Tuesday 17 April 2018

Burger Labah-labah Berharga RM116



SEMPENA ‘Bulan Daging Eksotik’, sebuah res­toran makanan segera di Amerika Syarikat telah menyediakan hidangan baru melalui burger yang dijualnya dengan menghidangkan labah-labah gergasi tarantula dalam burger.

Bull City Burger and Brewery merupakan restoran yang terletak di bandar Durham, North Carolina telah menawarkan menu pelik burger daging bersama tarantula buat pengunjung yang hadir ke restoran tersebut.
Menurut akhbar tempatan, sebelum diletakkan di atas burger daging lembu yang dipesan oleh pelanggan, tarantula tersebut dibakar terlebih dahulu di dalam ketuhar.
 BULL CITY BURGER AND BREWERY TERLETAK DI BANDAR DURHAM, NORTH CAROLINA, AMERIKA SYARIKAT.
Pelanggan yang telah merasai burger tersebut memaklumkan, rasanya seperti ketam dan logam. Bahagaian yang istimewa memberikan rasa yang berlainan adalah pada bahagian badan dan setiap kaki serangga tersebut.
Menu tersebut dijual pada harga AS$30 (RM116) dan nama pelanggan akan dicabut undi terlebih dahulu sebelum terpilih untuk menikmati burger tersebut.
Sebanyak em­­pat pengunjung sudah mencuba menu tersebut setakat ini dan diberi sehelai baju setiap seorang sebagai ‘hadiah’.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 18 ekor tarantula dimiliki oleh restoran tersebut bakal dihidangkan kepada pelanggan mereka.
Selain tarantula, turut dihidangkan bersama daging buaya air masin, iguana, ular sawa, seladang dan kura-kura dalam burger.
Hanya pelanggan yang berani dan sukakan kelainan untuk berkunjung ke premis tersebut dan merasai menu pelik yang dihidangkan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE


No comments:

Post a Comment