Wednesday, 13 April 2016

Pulak, Mee Segera Buatan Korea Halal


BANGI, Rabu – Korea Muslim Federation (KMF) mengumumkan mee segera buatan Korea yang viral baru-baru ini adalah halal.
Siasatan yang dilakukan oleh pihak KMF mengesahkan bahawa mee segera itu tidak menggunakan mesin sama yang digunakan untuk memproses daging khinzir seperti yang telah diviralkan.
“Syarikat itu juga menggunakan bungkusan yang dicetak pertama kali dalam bahasa Korea sebelum mendapat sijil halal atas perintah peniaga.
“Peniaga berpendapat pengguna akan memilih produk yang dibungkus dengan bungkusan yang mempunyai cetakan Korea,” berikut kenyataan yang ditulis di laman Facebook Halal Korea hari ini.
Katanya, isu ini menjadi viral kerana kesilapan peniaga yang mahu menggunakan bungkusan yang dicetak kali pertama oleh syarikat pengeluar.
Baru-baru ini, status mee segera buatan Korea ini menjadi viral apabila dikatakan di proses menggunakan mesin yang sama digunakan untuk memproses daging khinzir dan tidak mempunyai logo halal. (PI&M)

Sunday, 10 April 2016

Korea Selatan Perkenal Sijil Makanan Halal.

SEOUL:  Korea Selatan mula menggalakkan restoran tempatan di negaranya untuk menghidangkan makanan halal.
Dengan memperkenalkan sistem pensijilan halal baru, salah seorang pegawai di Pertubuhan Pelancongan Korea Selatan (KTO) berkata, kira-kira 200 restoran makanan halal akan dikeluarkan untuk anduan pada Ogos depan.
Restoran halal disahkan berdasarkan lima peringkat yang mana ianya perlu mematuhi sepenuhnya syarat-syarat Persekutuan Muslim Korea.
Untuk rekod, KTO memaklumkan bahawa hampir 740,000 pelancong Muslim telah melawat Korea Selatan pada tahun lalu dan sebahagian besarnya adalah pelancong dari Malaysia dan Indonesia.
Dijangka jumlah itu akan meningkat kepada 800,000 pada tahun ini.
Ibu kota Seoul mempunyai beberapa pilihan makanan Turki dan KTO telah mengiktiraf sebahagiannya sebagai restoran halal di daerah itu. – Agensi.

Wednesday, 6 April 2016

Hacks, Sunquick M'sia Adalah Milik Umat Islam



Sekirnya disebut nama Datuk Seri Barkath Ali Abu Backer, mungkin ramai yang terlopong mulut menggeleng-gelengkan kepada menyatakan tidak kenal pada pemilik nama tersebut.

Namun jika kami sebut jenama "Hacks" dan "Sunquick", kami yakin bahawa boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu tentang gula-gula dan jus oren yang kini dipelbagaikan perisa yang sememangnya terkenal di negara kita.

Sebenarnya, tokoh perniagaan India Muslim yang disebut nama di atas itulah pengasas, pemilik dan individu yang bertanggungjawab menghasilkan gula-gula jenama Hacks dan jus oren Sunquick.
Syahril A Kadir
Menurut bekas wartawan terkenal, Syahril A Kadir, asal-usul empayar Hacks bermula di era arwah bapa Barkath, Allahyarham Haji Abu Backer yang pada ketika itu telah membuka sebuah kedai runcit yang agak kecil, Barkath Stores, di Pulau Pinang.

"Pada era 50'an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. 

"Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura," jelas Syahril.


Namun pada sekitar tahun 1965, dikatakan akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi serta persaingan harga, arwah telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan pihaknya untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

"Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

"Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri!," jelas Syahril.

Syahril turut memaklumkan bahawa Barkath telah diwawancara secara eksklusif oleh rakannya, Nazira Nazir dan bakal disiarkan di kaca televisyen esok menerusi RTM2. 

Katanya, meskipun rancangan yang akan tersiar pada jam 11 pagi itu adalah berbahasa Tamil, namun ia mempunyai "subtitle" bagi mereka yang tidak tahu bahasa berkenaan. -Kedahnews.com

Tuesday, 5 April 2016

Tercatat, produk dari 3.572 perusahaan China telah mengantongi sertifikat halal MUI.


Produk Halal China Siap Gempur Pasar Indonesia
Tercatat, produk dari 3.572 perusahaan China telah mengantongi sertifikat halal MUI.
Delegasi Provinsi Gansu, China, menyambangi Global Halal Centre (GHC), Kantor Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan dan Kosmetika Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI) di Bogor, Kamis 4 April 2016. Mereka mempelajari proses sertifikasi halal yang dilakukan oleh MUI.

“Kunjungan ke LPPOM MUI ini dimaksudkan untuk memperluas pemahaman tentang aspek halal dan mempelajari proses sertifikasi halal yang dilakukan oleh LPPOM MUI,” tutur kepala delegasi itu, Liu Baojun, sebagaimana dikutip Dream dari halalmui.org, Selasa 5 April 2016.

Sebanyak 25 delegasi itu terdiri dari 14 pimpinan perusahaan dan pejabat perdagangan Provinsi Gansu. Para delegasi ini juga berharap, produk-produk pangan, yang dihasilkan oleh para pengusaha di Gansudapat memenuhi ketentuan halal.

Selain itu, dengan kunjungan ini mereka berharap dapat memperluas peluang pasar produk halal dari provinsi di barat laut China ini bisa masuk ke pasar Indonesia.

“Maka dengan kunjungan ini, sangat diharapkan kami dapat menjalin hubungan yang lebih intensif lagi dengan LPPOM MUI guna mencapai tujuan-tujuan yang dimaksud itu,” tambah Baojun yang juga menjabat sebagai Director of Commerce and Trading, Provinsi Gansu itu.

Pertumbuhan produk pangan, obat-obatan, dan kosmetika, halal di Provinsi Gansu memang sangat pesat. Sejak dibentuk 10 tahun lalu hingga tahun 2016, telah lebih dari 500 perusahaan sertifikat halalnya sudah diproses oleh LPPOM MUI.

Sementara, Ketua LPPOM MUI, Lukmanul Hakim, mengatakan, China menempati posisi ke dua setelah Indonesia, sebagai negara dengan produk bersertifikat halal terbanyak. Tercatat, produk dari 3.572 perusahaan China telah mengantongi sertifikat halal MUI. Sementara perusahaan Indonseia yang telah bersertifikat halal mencapai 24 ribu lebih.

Untuk mengontrol produk halal China yang masuk ke Indonesia, LPPOM MUI mendirikan kantor perwakilan di negeri Tirai Bambu tu. Kantor ini berfungsi untuk membantu dan mendukung proses sertifikasi halal produk-produk pangan yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan di China, terutama yang akan diekspor ke Indonesia. (Dream)

Wednesday, 23 March 2016

Hotel Kontena Di Muar Ini.. Unik Menarik!

MEMANG cantik dan unik!
Itulah konsep hotel kontena yang cuba diterapkan oleh Hotel PPT Muar, Johor yang menyaksikan mereka tampil mengetengahkan konsep dalam bilik kontena.
Memetik portal Says, sebanyak 41 buah bilik disediakan dan setiap bilik mempunyai dekorasi dalaman yang berbeza di antara satu sama lain.
Yang pastinya, hotel kontena ini mampu menarik minat orang ramai hanya dengan memainkan rona terang dalam pemilihan warna hotel mereka.
Biliknya pula dihias dengan suasana yang cukup tenang dan damai.
Buat yang ingin mencuba kelainan bermalam di dalam bilik kontena, boleh mengunjungi Hotel PPT yang terletak di Jalan Bakri, Muar, Johor. 
hotel1

hotel
hotel2  hotel5
hotel7
hotel4

Tuesday, 22 March 2016

TPP mungkin berkubur jika Trump jadi Presiden AS

Donald Trump
Donald Trump

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri membayangkan yang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) mungkin berkubur sekiranya calon Parti Republikan, Donald Trump, menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru bagi menggantikan Barack Obama.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini berikutan pendirian Trump yang jelas tidak bersetuju dengan perjanjian berkenaan.

"Kita tidak mahu buat ramalan apa yang akan berlaku di AS, tetapi sekiranya ini berlaku (Trump menjadi Presiden AS) dan Kongres AS tidak bersetuju dengan TPPA, maka TPPA akan berkubur," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Mustapa berkata, terdapat peruntukan di dalam Bab 30 TPP yang menyatakan keperluan penyertaan AS dalam TPP kerana negara itu merupakan ekonomi terbesar dunia, iaitu kira-kira 20 peratus daripada pengeluaran dunia.

"Apabila kita merundingkan TPP, kita merasakan tanpa AS, ia kurang bermakna dan kurang berkesan," katanya.

Mengenai hasrat Trump yang ingin meminda TPP, termasuk memasukkan peruntukan berkaitan manipulasi mata wang, Mustapa berkata, perkara berkenaan tidak akan berlaku kerana TPP telah ditandatangani.

"Tidak akan ada apa-apa pindaan terhadap apa yang kita telah tandatangani bulan lepas," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat disambung esok. - Bernama 

Sunday, 20 March 2016

Domino Cipta Robot Hantar Pizza Ke Rumah Pelanggan

PERKEMBANGAN terkini arena teknologi menyaksikan pelbagai pihak kian cenderung ke arah fungsi robotik dan dron dan syarikat restoran makanan segera Domino turut sama tidak mahu ketinggalan. 

Menerusi Unit Robot Domino, teknologi robotik ketenteraan digunakan bagi mencipta robot yang berguna bagi melancarkan operasi syarikat.

Unit Robot Domino ini dikatakan masih dalam peringkat pembangunan dan daripada demo yang dilakukan, ia hanya bergerak pada kelajuan 20 km/jam sahaja.
Ianya berfungsi dengan cara menetapkan lokasi yang perlu dituju dan sebaik sahaja tiba di hadapan rumah, pembeli perlu memasukkan satu kod sekuriti yang telah dihantar ke telefon mereka untuk mendapatkan pizza yang telah dipesan. (IH)