Thursday 14 April 2016

Karipap Buatan Anak Malaysia Ini Laris Di China.

SELAIN nasi lemak dan teh tarik, sarapan pagi kita tidak lengkap tanpa dua tiga biji karipap dijamah bersama. Karipap boleh dikatakan kuih ruji yang wajib dijadikan santapan buat semua rakyat Malaysia. Jangan tak tahu, rupa-rupanya penduduk di China pun sangat menggemari karipap buatan anak Malaysia.
puff1
puff2
Mereka sanggup berbaris lama demi seketul karipap panas yang dijual pada harga 12 yuan iaitu bersamaan dengan RM7.00 kita. Wow! Idea untuk menubuhkan restoran The Mamak Stall ini dimulakan oleh pemiliknya, Huang Xin Yin yang berasal dari Johor Bahru.
puff4
Huang Xin Yin
Sebelum ini Huang bekerja di sebuah bank di Singapura dan dari situ dia mengumpul wang bonus tahunan demi mengejar cita-citanya membuka perniagaan sendiri. Dengan melaburkan semua wang simpanannya, Huang membuka perniagaan di Nanning, China kerana melihat potensi boleh mengembangkan perniagaannya di sana.
Pada Jun tahun lalu, The Mamak Stall berdiri megah di China dan terkini dia sudah pun membuka cawangan keduanya di negara tersebut. Huang menyimpan impian untuk menjadikan The Mamak Stall sebuah perniagaan francais di masa hadapan.
Selain menjual karipap, restorannya turut menjual juadah popular Malaysia yang lain seperti Kari Kepala Ikan, Char Kuey Teow dan Mi Kari.
puff6
puff7
puff8
Untuk makluman anda, untuk memastikan kualiti karipap, hanya 100 biji sahaja dijual di kedai tersebut pada setiap hari. Tidak hairanlah ramai sanggup berebut-rebut demi mendapatkan sebiji karipap dari The Mamak Stall. (IH)
puff5
puff3

No comments:

Post a Comment