Thursday, 21 January 2016

Misteri Nombor Plat ‘PENANG’ Di Hong Kong Terjawab

WakeUp Malaya – Misteri nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang digunakan oleh Lim Guan Eng jika beliau berada di Hong Kong telah pun terjawab.
Plat terbabit digunakan oleh sebuah BMW 7-Series sebelum ini tetapi sekarang ianya digunakan oleh sebuah Mercedes Benz S-Class yang terbaru.
Ianya dimiliki Datuk Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, yang membuat pelaburan secara ekslusif di luar Malaysia.
Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?
Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?
Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?
Ini kerana, Lim Guan Eng kerap berkata yang buruk mengenai Malaysia kepada media dan pelabur di Hong Kong dan berkata Malaysia akan bangkrap dan beliau risau apa yang akan terjadi pada masa depan Malaysia.https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1440233169528806/
Datuk Cheah Cheng Hye adalah pengurus dana serta pengerusi dan CIO bersama Value Partners, sebuah syarikat pengurusan aset yang berpangkalan di Hong Kong dengan fokus kepada Tanah Besar China. Sekarang, Cheah menguruskan dana Value Partners Classic Fund dan dana lain di dalam kumpulan.
Pada tahun 2013, Cheah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh kerajaan Pulau Pinang.
penang1

Monday, 18 January 2016

TPPA Bakal Mengikat Malaysia Kepada Kuasa Asing

Isu TPPA dijangka akan di muktamadkan dan majlis menandatangi perjanjian tersebut bakal di adakan di New Zaland pada 4 Feb 2016 ini bukanlah isu yang sepatutnya di pandang remeh dan lekeh dikalangan kita semua.
Perjanjian ini jika dihalusi secara pandangan agama, pasti sahaja menunjukkan kejayaan musuh kita menguasai negara kita secara sistematik. Ia penuh dengan unsur 'gharar' dan penipuan.
TPPA ada lah suatu perjanjian yang bakal akan mengikat negara Malaysia kepada kuasa asing Amerika menguasai negara ini dan negara yang menandatangani perjanjian ini. Inikah maksud utama mengapa Barrack Obama datang ke negara ini berkali kali?
Saya mencadangkan agar kerajaan perlu "menyemak semula kesan baik buruknya dengan mengkaji semula kandungan perjanjian Tppa yang setebal 6000 mukasurat tersebut yang sudah tentu sangat sukar di fahami oleh rakyat di negara ini, maka panggillah semua para ulama' dan umara' untuk memberi pandangan.
Saya tetap tidak akan redha perjanjian ini ditandatangi oleh pihak berkuasa sebelum rakyat di fahami dan di perhalusi nanti.
WALLAHI SAYA BANTAH TPPA!!! Noktah!!
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
TImbalan Pesuruhjaya III
PAS Selangor

Friday, 15 January 2016

Ringgit ditutup rendah berbanding Dolar AS


 

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila ketidakpastian akan pertumbuhan ekonomi China dan kestabilan pasaran kewangan terus menyelubungi pasaran.

Pada jam 5 petang, unit tempatan ditutup rendah turun kepada 4.3965/3035 daripada 4.3870/3930 berbanding dolar AS pada hari Khamis.

Seorang penganalisis berkata harga minyak lemah dalam pasaran global juga terus mempengaruhi unit tempatan.

Harga minyak mentah Brent diniagakan pada US$30.54 setong.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang sedang pesat membangun lain.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0483/0544 daripada 3.0470/0532 pada hari Khamis dan susut berbanding yen kepada 3.7458/7524 daripada 3.7266/7321.

Ia naik berbanding pound British kepada 6.3121/3230 daripada 6.3204/3308 dan turun berbanding euro kepada 4.7917/7011 daripada 4.7875/7950.- Bernama

Monday, 11 January 2016

Video: Ucapan Penggulungan Bajet S'gor 2016. -EXCO Iskandar Abd Samad



Video: Ucapan Penggulungan Bajet Selangor 2016 oleh EXCO Iskandar Abd Samad

Friday, 8 January 2016

Kalau Rayani Air Jual Islam, Proton Jual Negara



KUALA LUMPUR: Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa syarikat penerbangan berlandaskan syariah pertama negara, Rayani Air, menjual agama demi mendapatkan keuntungan.

Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Dr Maszlee Malik menjelaskan, sentimen tersebut tidak salah sepertimana Proton yang dinaungi Mahathir menggunakan semangat kenegaraaan atau patriotisme sebagai medium pemasarannya.

"Sebagai penyokong pasaran konsumerisme, saya merasakan penentunya adalah pengguna. Yang penting, pilihan di tangan pengguna dan mengelak aktiviti monopoli.
"Sebagai contoh Proton, mereka menjualnya menggunakan elemen patriotik," katanya lapor portal berita, hari ini.

Mahathir yang juga Pengerusi Proton ketika temubual bersama wartawan Free Malaysia Today baru-baru ini mendakwa pemilik Rayani Air, Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan, mengambil sikap oportunis dalam menggunakan agama Islam untuk mempromosikan perniagaan penerbangannya.

Tambah Mahathir, syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak perlu mengikut jejak langkah Rayani Air dalam proses rasionalisasi syarikatnya.

"Tidak payah (ikut jejak Rayani Air). Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain," kata Mahathir dalam temubual tersebut.
-mD

Thursday, 7 January 2016

Rizab antarabangsa BNM sebanyak RM409.1 bilion pada akhir 2015


KUALA LUMPUR, Khamis – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM409.1 bilion (bersamaan US$95.3 bilion) pada 31 Dis, 2015 berbanding RM405.4 bilion (bersamaan US$115.9 bilion) pada akhir 2014.
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab pada 2015 terus disokong oleh lebihan akaun semasa dan aliran masuk pelaburan langsung asing dalam persekitaran kebalikan aliran modal.
“Aliran keluar ini mencerminkan kebalikan pelaburan portfolio pelabur bukan pemastautin disebabkan oleh sentimen buruk berikutan momentum pertumbuhan yang menjadi sederhana di beberapa negara maju dan sedang pesat membangun, ketidakpastian terhadap harga komoditi serta kemungkinan keadaan pasaran yang tidak teratur yang berpunca daripada pelarasan dasar di negara-negara maju,” katanya.
Bank pusat berkata pelaburan langsung luar negeri yang berterusan oleh syarikat-syarikat Malaysia dan pemerolehan aset portfolio asing oleh pelabur-pelabur institusi pemastautin pada tahun itu turut menyumbang kepada aliran keluar.
BNM berkata paras rizab antarabangsa kekal lebih daripada mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa.
Pada 31 Dis 2015, paras ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh, jauh lebih tinggi daripada paras had antarabangsa iaitu 3 bulan.
“Paras rizab ini juga mencukupi untuk memenuhi obligasi luaran dengan perlindungan rizab 1.1 kali,” katanya.
Ia berkata rizab antarabangsa Malaysia kekal boleh guna dan dijangka disokong oleh aliran masuk perdagangan dan pelaburan pada 2016. – Bernama

Wednesday, 6 January 2016

TPPA Seperti Perjanjian Pangkor, Buat Rakyat Sengsara

logoTolakTPPA
KUALA LUMPUR, Rabu – Kerajaan mesti memikirkan kesan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ke atas kedaulatan dan kemerdekaan negara ini sebelum memutuskan untuk menandatanganinya.
Berbalik kepada pengalaman lampau, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Dr Syed Ali Alattas berkata beliau tidak mahu berlaku lagi penjanjian dengan kuasa luar sehingga menyebabkan negara terjajah.
Mengambil contoh Perjanjian Pangkor pada 1874, katanya Malaysia masih sengsara sehingga hari ini.
“Pengalaman tandatangan Perjanjian Pangkor 1874 dan Perjanjian Persabatan 1885 antara kerajaan negeri Johor dengan British hanya minta kita terima penasihat British.
“Sudah tandatangan lepas itu, dia ubah sana sini. Habis negara dijajah. Tukar Ketua Polis, Inspektor pun orang putih. Apa, kita tidak boleh jadi inspektor?
“Perjanjian Pangkor 12 muka surat, Perjanjian Johor 8 muka surat pun kita sengsara sampai sekarang. TPPA kita ada 6,000 muka surat,” katanya.
Mengulas lanjut  Syed Ali berkata, setaip ahli Parlimen perlu ingat selepas mereka bersetuju untuk tandatangani TPPA, Parlimen sudah tidak mempunyai kuasa lagi untuk ubah perjanjian.
“Dalam TPPA, hanya lima enam bab daripada 29 bab sentuh mengenai perdagangan.
“Bermakna TPPA ini akan buat satu kesan yang besar berkenaan sosio politik kita. 
“Jadi kita akan hantar memorandum untuk pastikan dalam apa perkara pun, rakyat kita terbela kerana kita negara dunia ketiga,” katanya. (P/IM)