Saturday, 18 May 2019

Awas Pedagang Minyak Tipu




SERDANG: Kaut untung berjuta ringgit setahun melalui kegiatan memalsukan hampir semua jenis minyak enjin kenderaan dan minyak kotak gear jenama terkemuka sebelum diedarkan ke seluruh negara. 
Malah, sindiket dikesan menambah jumlah penghasilan produk palsu itu berikutan menyedari peningkatan permintaan pengguna untuk menyelenggara kenderaan sebelum pulang ke kampung untuk Aidilfitri.
Aktiviti menjual minyak enjin palsu itu dipercayai menjadi punca beribu kenderaan mengalami kerosakan selain aduan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) daripada pengguna.
Bagaimanapun, penipuan licik dilakukan itu dibongkar KPDNHEP Putrajaya sebelum serbuan mengejut dilakukan jam 12 tengah hari semalam dengan nilai rampasan lebih RM2 juta.
Timbalan Pengarah (Operasi Khas) Penguat Kuasa KPDNHEP Rosli Ahmad berkata, serbuan dilakukan serentak di dua rumah di Kajang, Selangor dan sebuah kilang di sini oleh sepasukan Unit Operasi KPDNHEP.
Menurutnya, dalam serbuan di kilang tiga tingkat berkenaan, pihaknya menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai ahli sindiket berkenaan.
“Hasil pemeriksaan dilakukan di dalam premis itu, pihak KPDNHEP menemui deretan tangki besar berisi beribu liter minyak enjin dan kotak gear tiruan.
“Malah, terdapat bekas minyak enjin kosong pelbagai jenama terkemuka yang boleh mengisi minyak seberat 4 liter di dalamnya,” katanya.
Dia berkata, hasil soal siasat dilakukan mendapati kilang itu menjadi tempat pemprosesan dan mengisi minyak enjin dan minyak kotak gear palsu dalam skala besar.

SEBUAH premis diserbu KPDNHEP.
"Terdapat beribu bekas minyak enjin atau minyak pelincir kenderaan yang menggunakan label palsu jenama terkemuka disimpan di dalam premis itu.
“Sukar untuk membezakan antara produk tulen dan produk palsu dihasilkan dengan hanya melihat secara luaran,” katanya.
Menurutnya, sindiket dipercayai memproses sendiri resipi minyak enjin dan kotak gear di dalam premis itu sebelum dimasukkan ke dalam bekas dan kotak.
“Produk tiruan itu kemudian dihantar ke rumah diserbu KPDNHEP itu untuk proses penyimpanan. Siasatan mendapati kediaman dua tingkat itu dijadikan stor untuk penyimpanan sebelum diedarkan ke seluruh Malaysia.
“Malah siasatan mendapati sindiket turut menjual produk itu melalui penghantaran kurier kepada pelanggan yang membuat tempahan,” katanya.
Dia berkata, sindiket dikesan menyasarkan bengkel membaiki kenderaan sebagai pelanggan utama yang membeli minyak pelincir dan minyak kotak gear palsu dihasilkan itu.
“Berbanding harga produk tulen sekitar RM140 hingga RM150 setiap satu, sindiket menjual produk palsu itu pada harga antara RM70 hingga RM80 sahaja.
“Berdasarkan risikan, sindiket sama akan membeli semula bekas minyak terpakai dari bengkel kenderaan pada harga RM1 setiap satu sebelum diisi semula minyak enjin palsu dihasilkan.
“Kaedah kitar semula itu dilakukan bagi mengurangkan kos menghasilkan bekas minyak enjin dan kotak gear berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi Khas) Penguat Kuasa KPDNHEP Rosli Ahmad mengesahkan serbuan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 atas kesalahan pembekalan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya untuk pembekalan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan.
Rampasan itu kejayaan terbaru selepas KPNDHEP Johor merampas 34,524 botol minyak pelincir satu liter disyaki tiruan dalam satu serbuan di Kawasan Perindustrian Senai Selatan, Johor, kelmarin.
Pada 25 April lalu, KPDNHEP turut menyerbu dua premis di Manjung, Perak selepas didapati menyimpan 209 tong minyak pelincir tiruan dianggar bernilai RM257,000.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 6:20 AM

Thursday, 16 May 2019

Video: Pengurusan kewangan Islam- Singapura lebih maju dari Malaysia..



Video: Pengurusan kewangan Islam di Singapura lebih maju dari Malaysia?


15 jam lalu
Tonton Pengurusan kewangan islamSingapura lebih maju dari Malaysia? - Video Dailymotion ...

Thursday, 9 May 2019

Nira kurma sajian terbaru menjelang Ramadan di Kelantan


Mohd Zin Mohamed, 59, (dua dari kiri) melayan pelanggan yang tidak putus berkunjung ke kebunnya bagi mendapatkan air tuak kurma berkenaan

KOTA BHARU, 4 Mei (Bernama) -- Selain pokok kelapa, nipah atau tar, tidak ramai yang mengetahui pokok kurma juga boleh menghasilkan nira jika kena dengan caranya.

Seorang pengusaha dari Kampung Teras dekat Binjai di sini, Mohd Zain Mohamed, 59, percubaannya menghasilkan nira kurma sejak dua tahun lepas, kini mula menampakkan hasil, apabila orang ramai mulai meminatinya disebabkan rasanya yang mempunyai kelainan dan lebih sedap daripada nira kelapa.

Ia juga didakwa berkhasiat untuk mengubati pelbagai penyakit terutama darah tinggi dan kencing manis.

"Saya pada mulanya menanam 50 pokok kurma sekadar sebagai hobi dan dijual di Kampung Teras, dan ada pekerja saya yang berasal dari Bangladesh memberitahu pokok kurma juga boleh menghasilkan air nira untuk diminum, dan pada masa itulah timbul idea untuk mencubanya.

"Kini, dalam sehari sebatang pokok kurma saya boleh menghasilkan kira-kira dua liter nira dan kadang kala jumlahnya boleh menjadi banyak mengikut cuaca, dan setiap kali tuaian dianggarkan antara 30 hingga 40 liter dapat dihasilkan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Setiap hari, Mohd Zain mampu menuai hasil sebanyak tiga kali bermula tuaian pertama pada pukul 3.00 pagi, 9.00 pagi dan 5.00 petang.

“Dulunya jumlah nira yang dihasilkan agak kurang, namun dengan jumlah pokok yang semakin banyak… insya Allah bekalan pada Ramadan ini mencukupi, untuk peminat nira atau tuak kurma ini," katanya.

Setiap 250ml nira kurma ini biasanya akan dijual dengan harga RM20 berbanding RM5 bagi nira kelapa atau nipah disebabkan cara penghasilannya yang agak rumit serta terhad.



Mohd Zain berkata, walaupun nira kurma masih baru tetapi ia sudah mendapat permintaan daripada orang ramai yang ingin mencuba.

“Saya cuba buat ketika awal Ramadan lepas dan masih mencari kaedah terbaik untuk mendapatkan kuantiti nira yang banyak, jadi terpaksa menolak setiap permintaan,” katanya yang turut menghasilkan cuka dan manisan daripada nira.

Seorang peminat nira itu, Chia Chee Lin, 43, berkata air nira kurma itu sangat sedap dan tidak kisah membelinya dengan harga mahal.

"Saya beli kerana khasiat kurma dan saya percaya setiap yang dihasilkan daripada pokok itu juga mempunyai khasiat yang tinggi,” katanya

-- BERNAMA



















Hibur, hibur sikit..

Saturday, 4 May 2019

Kafe 'perniagaan' pertama di Kelantan

PEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (kanan) bersama suami Mahadi Ibrahim(tengah) meninjau keadaan sa PEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (kanan) bersama suami Mahadi Ibrahim(tengah) meninjau keadaan salah sebuah bilik mesyuarat yang disediakan sempena pembukaan Unggul Business Cafe di Wakaf Che Yeh berdekatan pasar borong Wakaf Che Yeh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ NURAIKHA SHARIPUL BAHARI

KOTA BHARU 4 Mei - Unggul Business Cafe di Wakaf Che Yeh, di sini yang dibuka secara rasmi hari ini mencipta sejarah sebagai kafe pertama di negeri ini yang menawarkan perkhidmatan perkongsian ilmu perniagaan kepada masyarakat.
Seiring dengan perkhidmatan itu, kafe tersebut menyediakan sebuah perpustakaan mini sebagai platform kepada orang ramai yang mahu mencari ilmu perniagaan.
Selain itu, Unggul Business Cafe juga menawarkan bilik khas untuk mana-mana ahli perniagaan, syarikat, organisasi korporat atau jabatan kerajaan mengadakan mesyuarat dan seminar dalam ruang yang selesa.
Pemilik Unggul Business Cafe, Wan Fadzilah Ab. Wahid berkata, tujuan utama beliau mewujudkan kafe tersebut adalah untuk membantu orang ramai yang mahu memulakan perniagaan serta memudahkan perkongsian imu sesama sendiri.

PEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (tengah) bersama suami Mahadi Ibrahim bergambar di hadapan kafePEMILIK kafe, Wan Fadzilah Ab Wahid (tengah) bersama suami Mahadi Ibrahim bergambar di hadapan kafe sempena pembukaan Unggul Business Cafe di Wakaf Che Yeh berdekatan pasar borong Wakaf Che Yeh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ PEMBERITA NURAIKHA SHARIPUL BAHAR
“Pelbagai ilmu perniagaan akan diajar seperti cara mengendalikan akaun dan apa langkah awal untuk memulakan perniagaan serta pengalaman jatuh bangun akan dikongsi bersama. Ia lebih kepada kem motivasi.
“Dalam masa sama, kita juga mengambil tempahan kek dan menyediakan ruang selesa kepada usahawan untuk mengadakan mesyuarat mahupun seminar dengan harga berpatutan serendah RM100 sehari,” katanya kepada pemberita selepas perasmian kafe itu, di sini hari ini.
Wan Fadzilah yang juga pengasas Sekolah Integrasi Islamik serta pemilik empat cawangan tadika Little Caliphs di negeri ini berkata, beliau bersedia berkongsi ilmu selama 15 tahun dalam perniagaan, kerana mahu membantu masyarakat khususnya orang Melayu berjaya dalam bidang itu.
“Saya harap usaha saya ini akan membantu mewujudkan lebih ramai usahawan yang berilmu dan berjaya di Kelantan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Thursday, 2 May 2019

T'ganu mahu belajar ternak rusa dari Perak



LENGGONG: Kerajaan Negeri Terengganu bakal mencontohi Perak dalam usaha memanfaatkan tanah-tanah kosong yang telah diwartakan sebagai rizab padang ragut dengan meneroka industri ternakan rusa.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, dari seluruh 4,800 hektar padang ragut di negeri itu, hanya 2,000 hektar telah dimajukan dengan ternakan unggas dan ruminan.
Katanya, kerajaan berhasrat untuk memanfaatkan baki kawasan berkenaan dengan ternakan rusa kerana sehingga kini bidang ternakan itu masih belum dibuat secara besar-besaran. 
"Di Terengganu, ternakan rusa belum ada dibuat secara besar-besaran  sepertimana di Perak, khususnya di Lenggong, yang ada hanya lebih kepada usaha secara individu di atas tanah-tanah pada skala kecil.
"Dari segi tanah yang boleh kita manfaatkan, kita rasa Perak dan Terengganu hampir sama, yang mana di Terengganu masih ada banyak tanah kosong yang kita dah wartakan sebagai padang ragut, sama seperti Perak.
"Cumanya dari segi memanfaatkan padang ragut itu secara optimum, kita nampak Perak lebih ke hadapan," katanya selepas melawat padang ragut termasuk Pusat Ternakan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Sumpitan, d
Dua padang ragut lagi yang turut dilawati dan diusahakan secara berkelompok di bawah seliaan JPV ialah Padang Ragut Kampung Luat dan Padang Ragut Kampung Chepor.
IMG 20190501 WA0058
Rombongan seramai 15 anggota itu juga disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syari'ah, Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria selaku tuan rumah.
Rombongan yang dijamu makan tengahari di Padang Ragut Kampung Chepor itu telah diiringi Penolong Pegawai JPV Negeri Perak, Abdul Hanit Mat Sham dan Penolong Pegawai JPV Hulu Perak, Kamal Bachta Abdul Ghani.
Dr Azman berkata, Perak lebih terkehadapan dalam kontak industri ternakan rusa, manakala Terengganu setakat ini lebih kepada ternakan lembu, kambing, kambing tenusu dan unggas.
Maklumnya, dalam tempoh setahun kerajaan baru ini, Terengganu sedang merancang gerak kerja yang intensif untuk membaikpulih semula projek-projek yang tidak mencapai objektif dari segi pelaksanaannya.
"Untuk tujuan itulah kita bawa rombongan yang termasuk juga Timbalan Pengarah JPV Terengganu serta beberapa rakan yang telah menceburi industri ternakan rusa dalam lawatan singkat ini bagi menimba pengalaman baru.
"Kita akui Perak, khususnya Lenggong adalah daerah paling berjaya berbanding negeri-negeri lain dalam bidang ternakan rusa dan pengalaman ini adalah sangat penting untuk dikongsi bersama," tambahnya.
Beliau sangat berpuas hati dengan lawatan itu dan tertarik dengan konsep menternak secara berkelompok yang diamalkan, sepertimana Padang Ragut Kampung Luat yang diusahakan oleh 11 ahli.
Sementara itu, Razman ketika diminta mengulas lawatan tersebut, mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan dari Terengganu yang diketuai Dr Azman kerana sudi menjadikan Lenggong sebagai destinasi untuk menimba pengalaman dalam industri ternakan rusa.
Katanya, kesudian mengadakan hubungan dua hala untuk bidang berkenaan adalah sangat baik memandangkan Lenggong sudah lama terkenal dengan industri ternakan rusa, diharap berjaya dikembangkan pula di Terengganu. - HARAKAHDAILY 1/5/2019

Tuesday, 23 April 2019

Untung bersih Nestle suku pertama RM235 juta

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols

KUALA LUMPUR 23 April - Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM235 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019 berbanding RM231 juta pada tempoh sama tahun lalu.
Nestle dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, perolehan meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada RM1.45 bilion daripada RM1.43 bilion.
Katanya, perolehan meningkat selepas mengambil kira penjualan perniagaan tenusu dingin pada 1 Januari tahun ini, ia juga mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 3.2 peratus dari tahun ke tahun.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, kenaikan dalam perolehan didorong oleh pertumbuhan pesat dalam jualan domestik sebanyak 4.9 peratus bagi suku semasa selain dipacu jualan kukuh sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina.
“Kami terus mencipta peluang kepenggunaan dan mempercepatkan lagi usaha dalam inovasi produk kami pada suku pertama.
“Memandang ke hadapan, kami akan terus memberikan tumpuan untuk memanfaatkan peluang-peluang baharu, menyampaikan inovasi yang berterusan dan sentiasa memacu kecekapan bagi mempercepatkan pertumbuhan kami,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sunday, 21 April 2019

Usahawan bumiputera buka hartanah di Bosnia



SARAJEVO 20 April - Seorang usahawan bumiputera, Badli Hisham Abdul Jamil memiliki hartanah seluas tujuh hektar di pinggir bandar Sarajevo, di sini.


Menempatkan sebuah pusat beli-belah dan empat apartment termasuk satu yang masih dalam pembinaan, hartanah itu dijangka menarik minat ramai penduduk Bosnia dan Herzegovina yang mahukan kehidupan tenang dan damai, memandangkan masih belum banyak pembangunan di kawasan itu.


Dikelilingi bukit-bukau yang memukau pandangan, pinggir bandar Sarajevo itu merupakan kawasan dengan kepadatan oksigen tertinggi di Eropah.


Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof yang melawat hartanah itu hari ini berkata, kejayaan Badli Hisham adalah manifestasi kejayaan anak bangsa Malaysia yang cukup gigih dah bekerja keras untuk membangunkan perniagaannya.


Kata beliau, kejayaan anak jati Kuala Kangsar itu harus menjadi inspirasi kepada usahawan bumiputera yang lain untuk terus memacu kejayaan.


“Dia mempunyai ketahanan yang begitu tinggi, bagaimana dia mampu membangunkan empat buah apartment dan sebuah pusat beli-belah.


“Ia begitu sukar pada mulanya tapi hari ini saya lihat kejayaannya boleh memberi keyakinan kepada usahawan lain untuk datang ke sini bagi memulakan perniagaan,” katanya.


Dalam pada itu, Badli Hisham ketika ditemui berkata, usaha beliau mengembangkan perniagaan bermula beberapa tahun dahulu hasil galakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu lebih ramai usahawan Malaysia mengembangkan perniagaan ke Bosnia dan Herzegovina.


Katanya, keempat-empat apartment itu - Villa Dahlia, Villa Iris, Villa Lavanda dan Villa Mak - kini mendapat perhatian bukan sahaja penduduk tempatan, malah ekspatriat dari negara luar terutamanya negara-negara Arab. - UTUSAN ONLINE