Wednesday, 7 October 2015

Kisah Jutawan Muflis 1997 Kembali Bangkit.



Disini saya ingin berkongsi salah satu kisah ISPIRASI kejayaan seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali. 

Pada tahun 1997, berlaku kegawatang ekonomi di Asia, Sirivat Voravetvuthikun seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dengan sekelip mata semua kekayaannya hilang di sebabkan kejatuhan pasaran sahan dan pasaran hartanah di Thailand.

Banggunan Kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebab dia gagal membayar balik pinjaman bank.Disamping itu juga bagaimana seorangn jutawan berhadapan dengan pekerja kira-kira 40 orang . Beliau juga terpaksa menanggung pembelajaran 3 orang anaknya di England dan New Zealand.
Seorang jutawan , kini bergelar penjual sanwich dijalanan.

Walaupun sudah diistihar muflis menanggung beban hutang yang besar, beliau terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki keadaan dan tabah untuk membina kembali empayar bisnes yang sudah lenyap. Perkara yang paling gigih dilaku dengan menjual sanwich dijalanan . Makanan yang dibawa dengan berjalan kaki seberat 2 kilo dibahu. Bayangkan seorang bekas jutawan melakukan kerja bergitu.

Pada hari pertama pernigaan sanwich berpeolehi keuntungan sebanyak 14 dollar hanya 6 kotak sahaja yang terjual. Lebihan sanwich tersebut pula di sumbangkan kepada badan kebajikan. Beliau tidak menjualnya kembali, keesokan beliau mencuba kembali dan apa yang pasti makan yang dijual mestilah segar dan bermutu. Saban hari peniagaan semakin maju dengan sikap ketekunan beliau.

Isteri Sirivat bukan seorang tukang masak, apa yang dihasilkan adalah dari usaha yang gigih untuk memastikan apa yang dihasilkan adalah yang terbaik. Usaha keras Sirivat menjadi pendorong pengusaha lain untuk berkerjasama dengan beliau dan Sirivat dapat mengetuai penjual-penjual sanwich jalanan di Kota Bangkok. Di sini juga Sirivat telah mengambil pekerja jalanan tersebut untuk berkerja dengan beliau dan menjadi pekerja mahir dalam pembuatan sanwich.

Di Samping itu juga dia juga mengambil pekerja lamanya untuk sama-sama berniaga. Apa yang paling menyedihkan , kenalan yang sama-sama kaya dahulu hanya membunyikan hon kereta saya. Terlintas dalam fikirannya " kenapa kawan tidak beli Sanwich aku sedangkan mereka tahu bahawa sekarang aku susah ?. Pernah juga dia dihalang untuk berniaga kerana berniaga dikawasan larangan.

Namun Sarivat tidak pernah putus segala halangan yang dihadapi menjadi semangat yang untuk terus berjaya. Ada yang mengatakan menjual sanwich adalah perniagaan yang sukar memperolehi keuntungan kerana rata rakyat Thai perlu nasi sebagai makanan harian mereka.Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.

14 tahun KINI !!!!

Kini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.

Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi seorang penceramah (speaker) jemputan yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.

Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap,

"Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah, bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong. KEKUATAN SAYA ADA DI DALAM DIRI IATU SEMANGAT JUANG YANG TINGGI.” Jawab beliau

Sumber : http://bit.ly/1dJCkLk

Thursday, 1 October 2015

7-Eleven Australia tipu gaji pekerja

AFP - SEORANG wanita melintasi sebuah kedai 7-Eleven di bandar raya Sydney semalam.

SYDNEY – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 7-Eleven Australia meletak ja­watan semalam selepas terlibat dalam skandal menipu gaji pekerja.
Pengerusi, Russ Wit­hers dan CEO, Warren Wilmot mengumumkan keputusan berundur daripada lembaga pe­ngarah syarikat itu, lapor rangkaian penyiaran Australia, ABC.
Withers membangunkan syarikat tersebut pada 1977 dan kini mengendalikan 615 kedai serbaneka itu di Australia. Ia beroperasi di bawah lesen perniagaan dari syarikat induk 7-Eleven di AS yang mempunyai lebih 55,000 cawangan di 16 negara.
“Wilmot meletak­ jawatan susulan pen­dedahan terbaharu bahawa 7-Eleven Austra­lia membayar gaji tidak setimpal kepada pekerjanya,” ujar syarikat itu dalam satu kenyataan.
Pendedahan siasatan media mendapati pemilik francais kedai runcit 7-Eleven itu membayar para pekerjanya separuh daripada gaji yang sepatutnya mereka peroleh.
Satu siasatan di Australia pula mendapati pembayaran gaji rendah itu diuruskan secara sistematik dan dilakukan sejak sekian lama.
“Saya ingin menegaskan bahawa perkara ini sangat memalukan dan saya meminta maaf kepada mereka yang telah bekerja di kedai runcit 7-Eleven kerana tidak mendapat gaji yang sepatutnya,” ujar Withers kepada sebuah jawatankuasa Parlimen, minggu lepas. –  dpa

Friday, 11 September 2015

1MDB: Tempoh enam bulan yang tiada penghujung?


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoalkan mengenai tempoh enam bulan yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui pelan rasionalisasinya.

Tuan Ibrahim berkata, sehingga kini pelan tersebut hanya ada dalam pemikiran Najib sebagai Menteri Kewangan sahaja.

"Ini bukan kali pertama, Najib berjanji akan menyelesaikan masalah 1MDB di depan Umno.

"Kali pertama Najib merayu diberikan masa 6 bulan ialah pada satu pertemuan tertutup di PWTC tiga bulan lalu iaitu 14 Jun 2015.

"Perkara ini didedahkan oleh Hasan Hamzah, bekas Ketua Bahagian Bagan Batoh kepada media seperti The Malaysian Insider dan The Rakyat Post. Kata Hasan, Najib berjanji masalah 1MDB akan diselesaikan akhir tahun 2015," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, hampir dua bulan kemudian, pada 1 Ogos 2015 Najib sendiri mengumumkan kerajaan memang mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1MDB.

"Sekali lagi, Najib menegaskan beliau memerlukan masa enam bulan untuk memulihkan syarikat itu," katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tempoh sebenar enam bulan yang disebutkan oleh perdana menteri itu.

"Jika dikira daripada rayuan pertama, Najib hanya mempunyai tiga bulan sahaja lagi. Apakah semalam Najib telah menekan butang ‘reset’ dan memulakan semula kiraan tempoh 6 bulan bermula 9 September pula?

Tuan Ibrahim turut meminta Najib menyatakan tarikh khusus untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB.

"... dan jika tidak, apakah beliau akan melepaskan sekurang-kurangnya jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio beliau?, " ujarnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, pihak pengurusan 1MDB juga perlu diberi tempoh, kerana setiap hari yang berlalu akan meningkatkan faedah pinjaman sekali gus menambahkan kerisauan rakyat. (SH)

Tuesday, 8 September 2015

Terkejut, Bank Tidak Mahu Tukar Ringgit ke Pound Sterling.


JOHOR BAHRU - Seorang pelajar Doktor Falsafah di sebuah Universiti di United Kingdom mendakwa sebuah bank di Johor enggan menerima tukaran wang dari Ringgit kepada Pound Sterling.

"Tadi pergi bank, bank cakap mereka tidak terima tukar dekat cawangan sini," kata Nurayuni Daud, 28 (bukan nama sebenar) memetik laporan dari Sinar Online.

Menurutnya, kejadian berlaku di sebuah bank pagi semalam dan sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat pertukaran wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling.

"Saya hendak tukar, bank tidak mahu ambil, rugi katanya, jadi saya hendak tukar di mana....sedih Malaysia macam ini," katanya.

Tambah Nurayuni, duit yang mahu ditukarnya hanya bernilai RM1,500.

"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia RM1,500," katanya.

"Pergi 'money changer' pun mereka tidak berani ambil....hari ini (semalam) paling teruk duit Malaysia jatuh 1 Pound Sterling bersamaan RM6.54," keluhnya.

Menceritakan hidupnya di UK, Nurayuni berkata InsyaAllah semuanya akan 'baik-baik sahaja'.

"Hidup dekat UK ok sahaja nak 'survive', sana galakkan bekerja...banyak kerja 'part time' lagi, bayaran pun OK, sebab kos kehidupan rendah. Sejam dapat 8 Pound Sterling sejam pun dah banyak, sebab 8 Pound itu sudah besar, boleh beli macam-macam," katanya. 

Thursday, 3 September 2015

Harga minyak terus merudum di pasaran Asia

SINGAPURA – Harga minyak terus merudum di Asia semalam berikutan pedagang mengambil kira maklumat pengeluaran lemah di Amerika Syarikat (AS) dan China, sementara jangkaan stok simpanan AS semakin rendah turut diambil kira dalam dagangan.
Penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran bulan Oktober jatuh AS$1.03 (RM4.34) kepada AS$44.38 (RM186.93) sementara minyak mentah Brent untuk Oktober turut jatuh $1.02 (RM4.30) kepada AS$48.54 (RM204.45) ketika dagangan sebelah petang.
WTI menurun AS$3.79 (RM15.96) dan Brent jatuh AS$4.59 (RM19.33) kelmarin selepas China dan AS sebagai dua pengguna minyak mentah utama dunia melaporkan data aktiviti pengilangan yang lemah.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Beijing untuk sektor pembuatan menurun ke tahap terendah dalam tiga tahun kepada 49.7 mata bagi bulan Ogos daripada 50.0 mata pada Julai lalu. Bacaan di bawah 50 mata menunjukkan pengecutan industri.
Institut Pengurusan PMI AS juga jatuh kepada 51.1 mata, tahap paling rendah untuk tahun ini berbanding 52.7 mata pada Julai lalu.
“Dengan PMI pembuatan tidak menunjukkan hasil diharapkan, pasaran-pasaran dunia mencatatkan penurunan sekali lagi. Pasaran kini bertumpu kepada kenaikan dan penurunan, menyebabkan turun naik mendadak harga minyak,” kata penganalisis pelaburan di syarikat Phillip Futures di Singapura, Daniel Ang.
Ang memaklumkan pedagang menjangkakan harga minyak terus jatuh selepas pendedahan laporan stok simpanan AS semalam untuk seminggu sehingga 28 Ogos ini.
Penganalisis bahan api menjangkakan peningkatan 900,000 tong bekalan minyak di AS, lapor rangkaian televisyen Bloomberg News. Lonjakan stok simpanan kebiasaannya menandakan permintaan yang rendah. – AFP