Wednesday 20 April 2016

M'sia akan hasilkan pekerjaan berimpak tinggi berikutan pertumbuhan perniagaan UK


KUALA LUMPUR, Rabu – Malaysia akan menawarkan lebih banyak pekerjaan berimpak tinggi kerana kontraktor utama berpangkalan di United Kingdom (UK) seperti BAE Systems dan Airbus, terus menawarkan produk global pada kadar yang pantas, kata Menteri Negara Bagi Perolehan Pertahanan, Philip Dunne.

Menurutnya, syarikat di Malaysia yang berpangkalan di UK telah memantapkan kedudukan dalam beberapa platform tentera dan awam di seluruh dunia dan perniagaan mereka terus berkembang.
“Ketika ini BAE Systems mempunyai 350 pekerja tempatan manakala Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd mempunyai 2,700 orang, yang menjadikannya peneraju penggiat global dalam industri komposit dan aeroangkasa.
“Sebahagian besar modal intelek dibangunkan di Malaysia dan ia boleh dieksport ke negara lain, termasuk ke UK,” kata Dunne kepada Bernama hari ini pada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2016 Ke-15 di sini.
Dunne berkata, sistem pendidikan Malaysia mampu mengeluarkan graduan yang boleh melakukan pekerjaan berimpak tinggi pada masa depan.
“Tetapi ia bukan hanya mengenai kami. Ia juga berkaitan usaha memenuhi keperluan Malaysia dan angkatan bersenjata serantau,” kata menteri berkenaan. – Bernama

No comments:

Post a Comment