Imej di atas menunjukkan bagaimana kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar AS dilaporkan oleh media-media di Malaysia.
Perkataan 'Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS'
digunakan.. dengan membaca tajuknya sepintas lalu ramai yang tak
berminat nak ambil tahu..
Biarpun apa yang dilaporkan itu adalah satu perkara yang harus dipandang
serius oleh kebanyakkan rakyat Malaysia namun cara ianya dilaporkan
mengurangkan minat rakyat Malaysia untuk ambil peduli..
Laporan penuhnya bacalah kat bawah ni..
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam awal
dagangan hari ini kerana dolar mendapat sokongan pelabur berikutan
penurunan harga minyak, kata peniaga.
Hingga jam 9.22 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 3.4415/4415 berbanding 3.4225/4255 pada penutupan semalam.
Ringgit juga lebih rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen.
Ia rendah berbanding dolar Singapura pada 2.6233/6250 daripada
2.6190/6215 pada penutupan semalam, jatuh berbanding euro kepada
4.2623/2662 daripada 4.2576/262, dan jatuh berbanding pound British
kepada 5.3829/3877 daripada 5.3822/3876.
Ringgit bagaimanapun naik sedikit berbanding yen kepada 2.8806/8835 daripada 2.8809/8839 semalam. - BERNAMA
Manakala berikut pula adalah bagaimana kejatuhan Ringgit Malaysia dilaoprkan oleh media-media di negara jiran kita..
Ini adalah laporan dari media Singapura..
SINGAPURA, 1 Dis - Ringgit Malaysia jatuh ke paras paling rendah dalam
tempoh 10 bulan berbanding dolar Singapura ekoran kebimbangan bahawa
kejatuhan berpanjangan harga minyak mentah akan menjejaskan ekonomi
negara pengeksport minyak itu.
Peniaga berkata ringgit terjejas akibat kejatuhan harga minyak kerana
Malaysia selaku negara pengeksport komoditi tersebut akan mencatat
penurunan pendapatan daripada sektor berkenaan.
Pada jam 4 petang ini (1 Dis) , kadar tukaran ringgit Malaysia bagi satu dolar Singapura ialah RM2.63 susut 2.3 peratus.
Ringgit juga jatuh sebanyak 2.5 peratus berbanding dolas AS dalam masa
dua hari, iaitu kejatuhan terburuk sejak jun 1990 menurut laporan akhbar
Straits Times Singapura hari ini.
Para penganalisis berkata, Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia
yang paling teruk terjejas oleh jangkaan kejatuhan berterusan harga
minyak dunia.
Industri minyak menyumbang sebanyak satu pertiga kepada hasil Malaysia.
Sementara itu, pasaran saham Malaysia susut 3 peratus selepas Petronas
mengumumkan pada Jumaat lalu rancangannya untuk memotong perbelanjaan
modal antara 15 hingga 20 peratus tahun depan.
Agensi berita Reuters memetik Johathan Cavenagh, Strategis Kanan tukaran
asing di Westpac Singapura sebagai berkata, pengumuman tersebut
menambahkan lagi berita negativedan beliau menjangka sehingga harga
minyak kembali stabil, ringgit berisiko akan terus mengalami kejatuhan. -
Agensi
Itu dari Singapura.. berikut pula adalah dari Brunei..
Tapi.. kata macai.. "Mana ada teruknya... 7 Januari 1998 dulu lagi
teruk.. masa tu USD1 sama dengan RM4.88, sekarang baru USD1 sama dengan
RM3.42...jauh lagi tu.."
Ya lah tu... tak teruk.. walaupun kini kuasa membeli rakyat Malaysia semakin menguncup..
Eh?.. Siapa Menteri Kewangan Negara kita ni agaknya?. siapa penasihat
dia agaknya?.. sedang buat apa?.. nak tunggu USD1 sama dengna RM5.00 ke? (
Anak Sungai Derhaka)