Tuesday, 11 October 2016

Ringgit diniaga 4.1460/1510 berbanding dolar AS

Hasil carian imej untuk ringgit malaysia
KUALA LUMPUR 11 OKT: Ringgit melanjutkan aliran meningkatnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal sesi hari ini berikutan pengukuhan harga minyak, kata peniaga.
Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.1460/1510 berbanding dolar AS daripada paras 4.1510/1560 yang dicatatkan semalam, lapor BERNAMA.
Peniaga berkata, harga minyak mentah Brent semalaman mencecah paras tinggi dalam tempoh setahun selepas Presiden Russia, Vladimir Putin menzahirkan sokongannya terhadap cadangan untuk mengehadkan keluaran.
Semenrara itu, mata wang tempatan juga didagangkan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.9881/9948 daripada 4.0215/0267 yang dicatatkan semalam dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0109/0147 daripada 3.0209/0258.
Ia juga tinggi berbanding euro kepada 4.6153/6213 daripada 4.6358/6418 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.1137/1223 daripada penutup semalam 5.1535/1613.(S'gorkini)

Sunday, 9 October 2016

Ini, 'Dokuman Hijau' Penyelesaian PAS Masalah Ekonomi Negara.

Hasil carian imej untuk dr mohd zuhdi marzuki
PAS menegaskan penyelesaian kepada permasalahan ekonomi negara melalui beberapa gagasan yang di dokumenkan dalam ‘Dokuman Hjau’. 

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata Dokumen Hijau Siri Pertama ini berkisar di atas tema “Gagasan PAS Dalam Menyelesaikan Permasalahan Ekonomi Negara".

Di dalam siri pertama ini, beberapa polisi yang pratikal berasaskan Sistem Pemerintahan Islam dikemukakan bagi menyelesaikan beberapa kemelut ekonomi yang ditimbulkan dalam Bajet 2016 yang lalu.
Antara penegasan dalam kandungan dokumen tersebut adalah sebagaimana dasar PAS terhadap percukaian negara terutamanya berkait dengan cukai GST.

Sila klik..

(IH)

Saturday, 8 October 2016

Tempe Indonesia Makin Laris Di AS

Tempe Indonesia Makin Laris Di Amerika Syarikat


WASHINGTON DC — Sebuah kedai koperasi bernama French Broad Food yang terletak di bandar raya Asheville, North Carolina menjadi perhatian kerana menjual makanan khas Indonesia, tempe.

Menurut laporan stesen Voices of America (VOA), premis perniagaan itu sebenarnya menjual beli pelbagai produk organik dan makanan kesihatan, namun tempe didapati yang paling laris mendapat permintaan tinggi pelanggan.
Antara yang cukup popular ialah jenama Smiling Hara Tempeh kerana ia turut dijual secara mentah basah selain sudah dimasak kering serta diusahakan sepasang suami isteri warga tempatan, Chad Oliphant dan Sarah Yancey.
Mereka malah amat mahir dalam proses pembuatan tempe yang dipelajari di Microbiotic Institute di Massachusetts dan berbekalkan pengetahuan tersebut, pada 2009 lalu, pasangan ini mengusahakan produk tempe ala Indonesia.

Smiling Hara Tempeh yang bererti ‘perut bahagia’ dalam dialek tempatan, kini laris dijual ke serata restoran dan kedai runcit tidak hanya di Ashville, bahkan meliputi beberapa negeri di kawasan selatan Amerika Syarikat (AS).
tempe1
tempe2
"Saya sangat suka makan tempe, malah tempe juga merupakan produk yang sangat menonjol kerana ia memang langsung buatan sendiri dan amat jarang dapat dibeli di mana-mana pasar raya domestik,” kata Chad kepada VOA.
Kejayaan dalam memasarkan ribuan produk berasaskan tempe itu menjadi sebab pasangan berkenaan sanggup membuka perusahaan tempe di Ashville semata-mata minat untuk mengembangkan makanan eksotik tersebut.
Walaupun harganya agak mahal sedikit kerana mereka perusahaan setempat dan operasi pun masih lagi skala kecil, tempe buatan mereka berdua sebenarnya sangat laku,” ujar Ryan Prenger iaitu pengurus French Broad Food.
Keadaan itu katanya, turut menyebabkan Chad dan isteri kemudian menghasilkan produk tempe terbaharu yang sudah diletakkan sedikit perisa tambahan dan ternyata ia menerima sambutan daripada pengguna di AS sendiri.
Selain tempe berbahan asas daripada kacang soya, Smiling Hara Tempeh juga menggunakan beberapa ramuan lain yang tidak lazim digunakan oleh perusahaan tempe di Indonesia, antaranya kacang merah dan kacang tanah. 
Ternyata, ramai pengguna dapat menerima tempe bukan berasaskan kacang soya dan Chad menaruh keyakinan rakyat AS semakin menggemari tempe kerana rasanya yang cukup enak dan berkhasiat untuk tubuh badan.
Tempe ini memang sedap dikunyah waima teksturnya seperti rasa daging ayam dan paling penting lazat,” komen seorang pengkritik makanan, Judih McNamara, penduduk Ashville yang juga pelanggan di toko tersebut.
Perusahaan tempe itu kini menjadi tumpuan sara hidup bagi Chad dan keluarganya, namun lebih daripada itu, tempe juga sudah menjadi seumpama jendela untuk masyarakat AS mengenali Indonesia dengan lebih dekat.
Di AS, tempe sebenarnya memang masih ‘kalah’ dari segi populariti dibandingkan dengan tauhu tetapi Chad percaya makanan tradisional Indonesia tersebut ada masa depan cerah di pasaran negara Uncle Sam itu yang cukup besar.
Umumnya, tempe merupakan makanan asal masyarakat Jawa dan rekod sejarah mendedahkan ia sudah mula dibuat sejak abad ke-16 sebelum berkembang ke seluruh gugusan Nusantara. – Agensi

Friday, 7 October 2016

Hak McDonald’s Malaysia, Singapura Diambil Alih Saudi

McDonald's Malaysia, Singapura Diambil Alih Arab Saudi

RIYADH – McDonald’s Corp dari Amerika Syarikat (AS) bersetuju menjual hak francais restorannya di Singapura dan Malaysia yang dipegang selama 20 tahun kepada Reza Group dari Arab Saudi.

Pengambilalihan mega tersebut bakal melibatkan transaksi bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.65 bilion), menurut sumber industri antarabangsa yang kemudian dipetik oleh pelbagai media di Arab Saudi dan Malaysia.
Reza Food Services Co. Ltd, yang memiliki dan mengendalikan hak francais restoran McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi dikatakan meminta pihak CIMB Bank di Malaysia untuk membiayai transaksi itu.
Sumber yang enggan dinamakan bagaimanapun mendakwa urus niaga tersebut masih belum lagi boleh diumumkan dan langkah itu selaras dengan rancangan McDonald’s untuk membawa masuk rakan kongsi baharu.
Ia susulan perubahan pelan perniagaan kepada model francais intensif kurang modal di benua Asia. Sumber berkata McDonald’s berminat untuk bekerjasama dengan kumpulan milik keluarga di wilayah berkenaan.
Turut mendapat perhatian ialah taikun tempatan kerana pihak McDonald’s ingin mencari rakan kongsi perniagaan bagi jangka panjang, bukan sekadar pembelian hak francais syarikat tersebut untuk waktu pendek.
mcd
Syarat asas kepada perjanjian pertukaran berkenaan dilaporkan sudah dimuktamadkan tetapi urus niaga tersebut dijangka dapat disempurnakan secara rasmi menjelang akhir tahun ini, kata sumber itu lagi.
CIMB bagaimanapun enggan mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, malah tiada respons kenyataan serta-merta yang diperoleh daripada McDonald’s. Pada masa ini, komen daripada pihak Reza juga belum diperoleh.
Sumber berkata CIMB akan menyediakan syarat pinjaman yang banyak untuk menyokong urus niaga berkenaan, serta pembiayaan tersebut hanya akan dibuat dalam mata wang ringgit Malaysia dan dolar Singapura.
Pada Julai lalu, McDonald’s pernah berkata ia mencari rakan kongsi francais untuk restorannya di Malaysia dan Singapura serta sedang berunding dengan beberapa pihak, tetapi tidak memberikan butiran atau tempoh masa.
McDonald’s setakat ini mempunyai kira-kira 260 buah restoran di seluruh Malaysia yang diuruskan secara francais sejak beroperasi pada 1982 lalu manakala 120 premis lagi berada di negara jirannya, Singapura.
Agensi berita Reuters pada bulan lalu melaporkan McDonald’s menerima beberapa bidaan akhir daripada sekurang-kurangnya tiga kumpulan untuk rangkaian outletnya di China dan Hong Kong. – Agensi.

11Shares

Saturday, 1 October 2016

Amaran! Risiko Bahaya Mesin Basuh Samsung, Meletup..

160929170515-samsung-washing-machine-explodes-00001317-1024x576

SELEPAS ribuan unit telefon pintar model Galaxy Note 7 terpaksa ditarik balik akibat kebakaran bateri, kini pengguna produk lain keluaran syarikat teknologi Samsung itu pula didapati bermasalah.

Badan pengawal Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada pemilik sesetengah model mesin basuh muatan atas jenama berkenaan “isu keselamatan” susulan beberapa aduan bahawa terdapat beberapa unit yang telah meletup.
Amaran itu, yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna, menyenaraikan mesin buatan Korea Selatan tersebut yang dibuat antara Mac 2011 dan April 2016.
Bagaimanapun, senarai itu tidak menyediakan contoh model.
 160928113021-samsung-washing-machine-explodes-780x439
Suruhanjaya tersebut turut menasihatkan pengguna untuk menggunakan pusingan cucian untuk lembut  membasuh cadar tilam dan fabrik kalis air dan besar.
Ini kerana kitaran perlahan akan “mengurangkan risiko kecederaan impak atau kerosakan harta benda disebabkan oleh mesin basuh tersumbat.”
Agensi itu berkata mereka sedang bekerjasama dengan pihak Samsung bagi mengatasi masalah tersebut.
Amaran tersebut dikeluarkan lebih sebulan selepas Samsung dikenakan tuntutan undang-undang berkumpulan oleh pelanggan di AS yang mendakwa bahawa mesin basuh mereka telah meletup semasa digunakan.
Pelanggan di negeri Texas, Georgia dan Indiana berkata, insiden kemalangan itu berlaku ketika mereka sedang membasuh pakaian sebelum terdengar dentuman yang kuat. (IH)


Friday, 30 September 2016

NSTP Bakal Tutup 2 Kilang..

50_big

KUALA LUMPUR, Khamis – Bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Mustapha Kamil mendedahkan syarikat akhbar New Straits Times Press (M) Berhad akan menutup dua kilang percetakannya. 

Beliau berkata, kilang di Ajil di Terengganu dan Senai di Johor akan ditutup dipercayai kesan daripada kemerosotan jualan akhbar dan hasil iklan.

“Saya diberitahu bahawa semua pekerja di kilang-kilang terbabit diberi pilihan mengikut tatacara kesatuan sekerja. Mereka boleh memilih untuk dipindahkan ke Prai atau Shah Alam, atau memilih untuk diberhentikan.
“Saya percaya penutupan kedua kilang tersebut adalah sebahagian dari langkah-langkah syarikat untuk mengelakkan dari terus menanggung kerugian, berikutan merudumnya jualan akhbar dan iklan,” kata Mustapha dalam catatan Facebooknya.
Selain akhbar berbahasa Inggeris NST, syarikat New Straits Times Press (NSTP) yang dimiliki Media Prima Berhad juga menerbitkan Berita Harian dan Harian Metro.
“Sebagai bekas pekerja syarikat ini, saya berharap pihak syarikat akan dapat segera membendung kemelesetan prestasinya dengan meneliti sebab-sebab sebenar ia berlaku.
“Saya percaya pihak syarikat amat arif tentang faktor yang menyebabkan penurunan prestasi produknya itu. Anda tidak boleh lagi menidakkan apa yang benar dan anda juga tidak lagi mempunyai banyak masa,” katanya. (IH)

Thursday, 29 September 2016

100 operator kilang dakwa dipecat 24 jam

operator kilang
Gambar hiasan.

BATU KAWAN - Sekumpulan 100 pekerja sebuah kilang hari ini mengadakan demonstrasi aman di sini kerana mendakwa mereka dianiaya oleh majikan yang menamatkan perkhidmatan mereka hanya dengan memberi notis 24 jam.

Kumpulan itu yang sebahagian besarnya bertugas sebagai operator syarikat pengeluar 'crystalline silicon solar cell' itu yang berpusat di tanah besar Pulau Pinang, mendakwa mereka diberi notis bertarikh 26 Sept untuk memaklumkan bahawa hari terakhir mereka bekerja adalah pada 27 September.

Notis itu turut meminta pekerja terbabit menghadirkan diri di jabatan sumber manusia syarikat berkenaan pada 28 Sept (hari ini) untuk memulangkan barangan hak milik syarikat.

Seorang wakil kumpulan itu, Nurul Amirah Ahmad, berkata mereka berasa sangat kecewa apabila hanya notis 24 jam diberi oleh majikan untuk memaklumkan bahawa mereka tidak lagi bekerja pada esok hari.
Beliau berkata, majikan juga enggan bertemu atau memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu selepas notis berkenaan diserahkan.

"Sungguhpun hakikatnya kami mendapat pampasan, namun kami telah kehilangan kerja dan dalam keadaan sekarang, amat sukar untuk kami mencari kerja di tempat lain," katanya semasa demonstrasi itu di hadapan kilang berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, para pegawai syarikat tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Pegawai Hubungan Perindustrian Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Pulau Pinang V. Viji berkata tindakan pemberhentian kerja oleh syarikat terbabit dengan memberi notis  24 jam adalah satu kesalahan dan dianggap sebagai pemberhentian tidak adil.

"Tindakan syarikat itu adalah jelas suatu pelanggaran undang-undang buruh dan kod perilaku keharmonian perindustrian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P. Ramasamy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, berkata satu perjumpaan akan diatur dengan kumpulan pekerja itu bagi meneliti melihat bentuk bantuan yang mereka perlukan.

"Adalah amat malang perkara ini berlaku, kami akan cuba mempertimbang beberapa cara untuk membantu mereka. Jika mereka merasakan berlaku penipuan, misalnya, mereka boleh membawa perkara ini ke tengah," katanya.

Menurut laporan semalam, sebuah kilang di sini melakukan aktiviti pemberhentian dengan memberi notis 24 jam dan lebih 100 pekerja yang terlibat juga dinasihati supaya tidak datang bekerja pada hari berikutnya. -Bernama