Suzanna menunjukkan sate tuna yang menjadi salah satu tarikan pada MAHA 2016 di Maeps, Serdang semalam.
SERDANG – Sate tuna pertama di Asia yang dihasilkan di Wilayah Persekutuan Labuan dilihat berjaya memikat selera pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA) 2016 apabila mencatat jualan kira-kira 23,000 cucuk setakat ini.
Pengusahanya, Suzanna Ahmad berkata, produk yang berasaskan ikan tuna itu telah dilancarkan awal September lalu dan masih belum ada di mana-mana pasaran Asia apatah lagi dalam negara sama ada dalam bentuk siap dimasak mahu pun sejuk beku.
“Difahamkan, saya adalah pengusaha pertama di Asia yang mengusahakan produk ini dengan cara yang agak unik iaitu ikan tuna dijadikan sate.
“Produk ini dijangka dipasarkan di Malaysia termasuk seluruh Asia pada Februari atau Mac tahun depan dengan harga yang masih belum ditentukan lagi,” katanya kepada Kosmo! di gerai Sate Tuna di tapak MAHA 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) sini semalam. (IH)
SHAH ALAM, 5 DIS: Harga pasaran kenderaan tempatan dan import yang dipasang di negara ini dijangka bakal meningkat sekitar 5 hingga 10 peratus ekoran trend berterusan kejatuhan nilai ringgit.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, kenaikan itu mungkin boleh mencecah sehingga 15 peratus jika nilai ringgit terus merudum.
“Walaupun kereta seperti Proton dan Perodua adalah keluaran Malaysia tetapi mereka banyak bergantung kepada komponen diimport seperti kenderaan import yang dipasang dalam negara tentunya turut terkesan.
“Peratusan sebenar kenaikan ini banyak bergantung kepada peratusan kejatuhan nilai ringgit, misalnya selepas Donald Trum menang, harga ringgit jatuh dalam lima peratus, sekali gus boleh menyebabkan harga kereta naik,” katanya kepada SelangorKini.
Katanya, selain Proton dan Perodua, antara pengeluar lain yang dijangka menerima kesan kejatuhan nillai ringgit adalah kenderaan import yang dipasang dalam negara seperti Naza Kia.
Katanya, kenaikan itu berlaku apabila pengeluar kenderaan tempatan dan import yang dipasang di dalam negara tiada pilihan lain kecuali terpaksa membayar harga tinggi bagi mendapatkan komponen kenderaan masing-masing dari negara pengeluar.
“Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, pengeluar ini tiada pilihan kecuali terpaksa menaikkan harga pasaran kenderaan keluaran masing-masing,” katanya.
Terdahulu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua sedia mengkaji semula nilai pasaran harga keretanya jika ringgit terus lemah berbanding mata wang utama dunia. (SK)
Ramai yang mengeluh dikenakan GST. Kata mereka GST tidak sesuai dilaksanakan sekarang di Malaysia dalam keadaan rakyat tertekan dengan kos kehidupan.
Ertinya mereka hanya menolak pelaksanaan GST kerana faktor masa bukan kerana menolak sistemnya yang zalim. Mereka mungkin menerima sistem GST sebagai satu sumber pendapatan negara akan datang.
Sedangkan GST perlu ditolak kerana sistem percukaian ini zalim dan tidak menepati syarat percukaian dalam Islam. Islam menolak percukaian berasaskan perbelanjaan kerana ia tidak boleh membezakan antara si kaya yang berkemampuan dan si miskin yang tidak berkemampuan.
Adapun cukai berasaskan pendapatan ia diharuskan dengan syarat-syaratnya yang tertentu.
Sebahagian besar ahli politik pembangkang yang menolak GST bukan kerana ianya bercanggah dengan Islam dan zalim tetapi hanya kerana ia dilaksanakan pada masanya yang tak sesuai.
Saya mengajak rakyat Malaysia menolak sistem GST sekarang dan akan datang kerana ia adalah sistem yang salah dan merosakkan keseimbangan ekonomi masyarakat khususnya si miskin.
Pelaksanaannya di banyak negara maju bukan alasan dan justifikasi untuk kita menerimanya kerana ia adalah sistem percukaian yang zalim dan menindas. - HARAKAHDAILY 5/12/2016 Dr Khairuddin at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
PUTRAJAYA – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dibuka mulai 5 Disember hingga 31 Disember ini, kata Kementerian Kewangan.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2017 akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua Februari 2017.
Bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan Februari tahun depan, kata kementerian itu.
“Kerajaan berhasrat pembayaran BR1M tahun 2017 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.
Kementerian Kewangan berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian.
“Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi,” kata kementerian itu.
Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.
Kementerian Kewangan berkata pemohon perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan kad pengenalan waris/tanggungan, dokumen slip pendapatan atau dokumen lain yang berkaitan.
Kementerian itu berkata permohonan juga boleh dibuat di portal rasmi BR1M LHDNM https://ebr1m.hasil.gov.my.
“Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod.
“Aplikasi eBR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih,” katanya.
Kementerian Kewangan berkata penerima BR1M 2016 sedia ada juga perlu membuat pengemaskinian maklumat terkini.
“Permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses atau gagal,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.
Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. – BERNAMA
Strawberi Gaza dikhabarkan berjaya menembusi pasaran Eropah. Seorang petani bernama Amjad Barawi telah menekuni pertanian strawberi ini sejak beberapa tahun lalu di baldah Betlahia, utara Jalur Gaza. Dia melakukan segala usaha untuk memperbaiki kualiti strawberinya sesuai standard eksport.
"Kami sudah mula memetik hasil pertanian strawberi saat ini jauh lebih banyak dibanding tahun-tahun sebelumnya.
"Penurunan ini kerana pencerobohan terakhir Israel yang menghancurkan kesuburan tanah pertanian," kata Barawi kepadaPalestinian Information Center (PIC), semalam. Beliau berkata, "awal bulan Disember ini kami dibenarkan mengesksport hasil strawberi ini ke pasaran-pasaran Eropah sehingga menjadi pintu rezeki baru berbanding pasaran tempatan".
Sementara itu petani Jalur Gaza lain, Muhammad Rajab berkata, hasil tuaian strawberinya mencapai kira-kira dua hektar, cukup melimpah meski hujan terlambat, lapor portal Islampos.
Dia menyatakan, tahun lalu tidak boleh mengeksport buah itu namun pada tahun ini boleh mengeksport.
Tanah strawberi di Jalur Gaza mencapai 245 hektar dan sebahagian besar hasilnya dieksport ke pasaran Eropah. Tapi pada tahun sebelumnya tanah itu mencapai 1,200 hektar lebih namun rosak oleh perang Israel. (Harakah)
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar menegaskan komitmen stesen penyiaran Islam Nombor Satu negara akan berjuang bagi memastikan jenama produk halal dan keusahawan Muslim akan dipacu ke puncak melalui pembabitan TV AlHijrah sebagai kuasa promosi utama Festival MAHA.
“Ini festival bersejarah tempat usahawan Muslim mempromosi kebangkitan jenama Bumiputera dan segmen halal. MAHA akan bangkit bersama sejarah baharu sebagai tanda aras terbesar pemasaran dan pameran jenama halal,” katanya.
TV AlHijrah menjadi stesen pertama mempromosi MAHA secara besar-besaran dengan empat jam sehari siaran langsung selama bermula 10 pagi hingga 8 malam sepanjang 1 hingga 11 Disember ini.
“Kami mengeluarkan biaya yang besar semata-mata mahu memastikan iltizam menjadikan MAHA destinasi nasional dan internasional jenama halal dalam sektor pertanian tercapai,” katanya.
Izelan serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ahmad Shabery Cheek bertemu baru-baru ini dalam perancangan strategik menjayakan MAHA 2016 terutama usaha mempromosi lebih 5,000 produk hasil pembabitan lebih 1,500 syarikat keusahawanan berasaskan sumber pertanian.
Menurut Ahmad Shabery, selain tema konvensional berteraskan agrokultur, MAHA 2016 lebih strategik dengan peluasan empayar pemasarannya merangkumi segmen perkampungan industri desa, perkhemahan belia serta kehadiran taman tema mini Upin & Ipin.
MAHA 2016 diadakan di Maeps, Serdang, Selangor dan dibuka pada kunjungan ramai bermula 10 pagi hingga 10 malam. MAHA kali ini menyasarkan 3.5 juta pengunjung.
Bagi penonton di rumah, selain mengikuti pelbagai aktiviti harian di tapak MAHA selama empat jam sehari, TV AlHijrah turut menyediakan 12 slot strategik melalui program Assalamualaikum dan Bfrenz khusus bertujuan mempromosi jenama halal hasil keluaran usahawan Muslim.
“Kita jangan lupa, MAHA akan menjadi antara spot utama dunia dalam melihat sumber produk halal yang kini bernilai hampir RM7 trilion dalam pasaran global. Tiap empayar besar secara realistik akan ada titik-titik utama di seluruh dunia,” kata Izelan.
Justeru katanya, jangan lupa bersama TV AlHijrah untuk mengenali jenama demi jenama dalam katalis halal, serta potensinya untuk bangkit sebagai antara kuasa pembekal utama produk halal sejagat.
KUALA LUMPUR: Perwakilan Puteri Umno Pahang hari ini menyampaikan pesanan keras kepada kerajaan, mendesak pemimpin berhenti menutup kebenaran mengenai ekonomi negara.
Norsarfinaz Mohd Azman berkata kerajaan juga sepatutnya berhenti memandang rendah kebijaksanaan golongan belia hari ini.
“Kami semua intelek tinggi. Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay tapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik,” katanya ketika membahaskan usul agama di perhimpunan Puteri Umno di PWTC di sini hari ini.
Hadir mendengar ucapannya ialah pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Norsarfinaz yang juga ketua Puteri Umno Bahagian Jerantut meminta Zahid mendengar rayuannya supaya kerajaan berhenti melindungi kebenaran daripada rakyat, sebaliknya beritahu mereka supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Beliau turut meminta supaya masyarakat umum diberi peluang membantu menyelesaikan masalah itu.
“Kami tahu bukan Malaysia saja berdepan kesukaran kewangan. Ia masalah yang menjejaskan seluruh dunia.
“Jadi berterus terang dengan kami dan biar kami bekerjasama dengan kerajaan menangani isu ini,” katanya.
Dengan nada sinis, Norsarfinaz berkata dalam kerajaan menasihati rakyat berjimat dengan melancong dalam negara, sekurang-kurangnya pastikan destinasi itu cukup menarik untuk dikunjungi.
“Contohnya, jika kami hendak bercuti, mungkin kami boleh ke Pahang. Lebih pun tahun depan tahun melawat Pahang.
“Tetapi jika kami pergi sana, pastikan hutan tak ditebang. Masalah bauksit diselesaikan, jadi tidaklah ia tebal macam foundation (mekap) kami.
“Dan sungai janganlah nampak macam teh tarik,” katanya.
Wakil rakyat PKR Rafizi Ramli semalam mendakwa aktiviti penebangan hutan berlaku di seluruh Pahang. Dalam amarannya, beliau meminta kerajaan menangani isu itu dengan segera atau beliau akan membocorkan maklumat, satu demi satu. (Indah.com)
Peluang Kerja dan Jadi Usahawan Gunting Rambut. Tel Terus.. ABBU 011 33111321 (KL) E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB) Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
RM200-RM300 Sehari. Peluang Kerja Korea Selatan. Hanya RMXXXX Tiket & Khidmat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...