GAMBAR bertarikh 23 Mac 2011
menunjukkan Bill Gates dan isterinya, Melinda melayan seorang
kanak-kanak di Kampung Jamsot dekat Patna, India.- AP
NEW YORK - Pengasas syarikat teknologi Microsoft, Bill Gates kekal
individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) dengan nilai kekayaannya
mencecah AS$72 bilion (RM234 bilion).
Jumlah itu merupakan kenaikan sebanyak AS$6 bilion (RM19 bilion)
berbanding tahun lalu. Gates mengungguli senarai terbaharu 400 individu
paling kaya di Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan oleh majalah Forbes kelmarin.
Menurut Forbes, gabungan kekayaan golongan paling kaya di AS
mencecah AS$2 trilion (RM6.48 trilion), meningkat daripada AS$1.7
trilion (RM5.51 trilion) pada tahun 2012.
Purata nilai bersih kekayaan mereka yang berada dalam senarai
tersebut adalah sebanyak AS$5 bilion (RM16.1 bilion), angka tertinggi
setakat ini.
Pelabur terkenal, Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan
kekayaan sebanyak AS$58.5 bilion (RM190 bilion), naik $12.5 bilion
(RM40.6 bilion) dari tahun lalu.
Berada di tempat ketiga ialah pengasas Oracle, Larry Ellison dengan kekayaan sebanyak AS$41 bilion (RM133 bilion).
Selain menjadi antara bilionair paling muda, pengasas laman sosial
Facebook, Mark Zuckerberg juga mencatat pertambahan kedua paling tinggi
dengan kekayaan sebanyak AS$9.6 bilion (RM31 bilion).
Zuckerberg yang
baru berusia 29 tahun kini kembali berada dalam senarai 20 teratas
selepas jatuh ke tangga 36 pada tahun lalu. - Agensi
Ini M'sia, biadap terhadap Islam. Kurang ajar, letak jawatan!
-
Ini M'sia, biadap terhadap Islam. Kurang ajar, letak jawatan!
*(i) ‘Siapa kamu hendak sesatkan dan minta PAS bertaubat?’ December 30,
2024*
*(ii)‘Da...
3 days ago
No comments:
Post a Comment