Monday 9 April 2018

Saintis Berhasil Tanam Sayur di Antartika.




UNIK… Para saintis dari Neumayer Station III yang kini tinggal di Antartika, berjaya peroleh sayuran dalam kuantiti yang banyak dengan 3.6 kilogram salad, 18 batang timun, dan 70 batang lobak.

Lebih menarik lagi, sayuran tersebut yang ditempatkan dalam sebuah makmal yang dipanggil EDEN-ISS disemai tanpa baja, cahaya matahari atau penggunaan racun perosak.
Menurut National Geographic Indonesia, para penyelidik telah menggunakan kaedah hidroponik dengan menggunakan kitaran air yang boleh digunakan semula, mengawal lampu LED dan memantau tahap karbon dioksida.
Bagaimanapun, menurut Pakar Penyelidik, Paul Zabel, mereka menghadapi cabaran cuaca yang tidak menentu sekaligus boleh menjejaskan sayur-sayuran tersebut.
“Selepas menyemai benih pada pertengahan bulan Februari, saya terpaksa menghadapi beberapa masalah yang tidak dijangka seperti kegagalan sistem dan ribut yang sangat kuat. Namun semua itu dapat diatasi,” katanya.
Pusat Aeroangkasa Jerman yang menyelaraskan projek itu sedang merancang untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 4-5 kilogram sayur-sayuran seminggu.
Projek ini lebih tertumpu kepada menghasilkan varian yang lebih luas seperti lobak, salad, tomato, timun, lada, dan jenis tumbuhan rempah.
Dengan suhu yang mencecah -20 darjah celcius, para saintis mampu menanam pelbagai lagi jenis buah-buahan dan sayuran.
Pengurus projek penanaman, Daniel Schubert berkata, kini mereka sedang menunggu strawberi untuk berbuah yang akan dimakan sebagai pencuci mulut.
“Anda perlu sabar ketika menanam strawberi. Sekarang, kami sedang menunggu dia berkembang,” ujarnya. (IH)

No comments:

Post a Comment