Saturday, 4 May 2019

Kafe 'perniagaan' pertama di Kelantan

PEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (kanan) bersama suami Mahadi Ibrahim(tengah) meninjau keadaan sa PEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (kanan) bersama suami Mahadi Ibrahim(tengah) meninjau keadaan salah sebuah bilik mesyuarat yang disediakan sempena pembukaan Unggul Business Cafe di Wakaf Che Yeh berdekatan pasar borong Wakaf Che Yeh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ NURAIKHA SHARIPUL BAHARI

KOTA BHARU 4 Mei - Unggul Business Cafe di Wakaf Che Yeh, di sini yang dibuka secara rasmi hari ini mencipta sejarah sebagai kafe pertama di negeri ini yang menawarkan perkhidmatan perkongsian ilmu perniagaan kepada masyarakat.
Seiring dengan perkhidmatan itu, kafe tersebut menyediakan sebuah perpustakaan mini sebagai platform kepada orang ramai yang mahu mencari ilmu perniagaan.
Selain itu, Unggul Business Cafe juga menawarkan bilik khas untuk mana-mana ahli perniagaan, syarikat, organisasi korporat atau jabatan kerajaan mengadakan mesyuarat dan seminar dalam ruang yang selesa.
Pemilik Unggul Business Cafe, Wan Fadzilah Ab. Wahid berkata, tujuan utama beliau mewujudkan kafe tersebut adalah untuk membantu orang ramai yang mahu memulakan perniagaan serta memudahkan perkongsian imu sesama sendiri.

PEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (tengah) bersama suami Mahadi Ibrahim bergambar di hadapan kafePEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (tengah) bersama suami Mahadi Ibrahim bergambar di hadapan kafe sempena pembukaan Unggul Business Cafe di Wakaf Che Yeh berdekatan pasar borong Wakaf Che Yeh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ PEMBERITA NURAIKHA SHARIPUL BAHAR
“Pelbagai ilmu perniagaan akan diajar seperti cara mengendalikan akaun dan apa langkah awal untuk memulakan perniagaan serta pengalaman jatuh bangun akan dikongsi bersama. Ia lebih kepada kem motivasi.
“Dalam masa sama, kita juga mengambil tempahan kek dan menyediakan ruang selesa kepada usahawan untuk mengadakan mesyuarat mahupun seminar dengan harga berpatutan serendah RM100 sehari,” katanya kepada pemberita selepas perasmian kafe itu, di sini hari ini.
Wan Fadzilah yang juga pengasas Sekolah Integrasi Islamik serta pemilik empat cawangan tadika Little Caliphs di negeri ini berkata, beliau bersedia berkongsi ilmu selama 15 tahun dalam perniagaan, kerana mahu membantu masyarakat khususnya orang Melayu berjaya dalam bidang itu.
“Saya harap usaha saya ini akan membantu mewujudkan lebih ramai usahawan yang berilmu dan berjaya di Kelantan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Thursday, 2 May 2019

T'ganu mahu belajar ternak rusa dari Perak



LENGGONG: Kerajaan Negeri Terengganu bakal mencontohi Perak dalam usaha memanfaatkan tanah-tanah kosong yang telah diwartakan sebagai rizab padang ragut dengan meneroka industri ternakan rusa.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, dari seluruh 4,800 hektar padang ragut di negeri itu, hanya 2,000 hektar telah dimajukan dengan ternakan unggas dan ruminan.
Katanya, kerajaan berhasrat untuk memanfaatkan baki kawasan berkenaan dengan ternakan rusa kerana sehingga kini bidang ternakan itu masih belum dibuat secara besar-besaran. 
"Di Terengganu, ternakan rusa belum ada dibuat secara besar-besaran  sepertimana di Perak, khususnya di Lenggong, yang ada hanya lebih kepada usaha secara individu di atas tanah-tanah pada skala kecil.
"Dari segi tanah yang boleh kita manfaatkan, kita rasa Perak dan Terengganu hampir sama, yang mana di Terengganu masih ada banyak tanah kosong yang kita dah wartakan sebagai padang ragut, sama seperti Perak.
"Cumanya dari segi memanfaatkan padang ragut itu secara optimum, kita nampak Perak lebih ke hadapan," katanya selepas melawat padang ragut termasuk Pusat Ternakan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Sumpitan, d
Dua padang ragut lagi yang turut dilawati dan diusahakan secara berkelompok di bawah seliaan JPV ialah Padang Ragut Kampung Luat dan Padang Ragut Kampung Chepor.
IMG 20190501 WA0058
Rombongan seramai 15 anggota itu juga disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syari'ah, Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria selaku tuan rumah.
Rombongan yang dijamu makan tengahari di Padang Ragut Kampung Chepor itu telah diiringi Penolong Pegawai JPV Negeri Perak, Abdul Hanit Mat Sham dan Penolong Pegawai JPV Hulu Perak, Kamal Bachta Abdul Ghani.
Dr Azman berkata, Perak lebih terkehadapan dalam kontak industri ternakan rusa, manakala Terengganu setakat ini lebih kepada ternakan lembu, kambing, kambing tenusu dan unggas.
Maklumnya, dalam tempoh setahun kerajaan baru ini, Terengganu sedang merancang gerak kerja yang intensif untuk membaikpulih semula projek-projek yang tidak mencapai objektif dari segi pelaksanaannya.
"Untuk tujuan itulah kita bawa rombongan yang termasuk juga Timbalan Pengarah JPV Terengganu serta beberapa rakan yang telah menceburi industri ternakan rusa dalam lawatan singkat ini bagi menimba pengalaman baru.
"Kita akui Perak, khususnya Lenggong adalah daerah paling berjaya berbanding negeri-negeri lain dalam bidang ternakan rusa dan pengalaman ini adalah sangat penting untuk dikongsi bersama," tambahnya.
Beliau sangat berpuas hati dengan lawatan itu dan tertarik dengan konsep menternak secara berkelompok yang diamalkan, sepertimana Padang Ragut Kampung Luat yang diusahakan oleh 11 ahli.
Sementara itu, Razman ketika diminta mengulas lawatan tersebut, mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan dari Terengganu yang diketuai Dr Azman kerana sudi menjadikan Lenggong sebagai destinasi untuk menimba pengalaman dalam industri ternakan rusa.
Katanya, kesudian mengadakan hubungan dua hala untuk bidang berkenaan adalah sangat baik memandangkan Lenggong sudah lama terkenal dengan industri ternakan rusa, diharap berjaya dikembangkan pula di Terengganu. - HARAKAHDAILY 1/5/2019

Tuesday, 23 April 2019

Untung bersih Nestle suku pertama RM235 juta

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols

KUALA LUMPUR 23 April - Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM235 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019 berbanding RM231 juta pada tempoh sama tahun lalu.
Nestle dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, perolehan meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada RM1.45 bilion daripada RM1.43 bilion.
Katanya, perolehan meningkat selepas mengambil kira penjualan perniagaan tenusu dingin pada 1 Januari tahun ini, ia juga mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 3.2 peratus dari tahun ke tahun.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, kenaikan dalam perolehan didorong oleh pertumbuhan pesat dalam jualan domestik sebanyak 4.9 peratus bagi suku semasa selain dipacu jualan kukuh sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina.
“Kami terus mencipta peluang kepenggunaan dan mempercepatkan lagi usaha dalam inovasi produk kami pada suku pertama.
“Memandang ke hadapan, kami akan terus memberikan tumpuan untuk memanfaatkan peluang-peluang baharu, menyampaikan inovasi yang berterusan dan sentiasa memacu kecekapan bagi mempercepatkan pertumbuhan kami,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sunday, 21 April 2019

Usahawan bumiputera buka hartanah di Bosnia



SARAJEVO 20 April - Seorang usahawan bumiputera, Badli Hisham Abdul Jamil memiliki hartanah seluas tujuh hektar di pinggir bandar Sarajevo, di sini.


Menempatkan sebuah pusat beli-belah dan empat apartment termasuk satu yang masih dalam pembinaan, hartanah itu dijangka menarik minat ramai penduduk Bosnia dan Herzegovina yang mahukan kehidupan tenang dan damai, memandangkan masih belum banyak pembangunan di kawasan itu.


Dikelilingi bukit-bukau yang memukau pandangan, pinggir bandar Sarajevo itu merupakan kawasan dengan kepadatan oksigen tertinggi di Eropah.


Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof yang melawat hartanah itu hari ini berkata, kejayaan Badli Hisham adalah manifestasi kejayaan anak bangsa Malaysia yang cukup gigih dah bekerja keras untuk membangunkan perniagaannya.


Kata beliau, kejayaan anak jati Kuala Kangsar itu harus menjadi inspirasi kepada usahawan bumiputera yang lain untuk terus memacu kejayaan.


“Dia mempunyai ketahanan yang begitu tinggi, bagaimana dia mampu membangunkan empat buah apartment dan sebuah pusat beli-belah.


“Ia begitu sukar pada mulanya tapi hari ini saya lihat kejayaannya boleh memberi keyakinan kepada usahawan lain untuk datang ke sini bagi memulakan perniagaan,” katanya.


Dalam pada itu, Badli Hisham ketika ditemui berkata, usaha beliau mengembangkan perniagaan bermula beberapa tahun dahulu hasil galakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu lebih ramai usahawan Malaysia mengembangkan perniagaan ke Bosnia dan Herzegovina.


Katanya, keempat-empat apartment itu - Villa Dahlia, Villa Iris, Villa Lavanda dan Villa Mak - kini mendapat perhatian bukan sahaja penduduk tempatan, malah ekspatriat dari negara luar terutamanya negara-negara Arab. - UTUSAN ONLINE

Saturday, 20 April 2019

Kursus hasil bebola dan kek ikan dapat sambutan


LUMUT: Lajnah Ekonomi Pemuda PAS Kawasan Lumut buat julung kalinya telah menganjurkan kursus pengasilan kek dan bebola ikan di Bengkel Roti Kampung Pasir Panjang Laut, di sini hari ini.
Kursus dijayakan dengan kerjasama Pengusaha Kilang Makcu Jaya, Shuhaimi Mohd Amin yang memberi tunjuk ajar sepenuhnya kepada 60 peserta dalam kalangan penduduk tempatan.
Objektif utama kursus ini sebagai menyahut perintah Allah S.W.T agar setiap Muslim memastikan sumber, pembuatan dan cara penghasilan halal dan berkualiti termasuk dalam hal pemakanan.
Menurut Yang DiPertua PAS Lumut, Rasli Abd Rahman, menerusi kursus tersebut para peserta didedahkan kemahiran menghasilkan produk berasaskan hasil laut yang boleh dilakukan masyarakat setempat.
Malah katanya, melalui bengkel dijalankan ini juga, turut memberi dorongan kepada peserta untuk terlibat dalam aktiviti jualan kecil-kecilan berasaskan kemahiran yang dimiliki bagi menjana ekonomi keluarga.
Selain itu ujarnya, aktiviti dianjurkan itu penting kepada umat dalam menguatkan semangat perpaduan dan persaudaraan yang diharap dilangsungkan lagi dengan kursus lain di masa akan datang.
Hadir sama meraikan para peserta pada kursus dijalankan itu adalah Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin dan aktivis masyarakat, Raai Yusuf. - HARAKAHDAILY 20/4/2019
IMG 20190420 WA0033

Tuesday, 16 April 2019

Kontraktor G1 kian sengsara. Jual Goreng Psang.

PERSATUAN Kontraktor Melayu Malaysia berharap kerajaan terus membela nasib golongan kontraktor G1 me
PERSATUAN Kontraktor Melayu Malaysia berharap kerajaan terus membela nasib golongan kontraktor G1 melalui projek-projek sedia ada. – GAMBAR HIASAN


KUALA LUMPUR 15 APRIL - "ADA kontraktor bumiputera yang terpaksa menutup perniagaan dan menjual pisang goreng asalkan ada pendapatan menampung kehidupan."
Demikian luahan beberapa kontraktor bumiputera yang kebanyakannya memegang lesen G1 atau dikenali sebagai Kelas F dahulu.
Bukan cuba menagih simpati tetapi itulah hakikat yang berlaku. Sudahlah tiada projek kerajaan yang diterima, malah terdapat beberapa isu lain lagi yang membuatkan kehidupan kontraktor bumiputera semakin terhimpit.
Bagi seorang kontraktor pembinaan bumiputera, apa lebih mendukacitakan adalah wujudnya campur tangan ahli politik yang dikatakan menggunakan ‘kuasa’ dimiliki dengan mengagihkan projek kerajaan berlandaskan kepartian.
Dia yang menjalankan perniagaan di Negeri Sembilan memberitahu, fenomena berkenaan semakin berleluasa hingga membuatkan kontraktor bumiputera menanggung kerugian besar dan akhirnya tidak mampu lagi menjalankan operasi.
“Saya nampak masalah ke­telusan membabitkan pembahagian tender semakin serius. Ada ahli politik yang menggunakan orang tertentu untuk mendapatkan projek kerajaan. Kita tengok luaran syarikat berlainan yang menang projek tetapi realitinya mereka orang sama dan mempunyai pertalian dengan sesete­ngah ahli politik.
“Memang ramai kontraktor bumiputera sekarang tidak puas hati apabila perkara sebegini berlaku. Siapa yang tiada ‘kabel’ jangan harap akan menerima projek-projek daripada kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Lebih mengejutkan kata kontraktor berkenaan, aktiviti mengumpul lesen oleh ‘orang tengah’ untuk mengaut keuntungan besar turut berleluasa.
Dia mendedahkan, ada orang luar yang bertindak sebagai ‘kaki’ kumpul lesen kontraktor bumiputera dan menyerahkan kepada ahli politik dan pegawai kerajaan terlibat untuk menyusun projek tertentu.
“Apabila ada projek baharu, ahli politik ini akan mengarahkan wakil untuk mengumpul lesen kontraktor dan mengaut untung ‘atas angin’.
“Pengumpul lesen ini kadang-kadang orang luar yang bukan kontraktor pun tapi ditugaskan untuk mengumpul lesen kontraktor kononnya bagi pembahagian projek. Sudahnya kami hanya menerima sebahagian sahaja untung,” ujarnya lagi. (Utusan Online)

Monday, 15 April 2019

Pusatkan pentadbiran industri petroleum di T'ganu



TADI ketika program Bicara Darul Iman bersama YABhg Tun Daim Zainuddin, Pengerusi Majlis Penasihat Negara yang membicarakan tajuk Ekonomi Bumiputera: Agenda Nasional saya sempat beri pandangan bahawa Terengganu sudah terlalu lama menjadi pemerhati dalam industri Petroleum dan tidak aktif penyertaannya dalam perbekalan dan perkhidmatan kepada industri.
Saya memfokus keperluan dibangunkan segera industri maritim yang kukuh kerana di masa hadapan rezab minyak lebih banyak akan diketemu semakin jauh ke tengah laut. Ini memerlukan prasarana maritim yang pelbagai yang besar saiz pasaran dan ekonominya. Industri sebegini tidak mampu dibangun secara inisiatif swasta bersendirian. Ia perlu cetusan modal yang besar dari kerajaan melalui projek-projek perintis seperti dilakukan di Lumut, Perak atau di Johor.
Dalam respon Tun Daim, beliau bersetuju dengan saya, real ekonomi yang boleh melonjak ekonomi Terengganu adalah perbekalan dan perkhidmatan dalam industri Petroleum.
Malah beliau secara berseloroh menyebut, cara paling mudah adalah Perdana Menteri lantik dari Terengganu.
Saya setuju cadangan itu. Sebab saya nak cadangkan kepada Perdana Menteri pemusatan semua aktiviti pentadbiran industri Petroleum jangan lagi di Kuala Lumpur. Pusatkan di negeri pengeluar, Terengganu. Urusan tender, mesyuarat utama, exhibition oil and gas yang utama dan besar-besar, consultant, suppliers semua berkampung di Terengganu.
Ini boleh mengalih bebanan yang besar kesesakan di Lembah Klang.
Syarikat petroleum related daftar di Terengganu, bayar corporate taxmelalui LHDN Terengganu.
Selama ini mesyuarat, pentadbiran di KL tapi kutip hasil dari bahan petroleum mentah hingga kerja kerja upstream yang bernilai puluhan billion setahun di perairan Terengganu begitu juga downstream, tapicorporate account semua di KL.
Kemudian masing-masing bersungut “Oh, Terengganu sumbang cukai sikit jer ke Persekutuan!”
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu 
 - HARAKAHDAILY 15/4/2019