Friday, 25 November 2011

Proses Membuat Kain Batik Di Dali, Negara China

Bengkel untuk memotong kain.

DALI yang terletak di Provinsi Yunnan, barat daya China, merupakan sebuah daerah yang didiami kaum-kaum minoriti seperti Bai, Yi, Miao, Naxi dan lain-lain. Pekan Xizhou, Dali terkenal dengan kain batik.

Bahan kain batik ini ialah kain kapas yang berwarna putih dan pewarna yang diambil daripada Banlangen, sejenis ubat herba. Kain ini biasanya dijadikan cadar, alas meja, pakaian dan lain-lain.

Bengkel untuk menjahit pakaian.

Wanita sedang mengikat kain.

Pakaian yang sudah diikat dihantar ke bengkel untuk diwarnai.

Pembatik memasukkan kain yang sudah diikat ke dalam bahan pewarna.

Tong yang diwarnai biru dan pakaian yang sudah diwarnai.

Pakaian yang baru diwarnai perlu dibasuh dengan air jernih

Timbunan sekurang-kurangnya 50 helai pakaian ini, dibawa keluar untuk dikeringkan.

Bengkel untuk mengeringkan pakaian.

Oleh sebab corak yang rumit, kain batik diikat menjadi bentuk yang unik.

Kedai yang diusahakan pembatik sendiri menarik banyak pelancong.

(IH/CRI)

Tuesday, 22 November 2011

MAS rugi sebelum cukai RM461.54 juta.

MAS catat rugi sebelum cukai RM461.54 juta
KL 22 Nov 11: Malaysian Airline System Bhd terus mencatatkan kerugian bagi suku ketiga yang berakhir pada September 2011 dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM461.54 juta berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM236.074 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010.

Syarikat penerbangan itu juga merekodkan kerugian pada suku kedua tempoh kewangan dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM509.411 juta berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM532.591 juta pada tempoh yang sama 2010.

malaysia airline mas aircraftPerolehan bagi suku berkenaan bagaimanapun meningkat kepada RM3.565 bilion daripada RM3.399 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat penerbangan itu juga mencatatkan kerugian sebelum cukai yang ketara sebanyak RM1.209 bilion semasa sembilan bulan pertama daripada perolehan sebanyak RM10.244 bilion.

Bagi suku ketiga, kumpulan juga mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM156 juta berbanding dengan keuntungan RM35 juta bagi suku yang sama pada 2010, di mana kerugian lebih tinggi disumbangkan kos bahan api yang meningkat.

Kumpulan juga mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM477 juta bagi suku berkenaan berbanding dengan keuntungan RM234 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Menurut syarikat berkenaan, kerugian selepas cukai termasuk kerugian derivatif sebanyak RM70 juta dan kerugian tukaran asing tidak direalisasikan sebanyak RM195 juta.

klia airport 141105 mas aircraft at the terminalSementara itu, jumlah perolehan naik sebanyak lima peratus kepada RM3.493 bilion bagi suku berkenaan, disebabkan pertumbuhan tiga peratus dalam jumlah penumpang pada pertumbuhan kapasiti enam peratus, pengurangan faktor tempat duduk sebanyak 2.7 mata peratusan kepada 76 peratus dan enam peratus peningkatan dalam hasil penumpang.

Jumlah perbelanjaan juga meningkat sebanyak 10 peratus atau RM357 juta kepada RM3.721 bilion terutamanya disebabkan kenaikan dalam kos bahan api sebanyak RM396 juta setelah jumlah kos bahan api meningkat sebanyak 37.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kos bukan bahan api turun sebanyak dua peratus atau RM39 juta berbanding suku sama tahun lalu.

Melihat ke hadapan, persekitaran operasi bagi syarikat penerbangan pada umumnya kekal mencabar bagi suku keempat 2011.

"Bukan hanya harga bahan api jet kekal tinggi, keadaan ekonomi yang semakin teruk di Eropah diterjemahkan kepada profil tempahan ke hadapan yang lemah bagi perjalanan jarak jauh kami," kata syarikat penerbangan itu.

Walau apapun usaha pihak pengurusan untuk mengurangkan senario yang buruk, kumpulan menjangka keputusan operasi suku keempat menjadi lebih lemah daripada suku semasa.

Kumpulan itu berkata pihak pengurusan mengkaji semua aspek operasi dan inventori, dan apa-apa peruntukan berbangkit yang diperlukan perlu diperakui pada suku keempat.

"Pengurusan memulakan proses rasionalisasi rangkaian yang ketara untuk menarik balik struktur yang lemah, laluan yang mencatatkan kerugian dan mungkin memulakan laluan baru yang hasil lebih tinggi memberi tumpuan pada Asia," katanya.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata dengan penggunaan rangkaian pengurusan yang mantap, pengurusan juga akan mempercepatkan pengembalian pesawat yang telah lama dan dalam berbuat demikian meningkatkan kecekapan bahan api kumpulan pesawat.

"Kami menjangka kesan sepenuhnya daripada inisiatif ini akan mula membuahkan hasil pada 2012, dan dengan itu inisiatif-inisiatif ini tidak akan mempunyai kesan ketara terhadap keputusan 2011," katanya.

Inisiatif ini akan menjadi antara beberapa inisiatif utama strategik lain yang akan digariskan dalam pelan perniagaan yang akan datang Malaysia Airlines yang akan diumumkan bulan depan.

- Bernama

Monday, 21 November 2011

Stesen Minyak Mudah Alih Pertama. Wajar Diperluaskan?



Amir (kanan) mengisi minyak di stesen mudah alih pertama Petronas sambil disaksikan Mokhzani.

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan stesen minyak mudah alih pertama di negara ini, sekali gus bakal menyaksikan kereta lumba Formula Satu (F1) diisi dengan minyak Primax berkuasa tinggi dari Petronas ketika berlumba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, pengenalan stesen minyak mudah alih yang dibangunkan sepenuhnya jurutera tempatan atau ‘Petronas Primax Mobile Fuel Dispenser’ menelan kos kira-kira RM400,000 mampu menampung sehingga 20,000 liter minyak.

Beliau berkata, stesen minyak mudah alih itu nyata memberi keselesaan kepada pelumba berbanding sebelum ini kerana terpaksa membawa bekalan minyak sendiri seperti mengangkut menggunakan lori tangki atau memasukkan ke dalam tong.

“Kemudahan ini dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan SIC manakala pihaknya terbabit dalam urusan penyelenggaraan dan waktu operasi stesen minyak mudah alih ini akan ditetapkan SIC khususnya pada hari perlumbaan kerana kegunaan petrol pada waktu itu sangat diperlukan,” katanya pada sidang media sempena pelancaran stesen minyak itu yang turut dihadiri Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir di SIC, Sepang, semalam.

Pada majlis itu, PDB meraikan 600 tetamu istimewa terdiri daripada pelanggan setia, rakan perniagaan dan media sempena kejayaan Petronas Primax melalui beberapa acara Petronas Xtrack.

Wajarkah stesen minyak mudah alih diperluaskan kepada umum bukan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sahaja? (IH)

Friday, 18 November 2011

Hutang AS Tidak Sihat, Cecah RM47.39 Trilion

AHLI-AHLI Kesatuan Jururawat Kebangsaan dan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di Washington DC pada 3 November lalu yang menuntut hutang Amerika Syarikat dikurangkan.

RICK PERRY (kanan) yang mengkritik hutang pentadbiran Presiden Barack Obama berucap dalam kempen pemilihan sebagai calon Presiden Amerika Syarikat (AS) di Nashua, AS kelmarin.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beban hutang pentadbiran AS melepasi takat AS$15 trilion (RM47.39 trilion) kelmarin ketika ahli-ahli politik terus bertelagah berhubung langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

Agensi berita AFP melaporkan, angka daripada Perbendaharaan AS menunjukkan beban hutang persekutuan yang ditanggung rakyat negara itu kini berjumlah AS$15,033,607,255,920.32 (RM47,490,698,234,988.44), meningkat sebanyak AS$55.8 bilion (RM176.28 bilion) sejak Selasa lepas. Jumlah tersebut dianggarkan menyamai 99 peratus saiz keseluruhan ekonomi AS untuk tahun 2011 yang disifatkan amat tidak sihat oleh pakar-pakar ekonomi.

Sementara itu, dilaporkan juga wakil-wakil rakyat daripada Parti Republikan memberikan reaksi berhubung laporan mengenai beban hutang pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang mencecah lebih AS$15 trilion (RM47.39 trilion). Pengerusi Jawatankuasa Bajet Parti Republikan, Paul Ryan menyifatkan jumlah itu tersebut menandakan hari yang popular dalam sejarah AS.

Beliau membuat kenyataan itu dalam laman Twitternya kelmarin. Gabenor Texas, Rick Perry turut menyatakan dalam Twitter tersebut dengan menyalahkan dasar-dasar sosialis Obama kerana sedang memufliskan negara. Perry bertanding untuk menjadi calon Presiden AS bagi mewakili Parti Republikan untuk menentang Obama.

Seorang lagi anggota Parti Republikan, Michele Bachmann pula menyifatkan negara ini seperti sebuah bot yang sedang menuju ke arah air terjun.

Kesimpulan yang dicapainya ialah: "Kita perlu hentikan perbelanjaan, berhenti menjadi negara kebajikan."

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan, Reince Priebus berkata: "Amerika telah melintasi angka yang dapat difikirkan, hutang negara sekarang melebihi AS$15 trilion (RM47.39 trilion)," katanya. Menurutnya, hutang besar itu akan merencatkan ekonomi serta merugikan rating kredit.

Hutang AS ialah AS$10.62 trilion (RM33.55 trilion) ketika Obama mengambil alih tugasnya dan ia meningkat kepada AS$14.304 trilion (RM 45.193 trilion) pada bulan April lalu. Perbendaharaan AS kelmarin mendedahkan hutang negara ini ialah AS$15,033,607,255,920.32 (RM47,490,698,234,988.44). (Sumber Kosmo)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Thursday, 17 November 2011

Biskut beras terbesar di dunia


BEBERAPA ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia bergambar dekat biskut beras terbesar di dunia di wilayah Chiba, Tokyo semalam.

TOKYO - Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia. Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.

Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun. Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.

"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka. - AFP

Wednesday, 16 November 2011

Peniaga Kreatif, Jual Barang Pelik Di Musim Banjir...

JOM KREATIF
BANGKOK - Banjir yang melanda ibu kota Thailand di sini memberi durian runtuh kepada peniaga-peniaga kecil yang menjual pelbagai barang yang digunakan semasa banjir. Antara barangan tersebut termasuk but getah beraneka warna, jet ski, pam air, kipas bot dan pembalut plastik. Selanjutnya .. klik di sini..

Tuesday, 15 November 2011

Obama Mahu Luaskan Zon Perdagangan Bebas


Obama(tengah) bergambar bersama para pemimpin APEC di Kapolei, Hawaii, kelmarin.

HONOLULU, Hawaii - Usul Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk mewujudkan zon perdagangan bebas terbesar di dunia mendapat sokongan para pemimpin rantau Asia Pasifik kelmarin.

Jepun, Kanada dan Mexico telah menyatakan persetujuan untuk menyertai rundingan bagi menganggotai zon berkenaan.

Semasa menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, Obama berkata, potensi rantau Asia Pasifik yang dinamik sebagai rakan dagangan AS perlu dimanfaatkan.

Pada masa yang sama, beliau menggesa negara-negara APEC supaya menyertai blok Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) yang diterajui AS.

TPP merupakan perjanjian perdagangan bebas multilateral bertujuan menjadikan rantau Asia Pasifik sebagai zon perdagangan bebas.

"Hari ini kami (AS) berpeluang untuk mengorak kemajuan ke arah matlamat terbesar iaitu perdagangan serantau yang bebas," kata Obama.

"Saya mahu menekankan bahawa rantau Asia Pasifik adalah kritikal terhadap perkembangan ekonomi AS.

"Kami tidak akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara kami melainkan rantau Asia Pasifik turut berjaya," tambahnya.

TPP sebelum ini merupakan pakatan kecil melibatkan empat anggota APEC iaitu Brunei, Chile, New Zealand dan Singapura.

Namun, Obama mengubahnya sebagai inisiatif dagangan bebas utama dengan Australia, Malaysia, Peru, AS dan Vietnam turut serta dalam blok itu.

Sementara itu, harapan media untuk merakam gambar para pemimpin APEC memakai baju santai Hawaii hampa apabila Obama menghentikan tradisi tersebut. - AFP