Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS
Pendapatan Boleh Guna (146%). Singapore, Korea Selatan, US, UK Kalah Pun
Kalah. Kenaikan Harga Rumah (2007 – 2Q2014) Naik 67%! Sejarah ekonomi
di beberapa ekonomi terbesar di dunia termasuklah negara Amerika
Syarikat telah menunjukkan kepada dunia yang mana masalah hutang isi
rumah yang sangat tidak mampan telah menjadi teras utama disebalik
tragedi kemelesetan dan kegawatan ekonomi pada tahun 2008.
Inilah yang ditunjukkan dalam satu
laporan khas yang dikeluarkan sendiri Mckinsey Global Institute (MGI)
baru-baru ini berkenaan hutang isi rumah bagi negara-negara di dunia.
Hutang isi rumah tidak boleh dibuat main contoh hutang pinjaman rumah,
ia sangat sensitif terhadap krisis dan kemelesetan dek kerana peminjam
akan terus bergelut untuk membayar balik hutang pinjaman rumah mereka.
Semakan Laporan McKinsey Global Institute (MGI) : Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna
Berdasarkan semakan Berita Semasa
terhadap McKinsey Global Institute (MGI) mendapatkan kenaikan harga
rumah di Malaysia yang berlaku antara tahun 2007 hingga tahun suku kedua
tahun 2014 telah mencatatkan angka yang boleh Berita Semasa agak
mengejutkan iaitu kenaikan sekitar 67% sekaligus :
- Malaysia diangkat sebagai salah sebuah negara yang tersenarai dalam senarai negara yang memiliki hutang isi rumah dibanding pendapatan boleh guna rakyat Malaysia yang sangat tidak lestari (Belanda, Korea Selatan, Kanada, Sweden, Australia, Malaysia, dan Thailand)
- Malaysia bersama-sama dengan Thailand mempunyai hutang isi rumah vs pendapatan boleh guna yang sudah setahap negara maju
- McKinsey Global Institute (MGI) meletakkan nisah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat bagi negara membangun berada pada kadar purata 121% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 280% untuk negara maju
- Nisbah Hutang isi rumah Malaysia VS pendapatan boleh guna rakyat Malaysia adalah 146% daripada pendapatan sekarang melampaui tahap hutang isi rumah di Amerika Syarikat (99%) dan United Kingdom (133%) pada 2Q14
Mckinsey Global Institute (MGI)
memberikan amaran supaya Malaysia memantau masalah hutang isi rumah yang
semakin melampaui jangkauan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia
sekarang ini bagi mengelakkan ia terdedah kepada risiko yang lebih
serius.
Hakikatnya, hari ini nisbah hutang isi
rumah berbanding pendapatan boleh guna rakyat negara ini dikategorikan
sebagai antara yang tertinggi di dunia, sehingga mampu negara membanguna
seperti Malaysia mampu mengalahkan negara maju yang lain
termasuklah Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom.
Ia membuatkan Berita Semasa tertanya-tanya, apakah puncanya dan
bagaimana boleh menjadi seteruk ini?
P/S : Anda boleh semak gambar-gambar dan butiran laporan yang telah Berita Semasa sertai di galeri gambar atas
PP/S : Hari ini juga Kanada dijangka sedang berhadapan dengan krisis dengan kerana data ini. Berhati-hati…
No comments:
Post a Comment