SEOUL: Syarikat elektronik terkemuka Korea Selatan, Samsung meminta semua pengguna produk Galaxy Note 7 untuk memadamkan telefon pintar itu dan menghentikan penjualan gajet tersebut serta-merta.
Samsung menerusi kenyataannya pada Selasa berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pihaknya untuk menjalankan siasatan terhadap kes gajet tersebut terbakar.
Selain itu, Samsung meminta semua syarikat telekomunikasi di seluruh dunia untuk menghentikan penjualan Galaxy Note 7 dan tidak melakukan pertukaran peranti memandangan masalah yang sama masih berulang.
"Pengguna yang memiliki Galaxy Note 7 yang asal atau yang telah diganti perlu memadamkan peralatan tersebut dan tidak menggunakannya lagi," jelas Samsung.
Keputusan syarikat tersebut menarik semula penjualan Galaxy Note 7 buat kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan bukan sahaja menimbulkan keraguan terhadap kualiti produk Samsung tetapi memberi kesan terhadap kewangan dan reputasi firma berkenaan. (mStar)
MELAKA, 11 OKT: Malaysia berhadapan risiko sebagai negara muflis sekiranya hutang yang hampir mencecah RM800 bilion titi, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, keadaan ini menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘menjual’ negara ini sedikit demi sedikit untuk membayar hutang akibat kegagalan beliau menguruskan ekonomi negara dengan cekap dan amanah.
"Najib dah rosakkan negara kita. Sekarang ini hutang kerajaan dah meningkat hampir RM800 bilion. Nak bayar duit dari mana? Esok kita kena jual negara sedikit demi sedikit.
“Sekarang ini pun Najib dah jual negara kepada orang asing. Beli kilang elektrik dengan harga yang mahal jual kepada orang asing negara China dengan harga yang cukup murah. Ini perniagaan yang ‘bijak’, beli harga mahal, jual harga murah sebab itu dia bankrap.
“Demikian juga tanah dijual. Tanah Iskandar dijual, tanah TRX di Kuala Lumpur dijual kepada orang Indonesia. Inilah kerja Najib. Jual habis tanah buat bayar hutang. Adakah kita biarkan dia jual negara kita? Ini negara kita, kita tak boleh nak ke mana-mana,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.
Jelasnya, keadaan ini membuktikan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ekoran sikap tidak bertanggungjawab dan tidak amanahnya yang menyebabkan negara terpaksa menanggung hutang yang tinggi.
“Kerajaan tak dapat bayar hutang apa dia buat? Suruh rakyatlah bayar sebab itulah kenakan GST, tol naik tinggi, minyak tak ada subsidi untuk bayar hutang. Kalau tak bayar hutang negara jadi muflis,” katanya lagi.
Ketika menyentuh hutang melibatkan skandal 1MDB pula, Dr Mahathir menjelaskan hutang yang pada asalnya berjumlah RM40 bilion kini melonjak lebih RM60 termasuk faedah yang dikenakan. (S'gorkini)
KUALA LUMPUR 11 OKT: Ringgit melanjutkan aliran meningkatnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal sesi hari ini berikutan pengukuhan harga minyak, kata peniaga.
Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.1460/1510 berbanding dolar AS daripada paras 4.1510/1560 yang dicatatkan semalam, lapor BERNAMA.
Peniaga berkata, harga minyak mentah Brent semalaman mencecah paras tinggi dalam tempoh setahun selepas Presiden Russia, Vladimir Putin menzahirkan sokongannya terhadap cadangan untuk mengehadkan keluaran.
Semenrara itu, mata wang tempatan juga didagangkan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.9881/9948 daripada 4.0215/0267 yang dicatatkan semalam dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0109/0147 daripada 3.0209/0258.
Ia juga tinggi berbanding euro kepada 4.6153/6213 daripada 4.6358/6418 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.1137/1223 daripada penutup semalam 5.1535/1613.(S'gorkini)
PAS menegaskan penyelesaian kepada permasalahan ekonomi negara melalui beberapa gagasan yang di dokumenkan dalam ‘Dokuman Hjau’.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata Dokumen Hijau Siri Pertama ini berkisar di atas tema “Gagasan PAS Dalam Menyelesaikan Permasalahan Ekonomi Negara".
Di dalam siri pertama ini, beberapa polisi yang pratikal berasaskan Sistem Pemerintahan Islam dikemukakan bagi menyelesaikan beberapa kemelut ekonomi yang ditimbulkan dalam Bajet 2016 yang lalu.
Antara penegasan dalam kandungan dokumen tersebut adalah sebagaimana dasar PAS terhadap percukaian negara terutamanya berkait dengan cukai GST.
WASHINGTON DC — Sebuah kedai koperasi bernama French Broad Food yang terletak di bandar raya Asheville, North Carolina menjadi perhatian kerana menjual makanan khas Indonesia, tempe.
Menurut laporan stesen Voices of America (VOA), premis perniagaan itu sebenarnya menjual beli pelbagai produk organik dan makanan kesihatan, namun tempe didapati yang paling laris mendapat permintaan tinggi pelanggan.
Antara yang cukup popular ialah jenama Smiling Hara Tempeh kerana ia turut dijual secara mentah basah selain sudah dimasak kering serta diusahakan sepasang suami isteri warga tempatan, Chad Oliphant dan Sarah Yancey.
Mereka malah amat mahir dalam proses pembuatan tempe yang dipelajari di Microbiotic Institute di Massachusetts dan berbekalkan pengetahuan tersebut, pada 2009 lalu, pasangan ini mengusahakan produk tempe ala Indonesia.
Smiling Hara Tempeh yang bererti ‘perut bahagia’ dalam dialek tempatan, kini laris dijual ke serata restoran dan kedai runcit tidak hanya di Ashville, bahkan meliputi beberapa negeri di kawasan selatan Amerika Syarikat (AS).
"Saya sangat suka makan tempe, malah tempe juga merupakan produk yang sangat menonjol kerana ia memang langsung buatan sendiri dan amat jarang dapat dibeli di mana-mana pasar raya domestik,” kata Chad kepadaVOA.
Kejayaan dalam memasarkan ribuan produk berasaskan tempe itu menjadi sebab pasangan berkenaan sanggup membuka perusahaan tempe di Ashville semata-mata minat untuk mengembangkan makanan eksotik tersebut.
“Walaupun harganya agak mahal sedikit kerana mereka perusahaan setempat dan operasi pun masih lagi skala kecil, tempe buatan mereka berdua sebenarnya sangat laku,” ujar Ryan Prenger iaitu pengurus French Broad Food.
Keadaan itu katanya, turut menyebabkan Chad dan isteri kemudian menghasilkan produk tempe terbaharu yang sudah diletakkan sedikit perisa tambahan dan ternyata ia menerima sambutan daripada pengguna di AS sendiri.
Selain tempe berbahan asas daripada kacang soya, Smiling Hara Tempeh juga menggunakan beberapa ramuan lain yang tidak lazim digunakan oleh perusahaan tempe di Indonesia, antaranya kacang merah dan kacang tanah.
Ternyata, ramai pengguna dapat menerima tempe bukan berasaskan kacang soya dan Chad menaruh keyakinan rakyat AS semakin menggemari tempe kerana rasanya yang cukup enak dan berkhasiat untuk tubuh badan.
“Tempe ini memang sedap dikunyah waima teksturnya seperti rasa daging ayam dan paling penting lazat,” komen seorang pengkritik makanan, Judih McNamara, penduduk Ashville yang juga pelanggan di toko tersebut.
Perusahaan tempe itu kini menjadi tumpuan sara hidup bagi Chad dan keluarganya, namun lebih daripada itu, tempe juga sudah menjadi seumpama jendela untuk masyarakat AS mengenali Indonesia dengan lebih dekat.
Di AS, tempe sebenarnya memang masih ‘kalah’ dari segi populariti dibandingkan dengan tauhu tetapi Chad percaya makanan tradisional Indonesia tersebut ada masa depan cerah di pasaran negara Uncle Sam itu yang cukup besar.
Umumnya, tempe merupakan makanan asal masyarakat Jawa dan rekod sejarah mendedahkan ia sudah mula dibuat sejak abad ke-16 sebelum berkembang ke seluruh gugusan Nusantara. – Agensi
RIYADH – McDonald’s Corp dari Amerika Syarikat (AS) bersetuju menjual hak francais restorannya di Singapura dan Malaysia yang dipegang selama 20 tahun kepada Reza Group dari Arab Saudi.
Pengambilalihan mega tersebut bakal melibatkan transaksi bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.65 bilion), menurut sumber industri antarabangsa yang kemudian dipetik oleh pelbagai media di Arab Saudi dan Malaysia.
Reza Food Services Co. Ltd, yang memiliki dan mengendalikan hak francais restoran McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi dikatakan meminta pihak CIMB Bank di Malaysia untuk membiayai transaksi itu.
Sumber yang enggan dinamakan bagaimanapun mendakwa urus niaga tersebut masih belum lagi boleh diumumkan dan langkah itu selaras dengan rancangan McDonald’s untuk membawa masuk rakan kongsi baharu.
Ia susulan perubahan pelan perniagaan kepada model francais intensif kurang modal di benua Asia. Sumber berkata McDonald’s berminat untuk bekerjasama dengan kumpulan milik keluarga di wilayah berkenaan.
Turut mendapat perhatian ialah taikun tempatan kerana pihak McDonald’s ingin mencari rakan kongsi perniagaan bagi jangka panjang, bukan sekadar pembelian hak francais syarikat tersebut untuk waktu pendek.
Syarat asas kepada perjanjian pertukaran berkenaan dilaporkan sudah dimuktamadkan tetapi urus niaga tersebut dijangka dapat disempurnakan secara rasmi menjelang akhir tahun ini, kata sumber itu lagi.
CIMB bagaimanapun enggan mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, malah tiada respons kenyataan serta-merta yang diperoleh daripada McDonald’s. Pada masa ini, komen daripada pihak Reza juga belum diperoleh.
Sumber berkata CIMB akan menyediakan syarat pinjaman yang banyak untuk menyokong urus niaga berkenaan, serta pembiayaan tersebut hanya akan dibuat dalam mata wang ringgit Malaysia dan dolar Singapura.
Pada Julai lalu, McDonald’s pernah berkata ia mencari rakan kongsi francais untuk restorannya di Malaysia dan Singapura serta sedang berunding dengan beberapa pihak, tetapi tidak memberikan butiran atau tempoh masa.
McDonald’s setakat ini mempunyai kira-kira 260 buah restoran di seluruh Malaysia yang diuruskan secara francais sejak beroperasi pada 1982 lalu manakala 120 premis lagi berada di negara jirannya, Singapura.
Agensi berita Reuters pada bulan lalu melaporkan McDonald’s menerima beberapa bidaan akhir daripada sekurang-kurangnya tiga kumpulan untuk rangkaian outletnya di China dan Hong Kong. – Agensi.
SELEPAS ribuan unit telefon pintar model Galaxy Note 7 terpaksa ditarik balik akibat kebakaran bateri, kini pengguna produk lain keluaran syarikat teknologi Samsung itu pula didapati bermasalah.
Badan pengawal Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada pemilik sesetengah model mesin basuh muatan atas jenama berkenaan “isu keselamatan” susulan beberapa aduan bahawa terdapat beberapa unit yang telah meletup.
Amaran itu, yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna, menyenaraikan mesin buatan Korea Selatan tersebut yang dibuat antara Mac 2011 dan April 2016.
Bagaimanapun, senarai itu tidak menyediakan contoh model.
Suruhanjaya tersebut turut menasihatkan pengguna untuk menggunakan pusingan cucian untuk lembut membasuh cadar tilam dan fabrik kalis air dan besar.
Ini kerana kitaran perlahan akan “mengurangkan risiko kecederaan impak atau kerosakan harta benda disebabkan oleh mesin basuh tersumbat.”
Agensi itu berkata mereka sedang bekerjasama dengan pihak Samsung bagi mengatasi masalah tersebut.
Amaran tersebut dikeluarkan lebih sebulan selepas Samsung dikenakan tuntutan undang-undang berkumpulan oleh pelanggan di AS yang mendakwa bahawa mesin basuh mereka telah meletup semasa digunakan.
Pelanggan di negeri Texas, Georgia dan Indiana berkata, insiden kemalangan itu berlaku ketika mereka sedang membasuh pakaian sebelum terdengar dentuman yang kuat. (IH)
Peluang Kerja dan Jadi Usahawan Gunting Rambut. Tel Terus.. ABBU 011 33111321 (KL) E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB) Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
RM200-RM300 Sehari. Peluang Kerja Korea Selatan. Hanya RMXXXX Tiket & Khidmat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...