JOM KREATIF HANYA yang `hati kering’ sahaja akan berani mengunjungi salon ini. Ia kerana Kaizo Salon N Spa ini menawarkan perkhidmatan potong rambut menggunakan api. Salon yang terletak di Mumbai, India ini dimiliki oleh `Meet Gala’ dan kaedah bakar rambut itu kini menjadi semakin popular di kalangan pelanggan. “Kami menggunakan idea kreatif ini untuk menampakkan perkhidmatan yang diberikan ini adalah unik. “Ramai kawan saya mahu melakukan sesuatu dengan rambut mereka tetapi dengan syarat ia tidak merosakkan rambut,” kata Meet Gala. Untuk proses bakar rambut itu, salon berkenaan akan menyapu pewangi khas ke rambut supaya ia tidak berbau terbakar. Bahan kimia diletakkan untuk mengelakkan api membakar kepala dan ia dicipta oleh bapanya yang merupakan jurutera kimia. “Selepas itu saya menyikat rambut. Ia juga membuang rambut bercabang,’’ kata Meet Gala. (IH)
KUALA LUMPUR – Sekumpulan 28 individu hari ini membuat laporan polis mendakwa ditipu oleh Yayasan Amanah Niaga Kebangsaan Malaysia berhubung pelaburan wang melibatkan kerugian kira-kira RM4.7 juta.
Mereka yang mendapatkan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mula melabur pada 2016 dengan pulangan yang dijanjikan antara 20 dan 35 peratus setiap bulan.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu di sini, seorang mangsa, Mohd Zulkifli Ahamad, 58, berkata pada peringkat awal, dia menerima pulangan pelaburan pada setiap bulan namun bermula Februari 2017 syarikat gagal membuat bayaran secara konsisten.
Dia yang mengalami kerugian kira-kira RM300,000 juga berkata syarikat berkenaan beroperasi di seluruh negara dan didalangi oleh dua individu dengan seorang mendakwa bergelar ‘Datuk Seri’.
Sementara itu, Pengerusi PPIM Datuk Hishamuddin Hashim berkata nama syarikat yang menggunakan perkataan ‘yayasan’ membuatkan orang ramai tertarik dengan pelaburan berkonsepkan emas yang ditawarkan.
“Pada 20 Februari lalu, saya telah menghantar notis tuntutan meminta syarikat mengembalikan pelaburan dan juga membayar pulangan yang tertunggak, namun mereka menghantar peguam berserta satu sampel perjanjian penyelesaian yang pada pandangan saya tidak memberi sebarang jaminan mereka akan mengotakan janji itu,” katanya.
Hishamuddin berkata berdasarkan siasatan PPIM, lebih 100 pelabur di seluruh negara terlibat dengan syarikat berkenaan.
“Justeru saya minta mereka yang ditipu oleh syarikat ini tampil membuat laporan polis selain menghubungi PPIM agar kita boleh satukan aduan mereka dan ambil tindakan seterusnya,” katanya. – BERNAMA
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengarahkan syarikat pengimport sardin dalam tin jenama TL Tan Lung dan TLC menarik balik produk berkenaan daripada pasaran negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, analisis yang dilakukan ke atas produk dari China terbabit mengandungi bendasing iaitu nematoda(sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.
“Hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari China tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
“Syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk tersebut. Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sebelum ini tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.
Laporan menyatakan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin menarik balik produknya dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk diimport dari negara China itu.
Noor Hisham berkata, jika pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman webhttp://moh.spab.gov.my.
“Orang ramai boleh juga melayari laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
SEMPENA ‘Bulan Daging Eksotik’, sebuah restoran makanan segera di Amerika Syarikat telah menyediakan hidangan baru melalui burger yang dijualnya dengan menghidangkan labah-labah gergasi tarantula dalam burger.
Bull City Burger and Brewery merupakan restoran yang terletak di bandar Durham, North Carolina telah menawarkan menu pelik burger daging bersama tarantula buat pengunjung yang hadir ke restoran tersebut.
Menurut akhbar tempatan, sebelum diletakkan di atas burger daging lembu yang dipesan oleh pelanggan, tarantula tersebut dibakar terlebih dahulu di dalam ketuhar.
BULL CITY BURGER AND BREWERY TERLETAK DI BANDAR DURHAM, NORTH CAROLINA, AMERIKA SYARIKAT.
Pelanggan yang telah merasai burger tersebut memaklumkan, rasanya seperti ketam dan logam. Bahagaian yang istimewa memberikan rasa yang berlainan adalah pada bahagian badan dan setiap kaki serangga tersebut.
Menu tersebut dijual pada harga AS$30 (RM116) dan nama pelanggan akan dicabut undi terlebih dahulu sebelum terpilih untuk menikmati burger tersebut.
Sebanyak empat pengunjung sudah mencuba menu tersebut setakat ini dan diberi sehelai baju setiap seorang sebagai ‘hadiah’.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 18 ekor tarantula dimiliki oleh restoran tersebut bakal dihidangkan kepada pelanggan mereka.
Selain tarantula, turut dihidangkan bersama daging buaya air masin, iguana, ular sawa, seladang dan kura-kura dalam burger.
Hanya pelanggan yang berani dan sukakan kelainan untuk berkunjung ke premis tersebut dan merasai menu pelik yang dihidangkan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE
WANITA sememangnya terdedah dengan ancaman serangan seksual seperti rogol dan pencabulan, oleh itu tidak hairanlah jika ramai yang takut untuk ke luar seorang diri terutamanya pada waktu malam.
Berikutan itu, sebagai usaha mencegah jenayah tersebut dari terus berlaku seorang penuntut Universiti Alabama, Amerika Syarikat berjaya menghasilkan gelang tangan pintar untuk keselamatan kaum wanita, lapor Daily Mail.
Jayun Patel berkata, gelang yang dihasilkan itu dilengkapi dengan alat yang memantau sebarang pergerakan dan mengesan perubahan pada tubuh pemakainya sebelum menghantar isyarat bahaya.
Isyarat itu akan terus memberi amaran kepada polis atau mana-mana pihak yang berada dalam senarai nama pemakai sebaik sahaja mengesan bahawa individu itu diganggu.
Gelang canggih itu akan menghubungkannya kepada telefon pintar melalui bluetooth dan segera menghantar mesej kepada pihak kecemasan termasuk maklumat tentang lokasi pemakai.
Selain itu,silauan cahaya merah dan bunyi penggera yang kuat turut dipasang bagi menarik perhatian orang ramai yang berada berhampiran dan menakutkan penyerang melalui gelang tersebut.
Profesor Madya, Dr. Ragib Hasan yang juga terlibat dalam menghasilkan alatan canggih itu memberitahu, gelang tersebut dapat melindungi pemakainya daripada serangan seksual yang sering berlaku di kampus kolej seperti di universiti berkenaan.
Gelang itu juga boleh mengesan sama ada pemakainya sedang dalam posisi berdiri atau baring dengan dilengkapi teknologi Adafruit Circuit Playground, pengesan tekanan, Sistem Kedudukan Global (GPS) dan mikrofon.
“Cabaran besar untuk menghalang serangan ialah mangsa lazimnya sukar untuk melepaskan diri bagi mendapatkan bantuan.
“Sangat sukar bagi individu yang sedang bergelut dengan penjenayah, mencari ruang menekan butang telefon untuk meminta bantuan,” katanya.
Gelang berkenaan kini masih lagi dalam bentuk prototaip dan dijangka dijual pada harga kurang daripada AS$40 (RM155).
Patel berkata beliau mahu memperluaskan teknologi dan mencipta barangan pintar yang lain, seperti kasut dan anting-anting, yang berfungsi untuk menjaga keselamatan orang ramai. – MYNEWSHUB.CC/MIZE
UNIK… Para saintis dari Neumayer Station III yang kini tinggal di Antartika, berjaya peroleh sayuran dalam kuantiti yang banyak dengan 3.6 kilogram salad, 18 batang timun, dan 70 batang lobak.
Lebih menarik lagi, sayuran tersebut yang ditempatkan dalam sebuah makmal yang dipanggil EDEN-ISS disemai tanpa baja, cahaya matahari atau penggunaan racun perosak.
Menurut National Geographic Indonesia, para penyelidik telah menggunakan kaedah hidroponik dengan menggunakan kitaran air yang boleh digunakan semula, mengawal lampu LED dan memantau tahap karbon dioksida.
Bagaimanapun, menurut Pakar Penyelidik, Paul Zabel, mereka menghadapi cabaran cuaca yang tidak menentu sekaligus boleh menjejaskan sayur-sayuran tersebut.
“Selepas menyemai benih pada pertengahan bulan Februari, saya terpaksa menghadapi beberapa masalah yang tidak dijangka seperti kegagalan sistem dan ribut yang sangat kuat. Namun semua itu dapat diatasi,” katanya.
Pusat Aeroangkasa Jerman yang menyelaraskan projek itu sedang merancang untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 4-5 kilogram sayur-sayuran seminggu.
Projek ini lebih tertumpu kepada menghasilkan varian yang lebih luas seperti lobak, salad, tomato, timun, lada, dan jenis tumbuhan rempah.
Dengan suhu yang mencecah -20 darjah celcius, para saintis mampu menanam pelbagai lagi jenis buah-buahan dan sayuran.
Pengurus projek penanaman, Daniel Schubert berkata, kini mereka sedang menunggu strawberi untuk berbuah yang akan dimakan sebagai pencuci mulut.
“Anda perlu sabar ketika menanam strawberi. Sekarang, kami sedang menunggu dia berkembang,” ujarnya. (IH)
KOTA BHARU: Peminat durian kunyit berpeluang mendalami mengenai spesis pokok terbabit yang akan dibincangkan pada Karnival Antarabangsa Bio Kelantan.
Karnival terbabit yang bertema 'Bioteknologi: Anugerah Ilahi Untuk Semua' diadakan bermula hari ini hingga 8 April diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Dato' Che Abdullah Mat Nawi berkata, pakar dalam bidang penanaman durian kunyit dijemput khas mendedah potensi pokok tersebut.
Katanya seminar mengenai durian kunyit akan diadakan sempena karnival terbabit yang berpotensi dikomersialkan.
“Selain itu seminar penternakan naimbif, kecantikan, kesihatan dan penggunaan herba juga diadakan. Aktiviti lain yang diadakan termasuk pertandingan inovasi dan bio grafiti.
“Sebanyak 24 agensi dan syarikat swasta tempatan dan antarabangsa menyertai program terbabit. Pesertanya dari luar negara seperti Thailand, Korea dan China juga hadir sama," katanya di sini.
Karnival terbabit turut diadakan Anugerah Inovasi dan Tokoh Bio Kelantan. - HARAKAHDAILY 4/4/2018
Peluang Kerja dan Jadi Usahawan Gunting Rambut. Tel Terus.. ABBU 011 33111321 (KL) E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB) Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
RM200-RM300 Sehari. Peluang Kerja Korea Selatan. Hanya RMXXXX Tiket & Khidmat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
I was right
-
Refer to my previous entry: Will there be WW3? Finally, common sense
prevails. The US and Iranian leadership chose the right path: immediate
de-escalation....