SERDANG – Sate tuna pertama di Asia yang dihasilkan di Wilayah Persekutuan Labuan dilihat berjaya memikat selera pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA) 2016 apabila mencatat jualan kira-kira 23,000 cucuk setakat ini.
Pengusahanya, Suzanna Ahmad berkata, produk yang berasaskan ikan tuna itu telah dilancarkan awal September lalu dan masih belum ada di mana-mana pasaran Asia apatah lagi dalam negara sama ada dalam bentuk siap dimasak mahu pun sejuk beku.
“Difahamkan, saya adalah pengusaha pertama di Asia yang mengusahakan produk ini dengan cara yang agak unik iaitu ikan tuna dijadikan sate.
“Produk ini dijangka dipasarkan di Malaysia termasuk seluruh Asia pada Februari atau Mac tahun depan dengan harga yang masih belum ditentukan lagi,” katanya kepada Kosmo! di gerai Sate Tuna di tapak MAHA 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) sini semalam. (IH)
No comments:
Post a Comment