Friday, 4 October 2013

Pelarasan Gaji Kakitangan Awam Naik 2013/2014 + Elaun Penjawat Awam (JPA + KSN)?

gaji kakitangan awam

Pelarasan Gaji Kakitangan Awam: Berdasarkan laporan Berita Semasa pada 23 September 2013 (DI SINI), masih ingat lagi? Mengenai pelarasan gaji kakitangan awam yang bakal digunakan pada masa akan datang. Nah terbaru, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah tampil memberikan kenyataan melibatkan maklumat awal mengenai kajian pelarasan gaji kakitangan awam naik untuk kali ini….

Sampai bila gaji kakitangan awam tiada tangga gaji? Sekarang ini, kalangan yang kakitangan kerajaan gunakan adalah gaji minimum dan gaji maksimum (KLIK SINI SUMBERNYA) disebabkan masih tiada lagi skim gaji baru selepas pembatalan SBPA yang cukup KONTROVERSI (SEPERTI DI SINI).

Wednesday, 2 October 2013

Audit: Bayar K-Pop RM1.6 juta tidak berhemat




KUALA LUMPUR: Bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya tidak berhemat.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Ia dimuatkan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 Yang Tidak Dibuat Secara Berhemat.

Pada bahagian catatan mengenai perbelajaan itu dinyatakan ‘perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat’. (Hrkh Daily)

Monday, 30 September 2013

RON 95 Naik Lagi? K'jaan Dapat RM13B Julai. RM14 B Sept). Rakyat?

Bajet Tambahan 2013
Adakah anda merasakan kerajaan Malaysia sekarang ini sedang berada dalam landasan yang betul bagi mengurangkan kadar perbelanjaan & hutang negara yang bernilai (KLIK SINI) selama ini? Benarkah?
Realitinya bulan ini, kerajaan sekali lagi tampil di parlimen dengan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan buat kali kedua tempoh 2 bulan untuk tujuan mendapatkan dana tambahan sebanyak RM14 bilion. RM14 bilion?

Saturday, 28 September 2013

Felda ingkari teras Plan Transformasi Ekonomi


KUALA LUMPUR: Felda secara terang-terangan mengingkari salah satu teras utama Plan Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Persekutuan untuk melepaskan aset bukan teras apabila melabur hampir RM700 juta dalam bidang hartanah.

Pelaburan Felda itu membabitkan pembelian hartanah bagi tujuan perhotelan di dalam negara dan di London.

Setiausaha Agung DAP yang juga  Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini mempersoalkan sama ada pelaburan korporat dan hartanah anak syarikat Felda itu mempunyai kaitan dengan pemilihan Umno, Oktober ini.

Felda Global Venture Holdings (FGV) baru-baru ini telah mengambil alih hotel empat bintang, Grand Borneo di Kota Kinabalu dengan harga RM86 juta dan membeli Grand Plaza Service Apartments di London dengan kos £98 juta (RM497 juta).

Anak syarikat Felda itu juga membeli 25 peratus saham syarikat Iris Corp yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan kos RM110 juta.

Iris Corp adalah syarikat pembuat kad pintar dan perkampungan agrikultur.

“Apa kaitan antara operasi dan pemilikan lapan buah hotel di serata Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan London dengan (aktiviti teras Felda iaitu) penanaman kelapa sawit?

“Bagaimana dengan melabur RM700 juta menjalankan perniagaan perhotelan di dalam negara dan di London dapat memberi faedah kepada kehidupan lebih satu juta orang yang tinggal di tanah rancangan Felda di seluruh negara?” soal Guan Eng.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, walaupun Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd  Isa Abdul Samad mencadangkan kepentingan Felda untuk mempelbagaikan portfolio perladangan yang kini tertakluk kepada ragam pasaran minyak kelapa sawit mentah, namun usaha kepelbagaian itu perlu berkait dengan bisnes teras Felda atau berkait rapat dengan pengalaman pengurusan pakar badan berkanun itu.

“Dunia korporat bersepah dengan sampah sarap pelaburan yang tidak rasional dan cuai; dalam bisnes yang syarikat induk tidak mempunyai banyak kepakaran atau ilmu.

“Felda tidak ada ilmu mengurus hotel. Apa yang membuatkan Felda merasakan ia boleh melakukan tugas yang lebih baik berbanding pengusaha hotel berpengalaman serta mendapatkan kadar pulangan yang lebih baik untuk pelaburan RM700 jutanya?” soal beliau lagi.

Menurut Guan Eng, berdasarkan pengalaman menguruskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, beliau terkejut dengan tindakan bekas kerajaan BN negeri dan anak-anak syarikatnya dengan aktiviti bukan-teras seperti operasi ladang kelapa sawit, getah, kolam ikan, hotel, kolej malah padang golf.

“Kesemua usaha yang tidak difikirkan dengan baik ini menjana kerugian ketika itu.
“Melalui polisi melepaskan pegangan, dan penyumberan luar (outsourcing) melalui pelaksanaan tender terbuka, kesemua kerugian operasi ini ditukar menjadi keuntungan secara tahunan.
“Namun kerugian operasi  ini semua dapat ditukar menjadi keuntungan dengan cepat disebabkan hartanah yang terlibat sudah pun dimiliki oleh kerajaan negeri. Dengan kata lain tidak wujud sebarang perbelanjaan modal,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau sangsi perbelanjaan modal sebanyak RM700 juta oleh Felda, walaupun mampu menjana keuntungan akan menjustifikasi kos pelaburan.

“Atas sebab ini, pemimpin BN tidak sepatutnya menguruskan dana awam seperti milik peribadi tetapi ia perlu memberi justifikasi demi kepentingan akauntabiliti dan ketelusan, apa sebenarnya faedah kewangan daripada melabur dalam bisnes bukan teras kepada orang ramai,” ujar beliau. (Hrih)

Friday, 27 September 2013

Nissan tarik balik hampir sejuta kenderaan



KENDERAAN utiliti sukan X-trail merupakan antara model yang ditarik balik oleh Nissan Motor. 


TOKYO - Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co. mengumumkan, pihaknya menarik balik sejumlah 908,900 kenderaannya di seluruh dunia semalam kerana kerosakan pada sensor pemecut.
Masalah tersebut boleh menyebabkan kenderaan bergerak perlahan dan enjin kenderaan gagal berfungsi.
Menurut Nissan, sensor itu dikeluarkan di Jepun.

Penarikan semula itu dilapor membabit- kan model van mini Serena, kereta mewah Infiniti M, kenderaan utiliti sukan X-trail dan beberapa model lain.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan kemalangan atau kecederaan berhubung masalah tersebut.
Firma yang berpangkalan di Yokohama menyatakan bahawa kebanyakan kenderaan yang dipanggil balik melibatkan Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Oceania. - AP

Thursday, 26 September 2013

Jutawan Asia paling banya di dunia

Pertemuan Menteri Energi Se-ASEAN Ke-31 di Bali 
Indonesia: Pertemuan Menteri Energi Se-ASEAN Ke-31 di Bali

JAKARTA - Asia akan memiliki jutawan terbanyak di dunia pada awal tahun depan. Ini mengabaikan dampak pengurangan program stimulus Federal Reserve AS.

Dengan pertumbuhan yang kuat dan tingkat tabungan tinggi, kekayaan jutawan kawasan Asia akan tumbuh rata-rata tahunan 9,8 persen dan mencapai hampir 16 triliun dolar AS pada 2015. Ini dilaporkan unit manajemen kekayaan Royal Bank of Canada, tadi malam.

Meskipun ada kekhawatiran devaluasi harga aset karena arus keluar modal yang dipicu pengurangan stimulus Fed, Asia akan memimpin dunia dalam jumlah jutawan dan total kekayaan mereka. Laporan bank tersebut dipersiapkan dengan perusahaan konsultan Capgemini.

"Populasi berpenghasilan tinggi kawasan dan kekayaan masing-masing telah meningkat sebesar 31 persen dan 27 persen sejak 2007, jauh melampaui pertumbuhan di seluruh dunia 14 persen dan sembilan persen," kata George Lewis, kepala kelompok RBC Wealth Management.

Jutawan di Asia naik sebesar 9,4 persen tahun-ke-tahun menjadi 3,68 juta pada 2012 yang masih dibuntuti Amerika Utara sebanyak 3,73 juta.

Jutawan dalam laporan tersebut didefinisikan sebagai individu dengan aset-aset investable (dapat diinvestasikan) sebesar satu juta dolar AS atau lebih. Ini tidak termasuk tempat tinggal, koleksi, dan lain-lain.
(WOL)

Wednesday, 25 September 2013

Belanjawan alternatif PR tumpu tanggungjawab fiskal


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dijangka membentangkan Belanjawan Alternatif 2014 yang tertumpu kepada tanggungjawab fiskal yang mapan melalui reformasi struktur belanjawan.

Ianya, seperti memperkukuhkan peraturan perbelanjaan dan pembelian aset kerajaan untuk mengurangkan pembaziran, ketirisan dan kos yang melampau; dasar inovatif untuk melebarkan sumber pendapatan diganding dengan pemantauan perbelanjaan untuk penjimatan serta mengutamakan perbelanjaan yang memberi manfaat maksimum kepada rakyat merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, mereka yakin dengan pendekatan reformasi fiskal mapan sebegini mampu memperkukuhkan ekonomi negara daripada kejutan pasaran dunia, sekali gus memperbaiki profil kewangan negara yang diukur oleh agensi-agensi penilaian kredit antarabangsa dan mengurangkan keresahan pelabur asing yang tidak akan membebankan rakyat atau mengugat kestabiloan ekonomi-makro negara.

"Kita mesti jujur dan berani mengaku bahawa masa depan perkembangan sekonomi negara bukan sahaja akan terjamin malah akan berkembang dengan teramat pesat jika Reformasi Politik dilaksanakan yang akan menjadi penimbang-tara dan penentu dasar-dasar ekonomi yang menguntungkan semua rakyat dan bukan segelintir rakyat yang terpilih," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pantai Nurul Izzah Anwar turut menggesa kerajaan mengusulkan sebuah Belanjawan yang jujur lagi berani memandangkan keadaan kewangan negara berada dalam keadaan yang lemah lagi rapuh dengan penurunan 'rating' antarabangsa oleh agensi penilaian kredit antarabangsa Fitch.

Katanya, kerajaan tidak boleh lagi berselindung di sebalik unjuran ekonomi yang sentiasa tersasar sehingga memerlukan perbentangan usul pembekalan tambahan setiap tahun menjadikan belanjawan kerajaan Persekutuan 'Belanjawan Tidak Jujur'.

Kerajaan dijangka akan membentangkan usul Perbekalan Tambahan 2013 ke atas perbelanjaan operasi yang bernilai RM15.014 billion yang terdiri daripada RM14.13 billion untuk perbelanjaan bekalan dan RM888.46 juta untuk perbelanjaan tanggungan.

Jelasnya, usul perbekalan tambahan ini akan memberi kesan negatif ke atas kesihatan perbendaharaan awam Malaysia dan pemantapan kedudukan fiskal dalam tempoh terdekat dan sederhana.

Katanya, perbelanjaan tambahan untuk 2013 ini berkemungkinan akan menyebabkan nisbah hutang awam ke KDNK akan melebihi sempadan 55 peratus (naik dari 45% pada julai 2009 dan naik dari 40% pada April 2008) di hujung 2013 selepas melangkaui 53.3% pada hujung 2012 iaitu rekod tertinggi di Asia Tenggara.

Tambahnya, risiko kemerosotan dana awam ini melalui defisit fiskal yang bertambah dan kenaikan berterusan hutang awam merupakan salah satu daripada kepincangan dalam pengurusan dan pentadbiran negara di bawah pemerintahan nBN.

"Kita mesti jujur dan berani mengaku bahawa negara memerlukan ‘Belanjawan Jujur dan Berani' yang akan membina daya saing, melebarkan sumber pendapatan negara, menstruktur ekonomi negara agar amalan kronisme, pembaziran dan pengherotan pasaran dengan kadar segera," katanya. (Hrkh)