Monday, 20 June 2011

Ekonomi Bumi Lama Tak Sesuai, -K/Pemuda UMNO

Agenda ekonomi Bumi lama tak lagi sesuai, kata Khairy

June 20, 2011
Khairy (kiri) bersama pengerusi UDA Nur Jazlan pada hari ini di Kuala Lumpur. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 20 Jun — Sambil menekankan bahawa agenda Bumipuetra semasa tidak lagi sesuai, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kaum Melayu perlu berhadapan dengan realiti dan tidak seharusnya bergantung pada pemberian kerajaan semata-mata.

Sehubungan itu Khairy juga mempertahankan UDA Holdings Bhd daripada krikan segelintir pemimpin Umno dan Perkasa yang mendakwa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mengabaikan agenda Bumiputera dengan tidak melantik pelabur-pelabur Bumiputera untuk membangunkan projek Bukit Bintang City Centre, yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

“Saya berharap mereka yang terus mengkritik UDA, mesti bersandarkan alasana-alasan kukuh. Mereka perlu berhadapan dengan realiti situasi hari ini.

“JIka, UDA tidak membuat keputusan, maka ia tidak boleh kekal beroperasi dan ia mempunyai viabiliti jangka panjang,” kata beliau.

Kata Khairy, jika UDA tidak dapat kekal oeprasi maka ia terpaksa melelongkan asetnya sebab mempunyai banyak hutang.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional berkata, langkah menyelesaikan pinjaman sahaja memaksa syarikat itu memerlukan berjuta ringgit.

“Agenda Bumiputera hari ini bukan agenda lama yang bersandarkan pada pemberian (kerajaan) tetapi mengenai masa depan dan viabiliti. “Bagaimana UDA boleh berkekalan dalam jangka panjang dan menyediakan pulangan yang baik,” katanya pada sidang media selepas mengunjungi ibu pejabat UDA di sini hari ini.

Sunday, 19 June 2011

Umno bunuh pengusaha kereta terpakai Bumiputera?




"Semakin hari rakyat, usahawan diperkenalkan dengan pelbagai akta dan undang-undang baru. Antaranya kereta terpakai perlu menjalani pemeriksaan Puspakom. Eloklah tu, pengusaha kereta terpakai bumiputera dah mula protes, mengatakan Akta ini MEMBUNUH PENGUSAHA DALAM KALANGAN BUMIPUTERA.


HIDUP MELAYU !

Apa boleh buat UMNO, PERKASA dan UTUSAN sibuk buat laporan polis Perhimpunan BERSIH, Bukannya nak MEMBELA PENIAGA MELAYU !

BANTAH PINDAAN AKTA.

Sinar Harian 17 Jun 2011 - Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka mendakwa, pengguna akan menerima kesan sekiranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meneruskan pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 yang berkuat kuasa semalam.

Mengikut pindaan itu, katanya, semua kereta terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum ia boleh dipindah milik kepada pembeli baru.

PENGUSAHA JUALAN KERETA TERPAKAI, ZAINAL ABU BAKAR, 38, PULA MENDAKWA, AKTA BERKENAAN JUGA AKAN MEMBUNUH PENGUSAHA DALAM KALANGAN BUMIPUTERA.

“Syarat akta berkenaan juga memaksa pengusaha melangsaikan segala baki pinjaman kenderaan terpakai dalam tempoh tujuh hari sebelum membolehkan pembeli membeli kereta baru.

“Ia sudah pasti membebankan pengusaha yang kekurangan modal untuk meneruskan perniagaan mereka,” katanya, sambil mendakwa ramai pengusaha bumiputera akan gulung tikar.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9199323.asp

Artikel berkaitan sebelum ini :

SEMUA PENJUAL KERETA AKAN SOKONG PAKATAN RAKYAT http://amkns.blogspot.com/2011/05/semua-penjual-kereta-akan-sokong.html

JUAL KERETA TERPAKAI KENA PERIKSA AIRCOND, GILA KE?

http://amkns.blogspot.com/2011/06/jual-kereta-terpakai-kena-periksa.html

"

(Diangkat dari Tranungkite Online)

Saturday, 11 June 2011

Tony Fernandes, Paling Kreatif Di Twitter


KUALA LUMPUR, 10 Jun — Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada 10 Individu Paling Kreatif di Twitter oleh edisi dalam talian majalah perniagaan FastCompany, FastCompany.com yang berpangkalan di New York.

Tony (gambar) disenaraikan pada tangga ke enam dalam edisi Jun majalah itu.

Mengungguli senarai adalah Hos American Idol dan personaliti radio, Ryan Seacrest, lapor Bernama Online hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tony, yang merupakan pengasas bersama Tune Group dan pengetua Team Lotus berkata: “Saya berbesar hati untuk berada dalam senarai 10 teratas, terutamanya untuk menjadi satu-satunya dari Malaysia dan Asia Tenggara untuk diberikan penghormatan ini.” (IH)

AS pernah minta China tidak jual firma Malaysia ....


Wikileaks: AS pernah minta China tidak jual firma Malaysia komponen misil

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Sebuah syarikat Malaysia yang ada hubungan dengan Iran telah cuba untuk membeli giroskop, yang digunakan untuk mengendalikan peluru berpandu, daripada China, demikian menurut maklumat kabel diplomat Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan oleh Wikileaks.

Menurut maklumat itu, Jabatan Negara AS telah meminta China pada Disember 2009 agar menghalang penjualan giroskop TRS-500 syarikatnya VibTel Industrial kepada Electronics Component Limited (ECL).

Maklumat disiarkan portal Malaysia Today hari ini berkata, Kedutaan AS di Beijing telah diminta berkongsi maklumat dengan pegawai-pegawai China bagi membantu “menghalang pemindahan giroskop oleh VibTel Industrial Co. kepada ECL.”

Dokumen yang diklasifikasikan oleh pengarah bahagian kawalan ancaman peluru berpandu AS, Pam Durham berkata, ECL dihubungkaitkan dengan satu rangkaian syarikat-syarikat dikawal Iran yang memperoleh bahan-bahan sensitif, yang ada kaitan dengan pembangunan senjata nuklear dan misil.

Menurut kabel itu lagi, China bersetuju untuk melihat perkara itu tetapi meminta maklumat tambahan mengenai hubungan ECL dengan firma-firma Iran.

AS mendakwa ECL dikaitkan dengan firma Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), yang merupakan pengeluar utama bahan dorong cecair peluru-peluru berpandu dan Heavy Metal Industries, syarikat utama bagi pengeluar peluru berpandu taktikal Ya Mahdi Industries.

Kedua-dua SHIG dan Ya Mahdi Industries terlibat dalam sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata kabel itu.

Ia juga berkata bahawa ECL dikaitkan dengan satu lagi syarikat utama dari Malaysia Skylife Worldwide Sdn Bhd.

Ini kali kedua dalam beberapa tahun lalu sebuah syarikat Malaysia dikaitkan dengan rancangan nuklear dan peluru berpandu Iran.

Tujuh tahun lalu, AS menamakan sebuah unit dalam kumpulan Scomi milik Datuk Kamaluddin Abdullah Ahmad, anak bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, membekalkan komponen-komponen bagi tujuan memperkaya uranium kepada Iran.

Ahli perniagaan dari Sri Lanka Buhary Seyed Abu Tahir kemudian ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa memperdayakan Scomi Precision Engineering Sdn Bhd (Scope) dalam pengeluaran komponen yang dipercayai digunakan untuk pengeluaran senjata-senjata nuklear.

Bagaimanapun, Tahir yang memiliki status penduduk tetap Malaysia telah dibebaskan pada 2008 dengan syarat yang telah digugurkan setahun kemudian. (IH)

Thursday, 9 June 2011

Guan Eng: Untung gas berjumlah RM131.3bilion?

Lim Guan Eng: Mampukah IPP raih keuntungan tanpa subsidi gas berjumlah RM131.3bilion?

DAP berasa jijik dengan pemimpin BN dan UMNO yang menyatakan bahawa nelayan laut dalam sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kerana mereka masih menikmati harga RM1.80/l disel dan tidak lagi menikmati subsidi yang keterlaluan berjumlah RM1.25/l seperti sebelumnya. BN dengan megah menyatakan bahawa mereka terlupa persoalan akar - mengapa harus rakyat bersyukur dengan subsidi disel yang dinikmati oleh semua dan mesti berbesar hati menerima pemotongan subsidi, apabila pemotongan subsidi ini tidak dikenakan terhadap orang yang berpendapatan tinggi dan kaya seperti IPPs?

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong (gambar kanan) menyatakan bahawa Kerajaan boleh menjimatkan RM226.8 juta setahun dengan menghapuskan subsidi yang keterlaluan ke atas nelayan laut dalam dan sembilan jenis kenderaan komersil pada 1 Jun. Hal ini telah menyebabkan pemandu lori menaikkan kos pengangkutan sehingga 30%.

Pemotongan subsidi harus dilaksanakan dengan adil dan saksama. Sebab utama mengapa rakyat Malaysia tidak gembira dengan pemotongan subsidi adalah kerana rakyat Malaysia sudah terbiasa menanggung bebanan pemotongan subsidi yang tidak ditanggung ole kroni-kroni BN. Tidak ada alasan yang wajar kenapa Kerajaan BN harus mengambil peduli tentang penjimatan tahunan berjumlah RM226.8 juta dari pengurangan subsidi disel atau pengurangan subsidi gula yang berjumlah RM116 juta tetapi bukan subsidi gas yang berjumlah RM26 bilion tahun ini dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa.

Kadang-kadang manusia bimbang untuk membelanjakan sejumlah wang kecil, walhal mereka sembarangan membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar. Hal ini merupakan tindakan yang nampak cerdik tetapi sebenarnya tidak. Sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menambah sejumlah RM131.3 bilion subsidi gas dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa, di mana penerima faedah adalah para IPP. Di antara IPP tersebut, YTL Power yang memiliki keuntungan pada tahun 2010 melebihi RM1.6 bilion ke atas nilai pendapatan berjumlah RM13 bilion. Pada tahun 2009, Malakoff memiliki keuntungan RM380 juta ke atas nilai pendapatan RM5.6 bilion. Manakala Powertek pula menikmati nilai pendapatan berjumlah 1.34 bilion dengan keuntungan sebanyak RM450 juta. Adakah "Independent Power Producers" (IPPs) masih menikmati keuntungan besar tanpa subsidi gas berjumlah RM131.3 bilion dan Perjanjian Pembelian Tetap Kuasa dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)?

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Monday, 6 June 2011

Penasihat ekonomi Najib khuatir Model Baru Ekonomi.


KUALA LUMPUR, 6 Jun – Penasihat-penasihat ekonomi Datuk Seri Najib Razak telah melahirkan rasa khuatir mengenai Model Baru Ekonomi (MBE), yang diilhamkan perdana menteri dua tahun lalu, sebagai hanya satu ‘kempen’ perhubungan awam jangka pendek tanpa impak yang berkekalan.

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang didedahkan Wikileaks berkata, Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) kecewa dengan tahap respons yang dingin daripada kementerian-kementerian dan kurangnya komitmen politik di luar lingkungan pejabat perdana menteri.

Keseluruhan kabel itu, antara lain memetik pemangku pengarah penyelidikan NEAC Tong Yee Siong dan Nicholas Zeffries dari Dewan Perniagaan Amerika diterbitkan dalam portal berita Malaysia Today hari ini.

Menurut kabel itu, Tong memberitahu bahawa sebarang matlamat ditetapkan oleh NEAC memerlukan iltizam politik untuk menggerakkan perubahan-perubahan dasar yang diperlukan bagi menggalakkan pelaburan dan meningkatkan pertumbuhan.

“Bagaimanapun, Tong mengulas bahawa anggota-anggota NEAC kecewa dengan situasi kurangnya komitmen politik peringkat tinggi di luar PM Najib dan juga respons dingin daripada menteri-menteri, yang menyekat kemajuan MBE,” demikian menurut kabel.

Kabel itu juga memetik Tong sebagai berkata, “sesetengah anggota NEAC khuatir MBE hanya akan bertindak sebagai kerja perhubungan awam, yang tidak akan ada impat dasar jangka panjang.”

“Zeffries juga memberitahu kami bahawa beliau tidak yakin yang PM Najib ada asas politik kukuh yang mencukupi untuk melaksanakan cadangan-cadangan NEAC,” kata kabel itu lagi.

Najib melancarkan MBE tahun lalu dalam dua bahagian tetapi menggugurkan beberapa komponen termasuk idea agar diadakan Suruhanjaya Peluang Saksama, yang membawa kritikan oleh salah seorang anggota NEAC, Allahyarham Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof.

Zainal Aznam, yang meninggal dunia 30 April lalu mendakwa pentadbiran Najib berhadapan dengan tekanan Perkasa dan kurangnya iltizam politik untuk melaksanakan pembaharuan termasuk pembentukan suruhanjaya itu.

Dalam rumusannya kabel itu menambah, ahli-ahli ekonomi utama Malaysia percaya Najib ikhlas dalam menangani masalah-masalah yang wujud.

Bagaimanapun, katanya, persoalan ialah sama ada ada keupayaan untuk membawa perubahan-perubahan besar dalam dasar-dasar keutamaan Bumiputera, yang dilihat diskriminasi sehingga menjadi punca kepada hakisan pelaburan dan ketidakwujudan bisnes-bisnes baru.

“... dan menyebabkan aliran keluar profesional muda Malaysia yang kecewa dengan batasan peluang di bawah sistem ini,” katanya lagi. (IH)

Sunday, 5 June 2011

Jutawan Britain Tak Tahu Baca

thumbnail

LONDON: Seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain semalam membuat pengakuan mengejut - dia tidak tahu membaca.

Andreas Panayiotou, 45, tidak boleh mengisi sendiri borang pasport paling mudah. Dia juga terpaksa memberi tumpuan untuk mentafsirkan tanda jalan apabila memandu.

Bapa lima anak itu yang mempunyai kekayaan mencecah £400 juta (RM2 bilion) dan menduduki tangga ke-200 orang paling kaya di Britain mengaku: “Ketika kanak-kanak, saya berusaha sedaya upaya untuk membaca.

“Tetapi otak saya tidak dapat mentafsirkan huruf yang membentuk perkataan itu.”

Selepas meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa sijil, dia belajar mengatasi masalah disleksia yang dihadapinya itu dengan menghafal bentuk perkataan penting.

Bekas peninju itu yang dilahirkan di London dari keluarga keturunan Greek Cyprot bagaimanapun berkata: “Saya menghadapi masalah besar apabila menemui perkataan yang saya tidak pernah jumpa.

“Di jalan raya, saya tyerpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membaca tanda jalan. Ia sentiasa merisaukan saya.

“Mengisi borang seperti kawalan kastam juga menjadi masalah.”

Meskipun buta huruf, Panayiotou kini memiliki tiga pesawat, satu daripadanya jet Gulfstream berharga £40 juta (RM200 juta), dan sebuah kapal layar berharga £12 juta (RM60 juta).

Dia tinggal di rumah di Epping Forest, Essex, yang kawasan tanahnya seluas 20 ekar.

Panayiotou yang menyuarakan hasrat untuk membantu mereka yang mengalami disleksia sepertinya berkata: “Ketika kanak-kanak, saya tidak suka membaca. Apabila dewasa, saya mengatur kehidupan seharian saya supaya dapat mengelak daripada membaca.” - Agensi