Monday 20 June 2011

Ekonomi Bumi Lama Tak Sesuai, -K/Pemuda UMNO

Agenda ekonomi Bumi lama tak lagi sesuai, kata Khairy

June 20, 2011
Khairy (kiri) bersama pengerusi UDA Nur Jazlan pada hari ini di Kuala Lumpur. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 20 Jun — Sambil menekankan bahawa agenda Bumipuetra semasa tidak lagi sesuai, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kaum Melayu perlu berhadapan dengan realiti dan tidak seharusnya bergantung pada pemberian kerajaan semata-mata.

Sehubungan itu Khairy juga mempertahankan UDA Holdings Bhd daripada krikan segelintir pemimpin Umno dan Perkasa yang mendakwa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mengabaikan agenda Bumiputera dengan tidak melantik pelabur-pelabur Bumiputera untuk membangunkan projek Bukit Bintang City Centre, yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

“Saya berharap mereka yang terus mengkritik UDA, mesti bersandarkan alasana-alasan kukuh. Mereka perlu berhadapan dengan realiti situasi hari ini.

“JIka, UDA tidak membuat keputusan, maka ia tidak boleh kekal beroperasi dan ia mempunyai viabiliti jangka panjang,” kata beliau.

Kata Khairy, jika UDA tidak dapat kekal oeprasi maka ia terpaksa melelongkan asetnya sebab mempunyai banyak hutang.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional berkata, langkah menyelesaikan pinjaman sahaja memaksa syarikat itu memerlukan berjuta ringgit.

“Agenda Bumiputera hari ini bukan agenda lama yang bersandarkan pada pemberian (kerajaan) tetapi mengenai masa depan dan viabiliti. “Bagaimana UDA boleh berkekalan dalam jangka panjang dan menyediakan pulangan yang baik,” katanya pada sidang media selepas mengunjungi ibu pejabat UDA di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment