SULTAN HASSANAL
BEVERLY HILLS, California - Sebuah kumpulan penyokong lesbian, gay,
biseksual, dan transgender (LGBT) bertindak memindahkan lokasi
persidangan yang dirancang diadakan lewat tahun ini dari Hotel Beverly
Hills di sini ke satu lokasi lain, lapor akhbar dalam talian
MailOnline semalam.
Tindakan tersebut dibuat kerana membantah dasar anti gay yang dilaksanakan oleh pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah
Sultan Hassanal merupakan pemilik hotel berkenaan.
Diasaskan oleh aktivis Tim Gill, kumpulan tersebut, Dana Bertindak Gill dijadual menganjurkan persidangan bertajuk
Winning the Heartland bagi meraih sumbangan dana ahli-ahli politik di hotel itu bermula 1 hingga 4 Mei depan.
Namun, ekoran hukum hudud yang akan berkuat kuasa di Brunei pada
hujung bulan ini, kumpulan itu telah membatalkan sidang di Hotel Beverly
Hills dan kini mencari satu lokasi lain.
Agensi: SEBUAH pertubuhan gay membatalkan persidangan yang bakal diadakan di Hotel Beverly Hills, California.
"Susulan dasar anti gay yang diluluskan oleh kerajaan Brunei, kami
membuat keputusan untuk memindahkan persidangan ini ke tempat lain,"
kata Pengarah Eksekutif Dana Bertindak Gill, Kirk Fordham dalam satu
temu bual bersama laman berita washingtonblade.com.
"Kami mahu deposit kami dikembalikan," tambahnya.
Pada tahun lalu, Sultan Hassanal mengumumkan bahawa Brunei akan mula
melaksanakan hukum hudud yang membawa hukuman berat termasuk rejam
sampai mati ke atas jenayah seks termasuk rogol, liwat dan zina. (Kosmo)
No comments:
Post a Comment