Sunday 6 November 2011

Pengeksport M'sia Raih RM42,336J di Canton


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malayia (Matrade) memperoleh jualan RM42,336 juta dari Pameran Canton ke-110 selama lima hari yang berakhir Jumaat lalu di Guangzhou.

Syarikat Malaysia yang kebanyakannya dari sektor makanan dan kesihatan turut memperoleh jualan RM518,000, kata Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Dr Wong Lai Sum.

"China sendiri dengan populasi yang besar menawar pasaran yang besar ditambah dengan jumlah pelabur yang bertambah. Kini terdapat banyak permintaan untuk pelbagai jenis makanan antarabangsa.

"Ramai orang luar yang mengunjungi pameran ini setiap tahun dan terdapat peluang bukan sahaja untuk menjual kepada China tetapi juga kepada pasaran baru ini,” katanya dalam kenyataan yang dihantar ke sini.

Menerusi kehadiran pembeli luar, Malaysia berharap untuk mempromosi eksport terutama produk makanan dan minuman, kesihatan dan kesejahteraan serta menyediakan platform strategik untuk meneroka pasaran China dan global.

Pameran ini juga diharap dapat mempromosi imej negara sebagai sumber import barangan berkualiti tinggi yang boleh dipercayai dan kompetetif serta mempromosi perkhidmatan Matrade kepada pengimport asing dan tempatan untuk mendapatkan produk daripada Malaysia.

Dengan kejayaan kali ini, Matrade berkata ia merupakan permulaan baik untuk membawa kompulan peserta lebih besar ke Pameran Canton pada April 2012. - Bernama.

No comments:

Post a Comment