Thursday 28 April 2016

1MDB: M'sia, Menteri Kewangan ‘Terhebat’..



1MDB diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk bon berbilion-bilion dolar ang dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) – tiada sebarang komen daripada Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
Sebuah akhbar Singapura menyatakan bahawa Presiden and Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda telah memaklumkan kepada PM bahawa kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion" kepada Abu Dhabi – Menteri Kewangan Malaysia tetap membisu.
Apakah impak keingkaran ini kepada negara, hutang-hutang negara yang lain dan juga nilai Ringgit dalam jangka panjang dan pendek? – Sunyi sepi daripada Menteri Kewangan.
Arul sebelum ini berkata perjanjian penyelesaian hutang 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) akan melihat pengurangan hutang syarikat sehingga RM16 bilion. Apakah persengketaan antara 1MDB dan IPIC telah menggagalkan pelan rasionalisi yang dipelopori Arul?
Jadi berapakah hutang 1MDB setelah IPIC tidak mahu meneruskan perjanjian itu? Siapakah dan apakah harta 1MDB (apakah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange) tanah emas milik negara akan dicairkan untuk membayar hutang 1MDB? Siapa yang akan bertanggungjawab? – Menteri Kewangan tidak mengendah.
Yang diwar-warkan hanyalah “kejayaan” Program Transformasi Nega­ra (NTP) yang kesannya tidak dapat dirasai rakyat selain kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ini bukti Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang “terhebat.” Sudah sampai masanya rakyat bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada Menteri Kewangan “terhebat” ini?
Apakah PAC perlu memanggil semula Arul bagi mengetahui pelbagai hutang 1MDB yang masih gagal didedahkan. Berapakah jumlah sebenar hutang 1MDB?
Kepada saudara Arul, dedahkanlah semua sebelum terlambat. Ini adalah jasa terbesar saudara kepada rakyat Malaysia.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
27 April 2016

No comments:

Post a Comment