SUBANG JAYA – Malaysia menduduki tangga kedua dalam kalangan
negara-negara Asia dan tangga ke-21 dunia dari segi pertumbuhan industri
francais.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Hasan Malek berkata, pada tahun lalu, industri francais menyumbang
sebanyak RM23.6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
“Melalui angka-angka yang kita peroleh di peringkat global sudah mula
menampakkan satu kemajuan yang begitu ketara sekali dalam industri
francais,” katanya selepas merasmikan pembukaan kedai serbaneka, Circle K
di Skypark Subang Terminal di sini semalam.
No comments:
Post a Comment