuk geran bantuan di bawah program Bizgrant bagi membantu usahawan memulakan perniagaan sepanjang tahun ini. Peruntukan itu sebahagian daripada RM10 juta yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada usahawan yang layak di seluruh negara, termasuk 200 usahawan terpilih di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, setiap peserta layak menerima geran bantuan RM3,000 seorang.
Katanya, agihan peruntukan dalam bentuk barangan atau kelengkapan berniaga itu disalurkan kepada mereka yang melepasi sesi temuduga khas. “Kebayakan mereka adalah usahawan Industri Kecil dan Sederhana yang mengusahakan produk karipap, pau, roti canai dan sebagainya,”katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecilserta Penyerahan SSM Bizgrant di Yayasan Islam Terengganu (YIT), di sini, hari ini. Nurkhuzaini berkata, sesi temuduga dianggap penting bagi memastikan mereka yang benar-benar minat berniaga, selain berupaya mengubah ekonomi keluarga kepada tahap lebih selesa. “SSM dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memantau dalam tempoh enam bulan awal bagi memastikan penerima betul-betul menjalankan perniagaan," katanya. (Teganukita)
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad (FGV) merekodkan kerugian sebelum zakat dan cukai lebih RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Ia berbanding keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM403 juta pada tahun sebelumnya.
Kerugian itu disumbang sebahagian besar oleh rosot nilai dan peruntukan berjumlah RM1.038 bilion selain penurunan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) turut menjejaskan prestasi keseluruhan.
Sementara bagi suku keempat, FGV mencatatkan kerugian sebelum zakat dan cukai sebanyak RM139 juta disebabkan faktor sama, rosot nilai dan peruntukan berjumlah RM240 juta.
“Prestasi FGV telah terkesan dengan harga MSM dengan purata RM2,053 per tan metrik (MT) pada suku disemak, 24.6% lebih rendah berbanding harga purata RM2,723 MT yang dicatatkan pada suku keempat 2017.
“Pada suku keempat, operasi perladangan memberi penekanan kepada mencegah ketirisan, menyemak semula proses dan memperkenalkan kawalan baharu untuk memastikan prestasi ladang kami setaraf dengan pemain industri lain.
“Beberapa inisiatif ini telah mula membuahkan hasil namun penambahbaikan ini akan lebih ketara pada tahun 2019,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV , Datuk Haris Fadzilah Hassan. (AA)
Izhar menunjukkan pasu bunga yang diperbuat daripada tuala terpakai di rumahnya di Kampung Padang Panjang, Mukim Malau di Jitra. -- fotoBERNAMA JOM KREATIF JITRA: Tuala terpakai yang sudah lusuh mungkin akan dijadikan kain buruk, alas kaki atau dibuang oleh kebanyakan orang, namun bagi seorang petani di Kampung Padang Panjang mukim Malau di sini, fabrik tersebut merupakan bahan terpenting dalam kreativitinya membuat pasu bunga.
Izhar Johari, 44, berkata dengan bantuan larutan simen, kain tuala yang bersifat lembut itu boleh "ditukar" menjadi pasu bunga yang keras, cantik dan unik.
"Tuala terpakai itu disalut dengan larutan simen dan kemudian diolah secara kreatif menjadi pasu sebelum dikeringkan dan keunikan produk ini mendapat perhatian suri rumah dan peminat landskap khususnya," katanya kepada pemberita di sini.
Izhar yang turut mengusahakan tanaman kelapa dara dan madu kelulut, berkata idea untuk menghasilkan pasu daripada tuala tercetus selepas menonton video mengenai pembuatan pasu dengan kaedah sama menerusi Internet beberapa bulan lalu.
Selepas mendapati proses pembuatannya sangat mudah, Izhar berkata dia dan isterinya Haslini Mohd Ismail, 43, memutuskan untuk mencuba berkecimpung dalam bidang itu dua bulan lalu dan hasilnya mereka kini mampu memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM1,500 sebulan daripada penjualan pasu tersebut.
"Proses pembuatannya tidak rumit, hanya guna tuala, larutan simen dan acuan. Selepas menjalani proses pembentukan pasu dan dijemur, ia kemudian dicat sebelum dijual kepada pelanggan," katanya yang mampu menjual 30 hingga 40 unit pasu sebulan. Izhar menggunakan kreativitinya dengan mencelup tuala terpakai ke dalam larutan simen kemudian dibiarkan mengeras selama empat jam sebelum dicat dan dijual. --fotoBERNAMA
Sebahagian peserta kursus meletakkan tuala yang telah dipotong sebelum direndam dengan larutan simen ketika menghadiri kursus pembuatan pasu bunga tuala di Kampung Padang Panjang, Malau, Jitra. --fotoBERNAMA
Katanya setiap pasu yang siap ditanam dengan pokok bunga dijual pada harga RM45 hingga RM65 manakala pasu kosong pula berharga antara RM25 dan RM45 sebuah, bergantung pada saiz dan bentuk pasu.
Bapa kepada enam anak itu berkata walaupun jualan pasu tersebut tidak menentu, hasil yang diperoleh tetap dapat membantunya menyara keluarga.
Dia juga tidak lokek berkongsi ilmu apabila mengambil inisiatif menganjurkan bengkel pembuatan pasu tuala untuk mereka yang berminat khususnya suri rumah yang ingin mencari pendapatan sampingan.
Seorang peserta bengkel itu, Wan Hamisah Azizan, 36, berkata dia mengikuti bengkel itu kerana ingin menjana pendapatan sendiri selain membantu suami yang bekerja sebagai penoreh getah.
"Pendapatan tak seberapa, jadi saya tekad nak buat pasu ini dan jual sendiri agar dapat membantu suami dan berada dalam zon selesa dari segi pendapatan kami sekeluarga," kata ibu kepada empat anak itu.
Wan Hamisah turut menyeru masyarakat setempat mengambil peluang yang ditawarkan Izhar tersebut terutamanya golongan petani dan penoreh getah bagi menjana pendapatan tambahan. -- BERNAMA
Liht sebelum ini..
llah.
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4 E-Buku IH-10: Siri 1 E-Buku IH-53: Siri 2 E-Buku IH-68: Siri 3
Peluang Kerja dan Jadi Usahawan Gunting Rambut. Tel Terus.. ABBU 011 33111321 (KL) E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB) Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
RM200-RM300 Sehari. Peluang Kerja Korea Selatan. Hanya RMXXXX Tiket & Khidmat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...