KENDERAAN utiliti sukan X-trail merupakan antara model yang ditarik balik oleh Nissan Motor.
TOKYO - Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co.
mengumumkan, pihaknya menarik balik sejumlah 908,900 kenderaannya di
seluruh dunia semalam kerana kerosakan pada sensor pemecut.
Masalah tersebut boleh menyebabkan kenderaan bergerak perlahan dan enjin kenderaan gagal berfungsi.
Menurut Nissan, sensor itu dikeluarkan di Jepun.
Penarikan semula itu dilapor membabit- kan model van mini Serena,
kereta mewah Infiniti M, kenderaan utiliti sukan X-trail dan beberapa
model lain.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan kemalangan atau kecederaan berhubung masalah tersebut.
Firma yang berpangkalan di Yokohama menyatakan bahawa kebanyakan
kenderaan yang dipanggil balik melibatkan Jepun, Amerika Utara, Eropah
dan Oceania. - AP
No comments:
Post a Comment