Thursday, 26 February 2015

Robert Kuok Kekal Individu Terkaya di Malaysia - Forbes


Robert Kuok
Robert Kuok.

SINGAPURA: Tan Sri Robert Kuok dan beberapa hartawan perniagaan tempatan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam Senarai Individu  Terkaya Malaysia anjuran Forbes, biarpun kekayaan mereka terbukti terjejas akibat penurunan harga minyak dan ringgit.

Kuok, 91, yang menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan, terus mengungguli kedudukan teratas bagi tahun ke-10 berturut-turut. Kekayaannya, bagaimanapun, susut US$200 juta kepada US$11.3 bilion.

Menurut Forbes, Kuok Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di  Hong Kong, Malaysia serta Singapura.
Kedudukan seterusnya disandang Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai  US$9.7 bilion, Tan Sri Quek Leng Chan (US$5.6 bilion), Tan Sri Lim Kok Thay  (US$5.5 bilion), Tan Sri Teh Hong Piow (US$5.4 bilion), Tan Sri Lee Shin Cheng (US$4.6 bilion), Tan Sri Yeoh Tiong Lay (US$3 bilion), Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (US$2.9 bilion), Goh Peng Ooi (US$1.55 bilion) dan Tan Sri Lee Oi Hian serta Datuk Lee Hau Hian US$1.45 bilion.
Nilai kekayaan Ananda - taikun telekomunikasi, turut susut sebanyak  US$1.6 bilion kepada US$9.7 bilion, sebahagiannya akibat kejatuhan saham Bumi Armada yang juga syarikat perkhidmatan telaga minyak luar pesisir.
Aset telekomunikasi mewakili separuh kekayaannya menerusi pemilikannya dalam Maxis, kata Forbes.
Tan Sri Quek Leng Chan berganjak ke tempat ketiga daripada keempat sebelum ini, biarpun kekayaannya susut sebanyak US$800 juta bagi tempoh setahun lepas kepada US$5.6 bilion.

Beliau yang memiliki Hong Leong Co, mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor daripada makanan kepada kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O and G) serta pegangan dalam firma Indonesia Samudra Energy, syarikat Malaysia Scomi Energy Services, Alam Maritim Resources dan firma Singapura, Ezion yang menjadi pembekal sokongan untuk perkapalan dan telaga minyak.
Senarai terkini Forbes itu turut dibarisi empat muka baharu iaitu taikun hartanah Khoo Cheng Hai di tempat ke-45 dengan nilai kekayaannya US$285 juta selepas sahamnya dalam KSL Holdings berlipat ganda; pakar pembungkusan Lim Teck Meng daripada Scientex (tempat ke-46 dengan kekayaan US$280 juta); hartawan fabrikasi minyak-perkapalan Coastal Contracts Ng Chin Heng (tempat ke-47, US$275 juta) hartawan hartanah dan pengasas bersama United Overseas Australia, Kong Chong Soon (tempat ke-50, US$240 juta).

Taikun kasino Tan Sri Lim Kok Thay daripada Genting Group menduduki tempat keempat dengan kekayaan bernilai US$5.5 bilion, merosot daripada US$6.5 bilion tahun lepas berikutan penyederhanaan ekonomi China yang menjejaskan sektor perjudian dan hiburan rantau ini.
Bagaimanapun, kekayaan yang dimiliki beberapa hartawan yang tersenarai, terjejas teruk terutama mereka yang memiliki pelaburan atau berkaitan sektor minyak.

Tan Sri Mokhzani Mahathir yang juga pelabur dalam firma perkhidmatan minyak dan gas iaitu SapuraKencana Petroleum, turut menyaksikan kekayaannya susut kepada US$700 juta berbanding US$1.2 bilion, tahun lepas.
Namun, tidak semua hartawan Malaysia berdepan cabaran sedemikian.
Tan Sri Lau Cho Kun yang juga taikun kelahiran Sabah, mencecah status hartawan bertaraf 'bilionaire' dan muncul individu ke-15 terkaya di Malaysia menerusi hasil perladangan dan perdagangan dengan nilai kekayaannya US$1.08 bilion.


Beliau adalah pemegang saham terbesar dalam Hap Seng Consolidated Bhd.
Kekayaan taikun perisian, Goh Peng Ooi meningkat kira-kira US$450 juta kepada US$1.55 bilion dan tersenarai ahli perniagaan kesembilan terkaya di Malaysia.
Firma miliknya, Silverlake Axis kini membekalkan perisian kewangan kepada 40 peratus bank di serata Asia Tenggara.
Antara syarat untuk tersenarai tahun ini adalah pemilikan kekayaan minimum  US$240 juta iaitu meningkat daripada US$220 juta.
Senarai penuh boleh diperolehi di www.forbes.com/malaysia dan edisi terbaharu Forbes Asia.

Tuesday, 24 February 2015

Perusahaan Turki Tertarik Bangun Perusahaan Panas Bumi Di Indonesia.


Pembangkit listrik panas bumi atau geothermal
Pembangkit listrik panas bumi atau geothermal

Jakarta: Perusahaan Energi asal Turki, Hitay Energy Holdings, berminat melakukan investasi di Banten. Rencananya perusahaan ini akan mendirikan perusahaan panas bumi atau geothermal di wilayah Kabupaten Pandegelang. Ketertarikan tersebut karena potensi geothermal yang ada di Banten Cukup Besar.

Kepala Badan Koordinasi Penanaman Modal dan Pelayanan Terpadu (BKPMPT), Ranta Soeharta mengungkapkan ada sekitar 200 mega watt potensi panas bumi di wilayah Pandegelang.

“Mereka (Hitay) tertarik mendirikan perusahaan panas bumi, karena memang saat ini, di Eropa sudah banyak Negara yang mulai mengembangkan energi baru terbarukan (EBT). Dan ternyata di Banten banyak potensi  panas buminya,” kata Ranta ketika ditemui di ruangannya, Selasa (24/2).

Namun saat ini belum ada persetujuan antara pemprov Banten serta Hitay. Karena, menurut Ranta, perusahaan asal Eropa Timur tersebut masih harus mengecek keberadaan panas buminya, serta harus mendapatkan data yang pasti dari badan geologi nasional.

“Karena yang mengeluarkan data tentu badan Geologi Nasional. Tapi sampai saat ini, perwakilan dari Hitay masih berhubungan via telepon, mereka juga sudah tidak sabar untuk memastikannya,” kata Ranta. 

Menurut Ranta, Hitay awalnya tertarik Hetai membangun pembangkit listrik tenaga angin di kawasan Banten Selatan, yaitu di Kabupaten Pandegelang dan Lebak. Ranta mengatakan, ketertarikan Hitay yang ingin membangun pembangkit listrik tenaga angin di Banten karena garis pantai yang cukup panjang di kawasan Banten Selatan, sehingga potensi angin sangat besar.

“Pantai selatan lumayan pajang, angin dari laut cukup banyak makanya  sangat potensial jika mendirikan pembangkit listrik tenaga angin,” katanya.

Mantan Kepala Dinas Perdagangan dan Perindustrian provinsi Banten ini juga mengatakan jika nantinya Hitay jadi menanamkan investasi di Banten, target investasi Banten pada 2015 sedikit berkurang. “Namun, belum pasti tahun ini Hitay akan mendirikan perusahaan, karena masih banyak proses yang harus dilalui,” jelasnya.  (ROS)

Thursday, 19 February 2015

Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146%). Singapore, Korea Selatan, US, UK Pun Kalah. Kenaikan Harga Rumah (2007 – 2Q2014) Naik 67%!

hutang isi rumah
Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146%). Singapore, Korea Selatan, US, UK Kalah Pun Kalah. Kenaikan Harga Rumah (2007 – 2Q2014) Naik 67%! Sejarah ekonomi di beberapa ekonomi terbesar di dunia termasuklah negara Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia yang mana masalah hutang isi rumah yang sangat tidak mampan telah menjadi teras utama disebalik tragedi kemelesetan dan kegawatan ekonomi pada tahun 2008.
Inilah yang ditunjukkan dalam satu laporan khas yang dikeluarkan sendiri Mckinsey Global Institute (MGI) baru-baru ini berkenaan hutang isi rumah bagi negara-negara di dunia. Hutang isi rumah tidak boleh dibuat main contoh hutang pinjaman rumah, ia sangat sensitif terhadap krisis dan kemelesetan dek kerana peminjam akan terus bergelut untuk membayar balik hutang pinjaman rumah mereka.

Semakan Laporan McKinsey Global Institute (MGI) : Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna

Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap McKinsey Global Institute (MGI) mendapatkan kenaikan harga rumah di Malaysia yang berlaku antara tahun 2007 hingga tahun suku kedua tahun 2014 telah mencatatkan angka yang boleh Berita Semasa agak mengejutkan iaitu kenaikan sekitar 67% sekaligus :
  • Malaysia diangkat sebagai salah sebuah negara yang tersenarai dalam senarai negara yang memiliki hutang isi rumah dibanding pendapatan boleh guna rakyat Malaysia yang sangat tidak lestari (Belanda, Korea Selatan, Kanada, Sweden, Australia, Malaysia, dan Thailand)
  • Malaysia bersama-sama dengan Thailand mempunyai hutang isi rumah vs pendapatan boleh guna yang sudah setahap negara maju
  • McKinsey Global Institute (MGI) meletakkan nisah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat bagi negara membangun berada pada kadar purata 121% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 280% untuk negara maju
  • Nisbah Hutang isi rumah Malaysia VS pendapatan boleh guna rakyat Malaysia adalah 146% daripada pendapatan sekarang melampaui tahap hutang isi rumah di Amerika Syarikat (99%) dan United Kingdom (133%) pada 2Q14
Mckinsey Global Institute (MGI) memberikan amaran supaya Malaysia memantau masalah hutang isi rumah yang semakin melampaui jangkauan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia sekarang ini bagi mengelakkan ia terdedah kepada risiko yang lebih serius.
Hakikatnya, hari ini nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan boleh guna rakyat negara ini dikategorikan sebagai antara yang tertinggi di dunia, sehingga mampu negara membanguna seperti Malaysia mampu mengalahkan negara maju yang lain termasuklah Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom. Ia membuatkan Berita Semasa tertanya-tanya, apakah puncanya dan bagaimana boleh menjadi seteruk ini?
P/S : Anda boleh semak gambar-gambar dan butiran laporan yang telah Berita Semasa sertai di galeri gambar atas
PP/S : Hari ini juga Kanada dijangka sedang berhadapan dengan krisis dengan kerana data ini. Berhati-hati…

Wednesday, 18 February 2015

Tipu Emas RM14J, Mengapa Biarkan Masih Operasi?


 
KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah syarikat jual beli emas serta rakannya mendakwa mereka kerugian lebih RM14 juta setelah menjadi mangsa penipuan ejen urus niaga dan pengedar jongkong emas.
Pengadu berkenaan, Ismazali Mohd Ismail, 32, yang juga pemilik Syarikat Habib Gold  and  Jewelleries di Shah Alam mengaku ditipu ejen terbabit yang mempunyai sebuah syarikat berdaftar di Seremban.

"Sejak lima bulan lepas, saya sudah membeli jongkong emas dalam skala kecil dan tiada masalah berurusan dengan ejen berkenaan yang mana setiap barang yang kita tempah, akan dipenuhi dalam tempoh dijanjikan.
"Tetapi dalam urusan jual beli November lepas yang babitkan jumlah pembelian yang besar, barang yang dijanjikan gagal disampaikan sehingga ke hari ini.
"Alasan yang diberikan ialah barang itu tiada. Malah duit saya dan pembeli lain juga tidak dipulangkan langsung," katanya pada pemberita di sini, Selasa.

Beliau percaya modus operandi ejen berkenaan adalah dengan memancing pelanggannya membeli jongkong emas pada jumlah yang besar dengan harga murah berbanding harga sebenar dipasaran sebelum menipu pembeli.
Ismazali berkata, beliau telah membuat satu laporan polis di Seremban dan telah memfailkan permohonan injunksi ke mahkamah semalam untuk tindakan lanjut.
Rakan mangsa yang juga seorang ahli perniagaan, Abdul Malik Dasthigeer berkata, beliau tidak menyangka ejen tersebut sanggup menipu pihak mereka memandangkan urusan jual beli melibatkan jumlah yang besar.
"Saya meminta orang ramai agar tidak tertipu dengan ejen ini yang masih lagi berani beroperasi sehingga hari ini dengan iklan-iklan yang ditampalkan di banyak tempat di Seremban dan Lembah Klang," katanya. (mStar)

Pihak bertanggungjawab, mengapa dibiarkan penipu ini masih beroperasi? Sila ambil tindakan segera.. (IH)

Monday, 16 February 2015

Raja Coklat 'Ferrero Rocher' Meninggal Dunia


Beberapa produk popular yang dihasilkan oleh Michele Ferrero.

ROM: Michele Ferrero - raja coklat yang juga merupakan orang terkaya Itali telah meninggal dunia, pada usia 89 tahun Sabtu lepas.
Di bawah empayar syarikat coklatnya, mereka telah menghasilkan sekurang-kurangnya tiga jenama paling popular di dunia iaitu 'Ferrero Rocher', 'Tic Tac' dan 'Nutella'.
Jualan tahunan syarikat Ferrero berjumlah sekitar £6 bilion.
Mendiang telah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Monaco selepas berbulan-bulan menderita sakit tua.
Presiden Itali, Sergio Mattarella mendahului senarai kenamaan yang mengucapkan takziah kepada keluarga Ferrero sambil menyifatkannya sebagai seorang usahawan tulin yang dilahirkan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Syarikatnya kini akan diwarisi oleh anak lelaki keduanya, Giovanni. Abang kepada Giovanni, Pietro, meninggal dunia di Afrika Selatan kerana serangan jantung pada 2011.
Ketika dia masih sihat, Michele Ferrero berulang alik setiap hari dari kediamannya di Monte Carlo ke ibu pejabat syarikatnya di Alba, Utara Itali menggunakan helikopter.
Dia tidak pernah mengizinkan orang luar menguasai syarikat yang ditubuhkan oleh bapanya pada tahun 1946 itu.
Produk yang dihasilkan olehnya terjual di 53 buah negara.
Ferrero tersenarai sebagai manusia yang ke-30 terkaya di dunia dengan nilai harta dan tunai sebanyak AS$23.4 bilion. (mStar)

Friday, 13 February 2015

Singapura, China pemilik hartanah terbesar kalangan warga asing di Johor

Shu Qi
JOHOR BAHRU, 12 FEB: Warga China dan Singapura menjadi pemilik terbesar di kalangan rakyat negara asing yang menguasai sektor hartanah di negeri Johor.

Kerajaan negeri Johor telah meluluskan 2,078 permohonan dari warga China tahun lalu, meningkat hampir 500% daripada kelulusan 436 permohonan pada tahun 2013.

Kelulusan permohonan daripada warga Singapura pula adalah 4,314, iaitu jumlah yang tertinggi untuk tahun lalu tetapi peratusannya kurang berbanding tahun 2013 di mana 5,335 permohonan telah diluluskan.

Kerajaan negeri Johor mengesahkan butir-butir tersebut dalam jawapan kepada soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Senai, Wong Shuqi di persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Selepas Singapura dan China, pemilik asing hartanah Johor yang besar adalah Indonesia dengan 455 permohonan diluluskan pada tahun lalu, diikuti oleh Jepun (271), India (155) dan banyak lagi negara dan syarikat lain.

Di kalangan negara umat Islam antarabangsa, selain Indonesia, permohonan hartanah yang diluluskan oleh kerajaan Johor untuk mereka pada tahun lalu adalah Bangladesh (35), Pakistan (12), Yemen (7), Iraq (2), Turki (1) dan UAE (1). – Roketkini.com

Thursday, 12 February 2015

Ringgit semakin lemah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit terus dibuka rendah berbanding dolar AS kerana sentimen bulis terhadap mata wang ekonomi terbesar dunia itu menjauhkan pelabur terhadap mata wang tempatan dan Asia.
Lima minit selepas pembukaan, ringgit disebut harga pada 3.6165/6195 berbanding dolar daripada penutupan semalam 3.5970/6000.
Ringgit juga dibuka rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.
Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 2.6567/6598 daripada 2.6482/6506 sebelumnya dan jatuh kepada 3.0100/0137 berbanding yen daripada 3.0050/0088 semalam.
Unit tempatan juga rendah berbanding pound pada 5.5097/5147 daripada 5.4879/4940 semalam dan berbanding euro ia susut kepada 4.0913/0955 daripada 4.0689/0730 pada Rabu. - BERNAMA