Sunday 10 April 2016

Korea Selatan Perkenal Sijil Makanan Halal.

SEOUL:  Korea Selatan mula menggalakkan restoran tempatan di negaranya untuk menghidangkan makanan halal.
Dengan memperkenalkan sistem pensijilan halal baru, salah seorang pegawai di Pertubuhan Pelancongan Korea Selatan (KTO) berkata, kira-kira 200 restoran makanan halal akan dikeluarkan untuk anduan pada Ogos depan.
Restoran halal disahkan berdasarkan lima peringkat yang mana ianya perlu mematuhi sepenuhnya syarat-syarat Persekutuan Muslim Korea.
Untuk rekod, KTO memaklumkan bahawa hampir 740,000 pelancong Muslim telah melawat Korea Selatan pada tahun lalu dan sebahagian besarnya adalah pelancong dari Malaysia dan Indonesia.
Dijangka jumlah itu akan meningkat kepada 800,000 pada tahun ini.
Ibu kota Seoul mempunyai beberapa pilihan makanan Turki dan KTO telah mengiktiraf sebahagiannya sebagai restoran halal di daerah itu. – Agensi.

No comments:

Post a Comment