Thursday, 11 April 2019

Bursa Malaysia jatuh ke paras 52 minggu terendah.

BURSA MALAYSIA


KUALA LUMPUR 11 April - Bursa Malaysia susut 15.23 mata kepada 1,624.23 mata petang ini, menjadikannya jatuh ke paras terendah dalam tempoh 52 minggu.
Dalam sesi dagangan tengah hari, indeks FBM KLCI itu merosot sebanyak 0.69 peratus kepada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Pasaran tempatan menyaksikan 620 kaunter rugi mengatasi kaunter untung, 275 manakala 390 kaunter tidak berubah.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul kaunter paling rugi apabila susut sehingga 52 sen atau 4.13 peratus kepada RM12.06 sesaham susulan laporan Bloomberg yang pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan menjual saham TNB menerusi penempatan saham bagi meraih RM1.05 bilion.
Bloomberg yang memetik terma urus niaga itu melaporkan, Khazanah menawarkan untuk menjual 85 juta saham TNB pada RM12.33 sesaham yang mana mewakili pengurangan dua peratus berbanding kali terakhir saham itu ditutup pada RM12.58 sesaham.
Harga saham TNB pernah mencapai setinggi RM16.12 sesaham yang direkodkan pada 4 Mei 2018.
Bagi FGV Holdings Berhad pula, sahamnya susut 5 sen atau 3.85 peratus kepada RM1.25 sesaham selepas firma penyelidikan, AllianceDBS Research berkata, pemegang saham FGV kemungkinan tidak berminat dengan cadangan semakan semula perjanjan sewa tanah (LLA) oleh Felda.
Dalam nota kajiannya hari ini, AllianceDBS berkata, keadaan itu memandangkan ia dijangka meningkatkan jumlah bayaran yang lebih tinggi kepada FGV.
“Sebarang urus niaga yang menyebabkan bayaran tinggi daripada FGV kemungkinan tidak dipersetujui pemegang sahamnya. Tambahan pula, Felda mungkin perlu membayar pampasan kepada FGV mengikut terma dan syarat LLA jika mahu mengubah atau menamatkan LLA,” katanya.
LLA adalah perjanjian selama 99 tahun antara Felda dan FGV. Di bawah LLA, FGV membayar sebanyak RM248 juta setahun kepada Felda dan 15 peratus keuntungan ladang setiap tahun.
Untuk prestasi ringgit pula, ia ditutup pada RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Semalam, mata wang tempatan itu merosot sehingga 0.32 peratus ke paras terendah dalam tempoh lebih dua bulan berbanding dolar AS, susulan sentimen berhati-hati di seluruh Asia apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak turun unjuran pertumbuhan dunia.
Menurut Kenanga Research dalam nota kajiannya, ringgit diunjur berlegar sekitar RM4.10 menjelang hujung tahun ini memandangkan asas ekonomi akan terus menjadi penampan berbanding jangkaan perdagangan global yang perlahan.
Katanya, dalam masa sama, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) juga diunjur perlahan pada suku pertama 2019 dianggarkan 4.4 peratus berbanding 4.7 peratus yang direkodkan pada suku keempat 2018. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, 9 April 2019

Peniaga bimbang kadar inflasi negara, ringgit diniaga rendah.



Perjanjian perdagangan AS-China kekang kenaikan mata wang kita
KUALA LUMPUR, 2 Syaaban 1440H, Isnin – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan mengenai kadar inflasi negara, kata peniaga.
Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0900/0950 berbanding dolar AS daripada 4.0870/0900 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ketua Dagangan dan Strategi Pasaran SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, data inflasi domestik yang rendah itu menunjukkan Bank Negara Malaysia mempunyai asas untuk melaraskan kadar faedah kepada paras yang sedikit rendah.
Bagaimanapun, beliau berkata, keyakinan terhadap pemuktamadan perjanjian perdagangan AS-China akan mengekang kenaikan ringgit bagi jangka pendek.
Sementara itu, ringgit diniagakan kukuh sedikit berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0169/0210 daripada 3.0182/0207 pada Jumaat minggu lepas namun rendah yen Jepun kepada 3.6672/6726 daripada 3.6583/6613.
Ringgit lebih kukuh berbanding pound Britain kepada 5.3346/3415 daripada 5.3458/3509 minggu lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.5865/5938 daripada 4.5889/5927. – Bernama

Tuesday, 19 March 2019

Lebur RM13,000



WARGA emas kerugian RM13,000 selepas diperdaya warga asing yang meminta pertolongan bagi bayaran kos rawatan untuk menyelamatkan nyawa saudaranya di hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, peneroka dari Jerantut berusia 73 tahun itu ditegur seorang lelaki 1 tengah hari Rabu lalu ketika berada di sebuah pasar raya di bandar itu.
“Suspek bertanya mengenai lokasi pejabat Pos dan meminta bantuan mangsa mengambil wang kemenangan tiket nombor ekor. Bagaimanapun mangsa tidak mengendahkannya.
“Selepas keluar dari pasar raya itu mangsa ditegur seorang lelaki lagi yang meminta bantuan menebus hadiah kemenangan dengan menunjukkan tiket nombor ekor dimenanginya,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengikuti suspek menuju ke sebuah kereta yang dipandu suspek ketiga sebelum suspek pertama bersama seorang wanita warga Indonesia masuk ke dalam kereta itu dan membawa mangsa ke sebuah bank di bandar itu.
Katanya, mangsa ditemani pemandu kereta mengeluarkan RM13,000 sebelum kembali semula ke kereta dan menyerahkan wang itu kepada suspek kononnya bayaran kos rawatan saudaranya di hospital.
Katanya, sebagai balasan mangsa dijanjikan wang kemenangan nombor ekor RM30,000 sebelum dihantar pulang semula ke pasar raya terbabit.
Mangsa hanya menyedari ditipu selepas berada di rumah dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 11:45 AM

Friday, 15 March 2019

Selepas periuk, Siti Nurhaliza jual make-up pula di Go Shop!

Selepas periuk, Siti Nurhaliza jual make-up pula di Go Shop! Pelantun lagu Anta Permana ini, sebagai usahawan dia mahu mempelbagaikan cara untuk memasarkan produk jenamanya sendiri.
SELEPAS sukses menjual peralatan memasak jenama Vantage secara eksklusif, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini menjual set solekan jenamanya, SIMPLYSITI Red Collection di Go Shop.

"SIMPLYSITI Red Collection merupakan set kosmetik yang dikeluarkan secara eksklusif dan ia menggunakan ekstrak ginseng merah.

"Selalunya, ginseng merah digunakan sebagai makanan kesihatan kerana khasiatnya tetapi SIMPLYSITI menggunakan formulasi ginseng merah dalam set solekan Red Collection untuk penampilan yang lebih remaja dan jelita.

"Koleksi eksklusif ini datang dengan dua warna cushion foundation, dua warna bedak kompak dan gincu dalam pek kemasan mewah berona merah. Apa yang penting, harganya juga berpatutan, hanya RM139 sahaja," kata Siti.


Siti ditemui usai pelancaran SIMPLYSITI Red Collection di Go Shop pada Rabu.

Tambah pelantun lagu Anta Permana ini, sebagai usahawan dia mahu mempelbagaikan cara untuk memasarkan produk jenamanya sendiri.

"Alhamdulillah, usia SIMPLYSITI bakal menjangkau sembilan tahun pada 30 Mac ini dan sambutan yang diterima sangat positif. Sebagai seorang usahawan, saya sentiasa mahu memberikan kelainan dan mementingkan kualiti produk.

"Memasarkan SIMPLYSITI Red Collection secara eksklusif di Go Shop juga menjadi salah satu percubaan baru saya dalam menerokai bidang perniagaan. Saya mahu produk saya senang dan mudah didapati di mana sahaja dan ia berkesan menerusi Go Shop," katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai SIMPLYSITI Red Collection, klik di SINI

Hasil carian imej untuk siti norhaliza
Hasil carian imej untuk Selepas periuk, Siti Nurhaliza jual make-up pula di Go Shop!

Wednesday, 6 March 2019

Khazanah rugi gambaran PH urus ekonomi -AP K/T'ganu




SAYA merujuk kepada keputusan kewangan Khazanah Nasional Berhad yang mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.27 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM2.89 bilion pada tahun sebelumnya.
Malah pada tahun-tahun sebelum dari itu hampir tidak pernah kedengaran Khazanah Nasional Berhad mencatat kerugian sementelah lagi rugi sehingga lebih RM6 bilion.
Khazanah jelas sekali dalam proses peralihan. Termasuklah penentuan mandat baru untuknya. Keuntungan Khazanah merudum disebabkan oleh:
(i) Kecairan pelaburan yang tidak kompetetif
(ii) Pulangan dividen yang menurun dari pelaburan-pelaburannya. 
(iii) Peruntukan rosotnilai yang ketara yang terpaksa dibuatnya.

Ini pada dasarnya jelas berkait rapat dengan keadaan pasaran semasa yang agak murung dan prestasi kewangan banyak syarikat di Malaysia dan antarabangsa yang agak lembap.
Mandat baru itu memerlukan penstrukturan semula dana Khazanah kepada 2 iaitu dana komersial dan strategik.
Saya fikir prestasi Khazanah ini adalah memberi gambaran besar tentang bagaimana ekonomi diuruskan oleh kerajaan hari ini.
Sama ada pasaran mempunyai keyakinan terhadap prestasi pengurusan fiskal kerajaan atau sebaliknya.
Polisi-polisi yang ‘flip-flop’ (tidak tetap), pembatalan dan mewujudkan kembali projek projek mega tertentu tanpa dilihat melalui proses penilaian dan pembuatan keputusan yang wajar dan telus ditambah lagi prestasi buruk oleh beberapa orang menteri yang Perdana Menteri sendiri tidak menyembunyikan kekecewaannya.
Ini semua adalah isu-isu yang menyelubungi persekitaran ekonomi negara yang memberi pengaruh meluas kepada keyakinan dan sentimen pasaran yang Khazanah, sepertinya juga Tabung Haji menerima tempias daripadanya hingga melibatkan impairments yang luar biasa angkanya terpaksa dibuat terhadap akaunnya.
YB. AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
29 Jamadil Akhir 1440 | 6 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 6/3/2019

Monday, 4 March 2019

Kontraktor kini ‘sakit




MUKADIMAHKeputusan kerajaan menyemak semula beberapa projek mega terutama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sehingga kini masih belum ada kata putus, pembatalan MRT3 dan semakan kontrak LRT3 serba sedikit menambah keperitan kepada syarikat kontraktor tempatan yang telah tersepit dengan pelbagai isu sejak akhir-akhir ini.
Antaranya kos pengambilan pekerja asing dan persaingan dengan firma luar negara dalam projek pembinaan di negara ini hingga menyebabkan syarikat-syarikat tempatan kekurangan kontrak kerja. Wartawan Utusan Malaysia, ZUNAIDAH ZAINON menemubual Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), FOO CHEK LEE untuk mendapat gambaran sebenar mengenai senario sektor pembinaan tahun ini.
FOO CHEK LEE
FOO CHEK LEE 
Sejauh mana prospek sektor pembinaan tahun ini disebabkan beberapa keputusan kerajaan untuk menangguhkan dan membatalkan projek-projek mega? 
Sememangnya, proses ­penan­gguhan, pembatalan dan semakan semula projek pembinaan infrastruktur turut menjejaskan pertumbuhan industri pembinaan Malaysia.
Tidak dinafikan dengan tindakan ini kerajaan dapat me­ngurangkan kos pembinaan infrastruktur tetapi kami berharap projek-projek yang telah ditangguh itu dapat diteruskan selepas kajian dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Ini penting bagi memastikan kapasiti industri pembinaan tempatan dapat bergiat sepenuhnya di samping bertindak sebagai pemangkin pergerakan kepada 140 industri sampingan demi memajukan ­aktiviti ekonomi negara.
Mungkinkah pekerja dibuang sebab syarikat tiada projek?
Pada masa ini, bilangan projek yang ditawarkan adalah kecil dan terlalu sedikit jika diban­dingkan dengan bila­ngan pemborong yang ada. Disebabkan kekurangan projek, kontraktor kelas besar kini bersaing dengan kontraktor kecil untuk mendapat projek. Selain itu, kontraktor asing yang besar juga bersaing dengan kontraktor ­kecil tempatan untuk mendapat kerja kontrak dan subkontrak.
Kesan ini akan menjadi lebih ketara dan dapat dirasai sepenuhnya jika tidak ada perubahan ke atas bilangan projek-projek pembinaan yang ditawarkan oleh pihak swasta dan kerajaan. Apatah lagi, kos perniagaan juga semakin naik. Untuk terus hidup, syarikat-syarikat ini terpaksa mengambil langkah berjimat dan mengurangkan kos. Jadi, satu daripada caranya ialah mengurangkan kos overhead. Mahu atau tidak ,ia terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja yang kurang sesuai dan berlebihan.
Selain itu, apakah faktor-faktor yang boleh menjejaskan pertumbuhan sektor pembinaan tahun ini?
Terdapat banyak faktor yang boleh menjejaskan pertumbuhan sektor ini, antaranya kenaikan kos perniagaan. Ia disumbangkan sebahagian besar daripada kos pengambilan pekerja asing yang dinaikkan dan ada di antara kos ini dahulunya ditanggung oleh pekerja asing kini di bawah tanggungan pihak majikan, contohnya kos levi, insurans dan pemeriksaan kesihatan pekerja asing.
Dasar kerajaaan terhadap pengambilan pekerja asing juga sentiasa berubah-ubah menyebabkan kekeliruan dalam industri. Kesukaran mendapat pekerja asing dari negara sumber seperti Indonesia, Vietnam dan Myanmar juga disebabkan negara-negara ini sedang membangun pesat dan mereka tidak lagi berminat datang ke sini.
Pekerja dari Bangladesh juga tidak dapat masuk kerana sistem komputer kemasukan pekerja asing ke negara ini ditangguhkan kerajaaan sejak Ogos lalu. Oleh itu, terdapat kekosongan bilangan pekerja yang terpaksa balik ke negara masing-masing kerana permitnya habis tempoh.
Kekosongan ini juga tidak dapat diisi sepenuhnya. Faktor-faktor ini secara tidak langsung menyebabkan kekurangan pe­kerja dan dengan sendirinya meningkatkan upah atau gaji pekerja asing dan juga kenaikan kos pembinaan.
Walau bagaimanapun, pihak MBAM bersyukur kerana kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa bebas untuk mengkaji isu-isu berkaitan pekerja asing dan cadangan mengatasinya.
Kejatuhan nilai mata wang ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) juga dalam masa sama menyebabkan kos bahan binaan dan jentera yang perlu diimport meningkat.
Kekurangan projek dan persaingan dengan kontraktor asing yang kebanyakannya disokong kerajaan di negara terlibat juga antara faktor yang boleh menjejaskan pertumbuhan sektor pembinaan tempatan.
Jadi, untuk tahun ini apakah projek-projek yang boleh direbut syarikat tempatan?
Antara projek yang boleh me­rangsang pertumbuhan sektor ini termasuk potensi pelaksanaan semula Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru, projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, Pan Borneo Highway dan Sa­rawak Coastal Road.
Selain itu, projek-projek kecil yang diluluskan dalam Belanwajan 2019 juga dapat memacu pertumbuhan industri pembinaan tempatan.
MBAM berharap kerajaan akan segera mengeluarkan tender untuk projek-projek yang dirancangkan dalam Belanjawan 2019 untuk membantu ribuan kontraktor tempatan yang kini menghadapi keku­rangan projek.
Syarikat tempatan seme­mangnya berpeluang merebut projek pada masa sekarang. Contohnya projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru yang menggunakan subkontraktor tempatan.
Apakah cadangan MBAM bagi meningkatkan daya saing sektor ini?
Adalah lebih wajar sekiranya pihak kerajaan dapat mengadakan satu dasar agar semua projek yang dibiayai di bawah peruntukan tempatan dilaksana­kan oleh pemborong tempatan.
Sekiranya kepakaran tertentu diperlukan dan tidak diperoleh di negara ini, maka kontraktor tempatan boleh mengupah pakar-pakar tersebut atau menjalin usaha sama dengan syarikat pakar bagi bahagian berkenaan sahaja. Bagi projek yang dibiayai oleh pinjaman asing, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kerja pembinaan dilaksanakan oleh pemborong tempatan. (Utusan)

Saturday, 2 March 2019

SSM Sedia RM600 Ribu Untuk Usahawan T'ganu





KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Terengganu  memperuntukkan RM600,000 dalam bentuk geran bantuan di bawah program Bizgrant bagi membantu usahawan memulakan perniagaan sepanjang tahun ini.

Peruntukan itu sebahagian daripada RM10 juta yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada usahawan yang layak di seluruh negara, termasuk 200 usahawan terpilih di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, setiap peserta layak menerima geran bantuan RM3,000 seorang.




Katanya, agihan peruntukan dalam bentuk barangan atau kelengkapan berniaga itu disalurkan kepada mereka yang melepasi sesi temuduga khas.

“Kebayakan mereka adalah usahawan Industri Kecil dan Sederhana yang mengusahakan produk karipap, pau, roti canai dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil  serta Penyerahan SSM Bizgrant di Yayasan Islam Terengganu (YIT), di sini, hari ini.

Nurkhuzaini berkata, sesi temuduga dianggap penting  bagi memastikan mereka yang benar-benar minat berniaga, selain berupaya mengubah ekonomi  keluarga kepada tahap lebih selesa.

“SSM dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memantau dalam tempoh enam bulan awal bagi memastikan penerima betul-betul menjalankan perniagaan," katanya.
(Teganukita)