Saturday 1 October 2016

Amaran! Risiko Bahaya Mesin Basuh Samsung, Meletup..

160929170515-samsung-washing-machine-explodes-00001317-1024x576

SELEPAS ribuan unit telefon pintar model Galaxy Note 7 terpaksa ditarik balik akibat kebakaran bateri, kini pengguna produk lain keluaran syarikat teknologi Samsung itu pula didapati bermasalah.

Badan pengawal Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada pemilik sesetengah model mesin basuh muatan atas jenama berkenaan “isu keselamatan” susulan beberapa aduan bahawa terdapat beberapa unit yang telah meletup.
Amaran itu, yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna, menyenaraikan mesin buatan Korea Selatan tersebut yang dibuat antara Mac 2011 dan April 2016.
Bagaimanapun, senarai itu tidak menyediakan contoh model.
 160928113021-samsung-washing-machine-explodes-780x439
Suruhanjaya tersebut turut menasihatkan pengguna untuk menggunakan pusingan cucian untuk lembut  membasuh cadar tilam dan fabrik kalis air dan besar.
Ini kerana kitaran perlahan akan “mengurangkan risiko kecederaan impak atau kerosakan harta benda disebabkan oleh mesin basuh tersumbat.”
Agensi itu berkata mereka sedang bekerjasama dengan pihak Samsung bagi mengatasi masalah tersebut.
Amaran tersebut dikeluarkan lebih sebulan selepas Samsung dikenakan tuntutan undang-undang berkumpulan oleh pelanggan di AS yang mendakwa bahawa mesin basuh mereka telah meletup semasa digunakan.
Pelanggan di negeri Texas, Georgia dan Indiana berkata, insiden kemalangan itu berlaku ketika mereka sedang membasuh pakaian sebelum terdengar dentuman yang kuat. (IH)


No comments:

Post a Comment