Wednesday 6 January 2016

TPPA Seperti Perjanjian Pangkor, Buat Rakyat Sengsara

logoTolakTPPA
KUALA LUMPUR, Rabu – Kerajaan mesti memikirkan kesan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ke atas kedaulatan dan kemerdekaan negara ini sebelum memutuskan untuk menandatanganinya.
Berbalik kepada pengalaman lampau, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Dr Syed Ali Alattas berkata beliau tidak mahu berlaku lagi penjanjian dengan kuasa luar sehingga menyebabkan negara terjajah.
Mengambil contoh Perjanjian Pangkor pada 1874, katanya Malaysia masih sengsara sehingga hari ini.
“Pengalaman tandatangan Perjanjian Pangkor 1874 dan Perjanjian Persabatan 1885 antara kerajaan negeri Johor dengan British hanya minta kita terima penasihat British.
“Sudah tandatangan lepas itu, dia ubah sana sini. Habis negara dijajah. Tukar Ketua Polis, Inspektor pun orang putih. Apa, kita tidak boleh jadi inspektor?
“Perjanjian Pangkor 12 muka surat, Perjanjian Johor 8 muka surat pun kita sengsara sampai sekarang. TPPA kita ada 6,000 muka surat,” katanya.
Mengulas lanjut  Syed Ali berkata, setaip ahli Parlimen perlu ingat selepas mereka bersetuju untuk tandatangani TPPA, Parlimen sudah tidak mempunyai kuasa lagi untuk ubah perjanjian.
“Dalam TPPA, hanya lima enam bab daripada 29 bab sentuh mengenai perdagangan.
“Bermakna TPPA ini akan buat satu kesan yang besar berkenaan sosio politik kita. 
“Jadi kita akan hantar memorandum untuk pastikan dalam apa perkara pun, rakyat kita terbela kerana kita negara dunia ketiga,” katanya. (P/IM)

No comments:

Post a Comment